Anda di halaman 1dari 10

Subtema: Serangga Tajuk : Bekerjasama

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, lebah dan semut yang sangat rajin dan baik hati.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakanrakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba.

Belalang tidak percaya hujan akan turun sebentar lagi, dia tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

mencari makanan, katanya dalam hati. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan.

Bila hujan berhenti bolehlah saya

Akhirnya belalang jatuh sakit. Apabila hujan berhenti, semut teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.

Saya akan membawa makanan, kata semut kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Semut mencari lebah dan rakannya yang lain untuk menolong belalang.
Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

TAMAT..