Anda di halaman 1dari 72

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

(KES PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN GURU)


KUMPULAN 3 : CANDY LAM KAH HUI

MOHD. HILMI BIN ALIAS


NURHATI BINTI AMBOTANG

1.0 PENGENALAN

1.1

Konsep Kecerdasan Emosi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: Kompetensi (2010, 810) bermaksud kecekapan. Kecerdasan (2010, 271) merujuk kepada kesempurnaan akal untuk berfikir, mengerti dan lain-lain seperti kepandaian, kepintaran serta kecerdikan. Emosi (2010, 388) pula didefinisikan sebagai perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain.

Menurut Marshall, Patricia dalam Mok Soon Sang (2010) :

Istilah kompetensi merupakan ciri potensi seseorang individu yang membolehkannya menghasilkan prestasi yang tinggi untuk sesuatu tugas, peranan atau dalam sesuatu situasi.

Menurut Whiddett dan Hollyfords dalam buku yang sama pula :

Kompetensi boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku yang didemostrasikan oleh individu secara efektif atas kerja yang ditugaskan di bawah konteks organisasinya.
Kecerdasan emosi pula didefinisikan sebagai integrasi emosi dengan struktur kognitif dalam personaliti individu, iaitu sejenis elemen psikologikal yang dihasilkan daripada penerapan emosi dengan kognitif seseorang.

Mohd Azhar (2004) mentakrifkan kecerdasan emosi :

Perkara yang luas dan ianya berkaitan dengan kesedaran ke atas emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan dapat berinteraksi dengan kecerdasan mental atau IQ.

Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan dengan sebaikbaiknya juga kemampuan untuk menyelesaikan konflik serta untuk memimpin.

Goleman ada menyatakan bahawa 80% kejayaan seseorang bergantung pada EQ iaitu kecerdasan emosi berbanding cuma lebih kurang 20% sahaja yang dipengaruhi oleh IQ iaitu kecerdasan mentalnya. Melalui penyataan ini, maka benarlah bahawa kita sebenarnya memerlukan lebih daripada IQ kita untuk berjaya dalam hidup.

1.2 Salah Laku Dan


Isu Moral Guru

Isu salah laku dan moral guru yang semakin meruncingkan telah berada di luar jangkaan ibu bapa dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Memetik isi daripada akhbar Berita Harian 28 Jun 2007, menyatakan bahawa dalam tempoh lima bulan pertama tahun tersebut, Kementerian Pelajaran pada ketika itu telah menerima sekurangkurangnya 200 kes guru bermasalah.

Guru adalah golongan yang paling berpengaruh terhadap pemikiran kanakkanak.


Guru memberi kesan yang paling besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal manusia terutamanya pelajar. Tingkah laku guru sering kali menjadi ikutan para pelajarnya.

Seorang guru yang kreatif mempunyai jiwa yang merdeka dan berketerampilan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.
Sebaliknya, guru yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik akan menunjukkan tingkah laku yang tidak selari dengan etika perguruan. Natijahnya, isu moral guru tersebut bagaikan menconteng arang di muka guru-guru lain. Hai ini dapat diibaratkan,seperti seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

Pandangan pelajar terhadap tingkah laku guru adalah wajar untuk diambil kira kerana kebanyakkan masa pelajar dihabiskan untuk berinteraksi dengan guru.
Penampilan guru yang beraneka tingkah laku akan menjadi tumpuan pelajar. Apabila seseorang guru gagal menunjukkan tingkah laku yang baik, maka kesannya dapat dilihat pada pelajar-pelajarnya sendiri. Bak kata pepatah, guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari.

Sebagai pewaris generasi masa depan, sewajarnya seseorang guru itu dapat memberikan contoh yang baik yang boleh dijadikan ikutan pelajar-pelajarnya.
Di sinilah kepimpinan melalui teladan mendapat tempat dan memainkan peranannya. Pelajar yang cemerlang biasanya mempunyai hubungan yang rapat dengan gurunya.

Oleh itu, seseorang pelajar berhak menghakimi tingkah laku guru mereka kerana pelajarlah yang sentiasa berhadapan dengan guru-gurunya.

