Anda di halaman 1dari 21

NAMA TINGKATAN TAJUK

:NUR IZZAH BT. MOHD ISMADI :1KA2 :CERITA RAKYAT

GURU PENILAI :PN. ROZALINA

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

TAJUK
ASAL USUL NAMA BATU GAJAH PETANI MISKIN DAN ANAKNYA BUAH LIMAU EMAS SEMUT DAN MERPATI PAK BODOH MENGANJAK BUKIT BURUNG MERAK BELAJAR TERBANG ITIK YANG HODOH SINGA DAN ARNAB BATU BELAH BATU BERTANGKUP

MUKA SURAT

Batu Gajah telah wujud kira-kira 500 tahun dahulu dan terletak 200 kilometer dari Tanah Merah. Tempat ini dipercayai dihuni oleh banyak binatang liar. Satu hari ,seorang putera dari daerah Grik , Perak datang ke kawasan ini untuk memburu gajah putih. Mereka cuba memburu gajah itu selama beberapa hari namun tidak berhasil sehingga satu ketika di mana putera berkenaan terpisah dari rombongan berburunya .Putera itu dipercayai sesat dan para pengikutnya berusaha mencari namun gagal. Setelah mencari selama hampir sebulan, mereka berjaya menemui putera itu sedang duduk berhampiran sebuah batu besar yang menyerupai gajah dan para pengikut itu bersetuju dengan cadangan putera untuk menamakan tempat itu sebagai Batu Gajah.

PENGAJARAN Jangan bergerak bersendirian.

Di hujung sebuah kampung ,tinggal sebuah keluarga petani yang miskin. Petani itu mempunyai seorang anak lelaki .Kedua dua suami isteri itu amat menyayangi anak lelaki mereka. Pada suatu hari, si isteri memberitahu suaminya bahawa wang perbelanjaan mereka habis .Setelah berfikir,petani itu mengambil keputusan untuk menjual keldai kesayangannya . Pada keesokan harinya,petani dan anak lelakinya membawa keldai itu untuk dijual di pekan. Anak lelaki petani itu memegang tali yang diikat pada leher keldai itu. Ketika dalam perjalanan itu,mereka bertemu dengan seorang lelaki. Mengapakah kamu tidak menunggang keldai ini? tanya lelaki tua itu. Keldai ini untuk dijual di pekan bukan untuk ditunggang, jawab anak lelaki petani Tetapi keldai ini masih belum dijual,ia masih menjadi hak kamu. Tidakkah kamu berasa penat berjalan jika menunggang keldai ini,kata orang tua itu lagi.

Petani dan anak lelakinya hanya menganggukangguk. Mereka berdua menunggang keldai itu. Setelah beberapa lama mereka menunggang keldai itu, mereka bertemu pula dengan seorang yang alim. Tidakkah kamu berdua berasa kasihan kepada keldai yang kecil ini? Keldai ini menjadi punca rezeki kamu. Ia telah bekerja keras untuk kamu . Tidak baik kamu menganiayai haiwan ini ,kata orang alim itu . Petani dan anak lelakinya saling berpandangan .Akhirnya mereka mengikat kaki keldai itu lalu memikul keldai itu dengan menggunakan sebatang kayu . Ketika hampir sampai ke pekan , mereka terpaksa menyeberangi sungai. Ketika mereka melalui sebatang titi untuk menyeberangi sungai itu ,keldai yang dipikul merontaronta .Petani dan anak lelakinya tidak dapat mengawal keldai itu. Akhirnya keldai itu terjatuh ke dalam sungai .Ia dihanyutkan oleh arus yang deras. Petani dan anak lelakinya tidak dapat menyelamatkan keldai itu. Mereka pulang dengan perasaan kecewa.

MORAL Jangan terlalu mengikut cakap orang lain.

Pada suatu pagi yang indah ,tiga orang sahabat yang bernama Mail ,Zunnur,dan Arip ingin pergi mencari rezeki. Mereka bertiga merupakan seorang petani yang bekerja di sebuah ladang pertanian milik seorang orang kaya di situ . Sesampai mereka di sana , mereka di suruh untuk menanam sayur- sayuran yang baru sampai. Mail mengambil cangkulnya lalu mengorek tanah yang masih kosong untuk menanam sayur sayur an itu. Apabila Mail sedang mengorek tanah tersebut, tiba-tiba dia terlihat satu cahaya yang datang dari arah sebatang pokok limau . Lalu, dia pun berhenti mengorek tanah itu. Kemudian , Mail dengan segera memanggil Zunnur dan Arip untuk memberitahu mereka tentang hal itu . Mereka bertiga pergi ke arah pokok limau yang bercahaya itu. Mereka tergamam apabila melihat sebiji buah limau yang bercahaya. Lalu Zunnur menyuruh Arip untuk mengambil buah tersebut. Arip dengan perlahan-lahan mengambil buah itu . Mereka bertiga membawa buah limau itu ke rumah majikannya . Majikannya turut berasa hairan apabila melihat

buah limau itu. Majikannya mengambil keputusan untuk membelah buah limau itu. Setelah di belah buah limau itu, tiba-tiba keluar satu cahaya yang begitu terang . Ternyata cahaya tersebut ialah cahaya emas yang banyak dari dalam buah limau itu. Secara tibi tiba , perasaan majikannya menjadi berubah . Dia menjadi seorang yang tamak . Dia ingin membolot semua emas yang ada di dalam buah limau itu. Mail, Zunnur dan Arip merayu kepada majikannya agar majikannya memberikan sedikit emas kepada mereka . Majikannya , tidak mahu memberikan emas itu kepada mereka . Lalu , majikannya memecat mereka daripada bekerja sebagai petani di ladang pertaniannya . Majikannya tanpa berfikir lagi , dia terus menghalau mereka bertiga dari rumahnya . Kemudian ,Mail ,Zunnur ,Arip pulang dengan perasaan yang amat sedih . Kehidupan mereka bertiga menjadi lebih susah kerana mereka tiada pekerjaan . Majikannya menjadi seorang yang tamak akan harta. Begitulah kesudahan tiga sahabat dengan majikannya.

PENGAJARAN Janganlah kita menjadi seorang yang tamak akan harta duniawi. Sesungguhnya sikap tamak itu merupakan amalan syaitan . NILAI *Rajin bekerja *Mendengar perintah *Taat

Berhampiran sebatang sungai terdapat sebuah busut semut. Pada suatu hari , seekor semut sedang berjalan jalan di tepi sungai. Tiba-tiba semut jatuh ke dalam sungai. Seekor merpati yang hinggap di atas pokok terlihat kejadian itu . Merpati terus mencampakkan daun ke dalam sungai tersebut . Sang semut terapung apung di atas daun ke tepi sungai. Beberapa hari kemudian, Sang semut terlihat seorang pemburu hendak memburu merpati . Merpati sedang berehat di dahan pokok. Sebaik sahaja pemburu hendak memanah merpati, Semut pun mengigit kaki pemburu. Pemburu itu berasa amat sakit dan anak panahnya tidak terkena merpati . Merpati pun selamat dan terbang ke tempat lain. Merpati mengucapkan terima kasih kepada semut . MORAL Jasa yang baik akan sentiasa di balas dengan perbuatan yang baik.

Ada seorang lelaki tua bernama Pak Bodoh .Umurnya sudah menjangkau 90 tahun. Rumah Pak Bodoh bertentangan dengan dua buah bukit . Kewujudan bukit tersebut telah menyusahkan Pak Bodoh kerana dia terpaksa menempuh perjalanan yang jauh untuk ke tempat lain setiap hari. Pada suatu hari, Pak Bodoh telah berbincang dengan seluruh anggota keluarga untuk menyelesaikan masalah itu. Pak Bodoh bercadang ingin meratakan dua buah bukit itu dan membina sebatang jalan terus ke jalan utama di sebelah selatan. Tetapi ,isteri Pak Bodoh tidak bersetuju kerana perkara ini mustahil dilakukan . Namun begitu , seluruh anggota keluarga bersetuju tetapi dengan cara tanah dan batu diangkut dan dibuang ke Laut Bo atau ke Utara Bukit Yintu. Maka ,mereka semua pun berganding bahu. Pak Bodoh oleh tiga orang cucunya serta pengandar . Jiran Pak Bodoh turut membantu . Dari musim sejuk hinggalah musim panas , mereka hanya sempat berulang ulang sekali sahaja . Kemudian , datang seorang lelaki tua, Pak Pandai namanya . Dia menghalang Pak Bodoh apabila melihat perbuatannya itu.

