Anda di halaman 1dari 93

PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN BIL.

1 KONSEP, PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN CUKAI JUALAN

Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

Tarikh: 2 Januari 2001

BAHAGIAN CUKAI DALAMAN JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA MALAYSIA

KANDUNGAN PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN BIL 1 KONSEP, PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN CUKAI JUALAN

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Pendahuluan Tujuan Skop Terminologi Tanggungjawab Peraturan-Peraturan 6.1. 6.2. 6.3. 6.4. 6.5. 6.6. 6.7. 6.8. 6.9. Perintah Tetap adalah terhad Latar belakang dan konsep cukai jualan Perundangan Pentadbiran Lencana atau kad kuasa Borang-Borang Penyampaian notis Orang yang berusan dengan kastam Buku-buku rekod yang disenggarakan di dalam Perintah Tetap Cukai Jualan

7. 8. 9. 10. 11. 12.

Carta Aliran Kerja Rujukan Lampiran-Lampiran Pembatalan Penguatkuasaan Penutup

Muka surat : 1/7 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 1 KONSEP, PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

1.

PENDAHULUAN Perintah Tetap Cukai Jualan (PTCJ) ini di susun semula selepas ianya dikeluarkan pada tahun 1972. Penyusunan semula Perintah ini adalah untuk mengemaskinikan prosedur kerja cukai jualan selaras dengan dasar jabatan dan perubahan serta pindaan atas perundangan yang berkaitan dengan cukai jualan.

2.

TUJUAN Perintah ini dikeluarkan berjutuan untuk : 2.1. Menerangkan konsep Cukai Jualan supaya pegawai-pegawai dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih sempurna dan berkesan. Mewujudkan garis panduan dan peraturan untuk pelaksanaan cukai jualan berkaitan dengan kawalan dan tatacara supaya seragam, sistematik dan cekap.

2.2.

3.

SKOP 3.1. Perintah ini menerangkan tentang maklumat umum berhubung dengan konsep cukai seperingkat, pendekatan mengikut positif method , kadar-kadar cukai yang ditetapkan, perundangan serta serta undang-undang subsidiari yang berkaitan dan aspek pentadbiran atau pelaksanaan cukai jualan. Perintah tetap ini tidak terpakai bagi cukai jualan petroleum kerana perintah berkaitannya telah dikeluarkan secara berasingan.

3.2.

4.

TERMINOLOGI 4.1. Salinan sah ialah salinan yang dikeluarkan oleh Jabatan sebagai *ganti salinan asal yang hilang. Salinan sah ini diberi dengan bayaran. Input ialah bahan mentah, komponen dan bahan pembungkusan yang digunakan dalam pengilangan. Output ialah barangan keluaran syarikat.

4.2.

4.3.

5. TANGGUNGJAWAB Pengarah Kastam, Bahagian Cukai Dalaman, Ibu Pejabat, Pengarah-Pengarah Kastam Negeri dan Ketua Stesen adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan pentadbiran dan menyelesaikan masalah berkaitan.

Muka surat : 2/7 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN BIL. 1 KONSEP, PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN CUKAI JUALAN

Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

Tarikh : 2 Januari 2001

Pelaksanaan perundangan Cukai Jualan mengikut fungsi secara teratur dan selaras dengan arahan dan dasar kerajaan. 6. PERATURAN-PERATURAN 6.1. Perintah Tetap ini adalah TERHAD dan hanya untuk kegunaan pegawai-pegawai 6.2. LATAR BELAKANG DAN KONSEP CUKAI JUALAN 6.2.1. Cukai jualan diperkenalkan pada 29 Februari 1972 bertujuan untuk menampung kekurangan di dalam Belanjawan (Budget Deficit) disamping berfungsi sebagai penyelaras ekonomi. Cukai Jualan adalah merupakan cukai seperingkat (single stage taxation) iaitu dikenakan sekali sahaja samada diperingkat input atau output . Ianya dikenakan atas semua barangan bercukai yang dikilang di Persekutuan atau yang diimport untuk kegunaan dalam negeri. Barang-barang yang dikilang di Persekutuan, cukai jualan dikenakan pada masa barang-barang tersebut dijual, digunakan atau dilupuskan dengan cara lain oleh pengilang berlesen manakala barangan import dikenakan semasa barangan dilepaskan daripada kawalan kastam. Pendekatan dalam menguatkuasakan pengenaan cukai jualan adalah positive method bermakna semua barang atau produk pengilangan adalah bercukai jualan melainkan dikecualikan. Dari segi pelesenan pula semua aktiviti pengilangan adalah tertakluk kepada pelesenan melainkan dikecualikan. Menteri mengikut peruntukan seksyen 8 Akta Cukai Jualan 1972, melalui Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980 mengecualikan barang-barang yang dinyatakan dalan Jadual A, orang dan barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual B dan Jadual C. Menteri mengikut peruntukan seksyen 15 Akta Cukai Jualan 1972, melalui Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 1972 menetapkan kadar cukai untuk dilevi iaitu semua barang-barang hendaklah tertakluk kepada cukai jualan pada kadar 10% kecuali : (i) barang-barang yang termasuk dalam perintah pengecualian yang dibuat dibawah seksyen 8.

6.2.2.

6.2.3.

6.2.4.

6.2.5.

Muka surat : 3/7 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 1 KONSEP, PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(ii)

barang-barang yang diimport oleh orang yang memasuki Persekutuan (begas) dan bukan untuk kegunaan perdagangan (tidak termasuk kenderaan bermotor, minuman keras, spirit, tembakau, rokok, tayar dan tiun).

6.2.6.

Deskripsi barangan dan kod tariff untuk tujuan menentukan barangan bercukai jualan atau sebaliknya adalah merujuk kepada Perintah Duti Kastam semasa (Prevalling Customs Duties Order). Cukai Jualan adalah cukai ad valorem dan terdapat empat kadar cukai jualan yang ditetapkan iaitu 5%, 10%, 20% dan 25%. Mulai 1.1.2000 kadar spesifik diperkenalkan untuk cukai jualan (petroleum)

6.2.7.

6.3. PERUNDANGAN 6.3.1. Akta Cukai Jualan 1972 Akta Cukai Jualan 1972 (Akta 64) memperuntukkan undang-undang bagi mengenakan, melevi dan memugut cukai jualan. Peruntukan dalam Akta dipakai bagi seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun Akta ini memperuntukkan (i) Seksyen 1(3), Akta ini tidak terpakai bagi kawasan yang dikenali sebagai kawasan Pembangunan Bersama (Joint Development Area). Seksyen 2A menganggap Kawasan Zon Bebas adalah sebagai berada di luar Malaysia. Seksyen 2B menganggap Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) adalah sebagai berada di luar Malaysia. Bahagian XIV dan XVII iaitu seksyen 72 hingga 90 Akta menjelaskan bahawa (a) Cukai jualan tidak dikenakan bagi barangan bercukai yang diimport ke Labuan dan Langkawai. (b) Cukai jualan tidak dikenakan bagi barangan bercukai yang dipindahkan dari kawasan utama kastam ke Labuan dan Langkawi. (c) Cukai jualan hendaklah dibayar atas barangan bercukai yang diangkut dari ke Labuan dan Langkawai ke kawasan utama kastam (import).

(ii)

(iii)

(iv)

Muka surat : 4/7 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 1 KONSEP, PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(d) Barangan yang dikilang di Labuan dan Langkawai disifatkan sebagai dikilang di luar Persekutuan 6.3.2. Lain-lain perundangan subsidiari ialah : (i) (ii) Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 1972 (P.U.(A)55/1972. Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980 Jadual A, B, dan C (P.U.(A) 365/1980) Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan). 1997 (P.U.(A) 412/1997). Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 1972 (P.U.(A)52/1972 (P.U.(A) 52/1972 Perintah Cukai Jualan (Kadar-Kadar Cukai) 1997 (P.U.(A)118/1997). Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) (Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor) 1989 (P.U.(A)414/1987).

(iii)

(iv)

(vi) (vii)

6.3.3.

Perintah ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan perundangan cukai jualan seperti di atas.

6.4. PENTADBIRAN 6.4.1. Di peringkat Ibu Pejabat, Cawangan Cukai Jualan diketuai oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam dan ditadbir sebagai salah satu cawangan dalam Bahagian Cukai Dalaman. Bahagian Cukai Dalaman diketuai oleh Pengarah Kastam dan beliau bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Operasi). Di peringkat stesen, cukai jualan ditadbir mengikut fungsi bersama-sama dengan aktiviti cukai dalaman yang lain di Bahagian/Cawangan Cukai Dalaman yang merangkumi Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan, Kawalan Kemudahan, Kawalan Pungutan serta Remisi dan Pelupusan.

6.4.2.

Muka surat : 5/7 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 1 KONSEP, PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

6.4.3.

Senarai pejabat-pejabat dan daerah-daerah cukai jualan adalah sebagaimana di Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 1972.

6.5. LENCANA ATAU KAD KUASA Pegawai yang tidak berpakaian seragam semasa melaksanakan tugas-tugas cukai jualan perlu memperkenalkan diri dengan menunjukkan lencana atau kad kuasa Jabatan dan mengikrarkan jawatannya. Lencana atau Kad Kuasa dikeluarkan oleh Jabatan di bawah seksyen 9(1) Akta Kastam 1967. Penggunaan lencana Jabatan hendaklah seperti ditetapkan dalam Pekeliling Pentadbiran Bil 1 Tahun 1997 dan penggunaan kad kuasa seperti ditetapkan dalam Perintah Tetap Perjawatan bil 32. 6.6. BORANG-BORANG Borang-borang yang digunakan dalam urusan pelaksanaan cukai jualan adalah seperti disenaraikan Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 1972. Borang-borang tersebut boleh diberi salinan sah dengan bayaran seperti yang ditetapkan di bawah Ordinan Bayaran 1951, Perintah Bayaran Kastam 1977. 6.7. PENYAMPAIAN NOTIS Penyampaian apa-apa notis, arahan atau dokumen seperti yang dikehendaki dalam Akta Cukai Jualan hendaklah dibuat mengikut seksyen 62 Akta. 6.8. ORANG YANG DILANTIK PERLANTIKAN AGEN 6.8.1. BERURUSAN DENGAN JABATAN DAN

Stesen hendaklah meminta supaya syarikat atau orang kena cukai menamakan pegawai atau kakitangannya yang diberi kuasa berurusan dengan jabatan. Hanya orang yang diberi kuasa berurusan dengan jabatan. Hanya orang yang dinamakan atau orang yang dilantik sebagai agen kepada syarikat sahaja boleh berurusan dengan jabatan. Takrif Agen (i) Agen ialah orang yang menjalankan urusan bagi pihak orang yang kena membayar cukai selain daripada pekerja syarikat atau orang yang dilantik oleh syarikat sebagai penasihat cukai, penasihat akaun yang dibayar gaji oleh syarikat atau sebagainya (sekretariat).

6.8.2.

Muka surat : 6/7 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 1 KONSEP, PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(ii)

Peguamcara (solicitor) dan orang yang telah diberi kuasa revocable power of attorney

(iii) Orang-orang yang terkeluar daripada takrif agen ialah : (a) peguambela yang mewakili sesuatu syarikat berkaitan dengan kes yang telah didaftarkan dimana-mana mahkamah tidak tertakluk kepada seksyen 63A. (b) mana-mana orang yang diberikan irrevoccable power of attorney 6.8.3. Urusan Yang Boleh Diwakili Semua aktiviti berkaitan cukai jualan dibenarkan diwakili oleh agen kecuali menghadiri Majlis Penyerahan Lesen dan Taklimat Cukai Jualan. 6.8.4. Prosedur Menjalankan urusan Bagi Pihak Pengilangan Berlesen (i) Mana-mana orang yang mengendalikan urusan bagi pihak orang kena cukai dikehendaki mengemukakan surat perlantikan oleh orang kena cukai ketika berurusan dengan Jabatan. (ii) Borang-borang yang dikehendaki dikemukakan sebagai syarat berurusan dengan jabatan hendaklah ditandatangani oleh orang kena cukai. Walau bagaimanapun dalam kes peguam-peguam bertauliah yang dilantik oleh Peguam Negara untuk mewakili orang kena cukai boleh dibenarkan menandatangani borang-borang berkenaan. 6.8.5. Orang yang mengendalikan urusan hendaklah berdaftar dengan ROB, ROC atau lain-lain badan bagi Sabah dan Sarawak.

6.9. BUKU-BUKU REKOD YANG DISENGGARAKAN DI DALAM PERINTAH TETAP CUKAI JUALAN Semua buku-buku rekod yang disenggarakan dalam pelaksanan cukai jualan hendaklah dikawal. Disemak dan ditandatangani oleh pegawai yang hak yang menyelia di tiap-tiap cawangan yang berkenaan dengan cara :-

Muka surat : 7/7 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 1 KONSEP, PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

6.9.1.

Semua buku-buku berkenaan hendaklah ditutup dengan menjumlahkan jenis-jenis kelulusan, jumlah cukai terlibat, jumlah permohonan dab sebagainya mengikut mana berkenaan pada tuai-tiap bulan. Buku-buku berkenaan hendaklah ditandatangani tiap-tiap hujung bulan berkenaan.

6.9.2.

7. CARTA ALIRAN KERJA Tiada 8. RUJUKAN 8.1. Akta, peraturan dan perintah seperti di perenggan 6.3.1. 8.2. Ordinan Bayaran 1951, Perintah Bayaran Kastam 1977 8.3. Perintah Tetap Perjawatan Bil. 32 8.4. Pekeliling Pentadbiran Bil.1 Tahun 1977 9. LAMPIRAN-LAMPIRAN Tiada 10. PEMBATALAN/PINDAAN Perintah Tetap Cukai Jualan yang dikeluarkan bertarikh 8.12.71 dan 11.5.1982 adalah dibatalkan. 11. PENGUATKUASAAN 2 Januari 2001 12. PENUTUP Dengan gambaran yang jelas tentang konsep, perundangan dan pentadbiran cukai jualan, diharapkan dapat dijadikan panduan oleh pegawai-pegawai pelaksanaan di semua peringkat dalam mentadbirkan dan melaksanakan aspek terpenting cukaijualan iaitu pelesenan, pungutan, kemudahan dan lain-lain perkara berbangkit yang berhubung dengannya.

PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN

Rujukan : KE.HF(-)669/37(1)

BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

BAHAGIAN CUKAI DALAMAN JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA MALAYSIA

KANDUNGAN PERINTAH CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN BIL.2 PELESENAN CUKAI JUALAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pendahuluan Tujuan Skop Terminotogi Tanggungjawab Peraturan-Peraturan 6.1. 6.2. 6.3. 6.4. 6.5. 6.6. 6.7. 6.8. 6.9. 6.10. 6.11. 6.12. 6.13. 7. 8. 9. Aktiviti pengilangan dan pelesenan Pelesenan lesen pilihan Perkara-perkara perlu dipastikan sebelum lesen dikeluarkan Prinsip-prinsip pengilangan Pengasingan aktiviti yang dibuat-buat Permohonan lesen cukai jualan Proses permohonan Pindaan lesen Pembatalan lesen Pemindahan fail syarikat Penyata Bulanan Lesen Cukai Jualan Lesen hilang/musnah Pemeriksaan akaun

Carta Aliran Kerja Rujukan Lampiran-Lampiran

Muka surat : 1/25

PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN


Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN 1. PENDAHULUAN

Tarikh : 2 Januari 2001

Tiap-tiap orang yang mengilang barang-barang bercukai jualan atau kontraktor yang menyiapkan barang bercukai jualan dikehendaki memohon lesen dibawah seksyen 13 Akta melainkan ianya dikecualikan melalui perintah cukai jualan berkaitan. Pengilang-pengilang hanya boleh mengenakan cukai jualan ke atas pelanggannya setelah mereka dilesenkan dibawah Akta. Dalam melaksanakan kehendak perundangan cukai jualan dari segi pelesenan dua faktor utama perlu diberi perhatian iaitu mengilang barangan bercukai jualan dan takrif pengilangan. 2. TUJUAN Perintah ini dikeluarkan bertujuan untuk memberi garis panduan yang seragam berkenaan dengan pelaksanaan pelesenan cukai jualan. 3. SKOP Perintah ini menetapkan prosedur yang perlu diikuti dari aspek pelesenan dan kawalan rekod pengilangan berlesen cukai jualan. 4. TERMINOLOGI 4.1. Akta ialah Akta Cuaki Jualan 1972. 4.2. Peraturan ialah Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 1972. 4.3. Pengilang ialah sebagaimana takrif seksyen 2 Akta. 4.4. Kontraktod ialah orang yang menjalankan kerja-kerja ke atas barangan bercukai yang dipunyai oleh orang lain. 4.5. Barang-barang ialah sebagaimana takrif seksyen 2 Akta. 5. TANGGUNGJAWAB Tanggungjawab Cawangan/Unit yang melaksanakan tugas-tugas dibawah perintah ini ialah memastikan : 5.1. Prosedur pelesenan diikuti dengan betul dan teratur. 5.2. Hanya pengilang-pengilang yang sepatutnya sahaja dilesenkan.

Muka surat : 2/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL.2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

5.2. Lesen hendaklah diluluskan dan dikeluarkan dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam pelanggan. 6. PERATURAN-PERATURAN 6.1. Aktiviti Pengilangan dan Pelesenan Tiap-tiap orang yang menjalankan aktiviti pengilangan barangan bercukai jualan adalah dikehendaki memohon lesen cukai jualan di bawah seksyen 13 Akta. Syarikat kontraktor yang mengambil upah bagi menjalankan kerja pengilangan barang-barang bercukai untuk orang lain juga tertakluk kepada pelesenan. Namun begitu pengilang-pengilang seperti disenaraikan dibawah ini dikecualikan daripada memohon lesen : 6.1.1. Pengilang barang-barang yang dikecualikan cukai jualan dibawah Jadual A. Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980. Pengilang barang bercukai yang jumlah nilai jualan tahunannya kurang daripada RM 100,000.00 atau RM 20,000.00 mengikut mana berkenaan dan telah memohon Sijil Pengecualian Daripada Pelesenan (SPP) dibawah Jadual A, Perintah Cukai jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan) 1997. Pengilang yang operasi pengilangannya diketegorikan dibawah Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan ) 1997. Aktiviti pengilangannya tidak tertakluk kepada definisi pengilangan dibawah seksyen 2 Akta. Pengilang yang beroperasi di Labuan dan Langkawi, Zon Bebas dan Gudang Pengilangan Berlesen selaras dengan seksyen 72 hingga 90, 2A dan 2B Akta.

6.1.2.

6.1.3.

6.1.4.

6.1.5.

6.2. Permohonan lesen pilihan Pengilang-pengilang seperti di perenggan 6.1.2. dan 6.1.3. boleh memohon supaya diberi lesen sebagai pengilang ber lesen dan dengan itu semua peruntukan Akta dan Peraturan cukai jualan terpakai kepada pengilang itu 6.3. Perkara-perkara perlu dipastikan sebelum lesen dikeluarkan Sebelum sesuatu lesen dikeluarkan pegawai yang hak menproses lesen hendaklah memastikan perkara-perkara berikut:-

Muka surat : 3/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

6.3.1.

Penjenisan barangan adalah betul supaya cukai jualan hanya dikenakan ke atas barang yang bercukai sahaja. Sekiranya kod tariff diragui, kemukakan permohonan penjenisan ke Bahagian Perkhidmatan Teknik, Cawangan Pengurusan Penjenisan dengan segera seperti ditetapkan dibawah Perintah Tetap Kastam Bil.2; dan Aktiviti syarikat adalah tertakluk kepada definisi pengilangan.

6.3.2.

6.4. Prinsip-prinsip Pengilangan Prinsip-prinsip berhubung definisi Pengilangan ialah :6.4.1. Definisi Pengilangan boleh dibahagikan kepada tiga unsur yang perlu dipenuhi sebelum mana-mana proses pembuatan barangan dianggap sebagai pengilangan. Unsur-unsur tersebut ialah: (i) mengubahjadi dengan cara manual atau jentera KEPADA (ii) satu keluaran baru dengan cara (iii) mengubah saiz , bentuk atau jenis bahan Unsur-unsur definasi pengilangan di (i) di atas didapati ada dua pilihan cara mengubahjadi bahan iaitu secara manual atau jentera. Unsur di (iii ) iaitu ciri-ciri perubahan saiz, bentuk atau jenis bahan adalah mencukupi jika salah satu ciri telah dipenuhi. Ciri yang penting untuk menetapkan definisi pengilangan ialah hasil dari sesuatu pemerosesan akan menghasilkan satu keluaran baru. 6.4.2. Pemasangan mesin-mesin atau lain-lain barang daripada bahagian-bahagian atau komponen-komponen barang-barang seperti pemasangan kenderaan, televisyen, perabut dan lain-lain adalah tertakluk kepada definisi pengilangan. Proses pengilangan yang mudah seperti mencantumkan dua atau tiga bahagian-bahagian dengan skrew pada mesin tidak tertakluk kepada definisi pengilangan dengan syarat :Proses pengilangan yang mudah seperti mencantumkan dua atau tiga bahagian-bahagian dengan skrew pada mesen tidak tertakluk kepada definisi pengilangan dengan syarat :-

6.4.2.

6.4.3.

Muka surat : 4/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(i)

mesin tersebut telah lengkap dan tiada tambahan bahan trmpatan baru digunakan dalam pemasangan tersebut; pemasangan boleh dibuat dengan mudah dan cepat; dan barang dibeli atau diimport oleh bukan pemegang berlesen

(ii) (iii) 6.4.4.

Contoh-contoh keputusan aktiviti yang dikategorikan sebagai bukan pengilangan di bawah Seksyen 2 Akta :(i) Aktiviti mengecat, menyadur atau menyemburkan cat (spraying and painting) ke atas barangan yang telah dibayar cukai jualan. Ringkasan kes : Syarikat telah membeli barangan siap seperti perabut, alat-alat ganti motosikal, barang-barang plastik atau barang-barang terpakai dan kemudiannya mengecat atau menyemburkan cat kepada barangan tersebut. Barangan tersebut kemudiannya dipasarkan ke pasaran tempatan atau eksport oleh syarikat berkenaan. Rasional : Tidak ada keluaran baru. Walau bagaimanapun sekiranya aktiviti menyadur atau menyemburkan cat ini merupakan aktiviti yang berterusan dalam proses pengilangan sesuatu barang keluaran sesebuah syarikat, ianya merupakan aktiviti yang tertakluk kepada definisi pengilangan di bawah seksyen 2 Akta. (ii) Pengubahsuaian kenderaan yang cukainya telah dibayar dan dilepaskan daripada kilang kepada ambulan Ringkasan kes : Kenderaan van telah dijual oleh kilang kepada pelanggannya yang kemudiannya mengubahsuai van tersebut menjadi ambulan untuk kegunaa di hospital ataupun lain-lain badan.

Muka surat : 5/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

Rasional : Pengubahsuaian barangan selepas cukai jualan dibayar dikategorikan sebagai repair. (iii) Aktiviti pemotongan aluminium dan kaca oleh kontraktor bangunan di tbangunan didirikan Ringkasan kes : Kontraktor bangunan telah membeli aluminium dan kaca yang bersaiz besar dibawa ke tempat kerja-kerja dijalankan untuk mendirikan sesebuah bangunan. Aluminium dan kaca tersebut dipotong menjadi bingkai aluminium dan tingkap yang kemudiannya terus dipasang ke bangunantersebut. Rasional : Aktiviti pemotongan aluminium dan kaca seperti ini oleh syarikat atau kontraktor yang tidak mempunyai premis tetap untuk pengilangan bingkai pintu, tingkap atau fixed panel aluminium dan kaca tidak tertakluk kepada definisi pengilangan di bawah seksyen 2 Akta. (iv) Penyediaan makanan preparation of meats di restoran-restoran dan hotel Ringkasan kes : Pertanyaan samaada penyediaan makanan seperti coleslaw, coldmeats, sausages dan lain-lain di restoran-restoran dan hotel untuk dihidangkan terus kepada pelanggan tertakluk kepada cukai jualan atau tidak. Rasional : Aktiviti tersebut dikecualikan di bawah butiran 5, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan) 1997. Dengan itu tidak tertakluk kepada pelesenan cukai jualan.

Muka surat : 6/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(v)

Laminating gypsum Board Ringkasan kes : Syarikat menjalankan aktiviti membeli dan menjual gypsum board. Semasa menjual gypsum tersebut ada antara pengilangan meminta syarikat menampalkan gypsum board dengan vinyl sheeting. Bahan-bahan mentah utama yang digunakan ialah gypsum board, glue dan vinyl sheeting telah dibeli dan diperolehi dengan membayar cukai jualan. Proses yang dijalankan ialah menyapu glue dengan roller dan melekatkan vinyi sheeting kepada gypsum board dan membuat trimming dengan cara menual atau menggunakan mesen. Keputusan Ibu Pejabat : Tidak ada keluaran baru.

(vi)

Engraving ceiling board Bahan mentah utama yang digunakan ialah ceiling/gypsum board. Proses engraving dilakukan dengan memasukkan ceiling/gypsum board melalui mesin tertentu atau secara manual. Rasional : Tidak ada keluaran baru

(vii)

Membekal, menghantar dan memasang roller shutter ke bangunan, rumah kedai dan komplek beli belah. Ringkasan kes : Syarikat menjalankan perniagaan secara sub-kontrak bagi kontraktor bangunan-bangunan seperti kilang, bangunan, rumah kedai dan sebagainya. Syarikat membeli bahan-bahan mentah dan komponen secara berasingan seperti PPGI coil, chain block, panel, bar, spring, centre multion lock, bolts and nuts dan lain-lain bahan berkaitan daripada beberapa pengilang tempatan. Syarikat kemudiannya akan memotong bahan-bahan mentah seperti metal stat dan lain-lain kepada saiz yang dikehendaki mengikut spesifikasi yang diberi oleh arkitek

Muka surat : 7/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

atau kontraktor. Bahagian-bahagian komponen telah lengkap sebagai satu unit roller shuttet akan dihantar ke premis dan dipasang di on-site serta diuji untuk memastikan ianya berfungsi dengan licin mengikut spesifikasi pelanggan. Syarikat berpendapat bahawa aktiviti ini dikecualikan daripada pelesenan di bawah Butiran 3, Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan) 1997. Rasional: Aktiviti memotong bahan-bahan mentah seperti metal stat dan lain-lain kepada saiz yang dikehendaki mengikut spesifikasi yang diberi oleh arkitek atau kontraktor dan menyediakan bahagian-bahagian komponen lengkap sebagai satu unit roller shuter adalah satu keluaran baru syarikat. Nilai jualan bagi tujuan pengiraan cukai jualan tidak termasuk upah pemasangan dan kos penghantaran. (viii) Pengenaan cukai jualan ke atas pengeluaran air melalui tubewell Ringkasan kes : Syarikat menjalankan aktiviti mengeluarkan air mineral melalui tubewell secara terus dari bawah tanah. Air yang disedut dari perut bumi dialirkan melalui saliran ke saluran penapisan bagi menapis keladak dan kotoran dan seterusnya melalui proses ultraviolet bagi membasmi kuman. Air yang siap diproses dibotolkan dan dipasarkan ke pasaran tempatan dan eksport. Rasional : Tidak ada keluaran baru. 6.4.5. Sekiranya terdapat keraguan dalam menentukan definisi pengilangan bagi sesuatu proses pembuatan barangan, laporan hendaklah dikemukakan ke Ibu Pejabat untuk keputusan.

6.5. Kelayakan Penilaian Nilai Jualan Penilaian Atas Upah di Bawah Seksyen 7(3) Akta 6.5.1. Pengilang dibenarkan membuat penilaian jualan berdasarkan

Muka surat : 8/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

kerja-kerja yang telah dijalankan (upah) mengikut seksyen 7(3) Akta tertakluk kepada syarat-syarat berikut :(i) Syarikat hanya menjalankan kerja-kerja lanjutan kepada barangan yang dibekalkan; Kerja-kerja dibuat atas barangan yang dibekalkan oleh mana-mana pembekal dan barang-barang yang sama yang telah dijalankan kerja-kerja lanjutan dikembalikan kepada pembekal tersebut; Pembekal yang menghantar barangan tersebut ialah orang yang dikategorikan sebagai bukan pengilang di bawah Akta; Semua barangan yang dibekalkan kepada pengilang atau bahan yang digunakan dalam pengilangan telah dibayar cukai jualan;

(ii)

(iii)

(iv)

(v) (vi) Perolehan bahan mentah/komponen tanpa cukai jualan untuk digunakan dalam pengilangan seperti dijelaskan dalam PTCJ Bil 5. Penilaian di bawah seksyen 7(3) Akta tidak terpakai jika sebahagian bahan mentah/komponen dibekalkan oleh pembekal manakala sebahagian bahan mentah lagi dibeli oleh pengilang. Penilaian cukai jualan adalah seperti dijelaskan di PTCJ Bil. 4.

(vii)

6.5.2.

Jenis pengilangan yang dibenarkan penilaian jualan atas upah. (i) Jenis pengilangan yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam untuk penilaian atas amaun upah yang dikenakan oleh pengilang atas kerja-kerja yang dilakukannya ialah seperti kerja-kerja chroming, electroplanting, bending, hot-dip galvanizing, diecutting, perforating, heattreatment, hot-stemping, dan chamfering and edging. Kelulusan bagi permohonan penilaian atas upah bagi pengilangan seperti inibolehlah diluluskan oleh Pengarah Kastam Negeri dengan mengenakan syarat-syarat seperti di perenggan 6.5.1.

(ii)

Muka surat : 9/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

6.5.3.

Tatacara Permohonan (i) Permohonan Penilaian di bawah seksyen 7(3) Akta bagi lesen baru hendaklah dibuat kepada Pengarah Kastam Negeri, Cawangan Pusat Pelesenan Bersetempat bersama-sama dengan permohonan lesen cukai jualan unyuk diproses. Jika syarikat telah dilesenkan, permohonan hendaklah dikemukakan kepada cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan untuk diproses selanjutnya. Permohonan syarikat bagi aktiviti kerja-kerja selain daripada yang dibenarkan di para 6.5.2(i) hendaklah dikemukakan ke Ibu Pejabat, Bahagian Cukai Dalaman untuk kelulusan Ketua Pengarah Kastam. Laporan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang CD(P)1. Surat Pekeliling Bahagian Cukai Dalaman Bil.3 / Tahun 2000.

(ii)

6.6. Pengasingan Aktiviti Perniagaan Yang Dibuat-buat. Jika didapati atau disyaki beberapa buah syarikat yang berhubungan dengan sengaja mengasingkan aktiviti-aktiviti syarikat mereka bertujuan untuk mengelakkan daripada liabiliti pembayaran cukai jualan, satu siasatan terperinci hendaklah dibuat ke atas syarikatsyarikat berkenaan. Penyiasatan hendaklah ditumpukan berasaskan samada syarikat adalah saling terikatdan berhubungan dari tiga aspek kewangan, ekonomi dan pengurusan organisasi iaitu :6.6.1. Kewangan : (i) (ii) Mengunakan sistem kewangan/perakuan/audit yang sama. Saling memberikan bantuan kewangan atau memerlukan sokongan kewangan contohnya seperti suntikan modal antara satu sama lain. Berkongsi keuntungan atau faedah kewangan dalam urusan perniagaan.

(iii) 6.6.2.

Ekonomi iaitu aktiviti syarikat saling menyokong atau melengkapkan antaran satu sama lain bagi merealisasikan satu tujuan perniagaan yang sama dan saling mendapat keuntungan antara satu sama lain dan membekalkan barangan kepada pelanggan yang sama.

Muka surat : 10/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

6.6.3.

Pengurusan organisasi : (i) (ii) (iii) (iv) Mempunyai ahli-ahli lembaga pengarah yang terdiri dari orang yang sama. Menggunakan sistem pemasaran yang sama. Pengeluaran invois-invois jualan secara berpusat. Syarikat menggunakan/berkongsi premis, tenaga pekerja, peralatan dan kemudahan yang sama antara syarikat. Barang-barang yang dihasilkan adalah dari kategori yang sama.

(v) 6.6.4.

Dalam menentukan ciri-ciri seperti di paras 6.6.1. hingga 6.6.3. tidak semestinya semua ciri-ciri yang disebutkan perlu dipenuhi. Jika pegawai kanan di stesen berpuashati salah satu ciri daripada ketiga-tiga aspek kewangan, ekonomi dan pengurusan organisasi dipenuhi dan menunjukkan bahawa satu pengasingan aktiviti perniagaan adalah dibuat-buat, satu laporan lengkap dalam Borang CD(P)1 , Surat Pekeliling Bahagian Cukai Dalaman Bil. 3 / Tahun 2000 beserta dokumen-dokumen sokongan berkaitan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Cukai Dalaman, Ibu Pejabat untuk mendapatkan keputusan Ketua Pengarah Kastam bagi melesenkan syarikat-syarikat berkenaan sebagai orang kena cukai tunggal. Ketua Pengarah Kastam akan memutuskan bahawa syarikat-syarikat tersebut adalah sebagai orang kena cukai tunggal dan stesen hendaklah mengambil tindakan berikut:(i) Mengeluarkan notis arahan orang kena cukai tunggal kepada syarikatsyarikat berkenaan melalui format seperti di Lampiran 1. Notis arahan hendaklah dihantarkan kepada semua syarikat berkenaan. Mengarahkan supaya orang kena cukai tunggal menamatkan suatu orang kena cukai tunggal menamatkan suatu nama untuk tujuan disebutkan dalam Lesen Cukai Jualan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis

6.6.5.

(ii)

Muka surat : 11/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

Arahan orang kena cukai tunggal. Jika tidak dinamakan oleh Syarikat-syarikat berkenaan Pengarah Kastam Negeri boleh menetapkan nama yang disebut dalam lesen dari salah satu dari nama-nama syarikat yang dianggap syarikat Induk. (iii) Memastikan permohonan lesen dikemukakan dalam tempoh 21 hari dari arahan yang terakhir dari kalangan orang kena cukai tunggal tersebut Contohnya seperti berikut :Nama Syarikat Notis arahan Dihantar 10/01/01 15/01/01 20/1/01

A B C

Tarikh kuatkuasa ialah 11/02/01 atau mana-mana tarikh terkemudian seperti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kastam. (iv) 6.6.6. Notis arahan hendaklah ditandatangani oleh Pengarah Kastam Negeri.

Lesen hendaklah dikeluarkan atas nama syarikat induk atau satu nama tertentu yang ditetapkan, manakala lain-lain syarikat hendaklah disenaraikan sebagai cawangannya. Salinan lesen yang diakui sah hendaklah diserahkan kepada semua cawangan orang kena cukai tunggal berkenaan. Bagi peruntukan seksyen 12A(3)Akta, jika didapati ada syarikat lain yang boleh dianggap sebagai sebahagian orang kena cukai tunggal selepas orang kena cukai tunggal tersebut dilesenkan, surat arahan tambahan hendaklah dikeluarkan kepada syarikat berkenaan. Tarikh syarikat tersebut dianggap sebagai sebahagian orang kena cukai tunggal hendaklah berkuatkuasa mengikut tarikh pengilangan barangan bercukai bermula atau jika tarikh pengilangan lebih awal dari tarikh orang kena cukai tunggal A, B dan C dilesenkan, iaitu mulai tarikh ABC dilesenkan.

6.6.7.

Muka surat : 12/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

Contohnya ialah seperti berikut :Arahan Kepada Orang Kena Cukai Tunggal A,B Dan C 15/01/00 Arahan tambahan sebagai Orang Kena Cukai Tunggal Tarikh Berkuatkuasa

Jika D Tarikh mengilang - 20/10/99 ( sebelum lesen A, B, C berkuatkuasa Jika D mengilang mulai 30/03/00 ( selepas lesen A, B, C berkuatkuasa

15/01/00

30/03/00

6.6.8.

Pertimbangan bagi pengasingan aktiviti perniagaan yang dibuat-buat hendaklah dikaji secara case by case basis berasaskan pemerhatian perkara -perkara di perenggan 6.6.1. hingga 6.6.3.

6.7. PERMOHONAN LESEN CUKAI JUALAN 6.7.1. Permohonan lesen cukai jualan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Kanan yang hak di Cawangan/Unit Pusat Pelesenan Bersetempat di stesen kastam yang mengawal daerah tersebut dengan mengemukakan dua salinan borang JKED.NO.1 (JKED .1) seperti di Jadual Pertama, Peraturan Cukai Jualan beserta dokumen-dokumen sokongan dalam Jadual 1. Permohonan hendaklah dibuat dan ditandatangani oleh pemohon seperti berikut :(i) Syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 hendaklah ditandatangani oleh salah seorang ahli lembaga pengarah atau seorang yang diberikuasa secara bertulis. Firma didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau oleh lain-lain badan di Sabah dan Sarawak :

6.7.2.

(ii)

Muka surat : 13/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

Bil

Jenis Dokumen diperlukan

Perniagaan didaftar di bawah Akta Syarikat 1965

Perniagaan di daftar dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956/Lain-lain badan di Sabah dan Sarawak /

1.

Borang Tambahan (Lampiran II) Satu salinan Memorandum & Articles of Association Borang 9 dan Borang 13 (jika berkaitan ) Satu salinan Borang 24 (Return of altotment of shares) Borang 44 Satu salinan Borang 49 (Ahli Lembaga Pengarah) Borang Pendaftaran Perniagaan bersama Borang A, B dan D. Gambar berukuran pasport Salinan kad pengenalan/pasport Pelan lokasi Carta aliran pengilangan Salinan lesen sokongan jika berkenaan

2.

3.

4.

5. 6.

7.

8.

Gambar Pemohon

Semua gambar rakan kongsi

9.

/ / /

/ / /

10. 11.

12.

Jadual 1

Muka surat : 14/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(a) Firma perkongsian oleh setiap rakan kongsi; atau (b) Syarikat perseorangan oleh pemilik sendiri 6.8. PROSES PERMOHONAN Permohonan yang diterima hendaklah diambil tindakan serta merta seperti berikut :6.8.1. Penerimaan Permohonan dan Dokumen Dokumen-dokumen permohonan hendaklah disemak untuk menentukan semua butir-butir permohonan adalah lengkap dan teratur. Stesen hendaklah mempunyai senarai semak (checklist) dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan lesen sebagai panduan untuk menentukan permohonan yang dikemukakan adalah lengkap. Hanya permohonan yang lengkap sahaja diterima, dicop tarikh penerimaan, diberi nombor pendaftaran pada JKED. 1 dan diproses seterusnya. Permohonan yang tidak lengkap hendaklah dikembalikan kepada pemohon. Permohonan yang diterima melalui pos yang tidak lengkap, pemohon hendaklah diberitahu secara bertulis dengan kadar segera. 6.8.2. Pendaftaran Permohonan Permohonan yang lengkap hendaklah didaftarkan dalam Buku Daftar Induk Permohonan Lesen. Buku daftar ini hendaklah mengandungi butir-butir berikut :(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) 6.8.3. Tarikh daftar; Nombor daftar; Nama pemohon; Alamat pemohon; Tarikh permohonan diluluskan; Nombor lesen; Tarikh pengilangan dimulakan; Barang keluaran; dan Catatan

Akuan Penerimaan Surat pengakuan penerimaan permohonan hendaklah dikeluarkan serta merta.

Muka surat : 15/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

6.8.4.

Fail Pengilangan Berlesen Satu fail pengilangan berlesen hendaklah dibuka mengikut Perintah Am Jabatan Bil.12 setelah permohonan didaftarkan.

6.8.5.

Kelulusan Lesen Permohonan lesen hendaklah diluluskan oleh Penolong PengarahKastam ke atas atau mana yang berkenaan mengikut penurunan kuasa di bawah Perintah Am Jabatan Bil.4.

6.8.6.

Pengeluaran Lesen Lesen hendaklah dikeluarkan atas nama perniagaan seperti didaftarkan di Pejabat Pendaftar Syarikat/Perniagaan dan bukan atas nama pemohon, Pengarah, Pengurus, Setiausaha atau lain-lain orang berkenaan.

6.8.7.

Nama Pegawai Menandatangani Lesen Nama pegawai yang menandatangani lesen hendaklah dicopkan pada lesen cukai jualan tetapi nama jawatan tidak dibenarkan.

6.8.8.

Tarikh Kuatkuasa Tarikh kuatkuasa lesen yang dikeluarkan adalah berdasarkan tarikh permohonan diterima atau mengikut tarikh jangkaan pengilangan sekiranya pengilangan belum dijalankan. Tarikh penguatkuasaan lesen tidak boleh dikebelakangkan. Contohnya :Tarikh Permohonan Diterima 1.10.98 Tarikh Mula/ Jangkaan Pengilangan 1.1.99 (jangkaan pengilangan) 3.3.98 ( Mula mengilang) Tarikh Kuatkuasa Lesen 1.1.99

1.10.98

1.10.98

Muka surat : 16/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

Jika syarikat telah menjalankan pengilangan barangan bercukai sebelum lesen berkuatkuasa dan nilai jualan telah melebihi had pengecualian pelesenan, cukai jualan dan penalti atas barang-barang yang dikilang yang dijual dan dilupuskan hendaklah dituntut untuk tempoh berkenaan. Tuntutan dibuat berdasarkan seksyen 2 (maksud orang kena cukai ) dan seksyen 30 Akta. Syarikat boleh mengikrarkan jumlah jualan untuk tempoh tersebut melalui penyata CJ3. Walau bagaimanapun jika syarikat enggan berbuat demikian, jumlah tuntutan hendaklah dipastikan melalui pemeriksaan akaun khas ke atas invois-invois jualan syarikat berkenaan. 6.8.9. Deskripsi barangan Deskripsi barangan dan kod tariff hendaklah dicatitkan secara terperinci diruangan Perihal Am mengenai barang-barang yang dikilang dalam lesen yang dikeluarkan. Jika ruangan tidak mencukupi bolehlah disenaraikan di dalam satu lampiran. Hanya deskripsi barangan bercukai sahaja perlu dicatatkan dalam lesen berkenaan. 6.8.10. Tempoh Kelulusan Permohonan yang lengkap dan teratur hendaklah diluluskan dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh permohonan didaftarkan. 6.8.11. Salinan Lesen Cukai Jualan Lesen Cukai Jualan hendaklah dikeluarkan melalui Borang C.J. No.2 (CJ2) dalam tiga salinan dan diagihkan seperti berikut : (i) Salinan asal pengilang berlesen bersama-sama dengan Lampiran III. fail induk pengilang berlesen buku lesen

(ii) Salinan pendua (iii) Salinan Ketiga -

(iv) Salinan fotostat lesen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh lesen dikeluarkan kepada : (a) Pengarah Kastam Negeri, Bahagian Cukai Dalaman, Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan dimana cawangan syarikat itu terletak, bagi tujuan penguatkuasaan dan kawalan jika pelesenan secara berpusat.

Muka surat : 17/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(b) Bahagian Cukai Dalaman, Ibu Pejabat berserta dengan sesalinan dokumen-dokumen berkaitan. (v) Salinan fotostat lesen yang diakui sah hendaklah dikeluarkan kepada pengilang yang dilesenkan secara berpusat untuk dipamerkan di premis-premis mereka.

6.8.12. Permohonan Berpusat. Permohonan lesen bagi pengilang yang mempunyai lebih dari satu premis atau cawangan, hanya satu lesen sahaja dikeluarkan jika : (i) Peremis atau cawangan tidak menyelenggara sebarang rekod, invois atau resit : Semua urusan perakaunan, invois, pembayaran dibuat oleh syarikat induk. Alamat-alamat premis hendaklah dimasukkan dalam lesen syarikat induk (Ibu Pejabat). Salinan lesen tersebut hendaklah dibuat salinan yang diakui sah dan dipamirkan di semua cawangan/premis syarikat berkenaan. Pembayaran cukai jualan hanya dibuat oleh syarikat induk sahaja. Pengilang di bawah satu entiti yang sama. Pengilang diarahkan dilesen sebagai orang kena cukai tunggal.

(ii)

(iii) (iv)

6.8.13. Tindakan selepas lesen dikeluarkan Fail pengilang berlesen yang telah diluluskan hendaklah dihantar ke Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan Cukai Dalaman. Fail-fail ini Hendaklah didaftarkan dalam Buku Daftar Induk Pelesennan dan perlu disimpan di Cawangan/unit ini. Buku daftar ini hendaklah mengandungi maklumat seperti berikut :(i) (ii) Nama pengilang; Alamat syarikat (tempat urusan utama dan cawangan);

Muka surat : 18/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(iii) (iv) (v) (vi) (vii)

Tarikh permohonan diluluskan; Nombor lesen; Tarikh kuatkuasa lesen; Barang keluaran; dan Catatan.

6.8.14. Fail pengilangan berlesen hendaklah diminitkan ke Cawagan/Unit Kawalan Pungutan untuk tindakan membuka fail CJ3 dan kad lejar. 6.9. PINDAAN LESEN 6.9.1. Pindaan lesen cukai jualan hendaklah dikemukakan kepada Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan. Tindakan bagi permohonan pindaan lesen adalah mengikut Peraturan 7, Peraturan Cukai Jualan. Keadaan di mana lesen perlu dipinda adalah seperti berikut :(i) Perubahan nama sesuatu syarikat atau urusan meliputi pertukaran taraf syarikar perseorangan kepada Sdn. Bhd. atau Sdn. Bhd. kepada Berhad atau sebaliknya. Surat pengesahan oleh Pendaftar Syarikat perlu dikemukakan. Pertukaran alamat bagi mana-mana tempat dimana urusan dijalankan. Pembukaan mana-mana tempat baru urusan atau penutupan manamana tempat urusan. Pertukaran atau penambahan jenis barang yang dikilang. Apabila salah satu daripada pengilang yang dianggap sebagai orang kena cukai tunggal telah tidak lagi menjadi anggota konstituen bagi orang kena cukai tunggal tersebut. Apabila diminta berbuat demikian oleh Ketua Pengarah Kastam.

(ii)

(iii)

(iv) (v)

(vi)

6.9.2. Satu buku rekod pindaan dinamakan Buku Daftar Pindaan Lesen Cukai Jualan hendaklah disediakan yang mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut :(i) (ii) Bilangan; Nama syarikat;

Muka surat : 19/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(iii) (iv) (v) (vi) (vii)

Nombor lesen; Tarikh permohonan diterima; Butir-butir pindaan; Tarikh permohonan diluluskan; dan Tarikh lesen dikembalikan

6.9.3. Permohonan pindaan lesen cukai jualan hendaklah diproses dan diluluskan dalam tempoh 2 hari dari tarikh permohonan diterima. Tindakan-tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut : (i) Meneliti butir-butir permohonan pindaan lesen dan sekiranya perlu, buat lawatan ke premis kilang untuk pengesahan; Pindaan hendaklah diluluskan oleh pegawai kanan berpangkat Penolong Pengarah Kastam dan ke atas atau mana yang berkenaan mengikut penurunan kuasa sebagaimana Perintah Am Jabatan Bil.4 ; Semua salinan lesen di perenggan 6.8.11 hendaklah dipinda dan Ibu Pejabat hendaklah dimaklumkan mengenai pindaan berkenaan; dan Satu salinan fotostat lesen yang telah dipinda hendaklah dipanjangkan ke Cawangan/Unit Kawalan Kemudahan atas perubahan maklumat syarikat dan barang-barang yang dikilang

(ii)

(iii)

(iv)

6.9.4. Pertukaran atau penambahan rakan kongsi Pengilang hendaklah memaklumkan pertukaran kongsi kepada Cawangan/Unit Penguatkuasaan hendaklah disimpan dalam fail induk pemegang maklumat komputer SMK-CD sebagai rekod kekurangan cukai jualan dan lain-lain. 6.10. PEMBATALAN LESEN 6.10.1. Bila lesen perlu dibatal dan satu lesen baru perlu dikeluarkan : Lesen cukai jualan hendaklah dibatalkan dan suatu lesen baru dikeluarkan bagi kes-kes berikut :atau penambahan rakan Pelesenan. Maklumat lesen atau dikemaskini bagi tujuan menuntut

Muka surat : 20/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(i)

Perniagaan dipajak, lesen hendaklah dibatal dan dikeluarkan atas nama pemajak. Pertukaran hak milik syarikat/firma. Pengilang berlesen meninggal dunia dan perniagaan diambil alih oleh orang lain. Syarikat pengilang diletakan di bawah penerima, seksyen 69 Akta atau penyelesai hutang piutang, seksyen 70 Akta atau pemegang amanah dan penerima faedah di bawah seksyen 22(4)Akta. Pengilang telah diberi arahan dan dilesenkan oleh Ketua Pengarah Kastam sebagai orang kena cukai tunggal.

(ii) (iii)

(iv)

(v)

6.10.2. Lesen cukai jualan hendaklah dibatalkan terus apabila : (i) Pengilang berlesen bertukar taraf kepada Sijil Pengecualian Daripada Pelesenan (SPP). Syarikat dibubarkan atau menamatkan pengilangan. Pemilik meninggal dunia dan perniagaan ditamatkan.

(ii) (iii)

6.10.3. Permohonan Pembatalan Lesen Permohonan pembatalan lesen hendaklah dikemukakan kepada Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan dengan mengemukakan permohonan bertulis yang disertakan bersama-sama dengan lesen asal cukai jualan. 6.10.4. Buku Daftar Pembatalan Lesen Cukai Jualan Satu buku rekod pembatalan lesen dinamakan Buku Daftar Pembatalan Lesen Cukai Jualan hendaklah disediakan yang mengandungimaklumat seperti berikut :(i) (ii) (iii) (iv) (v) Bilangan; Nama pengilang; Nombor lesen; Tarikh permohonan diterima; Sebab-sebab pembatalan;

Muka surat : 21/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(vi) (vii)

Tarikh permohonan diluluskan; dan Tarikh lesen dibatalkan.

6.10.5. PROSES PEMBATALAN LESEN (i) Tindakan Pembatalan Lesen Sebaik sahaja permohonan pembatalan lesen cukai jualan diterima, tindakan hendaklah diambil oleh stesen seperti berikut :(a) Memastikan lesen asal dikembalikan oleh pemohon dan lesen tersebut hendaklah dibatalkan serta merta. Jika lesen asal tidak dapat dikembalikan pemegang lesen hendaklah megemukakan salinan laporan polis. (b) Kelulusan kemudahan CJ5, CJ5B dan CJ5A yang berkaitan dengan syarikat berkenaan hendaklah ditarikbalik dengan serta merta. (c) Tindakan pembatalan lesen hendaklah diambil seperti berikut :Cop batal pada lesen asal dan pendua; Membatalkan butir-butir pelesenan pada Buku Daftar Induk Pelesenan dan ditandatangan oleh Pegawai Kanan Cawangan / Unit Penguatkuasaan Pelesenan; Cop batal pada fail induk syarikat, fail CJ3, kad lejar dan semua sampul-sampul kecil berkaitan.

(d) Menghantar fail syarikat berkenaan ke Bahagian Pemeriksaan Akaun seberapa segera yang boleh bagi mengesahkan dan mengambil tindakan mengenai perkara-perkara berikut :Tunggakan Penyata CJ3 dalam tempoh lesen berkuatkuasa sehingga fail dibatalkan; Tunggakan cukai jualan/penalti;

Muka surat : 22/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

Memastikan tiada penyalahgunaan CJ5 dan CJ5B; Cukai jualan ke atas baki stok bahan mentah yang diperolehi bebas daripada cukai jualan hendaklah dipungut. Sekiranya baki stok diambil alih oleh pemegang CJ5/CJ5B, kelulusan hendaklah diperolehi daripada Pegawai Kanan Yang Hak; dan Cukai jualan ke atas baki stok barang siap hendaklah dituntut daripada pengilang.

(e) Fail pengilang hendaklah ditutup oleh Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan setelah menerima laporan pemeriksaan akaun pembatalan lesen yang telah diperakukan dan semua tunggakan cukai jualan telah dijelaskan. Fail yang telah dibatalkan dan dokumen berkenaan hendaklah disimpan bersama-sama dan disimpan selamat mengikut Perintah Am Bil.51; (f) Memaklumkan ke Ibu Pejabat melaui format seperti di Lampiran IV bersama-sama dengan sesalinan laporan pemeriksaan akaun pembatalan lesen setelah semua tunggakan cukai jualan dijelaskan. (ii) Pembatalan lesen pemilik yang meninggal dunia Pembatalan lesen bagi kes pemilik meninggal dunia hendaklah dikemukakan secara bertulis dengan segera kepada Pemegang Amanah. Sekiranya mempunyai tunggakan cukai jualan/penalti hendaklah dijelaskan oleh orang yang bertanggungan. (iii) Pembatalan lesen di bawah Seksyen 13A(3) Akta (a) Pengilang berlesen yang didapati tidak mematuhi seksyen 17, 17A, 18, 19, 22(1) dan 22(2) Akta hendaklah dinasihatkan secara bertulis supaya mematuhi seksyen berkenaan. (b) Sekiranya surat nasihat tersebut tidak dipatuhi dan melibatkan cukai jualan tidak dibayar, satu lawatan pemeriksaan akaun hendaklah dibuat serta merta ke Premis pengilang berkenaan untuk memastikan

Muka surat : 23/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

kekurangn cukai jualan yang terlibat. Surat tuntutan hendaklah dikeluarkan kepada syarikat dengan segera. Jika syarikat tidak membayar cukai terlibat dalam tempoh yang ditetapkan, prosedor tuntutan sivil hendaklah diambil serta merta mengikut Perintah Tetap Sivil. (c) Jika pengilang masih lagi mengulangi kesalahan selepas tindakan sivil di ambil, satu laporan lengkap hendaklah dikemukakan ke Ibu Pejabat yang mengandungi butir-butir tindakan yang telah diambil dan pengesyoran untuk tindakan menarikbalik lesen di bawah seksyen 13A Akta untuk pertimbangan Ketua Pengarah Kastam. 6.11. Pemindahan fail pengilang 6.11.1. Jika pengilang berlesen memindahkan tempat urusan utama dan operasinya, fail pengilang hendaklah dipindahkan ke stesen di mana pengilang tersebut berurusan dan beroperasi. Tindakan Pemindahan Fail Oleh Stesen Asal (i) Membuat pindaan kepada lesen pengilang berkenaan dan memindahkan fail pengilang ke stesen baru dengan menghantar surat rasmi berserta dengan dokumen-dokumen berikut :(a) Dokumen-dokumen berkaitan pengilang seperti fail induk, fail CJ3, fail CJ5 dan kad lejar; dan (b) Semua notis tuntutan cukai jualan/penalti, dokumen pembayaran ansuran dan baki tunggakan cukai jualan/penalti (jika ada). (ii) Mengecop perkataan Fail dipindahkan ke stesen . dalam Buku Daftar Induk Pelesenan.

6.11.2.

6.11.3.

Tindakan Oleh Stesen Penerima (i) Stesen penerima hendaklah mendaftarkan fail mengikut siri Buku Daftar Induk Pelesenan di stesen berkenaan.

Muka surat : 24/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(ii)

Pengilang berkenaan hendaklah dimaklumkan supaya berurusan di stesen baru (stesen penerima) berkaitan dengan pembayaran, permohonan CJ5 dan lain-lain mengenai hal-hal cukai jualan. Dokumen-dokumen dari stesen lama hendaklah disimpan bersama-sama dokumen baru sebagai rujukan. Semua urusan menyelesaikan tunggakan cukai jualan di stesen lama hendaklah diambil alih oleh stesen baru. Satu pemeriksaan akaun hendaklah diprogramkan dengan kadar segera ke atas pengilang ini.

(iii)

(iv)

(v)

6.12. PENYATA BULANAN LESEN CUKAI JUALAN Satu Penyata Bulanan Pelesenan Cukai Jualan seperti di Lampiran V hendaklah dikemukakan ke Ibu Pejabat sebelum 10 haribulan bulan berikutnya. 6.13. LESEN HILANG/MUSNAH Lesen pengilang yang hilang/musnah tidak boleh digantikan dengan mengeluarkan lesen baru. Satu salinan sah boleh dikeluarkan atas permohonan secara bertulis oleh pengilang berlesen beserta satu laporan polis membuktikan salinan asal telah hilang atau musnah. Salinan diakui sah hendaklah dibayar mengikut Ordinan Bayaran 1951, Perintah Bayaran Kastam 1977. 6.14. PEMERIKSAAN AKAUN Pemeriksaan akaun ke atas pengilang berlesen cukai jualan hendaklah dibuat berdasarkan panduan yang diberikan dalam kumpulan 207.000 Perintah Tetap Pemeriksaan Akaun. 7. CARTA ALIRAN KERJA Seperti di Lampiran VI

Muka surat : 25/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

8. RUJUKAN Peruntukan undang-undang berhubung dengan pelesenan cukai jualan adalah seperti berikut :8.1. Seksyen 13 Akta Cukai Jualan 1972 8.2. Bahagian II, Peraturan Cukai Jualan 1972 8.3. Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan) 1997. 9. LAMPIRAN-LAMPIRAN Lampiran I, II, III, IV, dan VI. 10. PEMBATALAN / PINDAAN Perintah Tetap Cukai Jualan yang dikeluarkan bertarikh 8.12.1971 dan 11.5.1982 dibatalkan. 11. PENGUATKUASAAN 2 Januari 2001 12. PENUTUP Aspek pelesenan adalah merupakan sesuatu yang penting dan perlu diberi perhatian kerana ianya merupakan titik tolak kepada kutipan hasil negara. Kesilapan pelesenan akan mengakibatkan kerugian hasil negara dan juga boleh menjejaskan pengilang. Oleh itu segala panduan dalam perintah ini perlu dipatuhi supaya hanya pengilang yang benar-benar sah dan layak sahaja dilesenkan.

Lampiran 1 (PTCD-CJ Bil.2) JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ruj Fail: Tarikh: Pengurus -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Tuan, NOTIS PEMBERITAHU PELESENAN CUKAI JUALAN DI BAWAH SEK 12a AKTA CUKAI JUALAN 1972. Adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa setelah penyiasatan dan kajian secara terperinci ke atas syarikat tuan, Ketua Pengarah Kastam berpuashati bahawa aktiviti perniagaan tuanadalah merupakan aktiviti pengasingan perniagaan yang dibuat-buat. Oleh yang demikian syarikat tuan dan syarikat-syarikat seperti tersebut di bawah ini adalah dianggap sebagai satu entiti dan sebagai orang kena cukai tunggal (single taxable person) dan tertakluk kepada pelesenan cukai jualan. Nama syarikat 2.1. 2.2. 2.3. 3. Dengan ini tuan diarahkan untuk memohon lesen cukai jualan di bawah seksyen 13 Akta Cukai Jualan 1972 dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini. Tuan tidak boleh melepaskan atau menjual apa-apa barangan bercukai melainkan selepas syarikat tuan dilesenkan dibawah seksyen 13 Akta Cukai Jualan. Tindakan mahkamah akan diambil ke atas syarikat tuan sekiranya tuan gagal mengemukakan permohonan lesen cukai jualan dalam tempoh yang ditetapkan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah Alamat

( Nama Pengarah Kastam Negeri .

Lampiran II (PTCD-CJ Bil.2)

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA MALAYSIA BORANG MAKLUMAT TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN LESEN CUKAI JUALAN/ SIJIL PENGECUALIAN DARIPADA PELESENAN

BAHAGIAN A (Checklist dokument-dokumen sokongan dikehendaki) 1. Dokumen berhubung dengan pendaftaran syarikat 1.1. Permohonan perniagaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 : 1.1.1. Satu salinan MAA 1.1.2. 1.1.3. 1.1.4. 1.1.5. Satu salinan Borang 9/Borang 13 Satu salinan Borang 24 Satu salinan Borang 44 Satu salinan Borang 49

1.2. Permohonan perniagaan perseorangan/firma perkongsian yang didaftarkan dibawah Akta Perniagaan 1956 : 2.2.1. 2.2.2. 2.2.3. Satu salinan Borang A Satu salinan Borang B (Jika terdapat perubahan) Satu salinan Borang D

2. Lain-lain dokumen 2.3. 2 salinan gambar foto pemohon (ahli lembaga pengarah/pemilik/pekongsi perniagaan) 2.4. Satu salinan pelan lokasi/pejabat/kilang 2.5. Satu salinan carta aliran pengilang 2.6. Satu salinan lesen dari lain-lain agensi (jika berkenaan)

BAHAGIAN B 3. MAKLUMAT LATAR BELAKANG SYARIKAT 3.1. Adakah syarikkat pernah dilesenkan di bawah Akta Cukai Jualan 1972. Jika Ya, nyatakan nombor fail dan nombor lesen dahulu. ___________________________________________________________ 3.2. Adakah syarikat mempunyai Sijil Pengecualian Daripada Pelesenan (SPP). ___________________________________________________________ 3.3. Adakah syarikat ini bertukar taraf (change of status). Jika ya nyatakan nombor fail dan lesen dahulu ___________________________________________________________ 3.4. Adakah syarikat mengambil alih (takeover) syarikat lain. Jika Ya nyatakan nombor fail dan nombor lesen dahulu ___________________________________________________________ 3.5. Bilangan pekerja pejabat Tetap : _____________________________________________________ Sementara : ________________________________________________ 3.6. Bilangan pekerja kilang Tetap : _____________________________________________________ Sementara : _________________________________________________ 3.7. Anggaran gaji sebulan : Status Tetap : Sementara : Pejabat ____________ ____________ Kilang __________ __________

4.

AHLI LEMBAGA PENGARAH 4.1. Butir-butir lembaga pengarah/rakan kongsi/pemilik

NAMA

ALAMAT RUMAH

NO. TELEFON

4.2. Adakah mana-mana orang di para 4.1. di atas memiliki saham syarikat lain atau berkongsi dalam perniagaan lain. Jika Ya, nyatakan nombor fail dan lesen syarikat berkenaan NAMA AHLI NAMA/ALAMAT SYARIKAT JENIS PERNIAGAAN JUMLAH SAHAM

5.

Mesin/jentera yang digunakan dalam pengilangan Jenis Mesin Bilangan Harga

6.

Bahan-bahan mentah dan nama pembeli Bahan Mentah Nombor Kod Tarif Pembekal & Alamat

7.

Jenis Barangan siap Nama Barang

Nombor Kod Tarif

Nama Barang

Nombor Kod Tarif

BAHAGIAN C (Untuk diisi permohonan lesen sahaja) (tandakan (/) pada petak disediakan) 8. 9. Sila kemukakan penyata untung rugi (profit & lost account) tahun terakhir (jika berkenaan) Adakah syarikat menggunakan khidmat akauntan ? Jika ya nyatakan nama dan alamat syarikat berkenaan. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 10. Maklumat produk (sertakan lampiran jika perlu) 10.1. Nama Perdagangan (Trade mark): ______________________________________ 10.2. Jenama : _________________________________________________________ 10.3. Model : _________________________________________________________ 10.4. Butir-butir kos produk (untuk satu unit) 10.4.1. Kos bahan mentah : 10.4.2. Kos buruh : 10.4.3. Kos overhead : 10.4.4. Kos pentadbiran : 10.5. Lain-lain kos : 10.5.1. Iklan dan promosi jualan ____________________________ 10.5.2. Jaminan ____________________________ 10.5.3. Faedah kewangan ____________________________ _____________________________ _____________________________ _____________________________ _____________________________

10.5.4. Duti Import 10.5.5. Komisen pengedar 10.5.6. Royalti 10.5.7. Lain-lain, sila nyatakan

__________________________ __________________________ __________________________ __________________________

11. 12. 13.

Jumlah kos (jumlah para 10.4 dan 10.5) Keuntungan Harga jualan

__________________________ __________________________ __________________________

Dengan ini saya ____________________________________________________________ (Nama Pemohon)

No. Kad Pengenalan / pasport _________________________________________ mengaku Bahawa semua maklumat di atas adalah betul dan benar.

