Anda di halaman 1dari 12

AHLI KUMPULAN: Azrul azam ab aziz (sx112991smf04) Noor liza Simon (SX112998SMF04) norul amalina binti mohd nor

(sx113001smf04) SITI FAIRUS BINTI MOHD ZAIN (SX100964EEJ04) Mazlina bt sedek (sx100865eej04) MAZWANIE MAHDZIR (SX112992SMF04) Pensyarah: dr. Norashikin Mahmud

Pengenalan Psikologi Industri (USH 2062) 2013

Isi Kandungan
Bil 1. 2. Kandungan Pengenalan Komunikasi Tujuan Komunikasi Bentuk komunikasi 3. (i) (ii) 4. 5. Sehala Dua Hala 3 4 2 Muka surat 2 2

Proses Komunikasi Jenis Komunikasi Pola Komunikasi (i) Komunikasi Ke Atas

6. (ii) (iii) 7. 8. 9. 10. Komunikasi Ke Bawah Komunikasi Mendatar

Analisis Komunikasi Berdasarkan Video Lady Boss Penyelesaian Masalah Rumusan Rujukan

6 7 10 11

[1]

Pengenalan Psikologi Industri (USH 2062) 2013


1.0 PENGENALAN KOMUNIKASI

Apa itu Komunikasi? Komunikasi merupakan suatu proses pemindahan atau penyaluran maklumat, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain. Tambahan lagi, proses ini boleh berlaku secara lisan, tulisan ataupun dengan menggunakan pelbagai deria yang ada pada manusia. Oleh sebab itu, komunikasi merupakan nadi yang menghidupkan perjalanan organisasi kerana dengan adanya komunikasi, interaksi antara individu-individu di tempat kerja dapat diwujudkan. 2.0 TUJUAN KOMUNIKASI

Tujuan komunikasi adalah untuk meningkatkan keyakinan diri, memberikan pemahaman dan pengertian bersama. Ini dapat mengelakkan dari salah faham dan pertengkaran. Tambahan lagi, komunikasi juga dapat membuatkan kita untuk jadi saling memahami antara satu sama lain. Kita tidak perlu menyetujui sesuatu perkara sebelum memahami perkara yang telah disampaikan. 3.0 BENTUK KOMUNIKASI

Terdapat dua bentuk komunikasi, iaitu: (i) Sehala Pengirim berkomunikasi tanpa memerlukan maklumbalas penerima.Contohnya seperti isyarat meletakkan tangan di mulut merupakan arahan supaya penerima senyap atau diam. Bentuk komunikasi ini memerlukan tindakan terus oleh penerima.

(ii)

Dua hala Penerima memberikan maklumbalas pada pengirim dan membolehkan pengirim memperbaiki komunikasinya jika mesej yang diterima kurang tepat atau kurang faham mengenai mesej yang ingin disampaikan. Bentuk komunikasi ini membolehkan penerima lebih yakin untuk bertindak.

[2]

Pengenalan Psikologi Industri (USH 2062) 2013

4.0

PROSES KOMUNIKASI

Dalam proses komunikasi yang ringkas, terdapat tiga elemen yang penting iaitu, penghantar maklumat, maklumat (mesej) dan penerima maklumat.

Rajah 1: Gambaran proses komunikasi secara ringkas Selain itu, proses komunikasi juga merangkumi pengirim,mesej yang dipindah, penggunaan medium yang menghantar mesej, penerima mesej dan pentafsiran yang dibuat ke atas mesej yang diberikan oleh pengirim. Dalam permindahan mesej pengirim kepada penerima, terdapat terdapat tiga fungsi yang perlu ada iaitu pertama sekali mesej yang ada mestilah dienkod dan diubahkan ke satu bentuk yang lebih mudah difahami oleh penerima. Kedua ianya mestilah dipindahkan melalui medium dan saluran yang sesuai. Ketiga pula adalah ianya mestilah didekodkan atau ditafsirkan dengan baik dan betul secara terus kepada individu.