2.0 ISU PENYALAHGUNAAN

DADAH DALAM KALANGAN


GURU

Isu moral guru yang kami ketengahkan ialah berkaitan dengan kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan golongan pendidik, tidak kira sama ada mengedar atau memasukkan dadah ke dalam tubuh badan.
Perbincangan kami adalah terhadap kes yang bermula sekitar tahun 2007 hingga 2012. Satu demi satu kes salah laku guru dalam penyalahgunaan dadah kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan, baik daripada ibu bapa, masyarakat, malah di Kementerian Pendidikan itu sendiri.

Alimuddin berkata dalam Berita Harian Online 21 Febuari 2010, pihaknya memandang serius kejadian seumpama itu.
Dadah adalah musuh utama negara dan sebagai seorang pendidik tidak sepatutnya bertindak sebegitu. Hal ini sesungguhnya mencemarkan imej perguruan malah turut menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat setempat terhadap peranan guru.

Tambahnya lagi, seorang guru sepatutnya membimbing generasi muda mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bukannya bertindak merosakkan mereka dengan membekalkan bahan tersebut kepada pelajar-pelajarnya sendiri.
Justeru itu, beliau berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tempat untuk bertindak sewajarnya kepada duri dalam daging tersebut.

3.0
SEBAB-SEBAB GURU TERBABIT

DALAM ISU
PENYALAHGUNAAN DADAH

3.1 Kompetensi Personal (Kesedaran Kendiri)

3.1.1 Kesedaran Emosi Kendiri

Sedar emosi diri dan mengenali ciri serta kesannya. Menyedari emosi diri yang dapat dikaitkan dengan perasaan, pemikiran, tindak balas, tingkah laku dan pertuturan. Menyedari bagaimana emosi dapat mempengaruhi personaliti dan tingkah laku kita kerana ciri emosi kita adalah berkait rapat dengan ciri sahsiah kita.

Mempunyai keupayaan untuk membuat tafsiran emosi kendiri dengan tepat. Seseorang individu yang gagal mengamalkan kesedaran emosi kendiri akan mudah melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap diri sendiri dan masyarakat.

Sebagai contoh, menurut akhbar Berita Harian pada 3 May 2010, seorang guru Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, Batu Pahat yang berusia 31 tahun telah ditahan oleh polis selepas dipercayai mengedar dadah secara sambilan kerana mahu menjalani hidup mewah dan bergaya.
Guru tersebut telah salah mentafsir emosinya dan tidak dapat mengenal pasti perbezaan antara perasaan dan tindakan rasional.

Guru tersebut menginginkan kehidupan yang mewah sehingga sanggup melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang dan menyimpang daripada profesion perguruan.
Niatnya yang ingin hidup mewah telah mempengaruhi tingkah lakunya. Daripada huraian di atas, kita dapat melihat bahawa guru tersebut tidak mempunyai kesedaran emosi kendiri sehingga melakukan sesuatu dengan mengikut emosinya tanpa mengira sama ada tindakannya itu betul atau tidak.

3.1.2 Kesedaran Ketepatan Kendiri

Mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Berani mempertahankan hakikat yang benar dengan menggunakan kekuatannya.

Mempunyai kemahiran berfikir dan berupaya membuat keputusan tepat.


Jika seseorang individu tidak mempunyai kesedaran ketepatan kendiri, maka mungkin individu tersebut akan menyalahgunakan kekuatannya.

Sebagai contoh, menurut Akhbar Berita Harian pada 3 May 2010, seorang guru lelaki telah menjual dadah dan pil khayal kepada pelajar di sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak.
Guru tersebut telah menyalahgunakan kekuatannya sebagai seorang pendidik. Sebagai seorang pendidik, guru tersebut seharusnya menggunakan profesionnya untuk membantu serta mengajar ilmu pengetahuan kepada pelajarnya.

Guru tersebut tidak berbuat sedemikian malah sanggup mempengaruhi pelajarnya melakukan sesuatu yang akan menjejaskan masa depan mereka.
Guru tersebut tidak mengaplikasikan kekuatannya dengan sebaik-baiknya dan tidak mempu membuat keputusan yang tepat bagi diri sendiri serta orang di sisinya.