Tandatangan : __________________________________ Jawatan :

Tarikh : __________________

Cop syarikat :

Lampiran III (PTCD CJ Bil.2) Jabatan Kastam dan Eksais Diraja _____________________________ _____________________________ _____________________________ ________________________________________________________________________ Ruj Fail : Tarikh : ___________________________________________ ___________________________________________ ___________________________________________

Tuan, Pelesenan Cukai Jualan dan Pemberitahuan Mengenai Undang-Undang Cukai Jualan Adalah saya diarah merujuk perkara di atas. 2. Permohonan lesen cukai jualan tuan telah diluluskan dan nombor lesen tuan ialah ___________________________ dan berkuatkuasa mulai tarikh ___________________. Tuan hendaklah menulis nombor lesen tuan dalam semua urusan surat menyurat dengan pejabat ini. Lesen tuan hendaklah dipamirkan pada tempat-tempat pengilangan atau di pejabat dan tempat pengilangan jika premis pejabat dan kilang berasingan. 3. Mulai tarikh berkuatkuasa lesen cukai jualan seperti di atas, tuan adalah dikehendaki :3.1. Mengenakan dan memungut cukai jualan berdasarkan niali jualan atas barang-barang dikilang yang dijual, digunakan atau dilepaskan selain daripada jualan mengikut seksyen 6 atau mengikut nilai upah di bawah seksyen 7(3) Akta Cukai Jualan 1972. Cukai tidak perlu dikenakan ke atas orang-orang atau barang yang dikecualikan cukai jualan mengikut Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980.

3.2.

Jumlah cukai jualan yang dikenakan hendaklah ditulis berasingan daripada harga jualan pada semua invois jualan tuan mengikut seksyen 17 Akta Cukai Jualan 1972. Semua invois jualan hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris; Menghantar Penyata C.J.No.3 untuk pembayaran cukai jualan dalam tempoh 28 hari selepas tamat tempoh cukai mengikut seksyen 19 dan 22 Akta Cukai Jualan 1972. Pembayaran Cukai Jualan hendaklah dibuat kepada Pengarah Kastam Negeri, di Pejabat Kastam, Cawangan/Unit Kawalan Pungutan dimana syarikat tuan dilesenkan pada waktu pejabat seperti berikut : (di negeri dimana hari rehat mingguan hari Ahad) Isnin hingga Jumaat Sabtu Atau (di negeri dimana hari rehat mingguan hari Jumaat) Ahad hingga Rabu Khamis 8.00 pagi hingga 3.30 Petang 8.00 pago hingga 12.00 Tengahari 8.00 pagi hingga 3.30 Petang 8.00 pagi hingga 12.00 Tengahari

3.3.

3.4.

3.5.

3.6.

Menyimpan rekod-rekod yang kemaskini berhubung dengan :3.6.1. 3.6.2. 3.6.3. 3.6.4. Rekod pengeluaran Rekod barangan yang dikenakan cukai jualan; Rekod pembelian bahan mentah dan penggunaannya; dan Rekod pelupusan bahan mentah atau sisa.

3.7. Memberitahu Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan dimana syarikat tuan dilesenkan dengan mengemukakan lesen cukai jualan sekiranya berlaku; 3.7.1. Pertukaran nama syarikat 3.7.2. Pertukaran alamat urusan 3.7.3. Pertukaran taraf syarikat persendirian kepada awam 3.7.4. Tambahan atau pembatalan mana-mana tempat urusan 3.7.5. Pertukaran atau penambahan barang dikilang 3.7.6. Pertukaran atau pertambahan rakan kongsi

3.7.7. Apabila syarikat dipajakkan 3.7.8. Apabila syarikat ditukar milik atau diambil alih oleh orang lain 3.7.9. Apabila syarikat menamatkan perniagaan 3.7.10. Apabila syarikat dibubarkan 3.7.11. Apabila tuanpunya syarikat meninggal dunia (bagi syarikat pemilik tunggal). 4. Penalti akan dikenakan sebanyak 10% ke atas jumlah cukai yang patut dibayar sekiranya tuan membayar cukai jualan selepas tempoh 28 hari selepas tamat tempoh cukai. Penalti akan bertambah sebanyak 10% bagi tiap-tiap tiga puluh hari berikutnya atau sebahagian daripadanya jika cukai jualan masih belum dibayar. 5. Tuan berhak mendapat bahan-bahan mentah tempatan atau import untuk digunakan dalam pengilangan bebas dari cukai jualan. Permohonan tersebut hendaklah dibuat ke Cawangan/Unit Kawalan Kemudahan di mana syarikat tuan dilesenkan melalui Sistem Kredit atas bahan yang berbayar cukai jualan yang digunakan dalam pengilangan. 6. Di bawah seksyen 64 Akta Cukai Jualan 1972 tuan dikehendaki mengemukakan pada tiap-tiap tahun perakaunan audit yang ditandatangani oleh seorang akauntan berkelayakan yang bukan berkerja di syarikat tuan. 7. Kesalahan melanggar kehendak-kehendak Akta Cukai Jualan 1972 boleh dikenakan penjara hingga 12 bulan atau denda hingga RM5,000.00 atau kedua-duanya sekali. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

( b.p. Pengarah Kastam Negeri,

_____________________________

Lampiran IV (PTCD-CJ Bil.2) LAPORAN PEMBATALAN FAIL CUKAI JUALAN

1.

BUTIR-BUTIR PEMBATALAN FAIL dan LESEN 1.1. Nombor : __________________________________________________________ 1.2. Nombor Lesen : _____________________________________________________ 1.3. Tarikh lesen dibatalkan : ______________________________________________ 1.4. Tarikh fail/dokumen-dokumen dibatalkan : ________________________________ 1.5. Sebab-sebab lesen dibatalkan : 1.6. (i) Perniagaan ditamatkan/ditukarmilik Tarikh : _____________________ (ii) Perubahan taraf syarikat Tarikh : _____________________ (iii) Lain-lain (nyatakan) _______________________________________________________________

2.

PEMERIKSAAN AKAUN 2.1. Laporan pemeriksaan bilangan : _________________________________________ 2.2. Tempoh laporan dari : _________________________________________________ 2.3. Disahkan bahawa kedudukan retan cukai jualan C.J.No.3 telah diterima kesemuanya. 2.4. Disahkan bahawa semua tunggakan/cukai jualan serta penalti telah dijelaskan 2.5. Lain-lain maklumat (jika ada) : ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

3.

Ulasan dan pengesahan Ketua Cawangan Penguatkuasaan Pelesenan ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

Tandatangan : ______________________________ Nama : ( Jawatan : Tarikh : )

Lampiran V (PTCD CJ BIL.2) PENYATA BULANAN PELESENAN CUKAI JUALAN STESEN : BULAN :
Kod Jabatan 402 403 405 406 407 408 409 410 411 412 413 Tembakau Minyak wangi, bedak & alat solek Minuman keras Minuman keras malt Minuman ringan Kenderaan bermotor penumpang Kenderaan bermotor Dagangan Kenderaan bermotor bas Mesin & alat ganti Confectionary Barang-barang buatan getah selain dari kasut 414 415 416 417 418 419 420 Kasut dan seumpamanya Barang-barang plastik Kain Pakaian Barang-barang elektrik Perabut & barang-barang buatan kayu Barang-barang buatan logam selain daripada mesen 421 422 423 424 425 426 430 432 433 Sabun dan bahan pencuci Kertas & barang-barang buatan kertas Cat, Bernis dan seumpamanya Bateri lampu suluh & radio Bateri-bateri yang lain Barang-barang simen Pelbagai (selain industri di atas) Cerut Rokok JUMLAH Jenis Industri Bil. Pengilang berlesen awal bulan Bil. lesen dilulus Bil. Lesen dibatal Bil pengilang berlesen akhir bulan

LAMPIRAN VI (PTCD CJ BIL.2) CARTA ALIRAN PERMOHONAN LESEN CUKAI JUALAN


Terima Permohonan JKED Ni.1 dan dokumen sokongan

Semak Permohonan
Tidak

Kembalikan kepada pemohon

Lengkap

Daftar permohonan, rekod dalam buku daftar dan buka fail induk

Sediakan ulasan dan pengesyoran dan minitkan fail pada pegawai meluluskan lesen

Tidak

Untuk kajian semula

Lulus Sediakan lesen

Agihkan salinan lesen

Serah fail induk ke Unit Kawalan Penguatkuasaan Pelesenan

Rekod butir-butir pelesenan ke dalam Buku Daftar Induk Pelesenan

Minitkan fail ke Unit Kawalan Pungutan untuk membuka fail C.J.No.3 dan Kad Lejar

Kembalikan fail kepada Unit Kawalan Penguatkuasaan Pelesenan Simpan fail

SILA LIHAT PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN BIL. 3 - PENGECUALIAN DARIPADA PELESENAN CUKAI JUALAN DAN AKTIVITI PENGILANGAN KHUSUS.

PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

Tarikh : 2 Januari 2001

BAHAGIAN CUKAI DALAMAN JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA MALAYSIA

KANDUNGAN PERINTAH CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN BIL.2 PELESENAN CUKAI JUALAN 10. 11. 12. 13. 14. 15. Pendahuluan Tujuan Skop Terminologi Tanggungjawab Peraturan-Peraturan 15.1. 15.2. 15.3. 15.4. 15.5. 15.6. 15.7. 15.8. 15.9. Aktiviti pengilangan dan pelesenan Pelesenan lesen pilihan Perkara-perkara perlu dipastikan sebelum lesen dikeluarkan Prinsip-prinsip pengilangan Pengasingan aktiviti yang dibuat-buat Permohonan lesen cukai jualan Proses permohonan Pindaan lesen Pembatalan lesen

15.10. Pemindahan fail syarikat 15.11. Penyata Bulanan Lesen Cukai Jualan 15.12. Lesen hilang/musnah 15.13. Pemeriksaan akaun 16. 17. 18. Carta Aliran Kerja Rujukan Lampiran-Lampiran

PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN 7. PENDAHULUAN

Muka surat : 1/25 Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) Tarikh : 2 Januari 2001

Tiap-tiap orang yang mengilang barang-barang bercukai jualan atau kontraktor yang menyiapkan barang bercukai jualan dikehendaki memohon lesen dibawah seksyen 13 Akta melainkan ianya dikecualikan melalui perintah cukai jualan berkaitan. Pengilangpengilang hanya boleh mengenakan cukai jualan ke atas pelanggannya setelah mereka dilesenkan dibawah Akta. Dalam melaksanakan kehendak perundangan cukai jualan dari segi pelesenan dua faktor utama perlu diberi perhatian iaitu mengilang barangan bercukai jualan dan takrif pengilangan. 8. TUJUAN Perintah ini dikeluarkan bertujuan untuk memberi garis panduan yang seragam berkenaan dengan pelaksanaan pelesenan cukai jualan. 9. SKOP Perintah ini menetapkan prosedur yang perlu diikuti dari aspek pelesenan dan kawalan rekod pengilangan berlesen cukai jualan. 10. TERMINOLOGI 10.1. Akta ialah Akta Cuaki Jualan 1972. 10.2. Peraturan ialah Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 1972. 10.3. Pengilang ialah sebagaimana takrif seksyen 2 Akta. 10.4. Kontraktor ialah orang yang menjalankan kerja-kerja ke atas barangan bercukai yang dipunyai oleh orang lain. 10.5. Barang-barang ialah sebagaimana takrif seksyen 2 Akta. 11. TANGGUNGJAWAB Tanggungjawab Cawangan/Unit yang melaksanakan tugas-tugas dibawah perintah ini ialah memastikan : 11.1. Prosedur pelesenan diikuti dengan betul dan teratur. 11.2. Hanya pengilang-pengilang yang sepatutnya sahaja dilesenkan.

PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Muka surat : 2/25 Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) Tarikh : 2 Januari 2001

5.3. Lesen hendaklah diluluskan dan dikeluarkan dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam pelanggan. 6. PERATURAN-PERATURAN 6.3.Aktiviti Pengilangan dan Pelesenan Tiap-tiap orang yang menjalankan aktiviti pengilangan barangan bercukai jualan adalah dikehendaki memohon lesen cukai jualan di bawah seksyen 13 Akta. Syarikat kontraktor yang mengambil upah bagi menjalankan kerja pengilangan barang-barang bercukai untuk orang lain juga tertakluk kepada pelesenan. Namun begitu pengilang-pengilang seperti disenaraikan dibawah ini dikecualikan daripada memohon lesen : 6.3.1. Pengilang barang-barang yang dikecualikan cukai jualan dibawah Jadual A. Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980. 6.3.2. Pengilang barang bercukai yang jumlah nilai jualan tahunannya kurang daripada RM 100,000.00 atau RM 20,000.00 mengikut mana berkenaan dan telah memohon Sijil Pengecualian Daripada Pelesenan (SPP) dibawah Jadual A, Perintah Cukai jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan) 1997. 6.3.3. Pengilang yang operasi pengilangannya diketegorikan dibawah Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan ) 1997. 6.3.4. Aktiviti pengilangannya tidak tertakluk kepada definisi pengilangan dibawah seksyen 2 Akta. 6.3.5. Pengilang yang beroperasi di Labuan dan Langkawi, Zon Bebas dan Gudang Pengilangan Berlesen selaras dengan seksyen 72 hingga 90, 2A dan 2B Akta. 6.4.Permohonan lesen pilihan Pengilang-pengilang seperti di perenggan 6.1.2. dan 6.1.3. boleh memohon supaya diberi lesen sebagai pengilang ber lesen dan dengan itu semua peruntukan Akta dan Peraturan cukai jualan terpakai kepada pengilang itu 6.3. Perkara-perkara perlu dipastikan sebelum lesen dikeluarkan Sebelum sesuatu lesen dikeluarkan pegawai yang hak menproses lesen hendaklah memastikan perkara-perkara berikut:-

Muka surat : 3/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

6.3.3.

Penjenisan barangan adalah betul supaya cukai jualan hanya dikenakan ke atas barang yang bercukai sahaja. Sekiranya kod tariff diragui, kemukakan permohonan penjenisan ke Bahagian Perkhidmatan Teknik, Cawangan Pengurusan Penjenisan dengan segera seperti ditetapkan dibawah Perintah Tetap Kastam Bil.2; dan Aktiviti syarikat adalah tertakluk kepada definisi pengilangan.

6.3.4.

6.4. Prinsip-prinsip Pengilangan Prinsip-prinsip berhubung definisi Pengilangan ialah :6.9.5. Definisi Pengilangan boleh dibahagikan kepada tiga unsur yang perlu dipenuhi sebelum mana-mana proses pembuatan barangan dianggap sebagai pengilangan. Unsur-unsur tersebut ialah: (j) mengubahjadi dengan cara manual atau jentera KEPADA (ii) satu keluaran baru dengan cara (iii) mengubah saiz , bentuk atau jenis bahan Unsur-unsur definasi pengilangan di (i) di atas didapati ada dua pilihan cara mengubahjadi bahan iaitu secara manual atau jentera. Unsur di (iii ) iaitu ciri-ciri perubahan saiz, bentuk atau jenis bahan adalah mencukupi jika salah satu ciri telah dipenuhi. Ciri yang penting untuk menetapkan definisi pengilangan ialah hasil dari sesuatu pemerosesan akan menghasilkan satu keluaran baru. 6.4.2. Pemasangan mesin-mesin atau lain-lain barang daripada bahagian-bahagian atau komponen-komponen barang-barang seperti pemasangan kenderaan, televisyen, perabut dan lain-lain adalah tertakluk kepada definisi pengilangan. Proses pengilangan yang mudah seperti mencantumkan dua atau tiga bahagian-bahagian dengan skrew pada mesin tidak tertakluk kepada definisi pengilangan dengan syarat :Proses pengilangan yang mudah seperti mencantumkan dua atau tiga bahagian-bahagian dengan skrew pada mesen tidak tertakluk kepada definisi pengilangan dengan syarat :-

6.9.6.

6.9.7.

Muka surat : 4/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(iv)

mesin tersebut telah lengkap dan tiada tambahan bahan trmpatan baru digunakan dalam pemasangan tersebut; pemasangan boleh dibuat dengan mudah dan cepat; dan barang dibeli atau diimport oleh bukan pemegang berlesen

(v) (vi) 6.9.8.

Contoh-contoh keputusan aktiviti yang dikategorikan sebagai bukan pengilangan di bawah Seksyen 2 Akta :(viii) Aktiviti mengecat, menyadur atau menyemburkan cat (spraying and painting) ke atas barangan yang telah dibayar cukai jualan. Ringkasan kes : Syarikat telah membeli barangan siap seperti perabut, alat-alat ganti motosikal, barang-barang plastik atau barang-barang terpakai dan kemudiannya mengecat atau menyemburkan cat kepada barangan tersebut. Barangan tersebut kemudiannya dipasarkan ke pasaran tempatan atau eksport oleh syarikat berkenaan. Rasional : Tidak ada keluaran baru. Walau bagaimanapun sekiranya aktiviti menyadur atau menyemburkan cat ini merupakan aktiviti yang berterusan dalam proses pengilangan sesuatu barang keluaran sesebuah syarikat, ianya merupakan aktiviti yang tertakluk kepada definisi pengilangan di bawah seksyen 2 Akta. (ix) Pengubahsuaian kenderaan yang cukainya telah dibayar dan dilepaskan daripada kilang kepada ambulan Ringkasan kes : Kenderaan van telah dijual oleh kilang kepada pelanggannya yang kemudiannya mengubahsuai van tersebut menjadi ambulan untuk kegunaa di hospital ataupun lain-lain badan.

Muka surat : 5/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

Rasional : Pengubahsuaian barangan selepas cukai jualan dibayar dikategorikan sebagai repair. (x) Aktiviti pemotongan aluminium dan kaca oleh kontraktor bangunan di tbangunan didirikan Ringkasan kes : Kontraktor bangunan telah membeli aluminium dan kaca yang bersaiz besar dibawa ke tempat kerja-kerja dijalankan untuk mendirikan sesebuah bangunan. Aluminium dan kaca tersebut dipotong menjadi bingkai aluminium dan tingkap yang kemudiannya terus dipasang ke bangunantersebut. Rasional : Aktiviti pemotongan aluminium dan kaca seperti ini oleh syarikat atau kontraktor yang tidak mempunyai premis tetap untuk pengilangan bingkai pintu, tingkap atau fixed panel aluminium dan kaca tidak tertakluk kepada definisi pengilangan di bawah seksyen 2 Akta. (xi) Penyediaan makanan preparation of meats di restoran-restoran dan hotel Ringkasan kes : Pertanyaan samaada penyediaan makanan seperti coleslaw, coldmeats, sausages dan lain-lain di restoran-restoran dan hotel untuk dihidangkan terus kepada pelanggan tertakluk kepada cukai jualan atau tidak. Rasional : Aktiviti tersebut dikecualikan di bawah butiran 5, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan) 1997. Dengan itu tidak tertakluk kepada pelesenan cukai jualan.

Muka surat : 6/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(xii)

Laminating gypsum Board Ringkasan kes : Syarikat menjalankan aktiviti membeli dan menjual gypsum board. Semasa menjual gypsum tersebut ada antara pengilangan meminta syarikat menampalkan gypsum board dengan vinyl sheeting. Bahan-bahan mentah utama yang digunakan ialah gypsum board, glue dan vinyl sheeting telah dibeli dan diperolehi dengan membayar cukai jualan. Proses yang dijalankan ialah menyapu glue dengan roller dan melekatkan vinyi sheeting kepada gypsum board dan membuat trimming dengan cara menual atau menggunakan mesen. Keputusan Ibu Pejabat : Tidak ada keluaran baru.

(xiii)

Engraving ceiling board Bahan mentah utama yang digunakan ialah ceiling/gypsum board. Proses engraving dilakukan dengan memasukkan ceiling/gypsum board melalui mesin tertentu atau secara manual. Rasional : Tidak ada keluaran baru

(xiv)

Membekal, menghantar dan memasang roller shutter ke bangunan, rumah kedai dan komplek beli belah. Ringkasan kes : Syarikat menjalankan perniagaan secara sub-kontrak bagi kontraktor bangunan-bangunan seperti kilang, bangunan, rumah kedai dan sebagainya. Syarikat membeli bahan-bahan mentah dan komponen secara berasingan seperti PPGI coil, chain block, panel, bar, spring, centre multion lock, bolts and nuts dan lain-lain bahan berkaitan daripada beberapa pengilang tempatan. Syarikat kemudiannya akan memotong bahan-bahan mentah seperti metal stat dan lain-lain kepada saiz yang dikehendaki mengikut spesifikasi yang diberi oleh arkitek

Muka surat : 7/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

atau kontraktor. Bahagian-bahagian komponen telah lengkap sebagai satu unit roller shuttet akan dihantar ke premis dan dipasang di on-site serta diuji untuk memastikan ianya berfungsi dengan licin mengikut spesifikasi pelanggan. Syarikat berpendapat bahawa aktiviti ini dikecualikan daripada pelesenan di bawah Butiran 3, Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan) 1997. Rasional: Aktiviti memotong bahan-bahan mentah seperti metal stat dan lain-lain kepada saiz yang dikehendaki mengikut spesifikasi yang diberi oleh arkitek atau kontraktor dan menyediakan bahagian-bahagian komponen lengkap sebagai satu unit roller shuter adalah satu keluaran baru syarikat. Nilai jualan bagi tujuan pengiraan cukai jualan tidak termasuk upah pemasangan dan kos penghantaran. (viii) Pengenaan cukai jualan ke atas pengeluaran air melalui tubewell Ringkasan kes : Syarikat menjalankan aktiviti mengeluarkan air mineral melalui tubewell secara terus dari bawah tanah. Air yang disedut dari perut bumi dialirkan melalui saliran ke saluran penapisan bagi menapis keladak dan kotoran dan seterusnya melalui proses ultraviolet bagi membasmi kuman. Air yang siap diproses dibotolkan dan dipasarkan ke pasaran tempatan dan eksport. Rasional : Tidak ada keluaran baru. 6.9.9. Sekiranya terdapat keraguan dalam menentukan definisi pengilangan bagi sesuatu proses pembuatan barangan, laporan hendaklah dikemukakan ke Ibu Pejabat untuk keputusan.

6.10. Kelayakan Penilaian Nilai Jualan Penilaian Atas Upah di Bawah Seksyen 7(3) Akta 6.10.1. Pengilang dibenarkan membuat penilaian jualan berdasarkan

Muka surat : 8/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

kerja-kerja yang telah dijalankan (upah) mengikut seksyen 7(3) Akta tertakluk kepada syarat-syarat berikut :(viii) Syarikat hanya menjalankan kerja-kerja lanjutan kepada barangan yang dibekalkan; Kerja-kerja dibuat atas barangan yang dibekalkan oleh mana-mana pembekal dan barang-barang yang sama yang telah dijalankan kerja-kerja lanjutan dikembalikan kepada pembekal tersebut; Pembekal yang menghantar barangan tersebut ialah orang yang dikategorikan sebagai bukan pengilang di bawah Akta; Semua barangan yang dibekalkan kepada pengilang atau bahan yang digunakan dalam pengilangan telah dibayar cukai jualan;

(ix)

(x)

(xi)

(xii) (xiii) Perolehan bahan mentah/komponen tanpa cukai jualan untuk digunakan dalam pengilangan seperti dijelaskan dalam PTCJ Bil 5. Penilaian di bawah seksyen 7(3) Akta tidak terpakai jika sebahagian bahan mentah/komponen dibekalkan oleh pembekal manakala sebahagian bahan mentah lagi dibeli oleh pengilang. Penilaian cukai jualan adalah seperti dijelaskan di PTCJ Bil. 4.

(xiv)

6.10.2. Jenis pengilangan yang dibenarkan penilaian jualan atas upah. (iii) Jenis pengilangan yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam untuk penilaian atas amaun upah yang dikenakan oleh pengilang atas kerja-kerja yang dilakukannya ialah seperti kerja-kerja chroming, electroplanting, bending, hot-dip galvanizing, diecutting, perforating, heattreatment, hot-stemping, dan chamfering and edging. Kelulusan bagi permohonan penilaian atas upah bagi pengilangan seperti inibolehlah diluluskan oleh Pengarah Kastam Negeri dengan mengenakan syarat-syarat seperti di perenggan 6.5.1.

(iv)

Muka surat : 9/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

6.10.3. Tatacara Permohonan (iii) Permohonan Penilaian di bawah seksyen 7(3) Akta bagi lesen baru hendaklah dibuat kepada Pengarah Kastam Negeri, Cawangan Pusat Pelesenan Bersetempat bersama-sama dengan permohonan lesen cukai jualan unyuk diproses. Jika syarikat telah dilesenkan, permohonan hendaklah dikemukakan kepada cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan untuk diproses selanjutnya. Permohonan syarikat bagi aktiviti kerja-kerja selain daripada yang dibenarkan di para 6.5.2(i) hendaklah dikemukakan ke Ibu Pejabat, Bahagian Cukai Dalaman untuk kelulusan Ketua Pengarah Kastam. Laporan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang CD(P)1. Surat Pekeliling Bahagian Cukai Dalaman Bil.3 / Tahun 2000.

(iv)

6.11.

Pengasingan Aktiviti Perniagaan Yang Dibuat-buat.

Jika didapati atau disyaki beberapa buah syarikat yang berhubungan dengan sengaja mengasingkan aktiviti-aktiviti syarikat mereka bertujuan untuk mengelakkan daripada liabiliti pembayaran cukai jualan, satu siasatan terperinci hendaklah dibuat ke atas syarikatsyarikat berkenaan. Penyiasatan hendaklah ditumpukan berasaskan samada syarikat adalah saling terikatdan berhubungan dari tiga aspek kewangan, ekonomi dan pengurusan organisasi iaitu :6.11.1. Kewangan : (iv) (v) Mengunakan sistem kewangan/perakuan/audit yang sama. Saling memberikan bantuan kewangan atau memerlukan sokongan kewangan contohnya seperti suntikan modal antara satu sama lain. Berkongsi keuntungan atau faedah kewangan dalam urusan perniagaan.

(vi)

6.11.2. Ekonomi iaitu aktiviti syarikat saling menyokong atau melengkapkan antaran satu sama lain bagi merealisasikan satu tujuan perniagaan yang sama dan saling mendapat keuntungan antara satu sama lain dan membekalkan barangan kepada pelanggan yang sama.

Muka surat : 10/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

6.11.3. Pengurusan organisasi : (vi) (vii) (viii) (ix) Mempunyai ahli-ahli lembaga pengarah yang terdiri dari orang yang sama. Menggunakan sistem pemasaran yang sama. Pengeluaran invois-invois jualan secara berpusat. Syarikat menggunakan/berkongsi premis, tenaga pekerja, peralatan dan kemudahan yang sama antara syarikat. Barang-barang yang dihasilkan adalah dari kategori yang sama.

(x)

6.11.4. Dalam menentukan ciri-ciri seperti di paras 6.6.1. hingga 6.6.3. tidak semestinya semua ciri-ciri yang disebutkan perlu dipenuhi. Jika pegawai kanan di stesen berpuashati salah satu ciri daripada ketiga-tiga aspek kewangan, ekonomi dan pengurusan organisasi dipenuhi dan menunjukkan bahawa satu pengasingan aktiviti perniagaan adalah dibuat-buat, satu laporan lengkap dalam Borang CD(P)1 , Surat Pekeliling Bahagian Cukai Dalaman Bil. 3 / Tahun 2000 beserta dokumen-dokumen sokongan berkaitan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Cukai Dalaman, Ibu Pejabat untuk mendapatkan keputusan Ketua Pengarah Kastam bagi melesenkan syarikat-syarikat berkenaan sebagai orang kena cukai tunggal. 6.11.5. Ketua Pengarah Kastam akan memutuskan bahawa syarikat-syarikat tersebut adalah sebagai orang kena cukai tunggal dan stesen hendaklah mengambil tindakan berikut:(vi) Mengeluarkan notis arahan orang kena cukai tunggal kepada syarikatsyarikat berkenaan melalui format seperti di Lampiran 1. Notis arahan hendaklah dihantarkan kepada semua syarikat berkenaan. Mengarahkan supaya orang kena cukai tunggal menamatkan suatu orang kena cukai tunggal menamatkan suatu nama untuk tujuan disebutkan dalam Lesen Cukai Jualan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis

(vii)

Muka surat : 11/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

Arahan orang kena cukai tunggal. Jika tidak dinamakan oleh Syarikat-syarikat berkenaan Pengarah Kastam Negeri boleh menetapkan nama yang disebut dalam lesen dari salah satu dari nama-nama syarikat yang dianggap syarikat Induk. (viii) Memastikan permohonan lesen dikemukakan dalam tempoh 21 hari dari arahan yang terakhir dari kalangan orang kena cukai tunggal tersebut Contohnya seperti berikut :Nama Syarikat Notis arahan Dihantar 10/01/01 15/01/01 20/1/01

A B C

Tarikh kuatkuasa ialah 11/02/01 atau mana-mana tarikh terkemudian seperti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kastam. (ix) Notis arahan hendaklah ditandatangani oleh Pengarah Kastam Negeri.

6.11.6. Lesen hendaklah dikeluarkan atas nama syarikat induk atau satu nama tertentu yang ditetapkan, manakala lain-lain syarikat hendaklah disenaraikan sebagai cawangannya. Salinan lesen yang diakui sah hendaklah diserahkan kepada semua cawangan orang kena cukai tunggal berkenaan. 6.11.7. Bagi peruntukan seksyen 12A(3)Akta, jika didapati ada syarikat lain yang boleh dianggap sebagai sebahagian orang kena cukai tunggal selepas orang kena cukai tunggal tersebut dilesenkan, surat arahan tambahan hendaklah dikeluarkan kepada syarikat berkenaan. Tarikh syarikat tersebut dianggap sebagai sebahagian orang kena cukai tunggal hendaklah berkuatkuasa mengikut tarikh pengilangan barangan bercukai bermula atau jika tarikh pengilangan lebih awal dari tarikh orang kena cukai tunggal A, B dan C dilesenkan, iaitu mulai tarikh ABC dilesenkan.

Muka surat : 12/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

Contohnya ialah seperti berikut :Arahan Kepada Orang Kena Cukai Tunggal A,B Dan C 15/01/00 Arahan tambahan sebagai Orang Kena Cukai Tunggal Tarikh Berkuatkuasa

Jika D Tarikh mengilang - 20/10/99 ( sebelum lesen A, B, C berkuatkuasa Jika D mengilang mulai 30/03/00 ( selepas lesen A, B, C berkuatkuasa

15/01/00

30/03/00

6.11.8. Pertimbangan bagi pengasingan aktiviti perniagaan yang dibuat-buat hendaklah dikaji secara case by case basis berasaskan pemerhatian perkara -perkara di perenggan 6.6.1. hingga 6.6.3. 6.12. PERMOHONAN LESEN CUKAI JUALAN 6.12.1. Permohonan lesen cukai jualan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Kanan yang hak di Cawangan/Unit Pusat Pelesenan Bersetempat di stesen kastam yang mengawal daerah tersebut dengan mengemukakan dua salinan borang JKED.NO.1 (JKED .1) seperti di Jadual Pertama, Peraturan Cukai Jualan beserta dokumen-dokumen sokongan dalam Jadual 1. 6.12.2. Permohonan hendaklah dibuat dan ditandatangani oleh pemohon seperti berikut :(iii) Syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 hendaklah ditandatangani oleh salah seorang ahli lembaga pengarah atau seorang yang diberikuasa secara bertulis. Firma didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau oleh lain-lain badan di Sabah dan Sarawak :

(iv)

Muka surat : 13/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

Bil

Jenis Dokumen diperlukan

Perniagaan didaftar di bawah Akta Syarikat 1965

Perniagaan di daftar dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956/Lain-lain badan di Sabah dan Sarawak /

1.

Borang Tambahan (Lampiran II) Satu salinan Memorandum & Articles of Association Borang 9 dan Borang 13 (jika berkaitan ) Satu salinan Borang 24 (Return of altotment of shares) Borang 44 Satu salinan Borang 49 (Ahli Lembaga Pengarah) Borang Pendaftaran Perniagaan bersama Borang A, B dan D. Gambar berukuran pasport Salinan kad pengenalan/pasport Pelan lokasi Carta aliran pengilangan Salinan lesen sokongan jika berkenaan

2.

3.

4.

5. 6.

7.

8.

Gambar Pemohon

Semua gambar rakan kongsi

9.

/ / /

/ / /

10. 11.

12.