GANGGUAN

Enkod

Mesej Saluran /Medium Komunikasi

Dekod

Pengirim

Penerima

Dekod

Maklumbalas
[3]

Enkod

Pengenalan Psikologi Industri (USH 2062) 2013


Rajah2: Gambaran proses komunikasi secara menyeluruh Penjelasan ringkas (i) Pengirim Seseorang yang mempunyai maklumat, keinginan dan tujuan bagi

menyampaikannya kepada orang lain (ii) Pengekod (Enkod) Pengirim menukar maklumat menjadi satu siri simbol (perkataan, tulisan, isyarat, gerak badan) (iii) Mesej Kandungan maklumat (tersurat/tersirat) yang ingin disampaikan dan yang diterima. (iv) Saluran Kaedah penghantaran yang digunakan seperti memo, surat, telefon, bersemuka, mesyuarat (v) Penerima Orang yang ditujukan simbol oleh pengirim dan menerima simbol berkenaan (vi) Penterjemahan kod (Dekod) Mentafsir simbol, menterjemahkannya menjadi maklumat dan kemudian memahami mesej. (vii) Maklum balas Reaksi penerima terhadap mesej yang diperolehi. (viii) Gangguan Penerima tidak dapat menerima maklumat dengan jelas atau tepat sebagaimana yang disampaikan oleh penyampai disebabkan faktor persekitaran dan sebagainya. 5.0 JENIS KOMUNIKASI

[4]

Pengenalan Psikologi Industri (USH 2062) 2013


Terdapat dua jenis komunikasi iatu secara lisan (Verbal) dan bukan lisan (Non-verbal). Komunikasi secara lisan dan bukan lisan memerlukan sentuhan sama ada formal ataupun tidak formal. (i) Komunikasi Lisan (Verbal) Berlaku secara lisan dimana penyampai maklumat menghantar maklumat melalui percakapan ataupun tulisan. (ii) Komunikasi Bukan lisan (Non-Verbal) Berlaku tanpa menggunakan perkataan tetapi dapat menyampaikan maklumat. Contohnya gerak badan, isyarat atau simbol, mimik muka, ketinggian suara dan seumpamanya. 6.0 POLA KOMUNIKASI

Terdapat tiga jenis pola dalam komunikasi.Antaranya: (i) Komunikasi Ke Atas Komunikasi dari bawah ke atas pula merangkumi maklumat yang lain dari yang berbentuk arahan. Keadaan pengurusan yang bercorak patisipatif adalah penting untuk mengalakkan komunikasi dari kakitangan kepada ketua. (ii) Komunikasi Ke Bawah Dalam komunikasi dari atas ke bawah sifatnya lebih memberi arahan, informasi penting, menjejaskan prosedur, menerangkan maklumat kerja dan memberi tunjuk ajar daripada pihak atasan(Pengurusan) (iii) Komunikasi Mendatar Komunikasi mendatar adalah komunikasi antara sesama rakan sejawat di tempat kerja yang biasanya tergolong dalam kumpulan yang sama

[5]

Pengenalan Psikologi Industri (USH 2062) 2013

7.0

ANALISIS MASALAH KOMUNIKASI DI TEMPAT KERJA BERDASARKAN VIDEO LADY BOSS

Masalah Pertama Sikap tidak professional

Contoh yang dapat dilihat melalui video adalah perlakuan yang di tonjolkan oleh Cik Shiela yang jelas menunjukkan Cik Shiela bersifat sombong angkuh dan bongkak serta merasakan dirinya lebih superior dengan mengutamakan status,hak dan kepentingan diri sendiri dengan tidak menghormati pekerja bawahannya dan perlakuannya bertentangan sama sekali dengan perlakuan yang di tonjolkan oleh bapanya yang begitu menghargai dan menjaga hati pekerjanya dengan bersalaman dan bergurau senda dengan pekerja bawahannya. Masalah Kedua Personaliti Agresif

