Anda di halaman 1dari 5

TAJUK 1 : BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KONSEP ASAS BIMBINGAN Pengertian Bimbingan Mathewson : Bimbingan : proses professional yang sistematik bagi menolong individu melalui prosedur pendidikan, dan membuat interpretasi untuk memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta untuk menghubungkan dirinya dengan lebih baik lagi dengan keperluan, dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial dan moral. Fokus bimbingan : individu, bukannya masalah yang dihadapi oleh individu itu semata-mata. James telah menyatakan bahawa : Fokus bimbingan ialah individu tersebut, bukan masalahnya. Tujuan bimbingan ialah untuk meningkatkan perkembangan individu tersebut untuk arahan kendiri. Jones. Mengikutnya : Bimbingan melibatkan pertolongan peribadi yang diberikan oleh seseorang, iaitu yang telah disediakan untuk menolong seseorang itu membuat keputusan ke arah yang dituju, apa yang hendak dibuatnya, atau bagaimana ia dapat mencapai tujuannya itu dengan cara yang paling baik; ia menolongnya menyelesaikan masalah yang timbul di dalam hidupnya. Daripada pengertian ini, kita dapati bahawa bimbingan itu meliputi kaunseling. Malahan bimbingan meliputi semua aktiviti dan penggunaan berbagai-bagai sumber, seperti penasihatan, kaunseling, pemberian bahan maklumat, ujian, lawatan, ujian bakat, filem dan perbincangan di bilik darjah yang akan menolong murid membuat pilihan berhubung dengan perancangan dan objektif pendidikan. Tujuan Bimbingan i. Tujuan Dasar 1. 2. 3. Perkembangan individu yang paling baik. Individu yang serba lengkap. Individu yang optimum, penuh, seimbang dan luas pandangan dari segi fizikal, intelek, emosi, sosial dan kerohanian. 4. Perkembangan individu yang terbimbing kendiri dan perkembangan individu yang matang. 5. Individu yang berdikari , berarahan kendiri, serba mencukupi sendiri dan mempunyai daya ikhtiarnya sendiri. 6. 7. Individu yang bahagia dan efisien daripada segi social. Individu yang dapat mempelajari hidup lebih baik lagi.

ii.

Tujuan Berkaitan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mengembangkan inisiatif, tanggungjawab, arahan kendiri dan bimbingan kendiri murid. Mengembangkan kebolehan memilih matlamatnya sendiri. Mengetahui diri sendiri, mengetahui sekolah dan diketahui oleh sekolah. Menjangka, mengelak, dan mencegah krisis daripada bermula di dalam kehidupan murid. Menolong murid, menyesuaikan diri dengan sekolah dan hidup secara yang memuaskan. Menolong murid menyaksi, memahami, menemui dan menyelesaikan masalahmasalahnya. 7. Menolong murid membuat keputusan, rancangan dan interpretasi yang bijaksana pada masa-masa kritikal di dalam hidupnya.

Prinsip-Prinsip Bimbingan 1. Bimbingan diasaskan dengan pengakuan bahawa seseorang individu itu mulia dan berguna dan juga berhak menerima bantuan peribadi pada masa kesukaran. 2. Bimbingan adalah berpusatkan ke arah murid, dan berkaitan dengan perkembangan optimum keseluruhan diri murid serta pencapaian potensi-potensi untuk kepentingan individu dan sosial. 3. Sebagai suatu sudut pandangan pula, bimbingan adalah sama.

KONSEP ASAS KAUNSELING Pengertian Kaunseling Kaunseling ialah proses pembelajaran apabila seseorang individu itu belajar tentang dirinya sendiri, tentang hubungan antara perseorangan, dan tentang tingkah laku yang dapat memajukan perkembangan peribadi mereka sendiri. Kaunseling ialah : suatu proses apabila seseorang yang terganggu (iaitu klien) ditolong merasa dan bertingkah laku dengan cara yang lebih memuaskan daripada segi peribadi dengan cara berinteraksi dengan orang yang tidak terlibat (iaitu kaunselor) yang memberikan maklumat dan reaksi untuk merangsangkan klien mengembangkan tingkah laku agar membolehkannya menghadapi dirinya dan persekitarannya dengan lebih berkesan lagi. suatu proses pembelajaran yang disediakan untuk meningkatkan tingkah laku penyesuaian dan mengurangkan tingkah laku salah penyesuaian.

Tujuan Kaunseling membawa perubahan tingkah laku dan seterusnya akan membolehkan hidup mereka menerima kaunseling lebih produktif dan memuaskan.

menolong murid memahami dirinya sendiri agar ia dapat menjadi individu yang terarah sendiri berdasarkan keselamatan perhubungan kaunseling kerana murid dapat menjelajahi dinamik dan perhubungan di antara perasaan, nilai, dan persepsi mereka terhadap orang lain. Murid boleh juga membincangkan perhubungan di antara perseorangan mereka, keraguan mereka, dan pilihan hidup mereka. Dengan menjelajah seperti ini, maka lahirlah celik akal, kefahaman diri sendiri, penjelasan peranan, perancangan dan perubahan tingkah laku. hasilan yang dikehendaki daripada kaunseling ialah kesedaran kendiri dan arahan kendiri bagi diri murid yang menjadi klien.

untuk perancangan dan membuat keputusan - kaunselor akan menolong klien mendapatkan maklumat persekitaran yang diperlukan untuk membuat keputusan dan mendapatkan penerimaan atau penjelasan tentang ciri-ciri peribadi tertentu yang mungkin mengganggu atau berkaitan dengan keputusan tersebut. Dengan kaunseling, murid ditolong mencapai penyesuaian dan kerjaya mereka sendiri. kaunseling memberikan fokus kepada masalah dan keperluan murid secara individu dan menolong mereka mempelajari perkara-perkara yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Matlamat Kaunseling matlamat kaunseling harus mempunyai tiga kriteria yang berikut. 1. 2. 3. Matlamat kaunseling harus dikehendaki oleh klien. Kaunselor harus bersedia dan mahu menolong klien mencapai matlamatnya. Kaunselor harus dapat menilai sejauh manakah klien telah mencapai matlamat tersebut.

