Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN DOKUMENTASI BINA INSAN GURU (BIG) FASA II Pada 16 Julai 2013 bersamaan dengan hari Selasa, Kumpulan

Akademik T1 Sejarah dan T1 Matematik PISMP Ambilan Januari 2013 telah menjalankan aktiviti Bina Insan Guru (BIG) Fasa II iaitu aktiviti gotong-royong dan Majlis Buka Puasa bersama-sama warga institut di Surau Al-Falah bersempena dengan bulan ramadhan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Kami berkumpul di Surau Al-Falah tepat pada pukul 12.30 tengah hari sejurus waktu kuliah tamat. Ahli jawatankuasa tugas dan aktiviti, Isma Daniel telah memberikan sedikit taklimat sebagai pengenalan dan membahagikan tugas-tugas kepada kami semua. Antara tugas kami ialah membersihkan kipas, menyapu dan mengemop lantai, membersihkan karpet dengan pembersih vakum, mencuci tempat wuduk, mencuci tandas perempuan dan lelaki, mengemas stor, memotong rumput, melukis mural dan sebagainya. Kami semua bekerjasama untuk membersihkan surau dengan bersungguhsungguh dan saling membantu bagai aur dengan tebing. Kumpulan T1 Sejarah menjalankan aktiviti pengurusan diri pada pukul 1.30 petang hingga 2.30 petang. Selepas itu, kami meneruskan kerja bergotong-royong dengan tekun sekali. Ahli jawatankuasa tugas telah mengagihkan kerja baru yang lain seperti menanam pokok, melukis mural di dinding, mencanting pokok bunga, mengutip sampah, dan menyapu daun kering sebagai usaha mengindahkan dan menceriakan persekitaran Surau AlFalah serta meninggalkan kenangan terindah dalam kawasan tersebut. Sejurus selesai melaksanakan tugas yang diberikan, kami telah diberi masa untuk pengurusan diri sekali lagi sehingga waktu 5.20 petang. Kemudian, kami telah berkumpul dan saling bekerjasama antara satu sama lain dalam usaha menyediakan makanan dan minuman untuk Majlis Buka Puasa yang akan berlangsung kemudian. Kami telah bekerja dalam kumpulan yang berlainan dengan tugas yang berbeza, iaitu memotong buah-buahan, membancuh air, menghidangkan nasi dan sebagainya. Selepas itu, kami telah menghidangkan makanan di atas karpet dan lantai dan menunggu ketibaan pelajar guru IPG Kampus Pulau Pinang untuk berbuka puasa

bersama-sama di surau. menjamu selera

Setibanya waktu berbuka puasa, pelajar guru telah Kemudian, kami bekerjasama

bersama-sama.

membersihkan pinggan mangkuk dan periuk-periuk yang telah digunakan, di samping menyapu dan mengemop lantai sekali lagi sebagai usaha menyempurnakan BIG Fasa II ini. Sebagai penutup tirai BIG Fasa II, kami kelas Sejarah telah mengambil gambar bersama-sama dengan mentor kami, iaitu En. Md Nasir Yusof dengan kelas Matematik sebelum bersurai dan balik ke kolej kediaman. Sesungguhnya, program BIG Fasa II telah dijalankan dengan berjaya dan sempurna sekali. Kami berharap supaya berpeluang menjalankan aktiviti seperti ini lagi pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai