Anda di halaman 1dari 48

WAU

MENU
OBJEKTIF

LATAR BELAKANG SEJARAH


TUJUAN TERIMA KASIH PERKAITAN BUDAYA CARA PERMAINAN CARA MEMBUAT WAU KESIMPULAN

1. Mengembangkan pengetahuan mengenai sejarah, latar belakang, tujuan permainan, cara membuat, cara bermain dan jenis-jenis wau. 2. Mewujudkan kesedaran dalam diri akan kepelbagaian dan keunikan permainan tradisional di negara kita. 3. Mendedahkan kepada generasi muda mengenai kekayaan khazanah kebudayaan dan warisan khususnya dalam permainan tradisional.
MENU UTAMA

OBJEKTIF

SEJARAH

Tidak terdapat tarikh atau asal usul yang sah dapat membuktikan kedatangan permainan wau ke Malaysia. Terdapat dua teori: 1. Asal usul wau datang dari thailand Bukti: Di popularkan dan dibawa masuk ke negeri seperti Kelantan, Terengganu , Perlis dan Kedah oleh kaum Siam dan juga Melayu

SEJARAH

2. Asal usul wau datang dari China Menurut: Clive Hart Bukti: Ciri-ciri wau di Malaysia memilik persamaan dengan ciri-ciri layanglayang tradisional di China. Hubungan diplomatik dan kebudayaan antara kedua-dua buah negara sejak dahulu lagi.
MENU UTAMA

LATAR BELAKANG

Dimainkan di kebanyakkan negeri terutama di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Permainan wau dikaitkan dengan mitos Semangat Padi yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah. Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma.

LATAR BELAKANG

Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

LATAR BELAKANG

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi.

LATAR BELAKANG

Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah Semangat Padi dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.
MENU UTAMA

1. Pada masa dahulu: Sebagai acara rasmi anak raja dan golongan istana sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sebagai sebahagian adat resam masyarakat kerana dianggap penghubung manusia dan semangat padi. Dimainkan selepas musim menuai kerana pada ketika itu tanah yang akan ditanam padi menjadi lapang dan kering. Sebagai hiburan waktu petang.

TUJUAN

TUJUAN

2. Pada zaman sekarang: Tidak lagi dimainkan sebagai sebahagian kepercayaan atau adat resam. Menjadi lambang dan identiti negara kita, Malaysia. Masih dimainkan sebagai sebahagian daripada aktiviti rekreasi yang boleh disertai seiisi keluarga.
MENU UTAMA

CARA MEMBUAT

Bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau. Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik.

CARA MEMBUAT

Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.

CARA MEMBUAT

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun. 2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelokeloknya di tengah rumpun. 3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.

CARA MEMBUAT

4. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu

5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti pada waktu tengahari.

CARA MEMBUAT

PETUA DAN PANTANG LARANG PEMILIHAN BULUH

BULUH TERBAIK UNTUK WAU

CARA MEMBUAT

MEMBUAT BINGKAI

CARA MEMBUAT

Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor.

Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor.
Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

CARA MEMBUAT

PEMASANGAN LAPISAN ASAS

CARA MEMBUAT

1.Ukur kertas dengan saiz bingkai. 2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai. 3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk V. 4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

MENGUKUR, MELUKIS DAN MENYOBEK CORAK

CARA MEMBUAT

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor. 2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.

CARA MEMBUAT

3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau. 4. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja. 5. Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan.

CARA MEMBUAT

6. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. 7. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

CARA MEMBUAT

CARA MEMBUAT

Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.

CARA MEMBUAT

MENU UTAMA

CARA PERMAINAN

1. Dimainkan oleh dua orang seorang akan memegang wau seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. 2. Apabila angin bertiup, tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.

CARA PERMAINAN

3. Permainan ini tidak menetapkan jumlah pemain kerana lebih ramai lebih menyeronokkan. Setiap pemain akan menunjukkan kebolehan masing-masing dalam menaikkan dan mengawal wau. 4. Kemenangan ditentukan dengan melihat selama mana wau dapat bertahan di udara. 5. Wau dimainkan di kawasan lapang dan luas. 6. Jika dalam pertandingan, aspek yang dinilai ialah ketinggian wau naik, bunyi kemerduan dan kecantikkan wau. MENU UTAMA

PERKAITAN BUDAYA

Tarian Siti Wau Bulan

PERKAITAN BUDAYA

Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan . Merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan seruling.

TARIAN SITI WAU BULAN

PERKAITAN BUDAYA

PERKAITAN BUDAYA

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

PERKAITAN BUDAYA

JENIS-JENIS WAU

PERKAITAN BUDAYA

WAU BULAN

PERKAITAN BUDAYA

WAU KUCING

PERKAITAN BUDAYA

WAU KAPAL

PERKAITAN BUDAYA

WAU SERI NEGERI

PERKAITAN BUDAYA

WAU KANGKANG

PERKAITAN BUDAYA

WAU JALA BUDI

PERKAITAN BUDAYA

WAU MERAK

PERKAITAN BUDAYA

WAU PUYUH

PERKAITAN BUDAYA

WAU SERI BULAN

PERKAITAN BUDAYA

WAU KIKIK

PERKAITAN BUDAYA

WAU DODO HELANG

PERKAITAN BUDAYA

WAU KENYALANG

MENU UTAMA

KESIMPULAN

Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kini, permainan wau ini telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga negara kita, Malaysia.

MENU UTAMA