Anda di halaman 1dari 20

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

Penulisan Kata Dasar


Kata dasar ditulis sebagai satu perkataan, iaitu dipisahkan daripada kata yang lain, contohnya: i. ii. iii. Keputusan itu adalah tidak adil. Pekerja tanpa izin itu telah pulang. Sungai itu agak dalam.

Penulisan Kata Terbitan


Kata terbitan atau kata turunan ialah kata dasar yang berimbuhan ( sama ada imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan) atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain.

MINGGU 5

Penulisan Kata Terbitan yang Berawalan


Imbuhan Awalan Anti Auto Dwi Juru Poli Pra Pro Sub Swa Tata Tuna Kata Dasar karat graf bahasa mudi klinik sekolah kerajaan kategori daya susila karya Kata Terbitan

antikarat autograf dwibahasa jurumudi poliklinik prasekolah prokerajaan subkategori swadaya tatasusila tunakarya

Bagaimanapun, bentuk awalan yang boleh ditulis secara terpisah daripada kata dasar hanya bagi tiga penggunaan yang berikut: 1. Awalan maha ditulis terpisah daripada kata dasar atau bentuk dasar selepasnya yang bermula dengan huruf besar yang menunjukkan kata ganti nama Allah atau nama khas yang lain. Contohnya: Allah Yang Maha Esa 2. Bentuk terikat seperti anti, pro, dan kontra dapat ditulis secara terpisah, iaitu sebagai kata bebas, contohnya: bersikap anti pro dan kontra

3.

Tanda sempang ( - ) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar, contohnya: se-Nusantara se-Malaysia

Penulisan Kata Terbitan yang Berakhiran


Kata terbitan yang berakhiran ditulis seperti yang berikut: Akhiran Kata Dasar minum ustaz ego masuk budi biduan harta Kata Terbitan

-an -ah -isme -kan -man -nita -wan

minuman ustazah egoisme masukkan budiman biduanita hartawan

Penulisan Kata Terbitan yang Berapitan Kata terbitan yang berapitan ditulis seperti yang berikut: Apitan Kata Dasar Kata Terbitan beranggapan berdasarkan diiringi diumumkan dipertingkatkan kesejukan mengirimi menghadiahkan memperisteri memperhambakan perasaan pengehadan terkatakan

beran anggap berkan dasar dii iring dikan umum diperkan tingkat kean sejuk mei kirim mekan hadiah memperi isteri memper..kanhamba pean rasa penge..an had ter..kan kata

Penulisan Kata Terbitan yang Bersisipan Kata terbitan bersisipan ditulis seperti yang berikut: Sisipan -el-em-er-inKata Dasar tunjuk kuning gigi sambung Kata Terbitan

telunjuk kemuning gerigi sinambung

Penulisan Kata Sendi Nama Kata sendi nama (kata depan) di- dan ke-ditulis terpisah dengan kata yang diimbuhkan dengannya. 1. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata nama yang menunjukkan arah atau yang menunjukkan kedudukan sesuatu kata nama yang ada selepasnya, contohnya:

i. Pakaiannya tersusun di atas meja itu. ii. Mereka berlayar menuju ke selatan. 2. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis terpisah daripada kata nama umum yang terdapat selepasnya, contohnya: i. Pak Ali bekerja di bangunan KL Sentral. ii. Pelajar itu berbasikal ke sekolah setiap hari. 3. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata bilangan atau kata yang menunjukkan jumlah sebagai kata bantu tempat atau kata nama umum, misalnya: i. Banjir petang semalam berlaku di enam kawasan sahaja. ii. Berita itu dihebahkan ke seluruh negara.

4.

Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata nama tempat atau nama khas, contohnya: i. Adiknya tinggal di Kajang. ii. Mereka membuat lawatan ke Afrika Selatan.

Penulisan Kata Ganti Singkat (Klitik)


Dalam bahasa Melayu, ada empat kata ganti singkat, iaitu kau, ku, mu, dan nya.

Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya, contohnya:
kaulihat kautulis kaubisik kauberi kuamati kubaca kudengar kuterima

Kata ganti singkat ku, mu, dan nya sebagai unsur akhiran ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang mendahuluinya, contohnya: kasihku rinduku temanku kasihmu rindumu temanmu kasihnya rindunya temannya

Bagaimanapun, kata ganti singkat ku, mu, dan nya yang berfungsi sebagai kata ganti nama bagi Allah menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama, dan dihubungkan dengan kata yang ada sebelumnya dengan menggunakan tanda sempang, contohnya: i. ii. iii. Adakah mereka berdoa kepada-Ku? Ya, Tuhanku, bimbinglah hamba-Mu ini! Semoga kita mendapat rahmat-Nya, hidayah-Nya, dan petunjuk-Nya.