3.2 Kompetensi Personal


(Pengurusan Kendiri)

3.2.1 Kawalan Emosi Kendiri

Keupayaan mengawal emosi dan perasaan yang distruktif. Tenang semasa menghadapi tekanan dan boleh membuat keputusan yang wajar dalam situasi tekanan. Seseorang yang tidak mengamalkan kompetensi kawalan emosi kendiri akan gagal mengawal emosinya semasa menghadapi tekanan sama ada tekanan dari segi wang, kehidupan, pekerjaan dan sebagainya.

Misalnya, menurut Akhbar Berita Harian pada 3 May 2010, seorang guru Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, Batu Pahat telah ditahan oleh polis selepas dipercayai mengedar dadah secara sambilan kerana mahu menjalani hidup mewah dan bergaya.
Guru tersebut mungkin menghadapi tekanan dari segi kewangan dan kehidupan sehingga mengasyikkan kehidupan yang mewah dan bergaya. Dalam menghadapi tekanan ini, guru tersebut tidak mampu membuat keputusan yang terbaik dan wajar. Guru tersebut gagal mengawal emosinya dengan tenang dan positif dalam situasi yang tertekan.

3.2.2 Motivasi Kendiri

Keupayaan seseorang memotivasikan emosi negatif kendiri kearah yang positif. Bagi individu yang mempunyai kecerdasan emosi yang baik, dia akan berupaya memotivasikan dirinya, mengawal dan mengubah emosi negatif kepada emosi positif.

Seorang guru haruslah mampu memotivasikan dirinya dalam mengawal emosi kerana seseorang yang mempunyai emosi negatif akan terdedah kepada perkara negatif jika dia mengikut emosi negatif tersebut.
Dalam kes berkenaan, guru yang terbabit dalam kes dadah itu sememangnya tidak mampu mengurus emosi negatifnya. Beliau mengikut emosi negatifnya sehingga membawa beliau untuk melakukan perkara yang negatif. Hal ini menyebabkan kadangkala seseorang guru itu akan mudah mengalami tekanan dan memperoleh emosi yang negatif.

Guru yang lemah dalam pengurusan motivasi kendiri akan mengambil jalan negatif untuk beliau menghadapi tekanan emosinya dan salah satu jalan yang tidak sepatutnya dipilih ialah terjebak dengan pengambilan dadah.
Apatah lagi apabila beliau merupakan seorang guru dan lebih teruk apabila guru itu sendiri turut melibatkan para pelajarnya dalam gejala dadah dengan menjadikan mereka sebagai orang tengah dan pelanggannya.

3.3 Kompetensi Sosial (Kesedaran Sosial)

3.3.1 Membangun Individu

Rela dan berupaya membantu dan menggalakkan orang meningkatkan prestasi mereka. Tugas sebagai seorang guru sememangnya mewajibkan mereka memiliki kesedaran seperti itu kerana tugas guru ialah memberi tunjuk ajar dengan rela, menggalakkan orang belajar, membantu orang mencapai kemajuan, membimbing orang supaya berilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran.

Bagaimana seorang yang terlibat dengan kes dadah mampu untuk membantu orang lain mencapai kemajuan, sedangkan dirinya sendiri yang terjerumus ke lembah kehancuran.
Apatah lagi seorang guru tergamak menjalankan kegiatan menjual dadah dan pil khayal kepada para pelajarnya sendiri. Tindakan seumpama itu akan membuatkan ibu bapa hilang kepercayaan dan harapan untuk menyerahkan anak mereka kepada guru untuk ditunjuk ajar menjadi orang berguna.

Sebagai seorang guru, beliau sepatutnya menjadi pembimbing dan mengingatkan pelajarnya supaya menjauhi najis dadah bukannya menjadi punca para pelajar terlibat dengan dadah kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.

3.3.2 Kesedaran Organisasi

A.J.Michael (2006) mentakrifkan kesedaran organisasi ini sebagai seseorang yang pintar membaca arus emosi sesuatu kumpulan dan berupaya mengesan hubungan-hubungan kuasa dalam kumpulan.

Berdasarkan kerangka kompotensi kecerdasan emosi, di bawah kompetensi kesedaran sosial berpayungkan kompotensi sosial, kami memilih salah satu sebab yang mencetuskan masalah guru seperti yang kami bincangkan iaitu apabila seseorang guru itu mengalami kesedaran organisasi.

