Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
yang telah ditetapkan. Pengendalian dan pendokumentasian bahan rakaman yang telah dilakukan adalah agak sukar kerana hal ini merupakan kerja kumpulan jarak jauh. Kerja kumpulan jarak jauh yang dimaksudkan adalah rakaman yang dilakukan oleh salah seorang daripada rakan sekumpulan yang telah melakukan rakaman tersebut di kampong halamannya. Selain itu, hasil rakaman yang dilakukan dengan menggunakan dialek Kelantan agak menyukarkan saya untuk menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu baku. Hal ini kerana saya berasal dari negeri yang berbeza dengan rakan sekumpulan yang berasal dari negeri tersebut. Walau bagaimana pun, saya berjaya melakukan terjemahan ke dalam bahasa Melayu baku dan menghasilkan transkripsi dengan bantuan rakan sekumpulan. Hasil kerjasama ini amat penting dalam melakukan setiap perkara. Di samping dapat melakukan transkripsi dialek tersebut, saya juga dapat mempelajari sesuatu yang baru iaitu dialek Kelantan. Walau pun tidak begitu menguasai dialek tersebut, tetapi saya berusaha untuk mempelajarinya untuk menambahkan ilmu pengetahuan mengenai dialek tersebut yang sangat unik pada pandangan saya. Kesimpulannya, hasil keseluruhan tugasan projek ini berjaya disiapkan walaupun menghadapi sedikit kekangan. Namun kekangan tersebut bukanlah satu halangan kepada saya untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan tersebut. Tambahan pula, dengan rujukan yang dibuat berdasarkan beberapa bahan rujukan seperti buku-buku ilmiah, laman sesawang, serta pensyarah pembimbing, saya dapat memahami fonetik dan fonologi di samping menghasilkan transkripsi dengan baik. Secara tidak langsung hal ini dapat membantu saya untuk mengaplikasikannya dalam penghasilan trankripsi fonetik. Konklusinya, penghasilan pengendalian serta pendokumentasian bahan rakaman dan juga kajian yang telah dilaksanakan secara berkumpulan telah banyak membantu saya dalam setiap satu tentang bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu.