Anda di halaman 1dari 11

Proses Artistik melalui Apresiasi Seni Proses artistik secara umumnya boleh dibahagikan ketiga peringkat, proses mencipta,

proses melaksana dan proses timbalas. Ketiga-tiga proses ini mempunyai aspek-aspek yang kadangkala mempunyai persamaan, yang menunjukkan ianya tidak eksklusif. Misalnya, di peringkat mencipta, aspek memilih tema dan subjek berkaitan rapat dengan aspek memilih karya di peringkat timbalas, dimana pengalaman memilih karya yang disenangi untuk dikritik memberi kesan apabila tiba gilirannya memilih tema untuk bekaryanya. Begitu juga dengan aspek-aspek lain seperti analisis, tafsiran dan kritikan. Ianya memberi impak di semua peringkat proses artistik. Di sinilah apresiasi seni itu memanifestasikan dirinya dan di sinilah ia memainkan peranannya. Secara mudah, apresiasi seni boleh didefinisikan sebagai keupayaan melihat sesuatu karya dan menjana sesuatu pendapat. Pendapat itu boleh dikembangkan sebagai merasionalkan karya tersebut seiring dengan norma-norma penerimaan seni yang sedia ada dan pengalaman atau pengetahuan relevan seseorang pemerhati. Walaubagaimanapun, apresiasi seni di peringkat yang lebih tinggi harus disokong oleh pengetahuan ilmu seni yang mendalam dan kefahaman terhadap nilai-nilai sejagat. Tujuan apresiasi seni adalah supaya kita dapat memahami nilai-nilai estitika dan sosiobudaya yang terkandung dalam sesebuah karya seni. Ianya juga dapat dijadikan konteks perbandingan karya seni yang dicipta dengan karya-karya seni lain dan seterusnya menjana suatu kefahaman dan penghargaan terhadap bidang seni dan apa yang cuba hendak disampaikannya. Proses apresiasi seni di peringkat sekolah boleh dilihat di dalam aspek-aspek proses artistik seperti berikut, Penentuan Tema dan subjek Pemilihan bahan Penggunaan Teknik Kritikan hasil seni.

Penentuan Tema dan Subjek Dalam menentukan tema idea boleh dijana melalui empat pendekatan berikut, Alam semulajadi dan objek persekitaran Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi Aliran dan tema sejagat Keperluan dan pengalaman hidup seharian

Tema-tema ini walaupun bersifat universal, boleh diselami di peringkat sosiobudaya dan lokasi pengkarya untuk menonjolkan mesej-mesej dan persoalan khusus yang memberi impak kepada masyarakat setempat. Malah jika elemen-elemen tempatan diketengahkan, ruang untuk apresiasi seni itu lebih luas. Mungkin juga ianya tidak pernah dibayangkan sebagai sesuatu yang mempunyai nilai apresiasi. Pengkarya tempatan perlu menyelami asal usul dan sejarah diri, keluarga, keturunan dan juga tamadun di mana terdapatnya banyak isu-isu dan gambaran indah yang wajar diketengahkan.Guru-guru pendidikan seni haruslah pandai menanam ekspresi diri di dalam setiap pelajar supaya perasaan dalaman selain dari ketenangan dan kegembiraan dapat diluahkan. Tema alam semulajadi tidak semestinya menggambarkan unsur-unsur biasa seperti pemandangan setempat atau imaginasi sahaja. Gambaran flora dan fauna juga seringkali dipersembahkan secara realistik. Usuha perlu dibuat untuk memberi ruang kepada pelajar untuk meluah sesuatu yang berlainan dengan unsur-unsur pelbagai perasaan, seperti gambaran flora yang telah layu atau kering, gambaran konflik hidupan liar, pemandangan waktu malam, atau pemandangan yang jarang dibuat seperti suasana di dalam gua. Jika sesuatu tema itu jarang dilihat atau tidak pernah dialami, perasaan dalaman pengkarya itu boleh keluar sebagai ekspresi diri yang terpendam.

