Anda di halaman 1dari 10

TEMA 1: KESEDARAN TUBUH BADAN

Tema ini memberi peluang individu itu mengenali bahagian tubuh badan dan mengawal pergerakan. Bahagian tubuh badan digerakkan dengan pelbagai cara iaitu

a. Lakuan asas tubuh badan


1. ringkuk 2. lunjur/ regang

3. pulas
4. hayun b. Lakuan bahagian tubuh badan

1. sokongan beban
2. bahagian badan mendahului pergerakan 3. menerima beban tubuh badan

C. Aktiviti tubuh badan 1. lokomotor 2. bukan lokomotor


D. Bentuk tubuh badan (sebanding dan tidak sebanding) 1. lurus, runcing 2. lebar 3. bulat 4. bersudut 5. pulas

Tema ini menggalakkan pelajar melakukan berbagai pergerakan. Pemilaihan dan pengawalan pergerakan adalah mengikut situasi, keperluan dan keselamatan

1.Kesedaran Tubuh Badan


1.1. Bergerak secara sentuhan bersilang 1.2. Bergerak secara sentuhan selalu 1.3. Bergerak tanpa sentuhan seketika 1.4. Menyokong badan pada bahagian tubuh badan 1.5. Membuat berbagai bentuk dengan bahagian tubuh badan 1.6. Membeku tubuh badan 1.7. Merangkaikan dua atau lebih pergerakan

1.1 Bergerak secara sentuhan berselang


Bergerak dengan bahagian tubuh badan menyentuh lantai berselang seli seperti berlari, berjalan, skip dan merangkak.

Tugasan 1. Bergerak berbagai cara dengan bahagian kaki 2. Bergerak berbagai cara dengan dua atau lebih bahagian tubuh badan

1.2. Bergerak secara sentuhan selalu


Bergerak dengan bahagian tubuh badan sentiasa menyentuh lantai seperti gulingan, pergerakan menolak dan pergerakan menarik.
Tugasan 1. Bergerak dengan bahagian tubuh badan sentiasa menyentuh lantai 2. bergerak berbagai arah 3. bergerak dalam berbagai bentuk

1.3. Bergerak tanpa sentuhan seketika


Bergerak dengan keseluruhan tubuh badan berada seketika di udara seperti lompatan dan layangan

Tugasan 1. Bergerak dengan seluruh tubuh badan seketika di udara 2. Gerakan bahagian tubuh badan semasa di udara 3. bentukkan tubuh badan semasa di udara.

1.4. Menyokong badan pada bahagian tubuh badan


Menyokong beban di atas satu atau lebih bahagian tubuh badan seperti imbangan. Sokongan boleh dilakukan secara stabil atau tidak stabil.
Tugasan 1. Sokongan beban badan di atas dua bahagian tubuh badan 2. Sokongan beban badan di atas satu bahagian tubuh badan 3. Sokongan beban badan dan imbangan dengan berbagai-bagai bahagian tubuh badan untuk mendapat kestabilan.

1.5. Membuat berbagai bentuk dengan bahagian tubuh badan


Membentuk dengan menggunakan bahagian tubuh badan. Bentuk-bentuk yang boleh dilakukan ialah lurus, lebar, bulat, pulas, dan bersudut. Ianya juga boleh dilakukan secara sebanding dan tidak sebanding.
Tugasan 1. Buat berbagai-bagai bentuk dengan bahagian tubuh badan di lantai atau di udara. 2. Buat berbagai-bagai bentuk dengan bahagian tubuh badan secara sebanding (persamaan) 3. Buat berbagai-bagai bentuk dengan bahagian tubuh badan secara tidak sebanding

1.6. Membeku tubuh badan


Memberhentikan pergerakan seketika dalam keadaan lakuan pergerakan. Semasa membeku, pastikan kualiti bentuk lakuan.

Tugasan 1. Bergerak bebas 2. Bergerak dan membeku 3. Bergerak dan membeku dengan kualiti berat atau ringan

1.7. Merangkaikan dua atau lebih pergerakan


Merangkaikan beberapa pergerakan tubuh badan supaya menjadi satu rangkaian pergerakan yang berterusan. Rangkaian dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Pergerakan boleh dilakukan tanpa atau dengan alatan.
Tugasan 1. Rangkaikan dua pergerakan 2. Rangkaikan beberapa pergerakan berseorangan 3. Rangkaikan beberapa pergerakan dengan menggunakan alatan

Anda mungkin juga menyukai