Perlakuan Cik Shiela mempamerkan personaliti agresif iaitu perasaan permusuhan dan agresif secara terang-terangan.Dalam kategori perlakuan seperti kasar, tidak mempedulikan, mencela, tidak menghargai, marah, baran. Kewujudan personaliti ini adalah secara lisan dan bukan lisan.Tindakan Cik Shiela yang tidak suka dimanipulasi dengan memarahi pekerjanya yang datang untuk meminta tandatangan pada awal kedatangannya di pejabat. Tindakannya yang tidak menghormati pekerja memperlihatkan kesan terhadap riak wajah sugul pekerjanya yang kecewa dan malu setelah dimarahi oleh pihak atasan di hadapan rakan sekerja dan secara tidak lansung ia telah menjejaskan estim kendiri pekerja tersebut. Masalah Ketiga Anti Sosial dengan adengan Cik Shiela yang

Melalui klip video yang di lampirkan dijelaskan

menunjukkan rasa tidak menghormati pekerjanya dan melakukan apa yang disukai tanpa memikirkan keadaan pekerja secara fizikal dan emosi yang pada hakikatnya pekerja juga mempunyai perasaan dan bukannya robot.Seharusnya juga tidak timbul situasi si bangau yang sering salah menyalahkan dan bersifat bias seperti yang dilakonkan dalam adengan Cik Shiela , Saiful dan Salmi.

[6]

Pengenalan Psikologi Industri (USH 2062) 2013


8.0 PENYELESAIAN MASALAH

Penyelesaian Masalah Pertama Sikap tidak profesional Golongan professional (Pengurus atau Majikan) seharusnya mempunyai

kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksanakannya tugasan dengan cekap dan teratur.Antara ciri-ciri umum yang perlu adalah berbudibahasa, berpengetahuan dan berketerampilan untuk melakukan pekerjaan dengan amanah. Selain daripada itu, menghormati antara satu sama lain juga penting disamping sentiasa fokus dalam pekerjaan dengan tidak membuang masa untuk memberi perhatian pada masalah peribadi. Melalui penekanan terhadap sikap dan perilaku profesional ini, secara tidak langsung akan memberikan impak positif samaada pada diri dan orang disekeliling.Sebagai seorang pengurus, tingkah laku sangat penting seperti sentiasa maniskan muka dengan senyuman dan ucapan selamat dikala masuk ke pejabat adalah perlu bagi memberi contoh dan tauladan kepada pekerja. Dengan senyuman, ketegangan dapat dikendurkan dan kebuntuan dapat diatasi, lebih-lebih lagi apabila disusuli dengan sapaan yang bermakna seperti salam atau ucap selamat. Pekerja akan berasa selesa dan hormat kepada pengurusnya. Ini akan memberi kesan kepada mutu kerja yang dilakukan. Sebenarnya permulaan bagi dipejabat itu berlaku sebaik-baik sahaja Pengurus mula melangkah masuk ke dalam pejabat. Pekerja akan terus memberi perhatian dan mula membuat tanggapan yang tersendiri melalui sifat dan perawakan zahir yang diperlihatkan. Jika ingin berkomunikasi dengan pekerja perlulah dengan cara berhemah dan tatasusila. Pengurus yang baik mempunyai sikap yang positif dimana akan memberi kesan terhadap arahan dan layanan terhadap pekerjanya. Di pejabat, Pengurus bukan sahaja memberi arahan,tetapi juga sepatutnya mendengar pandangan dan sungutan dari orang bawahan. Melalui komunikasi tersebut, Pengurus akan dapat memahami masalah yang dihadapi semasa tugas dilaksanakan. Sekaligus dapat membantu pengurus memperbaiki keadaan, membuat penilaian yang tepat dan mengatasi kelemahan-kelemahan dasar yang telah dirancang. Tambahan lagi, keputusan hendaklah diambil berdasarkan maklum balas dari orang-orang yang melaksanakan tugas-tugas yang ditentukan. Oleh itu,pekerja diberikan hak untuk bersuara iaitu pandangan dan idea bagi mengukuhkan organisasi sesebuah syarikat.