Penulisan Partikel Dalam bahasa Melayu, ada empat partikel yang digunakan, iaitu lah, tah, kah, dan pun. Dalam Sistem Ejaaan Rumi Baharu, partikel lah, tah, dan kah ditulis serangkai dengan kata dasar yang terletak di hadapannya, contohnya: Ejaan Lama ada-lah bimbing-lah siapa-kah bila-kah apa-tah Ejaan Baharu adalah bimbinglah siapakah bilakah apatah

Partikel pun pula ditulis dengan dua cara, iaitu ditulis serangkai atau ditulis secara terpisah.

10

1.

Kata pun yang berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga, ditulis secara terpisah. Contohnya: i. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus.

ii. Pakaiannya pun tidak terurus.

2.

Ada 13 pun yang telah ditetapkan untuk ditulis secara serangkai, iaitu:
adapun andaipun biarpun kendatipun mahupun sekalipun walaupun ataupun bagaimanapun kalaupun lagipun meskipun sungguhpun

11

Penulisan Kata Ganda (Kata Ulang)


Kata ganda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu kini ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang. Kata ulang yang ditulis menggunakan tanda sempang , termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak, dan kata ulang berimbuhan.

Penulisan Kata Ulang Semu: anai-anai hati-hati kupu-kupu labi-labi laki-laki biri-biri kuda-kuda labah-labah tupai-tupai undang-undang

12

2.

Penulisan Kata Ulang Jamak jawatan-jawatan projek-projek program-program borang-borang dewan-dewan aktiviti-aktiviti

3.

Penulisan Kata Ulang Berentak bolak-balik mundar-mandir kuih-muih serba-serbi gerak-geri lauk-pauk ramah-tamah kucar-kacir

4.

Penulisan Kata Ulang Berimbuhan keanak-anakan bersiar-siar karang-mengarang akhir-akhirnya segala-galanya menulis-nulis

13

Penulisan Gabungan Kata 1. Ada tiga jenis gabungan kata yang unsurunsurnya ditulis secara terpisah. i. Kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, rangkai kata istilah khusus, dan kata majmuk ditulis secara terpisah: air hujah balai raya bom tangan model linear tengah hari ii. duta besar jalan raya luar biasa garis lintang nasi minyak

Gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan parataksis atau rangkai kata setara ditulis secara terpisah: hidup mati ibu bapa tua muda adik kakak miskin kaya besar kecil
14

iii. Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa ditulis secara terpisah:
buah hati bulan madu darah muda 2. hati batu pilih kasih tangkai jering

Kata ulang bagi gabungan kata yang ditulis secara terpisah dibentuk dengan hanya mengulangi kata nama yang diterangkan (kata nama pertama), bukannya seluruh rangkai kata berkenaan: Bentuk Dasar balai raya guru besar kapal laut kertas kerja Bentuk Berulang balai-balai raya guru-guru besar kapal-kapal laut kertas-kertas kerja

15

3.

Ada beberapa kaedah untuk menentukan penulisan gabungan kata yang serangkai dan bentuk ulangannya. i. Rangkai kata umum yang ditulis terpisah, ermasuklah istilah khusus dan kata majmuk, rangkai kata setara, dan simpulan bahasa yang menerima imbuhan apitan, ditulis secara serangkai: ambil alih anak emas lipat ganda tidak adil jadi pengambilalihan menganakemaskan melipatgandakan ketidakadilan

ii. Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu telah ditetapkan sejumlah kata tertentu yang boleh ditulis secara serangkai, dikenali sebagai bentuk yang mantap: antarabangsa setiausaha kakitangan warganegara matahari pesuruhjaya jawatankuasa suruhanjaya tanggungjawab tandatangan bumiputera sukarela kerjasama olahraga
16

iii.

Pengulangan gabungan kata yang ditulis serangkai: jawatankuasa jadi pesuruhjaya tanggungjawab jawatankuasajawatankuasa pesuruhjaya-pesuruhjaya tanggungjawabtanggungjawab

iv.

Gabungan kata yang ditulis serangkai menjadi dasar untuk membentuk kata terbitan: setiausaha jadi tanggungjawab warganegara tandatangan kesetiausahaan penanggungjawaban kewarganegaraaan menandatangani

17

Penggunaan Tanda Sempang ( - )


Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu, tanda sempang digunakan untuk: i. menulis semua jenis kata ulang (kata ganda): bukit-bukau sekolah-sekolah cita-cita ii. gunung-ganang kekuning-kuningan keanak-anakan

memisahkan suku kata yang tercerai oleh penggantian baris: Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan pihak Fakulti.

18

iii.

memperjelas ungkapan: ber-evolusi ber-revolusi

iv.

merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama: anti-Amerika ISBN-nya hamba-Mu pro-Malaysia

v.

merangkaikan ke- dengan angka untuk penulisan nombor ordinal: ke-24 ( kedua puluh empat) ke-125 ( keseratus dua puluh lima)

vi.

merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran an: tahun 60-an (tahun enam puluhan) tahun 90-an (tahun sembilan puluhan)
19

vii.

Menyatakan hubungan antara kata pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah: alat-pandang dengar mesin-ketam roda-gigi

20