Begitu juga dengan objek-objek persekitaran. Apresiasi seni boleh memainkan peranannya dalam membincang dan menerima skop yang lebih luas terutama sekali dari segi aspek sejarah sesuatu objek. Tanggapan dan aspirasi juga boleh selitkan dalam menggambarkan objek tersebut. Sebagai contoh, senjata seperti keris amat penting dalam sosiobudaya orang melayu dan mempunyai sejarah yang menarik dengan nama-nama keris dan bentuk-bentuknya yang unik. Aktiviti yang boleh dicuba adalah untuk menggambarkan keris ciptaan sendiri yang disertai dengan sejarahnya dan namanya mengikut daya imaginasi pelajar. Aktiviti jenis ini membuka ruang seluas-luasnya untuk ekspresi diri menjelma dan mengeluarkan perasaan dalaman yang seterusnya disokong khayalan dan imaginasi. Jikalau aliran dan tema sejagat cuba digambarkan, seringkali juga tema-tema yang sama digunapakai. Guru-guru harus berani membincangkan tema-tema yang lebih tersembunyi atau tidak mendapat perhatian. Sebenarnya banyak isu-isu sosial dan politik boleh dibawa kehadapan. Setiap pelajar sememangnya mempunyai pendapatnya tersendiri kerana pendedahan mereka terhadap isu-isu tersebut tidak dapat dielakkan dan berada dimana-mana. Jikalau pendapat-pendapat ini dibiarkan terpendam, dikhuatiri ianya melahirkan masyarakat yang dipendam inovasinya. Isuisu seperti pembuangan bayi, ketiadaan kerja, kegagalan boleh menimbulkan sedikit kesedaran sosial. Korupsi dan penyalahgunaan kuasa juga perlu digambarkan di luar norma-norma format poster semata-mata. Ianya perlu dikaitkan dengan perasaan individu dan masyarakat, dan impaknya terhadap negara. Bila menggambarkan keperluan atau pengalaman, aspek emosi biasanya tidak ketara. Ini mungkin disebabkan usaha dan masa lebih ditumpukan kepada bentuk, susunan dan warna sehingga aspek yang penting ini tidak kesampaian. Di sini, guru perlu kreatif mecari format dan skop yang sesuai dimana aspek emosi yang ditekankan itu mendapat fokus utama. Skop gambaran hendaklah tidak terlalu rumit dan memerlukan terlalu banyak elemen untuk memenuhinya. Contohnya, dalam menggambarkan peminta sedekah, perasaan wajah peminta sedekah itu amat penting untuk disampaikan. Oleh itu, gambaran dekat lebih ideal daripada gambar suasana pasar yang terlalu banyak elemen.

Gambaran-gambaran yang tenang dan ideal bukan dilihat sebagai kurang atau negatif, tetapi ruang yang tersedia untuk kreativiti dikhuatiri tidak dimanafaatkan sepenuhnya untuk menyampaikan mesej-mesej lain. Keengganan atau ketidakupayaan untuk mengekspresi diri hanya membayangkan ketiadaan kepelbagaian dan keselesaan mengikuti corak pemikiran yang sama. Ini mungkin disebabkan ketakutan untuk keluar dari norma dan mungkin juga disebabkan ketiadaan sokongan dan galakan dari guru-guru pendidikan seni sendiri.

Pemilihan Bahan Apresiasi seni jika dilihat dari aspek pemilihan bahan kadangkala agak sempit dalam konteks pendidikan di sekolah. Dengan peralatan yang terhad, peranan dan impak apresiasi itu jarang-jarang sekali mencapai objektifnya. Amat penting guru pendidikan seni mengambil initiatif menyediakan bahan-bahan lain atau setidak-tidaknya memperkenalkan penggunaan bahan-bahan lain. Pemilihan bahan juga mempunyai evolusinya sendiri. Ianya sudah semestinya akan berubah mengikut era dan zaman. Jika itu diambilkira, maka pastilah ada pengkarya yang sedang berjinak dengan sesuatu bahan baru dan pelbagai eksperimen telah dijalankan dalam pencarian olahan yang sesuai. Maka itu, di dalam suasana yang terkongkong, inovasi perlulah dikejar untuk mencari bahan-bahan yang boleh digunakan. Apresiasi seni sentiasa dicabar oleh penemuan-penemuan baru dalam penggunaan bahan. Ini wajar diingatkan oleh semua pendidik dan perlu disampaikan ke semua anak didknya. Kanak-kanak yang dilihat sebagai tidak dicemari dan tidak dibendung, sangat sesuai diperhatikan aktiviti mereka dalam pemilihan bahan dan olahan. Maka peluang ini perlu diambil oleh guru-guru pendidikan seni untuk memupuk bakat yang tersembunyi ini. Guru-guru boleh mengenalpasti benda-benda terbuang yang boleh digubah secara artistik. Contohnya, cebisan-cebisan rautan pencil atau pencil

