Anda di halaman 1dari 10

SKRIP MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU dan PEKERJA MRSM KUALA KLAWANG

Perasmi : Tuan Haji Shahrome bin Daud Pengetua MRSM Kuala Klawang 25 Mac 2012 (Khamis), 2.00 ptg Dewan Semarak, MRSM Kuala Klawang

Tarikh Tempat

: :

ATURCARA Ketibaan tetamu kehormat (ABUL)

SKRIP PENGACARA Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Tuan Haji Shahrome bin Daud, Pengetua MRSM Kuala Klawang dengan diiringi oleh Timbalan Timbalan Pengetua MRSM Kuala Klawang. Hadirin dipersilakan berdiri.

Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Maktab (MIMIE)

Hadirin dipersilakan untuk terus berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Amanah Rakyat dan Lagu Maktab # nyanyian lagu Negaraku # # nyanyian lagu MARA # # nyanyian lagu Maktab #

(Setelah tamat nyanyian lagu) Hadirin sekalian dipersilakan duduk.

Kata-kata aluan Pengerusi Majlis

Pantun 1 : ABUL Istana kota sebelas tingkat, Tempat baharu nakhoda Pekan, Sama kata sama sepakat, Hari guru dan pekerja mari raikan. Pantun 2 : MIMIE Jalan ke darat berpilin-pilin, Cuaca redup menawan duka, Guru ibarat cahaya lilin, Menyuluh hidup tiap ketika.

Bismillahhirrahmanirrahim (MIMIE) Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berbahagia, Tuan Haji Shahrome bin Daud, Pengetua, Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang, Yang Berusaha, Encik Roslan bin Muhamed Salleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang

1.

2.

Yang Dihormati, Encik Che Wahab bin Che Man 3. Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik, Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang Yang Dihormati, Encik Kamaruddin bin Sagiman 4. Timbalan Pengetua Kokurikulum, Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang Yang Dihormati, Encik Mohd Hilmi bin Sakimin 5. Penolong Pegawai Tadbir Kanan Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang Yang dihormati, guru- guru dan staf MRSM Kuala Klawang, Seterusnya hadirin hadirat warga dewan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, limpah dan kurnia-Nya, dapatlah kita dapat kita sama-sama berkmpul di Dewan Semarak MRSM Kuala Klawang untuk sama-sama menjayakan satu lagi program yang amat bermakna dan amat dinanti-nantikan iaitu majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja Peringkat Maktab bagi tahun 2012. Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara, itulah tema perayaan hari guru pada tahun ini manakala tema Hari Pekerja pada tahun ini adalah Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi.

Info mengenai Sambutan Hari Guru

Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja yang dilaksanakan saban tahun bertujuan untuk memperingati jasa dan pengorbanan guru-guru dalam mendidik kita para pelajar untuk menjadi insan berjaya. Guru umpama lilin, penyuluh kegelapan dan merupakan penerang hati pelajar. Guru sanggup membakar diri demi kejayaan anak murid tercinta.

(ABUL)

Tidak lupa juga, terima kasih diucapkan kepada kakitangan dan staf-staf sokongan MRSM Kuala Klawang yang telah menjadi nadi penggerak, pentadbiran maktab. Mereka telah membantu maktab dalam memacu kejayaan dan kecemerlangan selama ini.

Bacaan Doa

Pantun 3 : MIMIE Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa; Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa. Sidang hadirin yang dimuliakan, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dipersilakan saudara Ahmad Zulfikri bin Zainal untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(MIMIE)

(bacaan doa)

Gimik Pengetua

Tuan Terima kasih diucapkan kepada saudara Ahmad Zulfikri, semoga majlis kita pada hari ini berada di bawah lindungan Ilahi. Seterusnya, dipersembahkan pula sebuah tayangan video khas untuk semua, terutamanya untuk ayahanda tercinta, Tuan Haji Shahrome bin Daud. Sama- samalah kita saksikan.

(ABUL)

Persembahan Wah, begitulah hebatnya gimik sebentar tadi sebagai tanda kasihnya Montaj Hari Guru kami kepada ayahanda Tuan Haji Shahrome. dan Pekerja (MIMIE) Majlis kini diteruskan lagi dengan persembahan montaj yang disediakan istimewa bersempena dengan sambutan Hari Guru dan Pekerja ini.

Ucapan Presiden BWP

Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis kini diteruskan dengan mempersilakan Saudara Muhammad Hafizzudin bin Halid, Presiden Badan Wakil Pelajar MRSM Kuala Klawang bagi menyampaikan ucapan beliau sebagai mewakili kami, para pelajar MRSM Kuala Klawang.. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. ( Ucapan Hafizudin)

(ABUL)

Ucapan Tuan Pengetua

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Saudara Hafizudin atas kesudian menyampaikan ucapan tadi. Pantun 4 : MIMIE Berbunga indah si pohon sena, Petik sekuntum bawa ke kota Bingkisan kata, bingkisan bermakna Tuan Pengetua bermadah kata Sekarang majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Shahrome bin Daud, Pengetua Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru dan Pekerja peringkat MRSM Kuala Klawang tahun 2012 Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(MIMIE)

(ucapan Pengetua) Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Pengetua untuk menyempurnakan satu lagi gimik khas yang telah disediakan di bahagian bawah kanan dewan, sebagai menandakan rasminya Majlis Sambutan Hari Guru dan Pekerja peringkat MRSM Kuala Klawang 2012. Dipersilakan.

Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia (MIMIE)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan majlis perasmian sebentar tadi.

Yang Berbahagia Tuan Pengetua dan hadirin sekalian, majlis kini diteruskan lagi dengan nyanyian beramai-ramai lagu Kami Guru Malaysia. Bagi menyempurnakan acara ini, sekali lagi dijemput Yang Berusaha Tuan Pengetua, semua Timbalan-timbalan Pengetua dan warga pendidik MRSM Kuala Klawang yang amat kita kasihi untuk naik ke penta bagi bersama-sama menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia. Dipersilakan.

Persembahan BWP, LDP & Cikgu Fahmi

Terima kasih daun keladi diucapkan kepada Tuan Pengetua, timbalantimbalan Pengetua dan guru-guru sekalian atas nyanyian lagu Kami Guru Malaysia itu tadi. Sesungguhnya, budi baik cikgu-cikgu semua hanya Tuhan yang mampu membalasnya. Amin. Sidang dewan yang dimuliakan, kini tibalah kita ke acara yang dinantinantikan iaitu Persembahan Guru dan Pelajar. Persembahan pertama yang akan kita saksikan bertajuk Kembara Masa daripada ahli Lembaga Disiplin Pelajar MRSM Kuala Klawang. Persembahan kedua pula akan dipersembahkan khas oleh ahli Badan Wakil Pelajar. Mereka akan mempersembahkan lagu yang bertajuk A Thousand Years. Persembahan istimewa yang terakhir pula merupakan nyanyian puisi dan lagu yang akan dipersembahkan oleh guru kesayangan ramai iaitu Cikgu Fahmi, sebagai mewakili Jabatan Bahasa. Beliau akan diiringi Kumpulan Sukses dari Kelas 2AF. Tanpa melengahkan masa, dipersilakan!

Penyampaian Anugerah Guru dan Staff

Terima kasih diucapkan kepada BWP, LDP, Cikgu Shahrun Fahmi dan Kumpulan Sukses dari 2AF di atas persembahan-persembahan yang amat menghiburkan itu tadi.

(MIMIE) 5

Seterusnya, tibalah kita pada saat yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu acara penyampaian Anugerah Khas Guru dan Staff, sesi pertama. Pemenang-pemenang bagi setiap anugerah ini ditentukan sendiri oleh rakan pelajar sekalian. Dengan ini, majlis mempersilakan saudara _________________________dan saudari _______________________ untuk menyempurnakan acara penyampaian anugerah-anugerh khas ini. Dipersilakan. Anugerah pertama adalah bagi kategori Vokal Terbaik Guru Lelaki. Penerima anugerah khas ini adalah Cikgu _______________________. Anugerah kedua adalah bagi kategori Vokal Terbaik Guru Wanita. Penerima anugerah khas ini adalah Cikgu _______________________. Anugerah seterusnya yang akan disampaikan adalah bagi kategori Guru Prihatin. Penerima anugerah khas ini adalah Cikgu ___________________________________ . Anugerah berikutnya adalah Anugerah Staff Prihatin dan peenrima anugerah khas ini adalah Encik / Puan ___________________________ . Sekalung tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah dan terima kasih diucapkan kepada saudara _______________________________ dan saudari ________________________________________________ atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian anugerah sebentar tadi.

Super Spontan

Sidang hadirin sekalian, persembahan sudah, penyampaian anugerah khas pun sudah. Bagi memeruskan aturcara majlis kita pada pagi ini, satu acara pertandingan khas akan diadakan. Bagi menyempurnakan pertandingan yang pastinya akan menggamatkan suasana Dewan Semarak pada pagi ini, majlis akan diserahkan kepada saudara _________________________ dan ____________________________ . Bersama mereka, marilah kita sama-sama Bersuper Spontan. Dipersilakan.

()

Terima kasih saudara __________________________________ dan __________________________________ . Gegak gempita Dewan Semarak pada pagi ini dengan aksi guru-guru yang kita sayangi. Terima kasih cikgu kerana begitu sporting menggayakan aksi-aksi yang begitu mahal harganya. Puas bergelak ketawa, kini tibalah kita ke sesi kedua Penyampaian Anugerah Guru dan Staff. Dengan ini, majlis mempersilakan saudara _________________________dan saudari _______________________ untuk menyempurnakan acara penyampaian anugerah-anugerh khas ini. Dipersilakan. Anugerah pertama adalah bagi kategori Guru Tegas. Penerima anugerah khas ini adalah Cikgu _______________________. Anugerah kedua adalah bagi kategori Guru Humor. Penerima anugerah khas ini adalah Cikgu _______________________.