[7]

Pengenalan Psikologi Industri (USH 2062) 2013


Penyelesaian Masalah Kedua Personaliti Agresif

Komunikasi secara lisan dan bukan lisan memerlukan sentuhan sama ada formal ataupun tidak formal. Perkara ini adalah penting bagi penerima mesej. Apabila memberi dan menerima mesej, pengurus harus menjadi pendengar yang aktif dan empati. Kebolehan mendengar secara efektif memerlukan kemahiran yang dapat dibentuk dan diamalkan dalam setiap situasi yang baru, sama ada dalam mesyuarat , rundingan , perbualan melalui telefon ataupun secara kebetulan berjumpa di koridor. Mendengar sahaja tidak bermakna, apa yang penting adalah mengerti apa yang didengar. Pengetahuan boleh didapati melalui mendengar secara aktif. Ini membawa kepada maklum balas yang sesuai. Contohnya didalam video ini, staf menegur Cik Shiela untuk mendapatkan tandatangan atas urusan kerja yang peru disegerakan. Kemahiran mendengar secara efektif melibatkan mendengar isi kandungan mesej, mengenal halangan, mendengar dan mendapatkan perasaan, bertindak balas (komunikasi secara tidak berlisan), menyemak bagi mengelakkan percanggahan, memujuk dan membuat refleksi perlu ditonjolkan oleh pihak Cik Shiela. Selain daripada fakta, adalah penting bagi pengurus menumpukan perhatian pada tema am dan kelincinan mesej. Beliau perlu lebih bersikap positif sambil mencari sisi yang dapat dipersetujui dan memahami perasaan pekerja bawahannya. Akhir sekali, pengurus harus menyemak kefahamannya dengan membuat rumusan ringkas pada akhir perbualan.

[8]

Pengenalan Psikologi Industri (USH 2062) 2013


Penyelesaian Masalah Ketiga Anti Sosial Gangguan kepribadian antisosial (antisocial personality disorder) adalah keadaan mental kronis di mana cara berfikir seseorang, cara mengamati situasi, dan cara berhubungan dengan orang lain tidak berfungsi normal dan bahkan destruktif.Orang dengan gangguan kepribadian antisosial biasanya tidak peduli dengan nilai benar dan salah serta sering mengabaikan hak-hak, keinginan, dan perasaan orang lain.Orang dengan gangguan ini cenderung memusuhi, memanipulasi, atau memperlakukan orang lain dengan kasar atau dengan tidak berperasaan.Mereka mungkin sering melanggar hukum atau membuat keributan namun tidak menunjukkan rasa bersalah atau penyesalan.Mereka mungkin juga berbohong, berperilaku keras, atau impulsif, dan memiliki masalah dengan penggunaan dadah dan alkohol.Semua karakteristik diatas membuat orang dengan gangguan kepribadian antisosial tidak dapat memenuhi tanggung jawab yang berhubungan dengan keluarga, pekerjaan, atau sekolah. Dalam permasalahan di atas, cik Shiela sepatutnya mencontohi bapanya yang mesra terhadap pekerja bawahannya. Mungkin cik Shiela dibesarkan dalam keluarga yang kaya dan tidak pernah mengalami kesusahan yang menyebabkan dia tidak menghormati pekerja bawahannya.Cik Shiela perlu melakukan meditasi kerana ia sangat berguna untuk menyeimbangkan fikiran dan juga meningkatkan mood seseorang dan juga solat. Cik Shiela akan lebih tenang menghadapi sebarang situasi. Selain itu, Ia juga dapat memuhasabah diri dan dapat berdepan dengan pekerja dengan tenang tanpa menghadapi sebarang masalah. Bapa shiela juga perlu menegur anaknya itu kerana dia bersikap terlampau. Bapa shiela perlu memainkan peranannya mengajar anaknya cara berkomunikasi dengan betul, bukan hanya membiarkan Shiela bersikap sesuka hati. Tetapi beliau perlu menegur Shiela dengan cara yang berhemah dan bukan memalukan Shiela di depan pekerja. Selain itu, tidak seharusnya cik Shiela diberi peranan sebagai pengurus, bahkan beliau perlu belajar bermula dari bawah supaya dia belajar bagaimana menjadi ketua yang baik seperti bapanya. Apabila beliau bermula dari bawah. Cik shiela akan lebih memahami perasaan kakitangan pejabat dan tidak bertindak sesuka hati. Cik Shiela perlu lebih bergaul dan beramah mesra terhadap pekerja bagi mengelakkan bias dikalangan kakitangan. Cik shiela perlu adil terhadap semua pekerja tanpa mengira pangkat dan kelulusan. Kelulusan tidak menjaminkan seseorang melakukan kerja dengan bagus. Ada juga kelulusan yang rendah tapi mampu menandingi mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi.

