Anda di halaman 1dari 6

PROSES SEBELUM PROGRAM LDP / CERAMAH

Sewaktu saya menghadiri sesi taklimat BIG fasa 2 di IPG oleh pensyarah-pensyarah dari unit Kokurikulum, sudah berlegar-legar beberapa idea untuk melaksanakan program seperti yang telah disyaratkan dalam BIG fasa 2 ini, namun saya perlu berbincang dengan beberapa rakan lain yang sama-sama menjalani program PPG dan mengajar di sekolah yang sama. Selepas pulang dari mengikuti taklimat, saya dan rakan-rakan yang lain telah berbincang dan hasil perbincangan kami seramai 5 orang telah kami sampaikan kepada pihak pentadbir bagi mendapatkan kebenaran untuk menyempurnakan BIG fasa 2 ini. Pihak pentadbir di sekolah kami sebenarnya tidak mahu kami mengganggu kelancaran perisian LDP yang telah disusun terlebih awal dan telah dimasukkan ke dalam takwim manakala AJK yang bertindak dalam LDP yang telah disusun atur oleh pihak pentadbir telah pun dilantik lebih awal. Selain itu, kami sudah terlepas beberapa siri LDP yang telah dijalankan lebih awal, dan tinggal beberapa lagi dan ianya hanya akan dijalankan dalam bulan September. Jadi dengan itu saya dan rakan-rakan yang lain perlu merancang sendiri program LDP ini tetapi kami tetap juga meminta kebenaran dan bantuan dari pihak pentadbir bagi memaklumkan kepada semua guru-guru bahawa LDP yang bakal kami adakan merupakan LDP tambahan dan memerlukan kerjasama dari semua guru agar dapat hadir bagi menjayakan program ini. Selepas mendapat kebenaran dari pihak pentadbir, saya dan rakan-rakan PPG lain berbincang dan bekerjasama dalam mencari penceramah yang dapat hadir pada tarikh yang telah ditetapkan dan syukur kerana Pengetua SMK Tun Hussein Onn iaitu En. Ahmad Ezzat bin Ismail sudi untuk hadir sebagai penceramah pada hari dan masa yang telah kami pilih dan cadangkan. Saya dan rakan-rakan telah menghantar surat jemputan sebagai penceramah kepada En. Ahmad Ezzat yang sudi hadir pada hari tersebut. Setelah selesai mencari penceramah, saya dan rakan-rakan serta pihak pentadbir berbincang untuk membuat persediaan dari segi tempat program ini akan diadakan serta peralatan yang akan diguna pakai, kami juga mengambil bilangan guru yang dapat menghadirkan diri yang tidak terlibat dengan mana-mana kursus pada hari tersebut. Tujuan kami mengambil bilangan guru yang dapat hadir adalah untuk mengetahui jumlah makanan yang akan disediakan oleh pihak kantin, ini untuk mengelak dari berlakunya pembaziran jika jumlah makanan yang dipesan melebihi jumlah guru yang dapat hadir pada hari tersebut.

Saya dan rakan-rakan segera menghantar surat makluman bagi menjayakan program LDP ini kepada pihak IPG bagi tujuan pemantauan oleh pensyarah yang terpilih. Selepas itu, saya dan rakan-rakan telah mengadakan mesyuarat dengan menjemput pihak pentadbir dan guruguru lain bagi memaklumkan program yang akan dijalankan ini. Dalam mesyuarat tersebut guru besar telah memaklumkan bahawa LDP tambahan ini adalah diwajibkan keatas semua guru terutamanya guru yang terlepas dan tidak memenuhi kehadiran LDP 7 hari yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Dalam mesyuarat ini jugak beberapa AJK dari kalangan guru yang mengikuti program PPG ini telah pun dipilih, dan saya telahpun dilantik sebagai pengerusi majlis bagi menjayakan program tersebut.

PROSES SEMASA PROGRAM LDP / CERAMAH

Pada hari program ini dijalankan saya dan rakan-rakan memastikan bahawa semua AJK yang dilantik telah bersiap sedia dengan tugas yang telah diamanahkan dan memastikan mereka dapat hadir bagi menyempurnakan program ini. Kami juga memastikan tempat sesi ceramah diadakan iaitu makmal Komputer dalam keadaan bersih dan meja kerusi dalam keadaan teratur. Kami juga menghubungi penceramah bagi memastikan bahawa beliau akan dapat hadir seperti yang telah dijanjikan. Selain itu saya dan rakan-rakan yang bertugas juga ada memastikan jumlah makanan yang disediakan adalah seperti yang telah ditempah. Kami juga memastikan AJK yang dilantik telah menyiapkan dan menyediakan segala peralatan seperti PA sistem, LCD dan Kamera video dan peralatan ini dipasang dan dalam keadaan baik serta boleh digunakan sepanjang program ini berlangsung. Kami telah mengambil kehadiran guru-guru pada hari tersebut dan apabila penceramah tiba, saya selaku pengerusi dan juga rakan-rakan lain mengalu-alukan kedatangan beliau. Saya yang bertindak dan ditugaskan untuk menjadi pengerusi majlis dalam program ini telah pun menyediakan teks lebih awal dan membaca teks yang telah saya sediakan bagi memastikan perjalanan majlis dan program ini berjalan dengan baik dan dalam keadaan teratur. Semasa sesi ceramah diadakan, AJK yang bertindak sebagai jurufoto telah menjalankan kerjanya dengan sebaik mungkin. Semua guru yang hadir mendengar sesi ceramah yang diberikan oleh En. Ahmad Ezzat yang bertajuk Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme.

Saya dan rakan-rakan guru mencatat segala isi penyampaian dan ilmu yang diperoleh untuk dijadikan panduan dalam kehidupan kerjaya sebagai seorang pendidik. Pada akhir ceramah, saya yang bertugas selaku pengerusi majlis dan mewakili rakanrakan lain terutamanya yang menjalani program PPG ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Ahmad Ezzat dan guru-guru yang lain kerana sudi hadir serta menjayakan program pada hari ini. Saya juga menjemput Penceramah untuk menikmati jamuan yang telah disediakan dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar di bilik jamuan, dan tidak lupa juga menjemput guru-guru dan rakan-rakan yang hadir bagi menjayakan program ini untuk sama-sama menikmati jamuan yang telah disediakan.

PROSES SELEPAS PROGRAM LDP / CERAMAH

Selepas sahaja LDP berbentuk ceramah ini selesai diadakan, saya dan rakan-rakan terus mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan guru kerana mereka telah memberikan komitmen dengan menghadirkan diri dan memberikan kerjasama dari segi sumbangan idea dan tenaga bagi menjayakan program ini walaupun ianya adalah LDP tambahan. Saya dan rakan-rakan serta beberapa orang AJK peralatan yang telah dilantik bertindak menyusun semula meja dan kerusi di makmal komputer serta menyimpan semua peralatan seperti LCD , Projektor dan PA sistem ke tempat asal dengan keadaan kemas. Kami juga menutup semua lampu dan pendingin hawa yang digunakan sepanjang LDP dijalankan di makmal Komputer. Saya dan rakan-rakan semua berasa lega dan bersyukur kerana program pertama berjalan dengan lancar, dan kami bertemu pensyarah yang hadir untuk sesi pemantauan iaitu En. Nordin bin Sadali bagi mendapatkan maklum balas atas program yang baru sahaja selesai pada hari tersebut. Seterusnya saya dan rakan-rakan melihat kembali gambar-gambar yang telah kami ambil sepanjang program LDP dijalankan dan memilih gambar-gambar terbaik untuk dimasukkan ke dalam bahagian lampiran dalam laporan BIG yang akan kami bina nanti. Saya dan rakan-rakan mula membuat persediaan bagi program kedua iaitu program gotongroyong yang akan diadakan tidak lama dari tarikh selepas program pertama ini.

PROSES SEBELUM GOTONG-ROYONG

Selepas mendapat tugasan dan mendengar taklimat BIG dari pensyarah-pensyarah di unit Kokurikulum, saya mendapati dua tugasan perlu disiapkan dalam semester ini, sewaktu di sekolah saya bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan guru yang juga sedang mengikuti Program PPG di institut ini dan kami merancang serta sepakat untuk menjalankan program LDP terlebih dahulu. Memandangkan program gotong-royong ini belum lagi diadakan maka saya dan rakan-rakan mengambil kesempatan ini untuk bertemu dengan pihak pentadbir terutamanya Tuan Guru Besar, Penolong Kanan dan Penolong Kanan Hal Ehwal murid bagi berbincang dan menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk diadakan program gotong-royong yang melibatkan murid-murid serta berbincang mengenai tempat-tempat serta kawasan yang perlu untuk dibersihkan. Pihak pentadbir sangatlah bersetuju dengan permintaan kami untuk mengadakan gotong- royong ini dan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab untuk menjayakan program ini kepada saya dan rakan-rakan. Selepas berbincang dengan pihak pentadbir dan mendapat keizinan, kami memulakan operasi memeriksa setiap bahagian sekolah dan bilik-bilik khas yang perlu diambil perhatian untuk dibersihkan dan bilik serta kawasan mana yang memerlukan tenaga kerja yang lebih banyak. Kami juga membuat senarai bilik-bilik khas dan kawasan yang perlu dibersihkan. Saya dan rakan-rakan juga membuat keputusan serta sebulat suara untuk memilih murid tahun 4 dan 5 bagi menjayakan program ini. Murid tahun 6 kesemuanya terlibat dengan kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah setiap hari sabtu. Guru-guru yang terlibat juga adalah semua guru kecuali guru tahun 6 yang terlibat dengan kelas tambahan. Selepas itu kami membuat satu mesyuarat bersama guru-guru bagi memaklumkan tentang tarikh serta masa program yang akan diadakan ini serta meminta kerjasama mereka bagi menjayakannya. Beberapa AJK juga telah dilantik sebulat suara dalam mesyuarat ini. Saya dan rakan-rakan bersama-sama menyenaraikan bahan-bahan serta alatan yang diperlukan bagi tujuan gotong royong ini seperti sabun, baldi, mop, penyapu, paip getah,. Dan kami juga meminta bantuan pekerja bahagian cucian cleaner bagi menyediakan bahan-bahan yang kami perlukan tadi. Kami juga menyenaraikan bilangan murid serta bilangan guru yang terlibat dalam program ini bagi membuat tempahan makanan.