Prinsip-Prinsip Kaunseling 1. 2. Manusia pada asasnya membuat penentuan kendiri. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan kefahaman kendiri yang lebih tinggi lagi.

KONSEP ASAS PSIKOTERAPI Pengertian Psikoterapi Menurut Casey (1996), secara tradisinya, psikoterapi (atau terapi) berfokus kepada masalah serius yang dikaitkan dengan intrapsikik, isu yang bersifat dalaman dan peribadi. Ia banyak menangani recovery of adequancy . Bidang psikoterapi lebih memfokus kepada proses pemikiran dan cara seseorang individu memandang kedudukan dirinya di dalam dunia. Psikoterapi ialah rawatan yang diberi untuk individu-individu yang mengalami masalah-masalah yang sangat berat dan kepada mereka yang memiliki masalah kesihatan jiwa.

PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI Brown dan Pate (1983) menjelaskan agak sukar untuk membezakan antara psikoterapi dengan kaunseling. Terdapat banyak persamaan di antara kedua-duanya. Kedua-dua kaunseling dan psikoterapi adalah proses memberi bantuan yang bertujuan untuk kebajikan. Kedua-duanya banyak menggunakan teknik dan kaedah yang sama dan pendekatan utama. Psikoterapi telah diubahsuai ke dalam tugas-tugas kaunselor. Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara di antara psikoterapi dan kaunseling. Brown dan Pate (1983) menjelaskan antara perkara yang membezakan antara kaunseling dan psikoterapi ialah matlamat dan kaedah. Dari segi objektif, kaunseling bertujuan untuk mempertingkatkan kebajikan individu dan juga perkembangan psikologikal. Individu dilihat sebagai menjelaskan proses perkembangan dan perubahan dan berhadapan dengan peringkat dan dugaan dalam kehidupan. Kaunseling membantu individu untuk melalui proses perkembangan dengan berjaya dan menemui kebahagiaan. Kaunseling adalah satu proses yang bersifat fasilitatif dan promotional bertujuan untuk menyuburkan kebolehan individu dan menggalakkan individu untuk bersifat tidak bergantung dan mempunyai arah dalam kehidupan. Kaunseling adalah bersifat orientasi pertumbuhan lebih dari orientasi masalah. Sementara itu, tujuan psikoterapi lebih bersifat khusus daripada objektif umum. Psikoterapi wujud kerana amelioration psikopatologi. Ianya berorientasikan masalah dan klien menghadapi kesukaran yang lari dari perkembangan psikologikal yang biasa. Masalah yang dihadapi adalah bersifat menghalang kejayaan kehidupan. Psikoterapi memerlukan lebih daripada sumber-sumber individu untuk

menyelesaikan kecelaruan neurotik. Tyler (1961) menjelaskan psikoterapi sebagai memberi fokus kepada perubahan personaliti sementara kaunseling memberi fokus membantu individu untuk menggunakan kekuatan yang ada untuk berdaya tindak menjadikan kehidupan lebih baik. Corsini (1995) berpendapat bahawa perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi ialah terdapat persamaan secara kualitatif tetapi berbeza secara kuantitatif. Ahli terapi lebih banyak mendengar, kurang memberi nasihat dan penerangan. Seterusnya ahli terapi berhadapan dengan klien yang menghadapi masalah yang lebih berat dari klien dalam kaunseling. BPS Division of Clinical Psychology (1979) menjelaskan kedua-dua kaunseling dan psikoterapi menggunakan kerangka teoritikal yang sama dan menekankan keperluan memberi penekanan kepada klien sebagai individu. Kedua-duanya mendengar secara sistematik dan mendengar apa yang dikomunikasikan. Ia juga membentuk keupayaan membantu diri dan bertanggungjawab. Ramai ahli psikologi seperti Truax dan Carkhuff (1967) dan Corey menggunakan istilah kaunseling dan psikoterpi secara silih berganti.

Matlamat Utama Bimbingan Dan Kaunseling matlamat utama : memberi bimbingan dan saranan penyelesaian supaya pelajar dapat menggunakan nasihat dan hasil saranan perbincangan dengan kaunselornya untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya melalui usaha diri sendiri. matlamat Bimbingan dan Kaunseling ialah: memupuk kebolehan menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu kliennya menguasai pelbagai kemahiran asas untuk adaptasi dan penyesuaian diri dapat menggunakan potensi dan pelbagai sumber yang sedia ada untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam kehidupan. Kepentingan Bimbingan Dan Kaunseling Kepentingan bimbingan dan kaunseling ialah : 1. Ia membantu murid-murid untuk memahami diri mereka sendiri. Ia juga membantu murid-murid dalam pengalaman mereka dengan benda-benda dan dunia di sekeliling mereka. 2. 3. 4. Ia mempunyai kepentingan kendiri dan sosial. Ia membantu individu-individu untuk memperkembangkan kebolehan dan kekuatan mereka untuk mencapai efisensi kendiri dan sosial. Ia juga bertujuan untuk mengakhiri pembaziran resos manusia dan fizikal dengan membantu individu-individu untuk mencari kedudukan mereka dalam masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai