Anda di halaman 1dari 2

Kreativiti dan psikologi kanak-kanak dalam karya seni Untuk merungkaikan kreativiti dan psikologi dalam sebuah karya

seni, seorang pelajar telah menawarkan satu karya untuk dinilai. Dengan menggunakan bahan krayon diatas kertas, elajar tersebut memilih tema objek dalam lukisannya. Karyanya ini seterusnya akan dinilai dengan menggunakan empat tahap yang dicadangkan Feldman dan Smith. Dari aspek gambaran, prinsip-prinsip seni berjaya dipatuhi walaupun lukisan ini menyediakan ruang yang sempit di bahagian atas. Beberapa objek kelihatan jelas dengan kehalusan yang menarik, menimbulkan pengamatan pemerhati. Usaha yang dibuat dalam dalam menghaluskan elemen-elemen dengan penataan cahaya yang baik dan pemilihan warna yang menarik perlu mendapat kepujian. Elemen-elemen kontras cukup seimbang untuk memberi fokus terhadap elemen tertentu. Lukisan kelihatan dirancang dengan baik dan mempunyai simetri yang seimbang. Walaupun agak berat sebelah. Subjek yang dipilih menunjukkan pendedahan dan pengetahuan yang cukup untuk menjana sebuah gambaran yang boleh dirasionalkan. Garisan-garisan yang jelas menunjukkan perhatian terhadap keperincian. Warnawarna yang dipilih menunjukkan keberanian menggabung warna. Kehadiran teknik-teknik menunjukkan kemahiran yang memadai walaupun ianya boleh dikembangkan. Adanya beberapa elemen yang tidak jelas mungkin disengajakan demi mengekalkan fokus ke elemen-elemen tertentu. Jika dilihat dengan kaedah kontekstualistik, karya ini cukup menarik dengan pelbagai elemen yang boleh berinteraksi dengan pemerhati. Elemen-elemen rata-ratanya dibangunkan secukupnya dengan keperincian yang tinggi menggunak teknik yang menarik. Struktur dan simetri yang bagus membuatkan lukisan ini mudah diterima dan diamati. Walaubagaimanapun, garisan-garisan dan kawasan-kawasan gelap wajar diperkuatkan untuk lebih menyerlahkan lukisan ini Dengan kaedah organistik, lukisan ini boleh dikatakan harmoni dengan penyusunan struktur dan pemilihan warna yang sesuai dan menarik. Kepelbagaian juga dicapai dengan sedikit penataan cahaya. Jika penataan cahaya diperbaiki maka lukisan ini akan lebih harmoni dengan tapak dan latarannya. Penilaian psikologi pelajar ini pula menunjukkan seorang yang berpengetahuan tentang subjek dan tema yang dipilih. Keberanian menggunakan warna-warna terang dalam kelompok yang sama membayangkan pengalaman dalam subjek dan tema ini. Usaha yang dibuat menampakkan masa yang dilaburkan. Ini menyerlahkan fokus dan jatidiri pelajar tersebut untuk menyiapkan karya ini. Untuk penambahbaikan, prinsip-prinsip seni ditekankan lagi terutama dalam aspek penataan cahaya.Pendedahan kepada lukisan-lukisan menggunakan bahan yang dipilih juga wajar untuk mengembangkan teknik dan penggunaan warna.