Jadual 1

Muka surat : 14/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(c) Firma perkongsian oleh setiap rakan kongsi; atau (d) Syarikat perseorangan oleh pemilik sendiri 6.13. PROSES PERMOHONAN

Permohonan yang diterima hendaklah diambil tindakan serta merta seperti berikut :6.13.1. Penerimaan Permohonan dan Dokumen Dokumen-dokumen permohonan hendaklah disemak untuk menentukan semua butir-butir permohonan adalah lengkap dan teratur. Stesen hendaklah mempunyai senarai semak (checklist) dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan lesen sebagai panduan untuk menentukan permohonan yang dikemukakan adalah lengkap. Hanya permohonan yang lengkap sahaja diterima, dicop tarikh penerimaan, diberi nombor pendaftaran pada JKED. 1 dan diproses seterusnya. Permohonan yang tidak lengkap hendaklah dikembalikan kepada pemohon. Permohonan yang diterima melalui pos yang tidak lengkap, pemohon hendaklah diberitahu secara bertulis dengan kadar segera. 6.13.2. Pendaftaran Permohonan Permohonan yang lengkap hendaklah didaftarkan dalam Buku Daftar Induk Permohonan Lesen. Buku daftar ini hendaklah mengandungi butir-butir berikut :(x) (xi) (xii) (xiii) (xiv) (xv) (xvi) (xvii) (xviii) Tarikh daftar; Nombor daftar; Nama pemohon; Alamat pemohon; Tarikh permohonan diluluskan; Nombor lesen; Tarikh pengilangan dimulakan; Barang keluaran; dan Catatan

6.13.3. Akuan Penerimaan Surat pengakuan penerimaan permohonan hendaklah dikeluarkan serta merta.

Muka surat : 15/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

6.13.4. Fail Pengilangan Berlesen Satu fail pengilangan berlesen hendaklah dibuka mengikut Perintah Am Jabatan Bil.12 setelah permohonan didaftarkan. 6.13.5. Kelulusan Lesen Permohonan lesen hendaklah diluluskan oleh Penolong PengarahKastam ke atas atau mana yang berkenaan mengikut penurunan kuasa di bawah Perintah Am Jabatan Bil.4. 6.13.6. Pengeluaran Lesen Lesen hendaklah dikeluarkan atas nama perniagaan seperti didaftarkan di Pejabat Pendaftar Syarikat/Perniagaan dan bukan atas nama pemohon, Pengarah, Pengurus, Setiausaha atau lain-lain orang berkenaan. 6.13.7. Nama Pegawai Menandatangani Lesen Nama pegawai yang menandatangani lesen hendaklah dicopkan pada lesen cukai jualan tetapi nama jawatan tidak dibenarkan. 6.13.8. Tarikh Kuatkuasa Tarikh kuatkuasa lesen yang dikeluarkan adalah berdasarkan tarikh permohonan diterima atau mengikut tarikh jangkaan pengilangan sekiranya pengilangan belum dijalankan. Tarikh penguatkuasaan lesen tidak boleh dikebelakangkan. Contohnya :Tarikh Permohonan Diterima 1.10.98 Tarikh Mula/ Jangkaan Pengilangan 1.1.99 (jangkaan pengilangan) 3.3.98 ( Mula mengilang) Tarikh Kuatkuasa Lesen 1.1.99

1.10.98

1.10.98

Muka surat : 16/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

Jika syarikat telah menjalankan pengilangan barangan bercukai sebelum lesen berkuatkuasa dan nilai jualan telah melebihi had pengecualian pelesenan, cukai jualan dan penalti atas barang-barang yang dikilang yang dijual dan dilupuskan hendaklah dituntut untuk tempoh berkenaan. Tuntutan dibuat berdasarkan seksyen 2 (maksud orang kena cukai ) dan seksyen 30 Akta. Syarikat boleh mengikrarkan jumlah jualan untuk tempoh tersebut melalui penyata CJ3. Walau bagaimanapun jika syarikat enggan berbuat demikian, jumlah tuntutan hendaklah dipastikan melalui pemeriksaan akaun khas ke atas invois-invois jualan syarikat berkenaan. 6.13.9. Deskripsi barangan Deskripsi barangan dan kod tariff hendaklah dicatitkan secara terperinci diruangan Perihal Am mengenai barang-barang yang dikilang dalam lesen yang dikeluarkan. Jika ruangan tidak mencukupi bolehlah disenaraikan di dalam satu lampiran. Hanya deskripsi barangan bercukai sahaja perlu dicatatkan dalam lesen berkenaan. 6.13.10.Tempoh Kelulusan Permohonan yang lengkap dan teratur hendaklah diluluskan dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh permohonan didaftarkan. 6.13.11.Salinan Lesen Cukai Jualan Lesen Cukai Jualan hendaklah dikeluarkan melalui Borang C.J. No.2 (CJ2) dalam tiga salinan dan diagihkan seperti berikut : (i) Salinan asal pengilang berlesen bersama-sama dengan Lampiran III. fail induk pengilang berlesen buku lesen

(ii) Salinan pendua (iii) Salinan Ketiga -

(iv) Salinan fotostat lesen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh lesen dikeluarkan kepada : (c) Pengarah Kastam Negeri, Bahagian Cukai Dalaman, Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan dimana cawangan syarikat itu terletak, bagi tujuan penguatkuasaan dan kawalan jika pelesenan secara berpusat.

Muka surat : 17/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1) BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(d) Bahagian Cukai Dalaman, Ibu Pejabat berserta dengan sesalinan dokumen-dokumen berkaitan. (x) Salinan fotostat lesen yang diakui sah hendaklah dikeluarkan kepada pengilang yang dilesenkan secara berpusat untuk dipamerkan di premis-premis mereka. Permohonan Berpusat. Permohonan lesen bagi pengilang yang mempunyai lebih dari satu premis atau cawangan, hanya satu lesen sahaja dikeluarkan jika : (v) Peremis atau cawangan tidak menyelenggara sebarang rekod, invois atau resit : Semua urusan perakaunan, invois, pembayaran dibuat oleh syarikat induk. Alamat-alamat premis hendaklah dimasukkan dalam lesen syarikat induk (Ibu Pejabat). Salinan lesen tersebut hendaklah dibuat salinan yang diakui sah dan dipamirkan di semua cawangan/premis syarikat berkenaan. Pembayaran cukai jualan hanya dibuat oleh syarikat induk sahaja. Pengilang di bawah satu entiti yang sama. Pengilang diarahkan dilesen sebagai orang kena cukai tunggal. Tindakan selepas lesen dikeluarkan Fail pengilang berlesen yang telah diluluskan hendaklah dihantar ke Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan Cukai Dalaman. Fail-fail ini Hendaklah didaftarkan dalam Buku Daftar Induk Pelesennan dan perlu disimpan di Cawangan/unit ini. Buku daftar ini hendaklah mengandungi maklumat seperti berikut :(viii) (ix) Nama pengilang; Alamat syarikat (tempat urusan utama dan cawangan);

6.13.12.

(vi)

(vii) (viii) 6.13.13.

Muka surat : 18/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(x) (xi) (xii) (xiii) (xiv)

Tarikh permohonan diluluskan; Nombor lesen; Tarikh kuatkuasa lesen; Barang keluaran; dan Catatan.

6.13.14. Fail pengilangan berlesen hendaklah diminitkan ke Cawagan/Unit Kawalan Pungutan untuk tindakan membuka fail CJ3 dan kad lejar. 6.14. PINDAAN LESEN

6.14.1. Pindaan lesen cukai jualan hendaklah dikemukakan kepada Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan. Tindakan bagi permohonan pindaan lesen adalah mengikut Peraturan 7, Peraturan Cukai Jualan. Keadaan di mana lesen perlu dipinda adalah seperti berikut :(vii) Perubahan nama sesuatu syarikat atau urusan meliputi pertukaran taraf syarikar perseorangan kepada Sdn. Bhd. atau Sdn. Bhd. kepada Berhad atau sebaliknya. Surat pengesahan oleh Pendaftar Syarikat perlu dikemukakan. Pertukaran alamat bagi mana-mana tempat dimana urusan dijalankan. Pembukaan mana-mana tempat baru urusan atau penutupan manamana tempat urusan. Pertukaran atau penambahan jenis barang yang dikilang. Apabila salah satu daripada pengilang yang dianggap sebagai orang kena cukai tunggal telah tidak lagi menjadi anggota konstituen bagi orang kena cukai tunggal tersebut. Apabila diminta berbuat demikian oleh Ketua Pengarah Kastam.

(viii)

(ix)

(x) (xi)

(xii)

6.14.2. Satu buku rekod pindaan dinamakan Buku Daftar Pindaan Lesen Cukai Jualan hendaklah disediakan yang mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut :(viii) (ix) Bilangan; Nama syarikat;

Muka surat : 19/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(x) (xi) (xii) (xiii) (xiv)

Nombor lesen; Tarikh permohonan diterima; Butir-butir pindaan; Tarikh permohonan diluluskan; dan Tarikh lesen dikembalikan

6.14.3. Permohonan pindaan lesen cukai jualan hendaklah diproses dan diluluskan dalam tempoh 2 hari dari tarikh permohonan diterima. Tindakan-tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut : (vi) Meneliti butir-butir permohonan pindaan lesen dan sekiranya perlu, buat lawatan ke premis kilang untuk pengesahan; Pindaan hendaklah diluluskan oleh pegawai kanan berpangkat Penolong Pengarah Kastam dan ke atas atau mana yang berkenaan mengikut penurunan kuasa sebagaimana Perintah Am Jabatan Bil.4 ; Semua salinan lesen di perenggan 6.8.11 hendaklah dipinda dan Ibu Pejabat hendaklah dimaklumkan mengenai pindaan berkenaan; dan Satu salinan fotostat lesen yang telah dipinda hendaklah dipanjangkan ke Cawangan/Unit Kawalan Kemudahan atas perubahan maklumat syarikat dan barang-barang yang dikilang

(vii)

(viii)

(ix)

6.14.4. Pertukaran atau penambahan rakan kongsi Pengilang hendaklah memaklumkan pertukaran kongsi kepada Cawangan/Unit Penguatkuasaan hendaklah disimpan dalam fail induk pemegang maklumat komputer SMK-CD sebagai rekod kekurangan cukai jualan dan lain-lain. 6.10. PEMBATALAN LESEN 6.11.1. Bila lesen perlu dibatal dan satu lesen baru perlu dikeluarkan : Lesen cukai jualan hendaklah dibatalkan dan suatu lesen baru dikeluarkan bagi kes-kes berikut :atau penambahan rakan Pelesenan. Maklumat lesen atau dikemaskini bagi tujuan menuntut

Muka surat : 20/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(ii)

Perniagaan dipajak, lesen hendaklah dibatal dan dikeluarkan atas nama pemajak. Pertukaran hak milik syarikat/firma. Pengilang berlesen meninggal dunia dan perniagaan diambil alih oleh orang lain. Syarikat pengilang diletakan di bawah penerima, seksyen 69 Akta atau penyelesai hutang piutang, seksyen 70 Akta atau pemegang amanah dan penerima faedah di bawah seksyen 22(4)Akta. Pengilang telah diberi arahan dan dilesenkan oleh Ketua Pengarah Kastam sebagai orang kena cukai tunggal.

(ii) (iii)

(iv)

(x)

6.11.2. Lesen cukai jualan hendaklah dibatalkan terus apabila : (iv) Pengilang berlesen bertukar taraf kepada Sijil Pengecualian Daripada Pelesenan (SPP). Syarikat dibubarkan atau menamatkan pengilangan. Pemilik meninggal dunia dan perniagaan ditamatkan.

(v) (vi)

6.11.3. Permohonan Pembatalan Lesen Permohonan pembatalan lesen hendaklah dikemukakan kepada Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan dengan mengemukakan permohonan bertulis yang disertakan bersama-sama dengan lesen asal cukai jualan. 6.11.4. Buku Daftar Pembatalan Lesen Cukai Jualan Satu buku rekod pembatalan lesen dinamakan Buku Daftar Pembatalan Lesen Cukai Jualan hendaklah disediakan yang mengandungimaklumat seperti berikut :(viii) (ix) (x) (xi) (xii) Bilangan; Nama pengilang; Nombor lesen; Tarikh permohonan diterima; Sebab-sebab pembatalan;

Muka surat : 21/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(xiii) Tarikh permohonan diluluskan; dan (xiv) Tarikh lesen dibatalkan. 6.11.5. PROSES PEMBATALAN LESEN (iv) Tindakan Pembatalan Lesen Sebaik sahaja permohonan pembatalan lesen cukai jualan diterima, tindakan hendaklah diambil oleh stesen seperti berikut :(g) Memastikan lesen asal dikembalikan oleh pemohon dan lesen tersebut hendaklah dibatalkan serta merta. Jika lesen asal tidak dapat dikembalikan pemegang lesen hendaklah megemukakan salinan laporan polis. (h) Kelulusan kemudahan CJ5, CJ5B dan CJ5A yang berkaitan dengan syarikat berkenaan hendaklah ditarikbalik dengan serta merta. (i) Tindakan pembatalan lesen hendaklah diambil seperti berikut :Cop batal pada lesen asal dan pendua; Membatalkan butir-butir pelesenan pada Buku Daftar Induk Pelesenan dan ditandatangan oleh Pegawai Kanan Cawangan / Unit Penguatkuasaan Pelesenan; Cop batal pada fail induk syarikat, fail CJ3, kad lejar dan semua sampul-sampul kecil berkaitan.

(j) Menghantar fail syarikat berkenaan ke Bahagian Pemeriksaan Akaun seberapa segera yang boleh bagi mengesahkan dan mengambil tindakan mengenai perkara-perkara berikut :Tunggakan Penyata CJ3 dalam tempoh lesen berkuatkuasa sehingga fail dibatalkan; Tunggakan cukai jualan/penalti;

Muka surat : 22/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

Memastikan tiada penyalahgunaan CJ5 dan CJ5B; Cukai jualan ke atas baki stok bahan mentah yang diperolehi bebas daripada cukai jualan hendaklah dipungut. Sekiranya baki stok diambil alih oleh pemegang CJ5/CJ5B, kelulusan hendaklah diperolehi daripada Pegawai Kanan Yang Hak; dan Cukai jualan ke atas baki stok barang siap hendaklah dituntut daripada pengilang.

(k) Fail pengilang hendaklah ditutup oleh Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan setelah menerima laporan pemeriksaan akaun pembatalan lesen yang telah diperakukan dan semua tunggakan cukai jualan telah dijelaskan. Fail yang telah dibatalkan dan dokumen berkenaan hendaklah disimpan bersama-sama dan disimpan selamat mengikut Perintah Am Bil.51; (l) Memaklumkan ke Ibu Pejabat melaui format seperti di Lampiran IV bersama-sama dengan sesalinan laporan pemeriksaan akaun pembatalan lesen setelah semua tunggakan cukai jualan dijelaskan.

(v)

Pembatalan lesen pemilik yang meninggal dunia Pembatalan lesen bagi kes pemilik meninggal dunia hendaklah dikemukakan secara bertulis dengan segera kepada Pemegang Amanah. Sekiranya mempunyai tunggakan cukai jualan/penalti hendaklah dijelaskan oleh orang yang bertanggungan.

(vi)

Pembatalan lesen di bawah Seksyen 13A(3) Akta (d) Pengilang berlesen yang didapati tidak mematuhi seksyen 17, 17A, 18, 19, 22(1) dan 22(2) Akta hendaklah dinasihatkan secara bertulis supaya mematuhi seksyen berkenaan. (e) Sekiranya surat nasihat tersebut tidak dipatuhi dan melibatkan cukai jualan tidak dibayar, satu lawatan pemeriksaan akaun hendaklah dibuat serta merta ke Premis pengilang berkenaan untuk memastikan

Muka surat : 23/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

kekurangn cukai jualan yang terlibat. Surat tuntutan hendaklah dikeluarkan kepada syarikat dengan segera. Jika syarikat tidak membayar cukai terlibat dalam tempoh yang ditetapkan, prosedor tuntutan sivil hendaklah diambil serta merta mengikut Perintah Tetap Sivil. (f) Jika pengilang masih lagi mengulangi kesalahan selepas tindakan sivil di ambil, satu laporan lengkap hendaklah dikemukakan ke Ibu Pejabat yang mengandungi butir-butir tindakan yang telah diambil dan pengesyoran untuk tindakan menarikbalik lesen di bawah seksyen 13A Akta untuk pertimbangan Ketua Pengarah Kastam. 6.12. Pemindahan fail pengilang 6.11.1. Jika pengilang berlesen memindahkan tempat urusan utama dan operasinya, fail pengilang hendaklah dipindahkan ke stesen di mana pengilang tersebut berurusan dan beroperasi. Tindakan Pemindahan Fail Oleh Stesen Asal (iii) Membuat pindaan kepada lesen pengilang berkenaan dan memindahkan fail pengilang ke stesen baru dengan menghantar surat rasmi berserta dengan dokumen-dokumen berikut :(c) Dokumen-dokumen berkaitan pengilang seperti fail induk, fail CJ3, fail CJ5 dan kad lejar; dan (d) Semua notis tuntutan cukai jualan/penalti, dokumen pembayaran ansuran dan baki tunggakan cukai jualan/penalti (jika ada). (iv) Mengecop perkataan Fail dipindahkan ke stesen . dalam Buku Daftar Induk Pelesenan.