berwarna, kertas-kertas terbuang yang diremukkan kebentuk bola-bola pelbagai sais dan permukaan-permukan bertekstur yang boleh digunakan dalam teknik menggosok. Mungkin aktiviti-aktiviti ini tidak terdapat di dalam kurikulum, tetapi inisiatif tersebut dikias dalam penerangan umum proses kreativiti dan artistik. Bibit-bibit ekspresi diri boleh ditanam dan seterusnya memberi kebenaran tidak rasmi untuk bereksperimentasi. Sekali lagi kelonggaran dan keterbukaan perlu dipihak guru-guru pendidikan seni, untuk menjadi fasilitator yang membenarkan proses ini bermula. Teknik Teknik merupakan satu-satunya aspek yang bebas diceburi jika pemilihan bahan itu terhad. Guru pendidikan seni berperanan untuk mendorong pelajar untuk bereksperimentasi dengan alatan dan cara menggunakan alatan tersebut. Pendedahan harus diberi terhadap karya-karya sediaada yang menyerlahkan teknik-teknik tertentu. Dalam penggunaan bahan krayon misalnya, teknik Sgraffito merupakan satu inovasi yang menarik. Teknik ini memerlukan pelajar mewarnakan sutu bahagian dengan satu warna terang dan kemudiannya melapiskan warna itu dengan satu warna gelap. Dengan menggunakan satu alat yang runcing seperti pencungkil gigi, pelajar kemudiannya menggariskan corak-corak tertentu di atas lapisan warna gelap itu sehingga terserlah warna latarnya. Di sini terserlah inovasi dalam mencari teknik. Usaha mencari teknik-teknik seperti ini wajar dijadikan satu aktiviti di dalam kelas. Tidak mustahil setiap sesi akan membuahkan teknik-teknik baru yang boleh digunapakai yang menimbulkan apresiasi baru dalam teknik tersebut. Kritikan Seni/Penilaian guru pendidikan seni Pendapat guru-guru pendidikan seni menjadi asas dan panduan kepada pelajar-pelajar mereka dalam menghasilkan karya, di semua peringkat proses artistik. John A.Micheal dalam bukunya, Art and Adolescence (1983), mengenalpasti dua pendekatan dalam kritikan seni, Pendekatan secara logik

Pendekatan secara psikologi

Pendekatan secara logik menggunakan intelek yang berasaskan andaian tentang apa yang difikirkan betul dan diterima. Ia boleh diamalkan dengan penerangan, pemerhatian dan perbandingan dengan karya-karya lain. Dalam aktiviti penghasilan karya, teknik-teknik tertentu boleh dicadangkan dengan menitikberatkan nilai-nilai yang cuba disampaikan dan aspek kepuasan terhadap hasilseni tersebut. Pendekatan secara psikologi pula bersandarkan perasaan dimana emosi dan perasaan dalaman diselami dalam penghayatan suatu karya seni. Ianya dilihat sebagai lebih realistik dan meninggalkan kesan mendalam terhadap sesuatu karya dan pengkaryanya. Pendekatan ini boleh dipraktikkan dengan perbincangan dan soalbalas.