Guru-guru yang terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah ini berubah emosinya selaras dengan perubahan semasa.
Misalnya dalam kes seorang guru sains SJKC di Rengit, Batu Pahat, guru tersebut sanggup menggadaikan maruah sebagai seorang guru dan mencemarkan imej perguruan dengan mengedar dadah kepada pelajarnya sendiri. Guru terbabit dipercayai mengedar dadah secara sambilan kerana mahu menjalani kehidupan mewah dan bergaya.

Sepatutnya, sebagai seorang guru, dia perlu untuk memahami keperluan pelajarnya dan memberikan didikan yang betul. Guru seharusnya sentiasa memikirkan cara untuk meningkatkan kecemerlangan pelajarnya dan bukan mencari jalan untuk merosakkan masa depan anak didik mereka sendiri.
Melalui permasalahan ini, jelas kita lihat bahawa salahlaku guru ini berpunca kerana kurangnya kesedaran sosial mereka terhadap kesedaran organisasi dan berorentasikan perkhidmatan.

3.3.3 Berorientasikan Perkhidmatan

Apabila bergelar sebagai seorang guru, salah satu kesedaran sosial yang perlu mereka miliki ialah kompetensi berorientasikan perkhidmatan.

Apa yang dimaksudkan dengan kompetensi berorientasikan perkhidmatan menurut Mok Soon Sang (2010) ialah kecekapan mengenali, menjangka dan memenuhi hasrat dan keperluan orang lain, sama ada keluarga, sahabat, pelanggan, klien, masyarakat dan negara.

Seorang guru harus sedar bahawa beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kepada para pelajarnya dengan menyampaikan ilmu pengetahuan.

Seperti yang disebut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru bertanggungjawab membantu pihak kerajaan dan negara melahirkan generasi yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Namun dalam kes berkenaan, guru tersebut sangat jelas tidak mempunyai kesedaran sosial yang melibatkan kompetensi berorientasikan perkhidmatan. Perkhidmatan yang seharusnya diberikan guru itu kepada para pelajarnya ialah berupa ilmu pengetahuan. Akan tetapi, guru tersebut gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan menjadikan para pelajar sebagai tulang belakang dalam aktiviti pengedaran dadahnya. Tambahan lagi, guru itu juga turut menjadikan para pelajarnya sebagai pelanggan dengan mengedarkan dadah kepada mereka.

3.4 Kompetensi Sosial (Kemahiran Sosial)

3.4.1 Membina Perhubungan

Dalam konteks ini, kegagalan membina perhubungan dilihat salah satu punca terdapat segelintir guru kita terpesong daripada etika keguruan. Kegagalan kebolehan mendorong dan membina hubungan yang berguna dalam kalangan guru ini sendiri menyebabkan profesion perguruan negara kita semakin dipandang serong oleh masyarakat.

Kebolehan seseorang guru untuk melahirkan perasaan ataupun pendapat tanpa melahirkan kemarahan atau kebencian adalah kunci kejayaan.

Sebab yang mempengaruhi kemahiran sosial ini menjadi punca masalah disiplin guru iaitu kegagalan guru itu sendiri mempraktikkan segala ilmu dan pengalaman bersosial yang dikutip sepanjang mengikuti kursus latihan perguruan. Budaya dalam kemahiran bersosial dalam kalangan guru pelatih kebanyakkannya cenderung untuk memilih jantina, bangsa, dan negeri yang sama dalam berkumpulan untuk perbincangan dengan alasan bagi memudahkan urusan perbincangan tersebut.

Hal ini mengurangkan kemahiran sosial dalam kalangan mereka.


Kekerapan pembentukan kumpulan dengan ahli yang sama bagi setiap mata pelajaran yang berlaianan akan menimbulkan konflik. Akhirnya, kuranglah nilai hormatmenghormati sesama meraka. Pertentangan pendapat dan sikap ego inilah yang akhirnya merencatkan perhubungan.

Dalam kes guru yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini, berkemungkinan besar mereka tidak dapat membina perhubungan sesama rakan sejawat yang lain.
Perbezaan matlamat utama dalam mendidik pelajar menyebabkan guru ini lebih fokus dengan kerja sampingannya itu.

3.4.2 Kepimpinan Berinspirasi


Kepimpinan melalui teladan. Jika seseorang guru bijak mengaplikasikan kepimpinan melalui teladan dalam kepimpinan mereka dalam mendidik pelajarnya, sudah pasti tidak akan ada kes-kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar. Pepatah melayu ada berkata, guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari.