Bagi Pak Pandai ,Pak Bodoh adalah seorang yang bodoh kerana belum pasti Pak Bodoh dapat meratakan bukit itu. Pak Bodoh mengeluh lalu membidas kata-kata Pak Pandai katanya selepas dia mati,anaknya akan melahirkan keturunannya dan takkan berputus .Tetapi, bukit itu tidak akan meninggi . Lalu ,apa yang harus dirisaukan ? Berita tersebut telah diketahui Dewa Hutan . Beliau langsung memberitahu Maharaja Kayangan . Maharaja kayangan terharu akan tekad dan semangat Pak Bodoh , lalu memerintahkan dua orang dewa memindahkan bukit tersebut. Semangat Pak Bodoh , seperti pepatah ditumbuk, dikisar , baru lumat. -TAMATPENGAJARAN Kita mestilah bekerjasama satu sama lain.

Seekor helang terbang tinggi ke sana ke mari di udara. Seekor burung merak melihat helang terbang . Ia ingin terbang tinggi juga . Oleh itu, burung merak meminta helang mengajarnya terbang tinggi . Helang bersetuju . Helang mahu menunjuk kepada burung merak cara-cara terbang . Ia membuka kepaknya lalu terbang tinggi di udara . Burung merak membuka kepaknya juga. Ia cuba terbang beberapa kali. Setiap kali mencuba ,ia tidak boleh terbang tinggi . Burung merak berehat di atas sebentar. Selepas itu ia cuba terbang lagi. Kali ini helang melihat ,bagaimana burung merak terbang. Akhirnya helang tahu sebab burung merak tidak boleh terbang tinggi . Helang berkata,Apabila kamu terbang tinggi di udara,setiap bahagian badan mesti menguncup. Kepak kamu sahaja yang terbuka.Burung merak berkata pula,saya sudah buka kepak saya.Itu benar,kata helang,tetapi sebelum kamu terbang tinggi,cepat-cepat kamu kembangkan ekor juga. Manakah kamu boleh terbang tinggi?Burung merak berkata,saya belajar terbang tinggi kerana saya mahu menunjuk-nunjuk bulu ekor saya yang cantik di udara.Jika saya terpaksa kuncupkan ekor saya kerana mahu terbang tinggi,kata burung merak lagi,apakah

gunanya saya belajar terbang,helang tidak bersetuju dengan kata-kata Burung Merak. Ia menggelenggeleng.Akhirnya Burung Merak mengucapkan selamat tinggal. Ia terbang meninggalkan helang. Oleh mahu menunjuk-nunjuk bulu ekornya yang cantik,Burung Merak tidak berjaya terbang tinggi di udara. PENGAJARAN 1.Setiap pekerjaan tidak akan dilakukan dengan sempurna jika tujuan asal melakukan pekerjaan itu tidak baik. 2.Janganlah kita berlagak atau menunjuk-nunjuk dengan kecantikan pada diri kita.

Suatu masa dahulu, tinggal seekor itik yang sangat cantik. Dia sering dipuji oleh penternaknya . Beberapa bulan kemudian , dia bertelurkan dua ekor anak itik. Anak anakku pasti cantik macam aku. Seminggu kemudian ,telur pertama pecah dan keluarlah anak yang sangat cantik . anak ini sama dengan aku. Ibu itik berasa sangat bangga melihat anaknya. Setelah itu, telur kedua menetas lalu pecah , keluarlah anak itik yang hodoh . Anak ini sangat hodoh , ini bukan anakku !!! Seminggu kemudian , mereka bertiga hendak mencari makanan.Mari anakku , Jom cari makanan ibu lapar kata ibu itik. Baiklah ibu... jawab anak itik itu. Ibu... saya lapar... saya mahu ikut boleh ? kata anak itik yang hodoh itu. Tidak boleh !!! Biar aku dan kakak kamu sahaja yang pergi mencari makanan jawab ibu itik itu .

Selepas dimarahi oleh ibu itik , Anak itik sungguh sedih lalu meninggalkan tempat itu dan pergi ke hujung tasik membawa dirinya. Dan anak itik yang hodoh berkata. Apalah nasib aku. Sudahlah buruk di pinggir pula.kata anak itik yang hodoh itu.

Anak itik sungguh sedih sehingga tertidur di bawah sebatang tunggul kayu..... Selepas berakhirnya musim sejuk . Anak itik itu bangun lalu mengembangkan sayapnya. Anak itik sangat terkejut kerana rupanya yang hodoh itu berubah menjadi angsa yang cantik. Anak itik ke tasik lalu berenang di situ. Tiba tiba anak itik yang hodoh ternampak ibunya dan kakaknya.

Anda mungkin juga menyukai