Kaedah-kaedah dalam apresiasi seni Guru pendidikan seni mempunyai pelbagai kaedah untuk digunapakai dalam proses melihat suatu karya dengan terperinci. Mereka boleh melihat karya tersebut secara, Hedonistik Kontekstualistik Organistik Normalistik Elektik

Keadah Hedonistik

Kaedah Hedonistik memberi respon berpandukan perasaan spontan yang dialami. Penyataan diberi dalam konteks suka atau tidak suka. Kaedah ini tidak sealiran dengan pandangan para pengkritik dan ahli-ahli psikologi kerana tidak berpandukan pemikiran. Ianya tidak dapat diukur dan terlalu subjektif. Kaedah Kontekstualistik Pemerhatian dibuat dengan berpandukan ilmu dimana ianya lebih sistematik dan berasaskan penjelasan yang dapat dirasionalkan. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada pengetahuan mantap dalam. Rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati dan konsep karya dijadikan fokus dalam pemerhatian mengikut skop sesuai oleh pemerhati. Kaedah Organistik Kaedah yang mementingkan aspek harmoni sesuatu karya dengan mengambilkira ciriciri susunan, keseimbangan, penataan cahaya, kesenimbungan dan kepelbagaian. Aspek warna dan jalinan juga penting di sini dalam merumuskan suatu karya sebagai senang dan tenang diterima secara visual.

Kaedah Normalistik Kaedah normalistik melihat seni dari aspek-aspek ugama dan budaya serta nilai-nilai kemasyarakatan. Unsur-unsur ikonografi, naratif dan ahklak cuba diketengahkan dan dinilai Ianya menolak mesej-mesej sensasi yang bertentangan dengan kefahaman atau norma-norma ugama dan budaya. Kaedah Elektif

Secara elektif pula menjurus kepada pemerhatian secara bersepadu, yakni mengambilkira semua aspek yang antaranya, prinsip asas, struktur kerja, bahan dan peralatan. Ianya menjauhkan diri dari penilaian ekstrim dan cuba mengambil jalan tengah, menggabungkan antara yang positif dan negatif.

Dengan menggunakkan kaedah- kaedah tersebut secara individual, amat mudah untuk merumuskan kritikan yang terlalu positif atau negatif. Mungkin gabungan kaedah lebih sesuai dalam merumuskan kritikan yang seimbang selari dangan peranan guru yang perlu menyediakan ruang untuk produkti Dengan ini, pendidikan seni di berupaya mengenengahkan seberapa banyak nilai-nilai sejagat. Empat Tahap Apresiasi Seni Feldman(1967) dan Smith(1967) mencadangkan apresiasi seni berasaskan proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap, Menggambarkan Pengamatan hasi seni dibuat dengan menggambarkan sifat-sifat tampak seprti warna, garisan, bentuk, rupa dan jalinan, serta elemen-elemen gubahan seperti prinsip dan struktur. Menganalisa Gambaran yang dikenalpasti kemudian dianalisa untuk mencungkil kualiti ekspresif seperti suasana dan perasaan. Tafsiran Seterusnya, ianya ditafsir untuk menyerlahkan metafora, yakni kiasan, dan analogi yang bolen dikaitkan. Penilaian Penilainan kemudian dibuat berdasarkan keaslian, gubahan, teknik dan fungsi. Ia juga boleh dikaitkan dari segi diri pengkarya, agama, sosial atau budaya, sejarah dan kesenian subjek mengikut konteks yang sesuai.

Kreativiti dan psikologi kanak-kanak dalam karya seni Untuk merungkaikan kreativiti dan psikologi dalam sebuah karya seni, seorang pelajar telah menawarkan satu karya untuk dinilai (Lampiran A). Dengan menggunakan bahan krayon diatas kertas, elajar tersebut memilih tema objek dalam lukisannya. Karyanya ini seterusnya akan dinilai dengan menggunakan empat tahap yang dicadangkan Feldman dan Smith. Dari aspek gambaran, prinsip-prinsip seni berjaya dipatuhi walaupun lukisan ini menyediakan ruang yang sempit di bahagian atas. Beberapa objek kelihatan jelas dengan kehalusan yang menarik, menimbulkan pengamatan pemerhati. Usaha yang dibuat dalam dalam menghaluskan elemen-elemen dengan penataan cahaya yang baik dan pemilihan warna yang menarik perlu mendapat kepujian. Elemen-elemen kontras cukup seimbang untuk memberi fokus terhadap elemen tertentu. Lukisan kelihatan dirancang dengan baik dan mempunyai simetri yang seimbang. Walaupun agak berat sebelah. Subjek yang dipilih menunjukkan pendedahan dan pengetahuan yang cukup untuk menjana sebuah gambaran yang boleh dirasionalkan. Garisan-garisan yang jelas menunjukkan perhatian terhadap keperincian. Warnawarna yang dipilih menunjukkan keberanian menggabung warna. Kehadiran teknik-teknik menunjukkan kemahiran yang memadai walaupun ianya boleh dikembangkan. Adanya beberapa elemen yang tidak jelas mungkin disengajakan demi mengekalkan fokus ke elemen-elemen tertentu. Jika dilihat dengan kaedah kontekstualistik, karya ini cukup menarik dengan pelbagai elemen yang boleh berinteraksi dengan pemerhati. Elemen-elemen rata-ratanya dibangunkan secukupnya dengan keperincian yang tinggi menggunak teknik yang menarik. Struktur dan simetri yang bagus membuatkan lukisan ini mudah diterima dan diamati. Walaubagaimanapun, garisan-garisan dan kawasan-kawasan gelap wajar diperkuatkan untuk lebih menyerlahkan lukisan ini