[9]

Pengenalan Psikologi Industri (USH 2062) 2013


RUMUSAN
Komunikasi dalam organisasi antara pihak atasan dan pihak bawah atau satu bahagian dengan bahagian yang lain adalah amat penting terhadap sesuatu output atau produktiviti kerja dan prestasi. Sistem penghantaran dan penerimaan maklumat yang baik dapat memastikan penyelarasan aktiviti organisasi dibuat tanpa sebarang masalah dan keraguan. Sekiranya dasar, peraturan,prosedur dan aturcara yang telah diwujudkan oleh pihak pengurusan itu diterangkan dengan jelas dan difahami serta diterima oleh semua kakitangan organisasi, maka pihak pengurusan tidak memerlukan pengawasan yang rapi ke atas kakitangan untuk menentukan pelaksanaannya. Komunikasi dua hala atau Dasar Pintu Terbuka adalah penting dalam mewujudkan

suasana yang baik di tempat kerja serta menjamin kesejahteraan, persefahaman dan hubungan yang erat dikalangan pekerja. Dengan demikian, pihak pengurusan dapatlah menumpukan masa mereka sepenuhnya kepada tugas-tugas atau urusan penting seperti perancangan jangka masa organisasi. Setiap pekerja di mana-mana organisasi merupakan entiti sumber manusia yang seharusnya merupakan modal insan yang berkapasiti unggul dalam usaha menghasilkan output dan mutu kerja berkualiti serta elemen pengurusan dengan nilai integriti yang mantap.Oleh itu pekerja seharusnya diberikan layanan setimpal dengan kepentingan dan peranan mereka.

Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pengurus dan pekerja akan menghasilkan mutu dan kualiti kerja yang baik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik,pengurus dan pekerja perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu.

[10]

Pengenalan Psikologi Industri (USH 2062) 2013

SENARAI RUJUKAN

(i)
(ii) (iii) (iv) (i)

Wan

Zanariah

Binti

Muhammad

(2007)

Penggunaan

Jenaka

untuk

mengurangkan tekanan di tempat kerja : penerbit (UPM) Ishak Mad Shah (2004). Pengenalan Psikologi Industri & Organisasi Jilid II. Johor: Penerbit UTM. Bruce L.Katcher & Adam Snyder (2007). 30 Reasons Employees Hate Their Managers. USA: American Management Association. Abdullah Hassan (2006), Komunikasi di tempat kerja: Penerbit PTS Profesional http://www.majalahniaga.com/strategi-bisnes-tony-fernandes-membangunkanairasia.html Laman web:

(ii)

http://eprints.utm.my/5952/1/aziziyahkepimpinan.pdf

[11]

Anda mungkin juga menyukai