Ternyata jelas bahawa kepimpinan guru tersebut mampu melahirkan seorang pelajar yang jauh lebih hebat daripada sifunya dalam dunia mereka yang hanyut dengan dadah durjana.
Guru yang tinggi kemahiran sosialnya dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajarnya.

Dalam kepimpinan berinspirasi, seseorang guru itu mampu untuk mewujudkan minat dan sokongan pelajarnya untuk mencapai kecemerlangan selari dengan visi dan misi yang sekolah mereka gariskan.
Seseorang guru yang memberikan inspirasi kepada pelajar-pelajarnya mampu menjadi penggerak dalaman seseorang secara tidak langsung untuk berusaha mengejar sesuatu impian dan cita-cita.

4.0

CADANGAN MENINGKATKAN
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

TERHADAP GURU YANG TERLIBAT


DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH

4.1 Meningkatkan Tahap Emosi Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) .

Kerjaya sebagai guru pada zaman ini banyak cabarannya sehingga kadangkala menimbulkan suasana tegang dalam diri guru sendiri ataupun fizikalnya. Tahap keterampilan guru yang rendah adalah sesuatu yang menakutkan dalam sistem pendidikan negara. Keganasan, pembunuhan, penderaan dan masalah dadah disebabkan oleh manusia yang kurang keterampilan emosinya.

Guru pelatih perlu untuk meningkatkan tahap keterampilan emosi mereka terutamanya dalam aspek kesedaran diri, pengurusan diri, dan kemahiran sosial.
Peningkatan kesedaran diri boleh membantu guru pelatih membuat keputusan yang tepat dan yakin pada diri sendiri. Peningkatan pengurusan diri pula membolehkan guru pelatih mempunyai beberapa nilai tambah diri seperti waras, menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang berinisiatif untuk memajukan diri mereka dan berjaya.

Bagi kemahiran sosial pula, dapat membantu guru pelatih untuk membina hubungan dengan orang lain teruatamnya rakan sejawat, pelajar, ibu bapa, staf, mahupun masyrakat.
Jika tepat tahap keterampilan emosi guruguru pelatih ini, maka tiadalah istilah niat menghalalkan cara dalam diri mereka sebagai bakal guru.

4.2 Menghayati dan memahami Kod Etika Perguruan Malaysia

Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2011), menjelaskan tentang Kod Etika Perguruan. Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan.

Kod etika ini sepatutnya menjadi pegangan utama guru-guru agar mereka faham dan jelas akan tanggungjawab mereka.

Di bawah Kod Etika Profesion Keguruan fasal yang ke 11 , dinyatakan bahawa seorang guru tidak harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara. Sudah terang lagi bersuluh, tindakan seorang guru mengedar dadah kepada pelajar-pelajarnya adalah salah kerana perbuatan tersebut merosakkan masa depan mereka.

4.3 Cadangan untuk Institut Pendidikan Guru (IPG)

IPG perlu menambah aktiviti-aktiviti yang menggalakkan guru pelatih bersosial dan meningkatkan pengurusan diri, kesedaran sosial dan kemahiran sosial guru pelatih. Contoh aktiviti yang dapat diadakan ialah gotong-royong perdana, karnival sukan, hari Gerko dan pelbagai aktiviti lain yang sesuai.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar pula boleh merancang kursus dalaman yang boleh meningkatkan kemahiran berkomunikasi, mengatasi stress, mengawal kemarahan, kemahiran interpersonal, kemahiran sosial, dan pengurusan konflik.

4.4 Menguatkuasakan undang-undang dan Memantapkan Pelaksanakan Program 3P

Kerajaan haruslah mengambil tindakan yang tegas terhadap pendidik yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Dengan ini, kesedaran akan timbul dalam kalangan pendidik supaya tidak menyalahgunakan kuasa mereka seperti menjual dadah kepada pelajar mereka.

Menurut Datuk Noh Omar dalam Bernama.Com, bagi menangani guru yang bermasalah, melalui Bahgaian Sumber Manusia Cawangan Kaunseling dan Keutuhan telah mengambil peranan melaksanakan Program 3P (Perkebangan, Pencegahan,dan Pemulihan).
Sesi kaunseling ini membolehkan guruguru yang bermasalah membuat orientasi diri sebelum dibenarkan menyertai semula sistem organisasi.

