Anda di halaman 1dari 2

KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG,MANAKAN DAPAT SAGUNYA

Amiera merupakan pelajar tingkatan lima. Dia merupakan anak tunggal dan tinggal bersama ibunya setelah kematian ayahnya sejak dia berumur enam tahun lagi. Sejak kematian ayahnya, kehidupan Amiera sangat daif. Ibunya terpaksa menjaja kuih untuk menyara hidup mereka berdua. Sejak darjah lima lagi, Amiera mula menolong ibunya menjual kuih-kuih pada setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Dia sedar, dia perlu membantu ibunya yang semakin tua untuk mencari nafkah bagi mereka berdua. Pada waktu malam, Amiera menolong ibunya membuat kuih. Dalam masa yang sama juga, Amiera berusaha mengulang kaji pelajaran. Rakan-rakan Amiera yang mampu akan pergi ke kelas bimbingan di pekan tetapi Amiera hanya belajar di rumah tanpa bimbingan daripada sesiapa. Dia percaya, "Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Oleh sebab itu, Amiera bertekad untuk berlajar bersungguh-sungguh. Pada hari Isnin, guru besar memberitahu bahawa peperiksaan SPM akan bermula pada minggu hadapan. Guru besar berharap agar semua calon SPM di sekolahnya mengulang kaji pelajaran dengan lebih tekun lagi. Amiera berusaha bersungguh-sungguh untuk mengulang kaji pelajaranya. Ibunya pula sentiasa berdoa dan memberi dorongan kepadanya agar Amiera berjaya mendapat keputusan yang cemerlang nanti. Berkat doanya dan ibunya serta usaha Amiera yang gigih, dia telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM itu. Dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya ke menara gading. Amiera amat bersyukur dan berasa sungguh gembira. Guru-guru dan rakan-rakannya sangat bangga atas kejayaan Amiera. Apatah lagi ibunya yang amat mengharapkan kejayaan anaknya itu. Amiera berjanji akan terus berusaha supaya dapat membantu ibunya kelak. Akhirnya, Amiera telah mendapat segulung ijazah dan pekerjaan yang terjamin. Kini ibunya hidup lebih senang bersamanya.
KARANGAN PERIBAHASA :Bagai isi dengan kuku.

Peribahasa bagai isi dan kuku bermaksud sahabat yang sangat rapat ataupun akrab .Gambaran jelas bagi peribahasa ini dapat dikaitkan dengan kisah berikut . Hafiz dan Rafi bersahabat baik sejak mereka kecil lagi .Kemana sahaja Hafiz pergi pasti Rafi akan mengikutnya .Rakan rakan mereka menggelar Hafiz dan Rafi belangkas .Mereka berdua tinggal berjiran dan belajar di sekolah yang sama iaitu di Sekolah Kebangsan Taman Seroja ,Sepang ,Selangor . Hafiz dan Rafi juga ialah pelajar yang paling pintar di sekolahnya . Mereka sering mengulangkaji perlajaran di rumah .Adakalanya , mereka akan membuat ulangkaji di perpustakaan pada waktu rehat. Tidak lama lagi mereka akan menduduki pepriksaan UPSR . Hafiz dan Rafi tidak suka untuk membuat perkara yang tidak berfaedah pada waktu lapang seperti berbual kosong .Hafiz dan Rafi mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ,mereka ingin

menjadi seorang usahawan yang terkenal di mata dunia . Disamping itu , Hafiz dan Rafi juga mempunyai hobi yang sama iaitu menunggang basikal pada waktu petang . Pada masa itu mereka akan berlumba diantara satu sama lain di depan rumah mereka .Walaupun , mereka kerap bermain ,namun mereka tetap tidak pernah meninggalkan perlajaran mereka . Hubungan diantara mereka tidak pernah putus walaupun mereka telah melakukan kesalahan diantara satu sama yang lain . Jika berlakunya pergaduhan ,Hafiz dan Rafi akan bermaafan agar hubungan mereka tetap teguh .Perhubungan mereka yang begitu erat seperti isi dan kuku