Anda di halaman 1dari 5

TEMA 7: KESEDARAN PERKAITAN DENGAN ORANG LAIN

Kesedaran ini memberi peluang seseorang individu melakukan berbagai pergerakan bersama rakan-rakan. Setiap individu menyesuaikan pergerakan dengan cara berpasangan atau kumpulan. Perkaitan ini boleh dilakukan dengan cara : a. Meniru :- ketua melakukan, pengikut memerhati dan meniru pergerakan ketua b. Memadan :- beberapa orang melakukan pergerakan yang sama serentak. Pemilihan pergerakan dan rangkaian ditentu dan dilatih terlebih dahulu c. Lakuan Cermin :- berpasangan dan dalam kumpulan melakukan pergerakan yang sama seperti lakuan dalam cermin

7. Kesedaran Perkaitan Dengan Orang Lain

7.1. Bergerak berbagai cara dengan pasangan 7.2. Bergerak berbagai-bagai cara dengan rakan secara sentuhan badan 7.3. Bergerak berbagai-bagai cara dalam kumpulan

7.1. Bergerak berbagai cara dengan pasangan


Bergerak berbagai cara dengan pasangan boleh dilakukan dalam bentuk meniru, memadan dan lakuan cermin.Rangkaian pergerakan berpasangan boleh dilakukan seperti kanun, berselang-seli dan berturutan.
Tugasan 1. Ketua melakukan rangkaian pergerakan. Rakan memerhati dan mengingati rangkaian. 2. Tiru pergerakan ketua 3. Lakukan pergerakan yang sama berpasangan 4. Lakukan pergerakan yang sama bertentangan dengan rakan

7.2. Bergerak berbagai-bagai cara dengan rakan secara sentuhan badan


Bergerak dengan rakan-rakan boleh dilakukan secara sentuhan badan untuk menyokong beban, mengimbang rakan dan membantu rakan mengekalkan kedudukan badan. Sesuatu pergerakan itu tidak boleh dilakukan tanpa sokongan
Tugasan 1. Imbang di atas berbagai-bagai bahagian tubuh badan dengan disokong oleh penyokong. 2. Imbang seluruh beban badan di atas bahagian tubuh badan pasangan dan bergerak 3. Rangkaikan beberapa pergerakan berpasangan 4. Rangkaikan pergerakan berpasangan dengan menggunakan alatan

7.3. Bergerak berbagai-bagai cara dalam kumpulan Bergerak berbagai-bagai cara dalam kumpulan kecil dan kumpulan besar. Pergerakan yang boleh dilakukan ialah secara meniru, memadan dan lakuan cermin.
Tugasan 1. Lakukan pergerakan secara meniru,memadan atau lakuan cermin dalam kumpulan 2. Lakukan rangkaian yang sama dengan alatan