4.5 Mempunyai Dan Meningkatkan Kemahiran Berfikir

Seseorang guru yang dapat menguasai kemahiran berfikir akan dapat menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah dan mahir dalam penyusunan maklumat, konsep atau idea.
Menurut Dewey (1910) dalam Mok Soon Sang (2010), pemikiran merupakan aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Jika seseorang mempunyai kemahiran berfikir yang baik, maka dia akan menyedari baik buruk tindakannya.
Melalui kemahiran berfikir yang tepat dan teliti, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan, kecelaruan dan kesilapan berfikir serta terlalu mengikut emosi yang boleh menyebabkan sesuatu tindakan tidak tepat.

4.6 Kesedaran guru untuk belajar mencintai dan menerima diri sendiri

Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Seseorang guru haruslah belajar menerima kelebihan dan kelemahan sendiri dengan sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka miliki. Guru juga hendaklah berusaha menggali potensi yang terbaik dari diri mereka dengan sentiasa meningkatkan kemampuan dan prestasi diri.

Selain itu, seseorang guru perlu fokus pada hal positif pada diri sendiri dan menyingkirkan segala kritikan yang datang dari dalam diri.
Sesetengah orang lebih memberikan perhatian kepada kelemahan mereka sedangkan hal ini tidak akan membantu menyelesaikan masalah. Oleh itu, mereka hendaklah fokus pada kekuatan yang dimiliki supaya mereka menjadi lebih produktif, bekerja dengan efektif dan puas terhadap apa yang mereka lakukan.

4.7 Mengenakan tindakan keras terhadap guru yang terbabit dalam kes dadah.

Salah satunya ialah dengan melucutkan jawatannya sebagai seorang guru. Hal ini kerana jika dibiarkan jawatannya sebagai seorang guru sekalipun beliau tidak memainkan peranan untuk membantu negara melahirkan generasi yang cemerlang. Ada sesetengah sekolah sering memanggil pihak kementerian kesihatan untuk melakukan pemeriksaan air kencing dalam kalangan pelajar sekolah bagi mengesan mana-mana pelajar yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Namun lebih baik lagi jika pemeriksaan tersebut turut dilakukan dalam kalangan guru bagi memastikan setiap guru atau guru yang ada di Malaysia ini merupakan guru yang terbaik yang bebas daripada kes penyalahgunaan dadah. Melalui tindakan sedemikian, guru lebih bijak memotivasikan diri mereka terhadap sesuatu tindakan yang ingin mereka ambil.

Mohd. Sahandri Gani Hamzah, Ramli Basri, dan Shaffe Mohd Daud (2010) menjelaskan tentang kedudukan Tatasusila Profion Keguruan Malaysia sebagai panduan semua warga keguruan melaksanakan tanggungjawab mereka; dan KEDUDUKAN Peraturan Peraturan pagawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menetapkan tingkah laku guru sebagai pegawai awam yang perlu dipatuhi dan sama sekali tidak boleh diingkari.
Ironinya, dengan tindakan tegas seumpama inilah yang mampu menjadi sebagai sempadan kepada guru agar tidak melakukan kesalahan yang menconteng arang terhadap profesion keguruan ini.

4.8 Permuafakatan sekolah dengan komuniti

Sebagai contoh pihak sekolah mengadakan permuafakatan dengan Agensi Kerajaan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan. Melalui permuafakatan ini, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dapat memainkan peranan mereka dalam menyampaikan maklumat tentang penyalahgunaan dadah melalui kesedaran sosial dengan memberi kesedaran kepada guru dan pelajar sekali gus dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dengan najis dadah.

Ironinya, permuafakatan ini dapat membuka mata guru dan pelajar agar dapat menghalang golongan ini terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Contohnya seperti dalam akhbar Utusan yang bertarikh 20 Febuari 2012 menunjukkan salah satu permuafakatan yang dijalinkan antara sekolah dengan komuniti. Seramai 35000 guru dan pelajar telah dilatih sebagai ejen perubahan pencegahan dadah di sekolah di seluruh negara sejajar dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia Sekolah Bebas Dadah 2012.

SEKIAN, TERIMA KASIH~~

Anda mungkin juga menyukai