Dengan kaedah organistik, lukisan ini boleh dikatakan harmoni dengan penyusunan struktur dan pemilihan warna yang sesuai dan menarik. Kepelbagaian juga dicapai dengan sedikit penataan cahaya. Jika penataan cahaya diperbaiki maka lukisan ini akan lebih harmoni dengan tapak dan latarannya. Penilaian psikologi pelajar ini pula menunjukkan seorang yang berpengetahuan tentang subjek dan tema yang dipilih. Keberanian menggunakan warna-warna terang dalam kelompok yang sama membayangkan pengalaman dalam subjek dan tema ini. Usaha yang dibuat menampakkan masa yang dilaburkan. Ini menyerlahkan fokus dan jatidiri pelajar tersebut untuk menyiapkan karya ini. Untuk penambahbaikan, prinsip-prinsip seni ditekankan lagi terutama dalam aspek penataan cahaya.Pendedahan kepada lukisan-lukisan menggunakan bahan yang dipilih juga wajar untuk mengembangkan teknik dan penggunaan warna. Kesimpulan Apresiasi seni dalam proses artistik merupakan tunggak dalam melahirkan karyakarya seni yang dapat dirasionalkan. Walaupun aspek ini amatlah luas dan dipenuhi pelbagai kaedah dan pendekatan yang kadangkala bertentangan, peranan guru pendidikan seni tidak wajar terbatas kepada meyampaikan ilmu-ilmu tersebut sahaja. Kadangkala, pendedahan tertentu terhadap aspek-aspek terpilih mampu untuk menyedarkan pelajar akan pentingnya apresiasi seni. Mungkin falsafah-falsafah tokoh-tokoh tertentu seperti Herbert Read cukup untuk memulakan proses apresiasi itu. Apa jua pun, dengan wujudnya perlapisan dalam aspek-aspek apresiasi di pelbagai peringkat proses artistik menyerlahkan hakikat bahawa aspek-aspek ini tidak eksklusif dan ada persamaan untuk dihubungkait. Ini menimbulkan keadaan dimana kesedaran terhadap suatu aspek menjurus kepada kesedaran terhadap aspek-aspek lain. Jika Herbert Read dijadikan ilham, kreativiti itu adalah ekspresi diri dan karya seni menyampaikan nilai-nilai sejagat. Ini mungkin cukup untuk seseorang pelajar mencetus kreativitinya hanya dengan keikhlasan perasaannya ketika berkarya. Jika

pelajar mampu menyampaikan sedikit nilai-nilai di dalam karya mereka maka sudah tentulah karya mereka mendapat tempat dan kritikan yang baik. Menurut Read lagi, kreativiti berada dalam setiap kanak-kanak dan perlu dimanifestasikan dengan caranya tersendiri. Maka peranan guru pendidikan seni di sini mungkin lebih mudah dari yang disangka. Dengan penerangan asas terhadap falsafah-falsafah tokoh-tokoh pendidikan seni, ditambah dengan apresiasi yang boleh dipraktikkan di peringkat sekolah maka pelajar boleh memanifestasikan kreativitinya dengan sendiri jika diberi ruang dan peluang untuk berbuat demikian.