Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TARIKH TAHUN MASA BIL MURID TOPIK SUBTOPIK PENGETAHUAN SEDIA ADA

: : : : : : :

27 Jun 2005 4 Zamrud 90 Minit 35 Orang 4. Wang Sehingga RM 10 000 4.1 Penentuan nilai wang hingga RM 10 000 1. Murid telah boleh mengenalpasti nilai matawang. 2. Murid boleh menunjukkan pelbagai kombinasi matawang bagi menghasilkan sesuatu jumlah wang.

KEMAHIRAN OBJEKTIF

: :

Dapat menyebut dan menulis sejumlah wang dalam ringgit dan sen serta menentukan niai wang sehingga RM 10 000. Di akhir proses P&P pelajar dapat: 1. Menyebut dan menulis sejumlah wang dalam ringgit dan sen. 2. Menentukan niai wang sehingga RM 10 000.

PENERAPAN NILAI MURNI KBKK

: :

Kepentingan Wang. Sebut dan tulis nilai wang, pengetahuan umum terhadap kemunasabahan harga barangan diperlukan

LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P&P

CATATAN

Set Induksi -Pengenalan kepada wang. (10 minit) -Kepentingan Wang dalam kehidupan seharian.

-Guru menyoal murid tentang jumlah wang saku yang di bawa ke sekolah dan secara rawak meminta murid menyebut nilainya. - Guru menceritakan tentang kepentingan wang dalam kehidupan seharian dan kuasa yang ada pada wang.

Murid

Langkah 1 (40 minit)

1) Cara menyebut nilai wang

1) Guru memberikan beberapa contoh nilai wang kemudian menyebut nilai wang tersebut : i) RM 58.90 ii) RM 275.80 iii) RM 3 242.75 iv) RM 7 321.50 v) RM 9 875.80 2) Guru menuliskan beberapa soalan di papan putih dan kemudiannya meminta murid menyebut nilai wang tersebut.

2) Cara menulis nilai wang

1) Guru menyebutkan beberapa contoh nilai wang. 2) Guru menulis nilai wang dalam perkataan di papan putih kemudian meminta murid menulis nilai tersebut.

Langkah 2 (20 minit)

1) Menentukan nilai wang sehingga RM10 000

1) Guru menyatakan kepada murid beberapa barangan dan menyenaraikan beberapa harga. 2) Guru kemudian meminta murid menyatakan nilai wang bagi barangan yang dinyatakan berdasarkan kepada harga barangan yang diberikan.

Penutup (15 minit)

Rumusan semula apa yang telah dipelajari hari ini. -Sebut dan tulis sejumlah wang. -Menentukan nilai wang sehingga RM10 000

Guru meminta murid menyebut semula apa yang mereka telah pelajari hari ini. Guru memberikan beberapa soalan dan meminta murid menyelesaikan dalam masa 10 minit.

Refleksi :

Komen Penyelia :