Anda di halaman 1dari 6

KONSEP PENDIDIKAN MATLAMAT PENDIDIKAN

HIDAYATUL ISMA BINTI SUMADIN NOR AMALIENA BINTI MOHD FAUDZI NOR LIYANA BINTI RAHMAT

KONSEP PENDIDIKAN
Berasal daripada tiga leksikon asas, iaitu falsafah, pendidikan dan kebangsaan. Leksikal falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu;philos dan Sophia. Philos bermakna mencintai manakala Sophia diertikan sebagai kebijaksanaan. Para ahli falsafah mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan penjanaan deretan idea baharu

E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter(1984) mengujarkan falsafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item. Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 ) meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang penting. Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah, yakni metafizik/ontologi (teori kejadian), aksiologi (teori nilai), epistomologi (teori ilmu) dan logik.

MATLAMAT PENDIDIKAN
Menggariskan kesemua leksikon, pemikiran dan prinsip berkaitan bidang pendidikan di Malaysia. Menjelaskan norma-norma kedinamikan pendidikan terkini secara rasional serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan. Menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua rancangan dalam bidang pendidikan.

Bertindak sebagai medium perealisasian misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM); iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia dan memenuhi aspirasi negara kita.

Anda mungkin juga menyukai