PROSES SEMASA GOTONG ROYONG

Pada hari program gotong royong ini diadakan. Semua guru dan murid berkumpul ditapak perhimpunan tepat jam 8.00 pagi. Sementara menunggu semua guru dan murid hadir, saya dan rakan-rakan memeriksa semua peralatan yang telah disenaraikan kepada pihak pekerja bahagian cucian samada mencukupi atau pun tidak seperti yang diminta. Guru yang bertugas untuk mencatat kehadiran mula mengambil nama dan tandatangan murid yang hadir. Setelah semua murid hadir, mereka kemudiannya dikumpulkan di tapak perhimpunan dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan dan bilik khas yang akan di bersihkan. Semua peralatan dan bahan untuk kerja-kerja gotong royong di bahagikan kepada setiap kumpulan. Saya dan rakan-rakan PPG masing-masing memilih kumpulan murid yang telah diasingkan kepada beberapa kumpulan tadi dan membawa mereka ke bilik khas dan kawasankawasan di sekolah untuk memulakan kerja pembersihan dan gotong royong. Saya mendapat tugasan untuk mencuci bilik kemahiran hidup. Kumpulan murid yang saya dapat terdiri dari murid perempuan kesemuanya. Saya memulakan operasi dengan membahagikan kumpulan saya kepada beberapa kumpulan kecil mengikut tugas dan kerja mereka di dalam bengkel kemahiran hidup seperti : Menyapu sampah Mencuci dan mengelap tingkap Membuang sarang labah-labah / sawang Menysusun atur meja dan kerusi Membuang sampah Mengemas papan kenyataan Mengelap habuk Mencuci kipas Mengelap meja kerja Menyusun peralatan yang berselerak dalam laci meja kerja Saya dan murid-murid dalam kumpulan saya memulakan operasi pembersihan dengan mengeluarkan kerusi-kerusi dan menyusun di luar bengkel kemahiran hidup. Tujuannya adalah supaya bengkel menjadi lebih lapang untuk kerja-kerja pembersihan dilakukan. Seterusnya

kumpulan-kumpulan kecil yang telah dibahagikan dengan tugasan mereka.

tadi memulakan kerja

Pada pukul 10.00 pagi kami semua berhenti berehat dan menikmati sedikit jamuan nasi lemak dan air teh O ais yang telah ditempah dari kantin sekolah. Selepas makan dan berehat iaitu pada jam 10.30 pagi kami menyambung semula gotong royong sehingga pukul 11.00 pagi.

PROSES SELEPAS GOTONG ROYONG

Selepas kerja-kerja gotong royong selesai. Saya dan rakan-rakan membawa murid-murid dari kumpulan masing-masing berkumpul semula ditapak perhimpunan. Barang-barang dan peralatan untuk kerja pembersihan yang dipinjam tadi di kutip dan dipulangkan kepada pekerja bahagian cucian bangunan, dan menyimpannya di tempat yang diambil. Guru-guru dan muridmurid di beri minum sebelum pulang. Murid-murid bersurai setelah selesai minum. Sebelum saya dan rakan-rakan beredar, kami terlebih dahulu memeriksa sekali lagi bilikbilik khas yang dicuci tadi untuk memastikan tingkap ditutup dan pintu dikunci dengan sebaiknya untuk mengelak dari berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Selepas semua keadaan dipastikan selamat dan berpuas hati saya dan rakan-rakan pun bersurai dan pulang kerumah masing-masing.