()

Anugerah seterusnya yang akan disampaikan adalah bagi kategori Guru Penyayang. Penerima anugerah khas ini adalah Cikgu ___________________________________ . Anugerah berikutnya adalah Anugerah Staff Dedikasi dan peenrima anugerah khas ini adalah Encik / Puan ___________________________ . Sekalung tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah dan terima kasih diucapkan kepada saudara _______________________________ dan saudari ________________________________________________ atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian anugerah sebentar tadi.

Persembahan Guru dan Staff

Hadirin hadirat sekalian, marilah kita berehat buat seketika sambil menikmati dua persembahan khas. Persembahan istimewa yang pertama adalah daripada Cikgu _____________________ sebagai mewakili Jabatan Sains Sosial dan persembahan kadua adalah lantunan sajak daripada kami. Kami akan menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk Sekapur Sireh Buatmu Guru. Dipersilakan.

Penyampaian Anugerah Guru dan Staff Sesi 3

Hadirin hadirat sekalian, kini tibalah kita ke sesi terakhir Penyampaian Anugerah Guru dan Staff. Dengan ini, majlis mempersilakan saudara _________________________dan saudari _______________________ untuk menyempurnakan acara penyampaian anugerah-anugerah khas ini. Dipersilakan. Anugerah pertama adalah bagi kategori Guru Inspirasi. Penerima anugerah khas ini adalah Cikgu _______________________. Anugerah kedua adalah bagi kategori Guru Popular. Penerima anugerah khas ini adalah Cikgu _______________________. Anugerah seterusnya yang akan disampaikan adalah anugerah khas utama iaitu anugerah Tokoh Guru. Penerima anugerah khas ini adalah Cikgu ___________________________________ . Anugerah berikutnya adalah Anugerah Staff Penyayang dan penerima anugerah khas ini adalah Encik / Puan ___________________________ . Dan kini tibalah kita ke penyampaian anugerah yang terakhir iaitu penyampaian Anugerah Staff Popular dan penerima anugerah khas ini adalah Encik / Puan ___________________________ .

Sekalung tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah dan terima kasih diucapkan kepada saudara _______________________________ dan saudari ________________________________________________ atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian anugerah sebentar tadi.

Penyampaian Sijil Kursus 5S

Hadirin sekalian, kini kita beralih pula ke aturcara seterusnya iaitu penyampaian Sijil Kursus 5S. Bagi menyempurnakan acara ini, dijemput Tuan Pengetua, Tuan Haji Shahrome bin Daud sambil diiringi Encik Roslan bin Muhamed Salleh, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Penerima pertama Sijil Kursus 5S adalah En. Mohd. Kahashari bin Ariffin. Dipersilakan. Penerima pertama Sijil Kursus 5S adalah Puan Rosni bt. Ismail. Dipersilakan. Dan penerima terakhir Sijil Kursus 5S adalah Puan Suzana bt. Yatiman Dipersilakan. 8

Tahniah diucapkan kepada para penerima sijil dan majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan Timbalan Pengetua HEP atas kesudian menyempurnakan penyampaian Sijil Kursus 5S itu tadi.

Acara Memotong Kek

(tunggu sehingga Pengetua duduk) Hadirin sekalian, Meski Utarid kabur pandangnya Hanya percaya kuasa Tuhan Kasih murid akan gurunya Gapai jaya di hari depan. Putik baru mekar di laman Kembang kudup kumbang terpikat Hargai guru sepanjang zaman Agar hidup beroleh berkat. HIDUP CIKGU.. Sekarang kita telah sampai ke acara pemotongan kek oleh Tuan Pengetua sambil diiringi oleh timbalan-timbalan Pengetua sempena Sambutan Hari Guru. Rakan pelajar sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan menyanyikan lagu Selamat Hari Guru. Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua atas kesudian menyempurnakan acara pemotongan kek.

Akhirkata tamatlah sudah majlis kita pada pg ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada warga MRSM Kuala Klawang kerana dapat bersamasama menjayakan sambutan Hari Guru dan Pekerja bg thn ini.. Semoga allah menganugerahkan ilham kpd semua guru staff MRSM Kuala Klawang utk menjadi pendidik dan pekerja yg gemilang. Semoga benih2 keikhlasan berjaya ditanam dalam setiap batas hati para guru dan staff, kerana dengan keikhlasan, akan terpancar kejernihan dan kejayaaan. Mudah mudahan

Berpisah kita untuk sementara, semoga berjumpa lagi di lain ketika. Sebelum berpisah terimalah pantun daripada kami: Pantun 6 : MIMIE Anak kecil pergi berburu tidak terbiasa dengan kerja yang sia dari kecil di asuh guru agar dewasa menjadi manusia. Pantun 7 : ABUL

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan jasamu guru tak akan dilupakan budimu guru sentiasa dalam ingatan.

Maka dengan ini berakhirlah Majlis Sambutan Hari Guru dan Pekerja Peringkat MRSM Kuala Klawang 2012. Dengan ini dijemput Tuan Pengetua, Timbalan-timbalan Pengetua dan semua guru dan staff untuk menjamu selera di Anjung PSP. Sekian, Wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum w.b.t

10

Anda mungkin juga menyukai