6.14.2.

6.14.3.

Tindakan Oleh Stesen Penerima (vi) Stesen penerima hendaklah mendaftarkan fail mengikut siri Buku Daftar Induk Pelesenan di stesen berkenaan.

Muka surat : 24/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

(vii)

Pengilang berkenaan hendaklah dimaklumkan supaya berurusan di stesen baru (stesen penerima) berkaitan dengan pembayaran, permohonan CJ5 dan lain-lain mengenai hal-hal cukai jualan.

(viii) Dokumen-dokumen dari stesen lama hendaklah disimpan bersama-sama dokumen baru sebagai rujukan. (ix) Semua urusan menyelesaikan tunggakan cukai jualan di stesen lama hendaklah diambil alih oleh stesen baru. Satu pemeriksaan akaun hendaklah diprogramkan dengan kadar segera ke atas pengilang ini.

(x)

6.15. PENYATA BULANAN LESEN CUKAI JUALAN Satu Penyata Bulanan Pelesenan Cukai Jualan seperti di Lampiran V hendaklah dikemukakan ke Ibu Pejabat sebelum 10 haribulan bulan berikutnya. 6.16. LESEN HILANG/MUSNAH Lesen pengilang yang hilang/musnah tidak boleh digantikan dengan mengeluarkan lesen baru. Satu salinan sah boleh dikeluarkan atas permohonan secara bertulis oleh pengilang berlesen beserta satu laporan polis membuktikan salinan asal telah hilang atau musnah. Salinan diakui sah hendaklah dibayar mengikut Ordinan Bayaran 1951, Perintah Bayaran Kastam 1977. 6.17. PEMERIKSAAN AKAUN Pemeriksaan akaun ke atas pengilang berlesen cukai jualan hendaklah dibuat berdasarkan panduan yang diberikan dalam kumpulan 207.000 Perintah Tetap Pemeriksaan Akaun. 7. CARTA ALIRAN KERJA Seperti di Lampiran VI

Muka surat : 25/25 PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)

BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN

Tarikh : 2 Januari 2001

8. RUJUKAN Peruntukan undang-undang berhubung dengan pelesenan cukai jualan adalah seperti berikut :12.1. Seksyen 13 Akta Cukai Jualan 1972 12.2. Bahagian II, Peraturan Cukai Jualan 1972 12.3. Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan) 1997. 13. LAMPIRAN-LAMPIRAN Lampiran I, II, III, IV, dan VI. 14. PEMBATALAN / PINDAAN Perintah Tetap Cukai Jualan yang dikeluarkan bertarikh 8.12.1971 dan 11.5.1982 dibatalkan. 15. PENGUATKUASAAN 2 Januari 2001 16. PENUTUP Aspek pelesenan adalah merupakan sesuatu yang penting dan perlu diberi perhatian kerana ianya merupakan titik tolak kepada kutipan hasil negara. Kesilapan pelesenan akan mengakibatkan kerugian hasil negara dan juga boleh menjejaskan pengilang. Oleh itu segala panduan dalam perintah ini perlu dipatuhi supaya hanya pengilang yang benar-benar sah dan layak sahaja dilesenkan.

Lampiran 1 (PTCD-CJ Bil.2) JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ruj Fail: Tarikh: Pengurus -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Tuan, NOTIS PEMBERITAHU PELESENAN CUKAI JUALAN DI BAWAH SEK 12a AKTA CUKAI JUALAN 1972. Adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa setelah penyiasatan dan kajian secara terperinci ke atas syarikat tuan, Ketua Pengarah Kastam berpuashati bahawa aktiviti perniagaan tuanadalah merupakan aktiviti pengasingan perniagaan yang dibuat-buat. Oleh yang demikian syarikat tuan dan syarikat-syarikat seperti tersebut di bawah ini adalah dianggap sebagai satu entiti dan sebagai orang kena cukai tunggal (single taxable person) dan tertakluk kepada pelesenan cukai jualan. Nama syarikat 2.1. 2.2. 2.3. 3. Dengan ini tuan diarahkan untuk memohon lesen cukai jualan di bawah seksyen 13 Akta Cukai Jualan 1972 dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini. Tuan tidak boleh melepaskan atau menjual apa-apa barangan bercukai melainkan selepas syarikat tuan dilesenkan dibawah seksyen 13 Akta Cukai Jualan. Tindakan mahkamah akan diambil ke atas syarikat tuan sekiranya tuan gagal mengemukakan permohonan lesen cukai jualan dalam tempoh yang ditetapkan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah Alamat

( Nama Pengarah Kastam Negeri .

Lampiran II (PTCD-CJ Bil.2)

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA MALAYSIA BORANG MAKLUMAT TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN LESEN CUKAI JUALAN/ SIJIL PENGECUALIAN DARIPADA PELESENAN

BAHAGIAN A (Checklist dokument-dokumen sokongan dikehendaki) 4. Dokumen berhubung dengan pendaftaran syarikat 4.1. Permohonan perniagaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 : 1.1.1. Satu salinan MAA 1.1.6. 1.1.7. 1.1.8. 1.1.9. Satu salinan Borang 9/Borang 13 Satu salinan Borang 24 Satu salinan Borang 44 Satu salinan Borang 49

4.2. Permohonan perniagaan perseorangan/firma perkongsian yang didaftarkan dibawah Akta Perniagaan 1956 : 2.2.4. 2.2.5. 2.2.6. Satu salinan Borang A Satu salinan Borang B (Jika terdapat perubahan) Satu salinan Borang D

5. Lain-lain dokumen 2.3. 2 salinan gambar foto pemohon (ahli lembaga pengarah/pemilik/pekongsi perniagaan) 2.4. Satu salinan pelan lokasi/pejabat/kilang 3.5. Satu salinan carta aliran pengilang 2.6. Satu salinan lesen dari lain-lain agensi (jika berkenaan)

BAHAGIAN B 4. MAKLUMAT LATAR BELAKANG SYARIKAT 4.1. Adakah syarikkat pernah dilesenkan di bawah Akta Cukai Jualan 1972. Jika Ya, nyatakan nombor fail dan nombor lesen dahulu. ___________________________________________________________ 4.2. Adakah syarikat mempunyai Sijil Pengecualian Daripada Pelesenan (SPP). ___________________________________________________________ 4.3. Adakah syarikat ini bertukar taraf (change of status). Jika ya nyatakan nombor fail dan lesen dahulu ___________________________________________________________ 4.4. Adakah syarikat mengambil alih (takeover) syarikat lain. Jika Ya nyatakan nombor fail dan nombor lesen dahulu ___________________________________________________________ 4.5. Bilangan pekerja pejabat Tetap : _____________________________________________________ Sementara : ________________________________________________ 4.6. Bilangan pekerja kilang Tetap : _____________________________________________________ Sementara : _________________________________________________ 4.7. Anggaran gaji sebulan : Status Tetap : Sementara : Pejabat ____________ ____________ Kilang __________ __________

5.

AHLI LEMBAGA PENGARAH 4.1. Butir-butir lembaga pengarah/rakan kongsi/pemilik

NAMA

ALAMAT RUMAH

NO. TELEFON

4.3. Adakah mana-mana orang di para 4.1. di atas memiliki saham syarikat lain atau berkongsi dalam perniagaan lain. Jika Ya, nyatakan nombor fail dan lesen syarikat berkenaan NAMA AHLI NAMA/ALAMAT SYARIKAT JENIS PERNIAGAAN JUMLAH SAHAM

5.

Mesin/jentera yang digunakan dalam pengilangan Jenis Mesin Bilangan Harga

6.

Bahan-bahan mentah dan nama pembeli Bahan Mentah Nombor Kod Tarif Pembekal & Alamat

7.

Jenis Barangan siap Nama Barang

Nombor Kod Tarif

Nama Barang

Nombor Kod Tarif

BAHAGIAN C (Untuk diisi permohonan lesen sahaja) (tandakan (/) pada petak disediakan) 8. Sila kemukakan penyata untung rugi (profit & lost account) tahun terakhir (jika berkenaan)

11. Adakah syarikat menggunakan khidmat akauntan ? Jika ya nyatakan nama dan alamat syarikat berkenaan. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 12. Maklumat produk (sertakan lampiran jika perlu) 10.1. Nama Perdagangan (Trade mark): ______________________________________ 10.2. Jenama : _________________________________________________________ 10.3. Model : _________________________________________________________ 10.4. Butir-butir kos produk (untuk satu unit) 10.4.1. Kos bahan mentah : 10.4.2. Kos buruh : 10.4.3. Kos overhead : 10.4.4. Kos pentadbiran : 10.5. Lain-lain kos : 10.5.1. Iklan dan promosi jualan ____________________________ 10.5.2. Jaminan ____________________________ 10.5.4. Faedah kewangan ____________________________ _____________________________ _____________________________ _____________________________ _____________________________

10.5.4. Duti Import 10.5.5. Komisen pengedar 10.5.6. Royalti 10.5.7. Lain-lain, sila nyatakan

__________________________ __________________________ __________________________ __________________________

11. 12. 13.

Jumlah kos (jumlah para 10.4 dan 10.5) Keuntungan Harga jualan

__________________________ __________________________ __________________________

Dengan ini saya ____________________________________________________________ (Nama Pemohon)

No. Kad Pengenalan / pasport _________________________________________ mengaku Bahawa semua maklumat di atas adalah betul dan benar.

Tandatangan : __________________________________ Jawatan :

Tarikh : __________________

Cop syarikat :

Lampiran III (PTCD CJ Bil.2) Jabatan Kastam dan Eksais Diraja _____________________________ _____________________________ _____________________________ ________________________________________________________________________ Ruj Fail : Tarikh : ___________________________________________ ___________________________________________ ___________________________________________

Tuan, Pelesenan Cukai Jualan dan Pemberitahuan Mengenai Undang-Undang Cukai Jualan Adalah saya diarah merujuk perkara di atas. 2. Permohonan lesen cukai jualan tuan telah diluluskan dan nombor lesen tuan ialah ___________________________ dan berkuatkuasa mulai tarikh ___________________. Tuan hendaklah menulis nombor lesen tuan dalam semua urusan surat menyurat dengan pejabat ini. Lesen tuan hendaklah dipamirkan pada tempat-tempat pengilangan atau di pejabat dan tempat pengilangan jika premis pejabat dan kilang berasingan. 6. Mulai tarikh berkuatkuasa lesen cukai jualan seperti di atas, tuan adalah dikehendaki :3.1. Mengenakan dan memungut cukai jualan berdasarkan niali jualan atas barang-barang dikilang yang dijual, digunakan atau dilepaskan selain daripada jualan mengikut seksyen 6 atau mengikut nilai upah di bawah seksyen 7(3) Akta Cukai Jualan 1972. Cukai tidak perlu dikenakan ke atas orang-orang atau barang yang dikecualikan cukai jualan mengikut Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980.

3.6.

Jumlah cukai jualan yang dikenakan hendaklah ditulis berasingan daripada harga jualan pada semua invois jualan tuan mengikut seksyen 17 Akta Cukai Jualan 1972. Semua invois jualan hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris; Menghantar Penyata C.J.No.3 untuk pembayaran cukai jualan dalam tempoh 28 hari selepas tamat tempoh cukai mengikut seksyen 19 dan 22 Akta Cukai Jualan 1972. Pembayaran Cukai Jualan hendaklah dibuat kepada Pengarah Kastam Negeri, di Pejabat Kastam, Cawangan/Unit Kawalan Pungutan dimana syarikat tuan dilesenkan pada waktu pejabat seperti berikut : (di negeri dimana hari rehat mingguan hari Ahad) Isnin hingga Jumaat Sabtu Atau (di negeri dimana hari rehat mingguan hari Jumaat) Ahad hingga Rabu Khamis 8.00 pagi hingga 3.30 Petang 8.00 pago hingga 12.00 Tengahari 8.00 pagi hingga 3.30 Petang 8.00 pagi hingga 12.00 Tengahari

3.7.

3.8.

3.9.

3.6.

Menyimpan rekod-rekod yang kemaskini berhubung dengan :3.6.5. 3.6.6. 3.6.7. 3.6.8. Rekod pengeluaran Rekod barangan yang dikenakan cukai jualan; Rekod pembelian bahan mentah dan penggunaannya; dan Rekod pelupusan bahan mentah atau sisa.

3.7. Memberitahu Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan dimana syarikat tuan dilesenkan dengan mengemukakan lesen cukai jualan sekiranya berlaku; 3.7.12. Pertukaran nama syarikat 3.7.13. Pertukaran alamat urusan 3.7.14. Pertukaran taraf syarikat persendirian kepada awam 3.7.15. Tambahan atau pembatalan mana-mana tempat urusan 3.7.16. Pertukaran atau penambahan barang dikilang 3.7.17. Pertukaran atau pertambahan rakan kongsi

3.7.18. Apabila syarikat dipajakkan 3.7.19. Apabila syarikat ditukar milik atau diambil alih oleh orang lain 3.7.20. Apabila syarikat menamatkan perniagaan 3.7.21. Apabila syarikat dibubarkan 3.7.22. Apabila tuanpunya syarikat meninggal dunia (bagi syarikat pemilik tunggal). 4. Penalti akan dikenakan sebanyak 10% ke atas jumlah cukai yang patut dibayar sekiranya tuan membayar cukai jualan selepas tempoh 28 hari selepas tamat tempoh cukai. Penalti akan bertambah sebanyak 10% bagi tiap-tiap tiga puluh hari berikutnya atau sebahagian daripadanya jika cukai jualan masih belum dibayar. 5. Tuan berhak mendapat bahan-bahan mentah tempatan atau import untuk digunakan dalam pengilangan bebas dari cukai jualan. Permohonan tersebut hendaklah dibuat ke Cawangan/Unit Kawalan Kemudahan di mana syarikat tuan dilesenkan melalui Sistem Kredit atas bahan yang berbayar cukai jualan yang digunakan dalam pengilangan. 6. Di bawah seksyen 64 Akta Cukai Jualan 1972 tuan dikehendaki mengemukakan pada tiap-tiap tahun perakaunan audit yang ditandatangani oleh seorang akauntan berkelayakan yang bukan berkerja di syarikat tuan. 7. Kesalahan melanggar kehendak-kehendak Akta Cukai Jualan 1972 boleh dikenakan penjara hingga 12 bulan atau denda hingga RM5,000.00 atau kedua-duanya sekali. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

( b.p. Pengarah Kastam Negeri,

_____________________________

Lampiran IV (PTCD-CJ Bil.2) LAPORAN PEMBATALAN FAIL CUKAI JUALAN

4.

BUTIR-BUTIR PEMBATALAN FAIL dan LESEN 4.1. Nombor : __________________________________________________________ 4.2. Nombor Lesen : _____________________________________________________ 4.3. Tarikh lesen dibatalkan : ______________________________________________ 4.4. Tarikh fail/dokumen-dokumen dibatalkan : ________________________________ 4.5. Sebab-sebab lesen dibatalkan : 4.6. (i) Perniagaan ditamatkan/ditukarmilik Tarikh : _____________________ (ii) Perubahan taraf syarikat Tarikh : _____________________ (iii) Lain-lain (nyatakan) _______________________________________________________________

5.

PEMERIKSAAN AKAUN 5.1. Laporan pemeriksaan bilangan : _________________________________________ 5.2. Tempoh laporan dari : _________________________________________________ 5.3. Disahkan bahawa kedudukan retan cukai jualan C.J.No.3 telah diterima kesemuanya. 5.4. Disahkan bahawa semua tunggakan/cukai jualan serta penalti telah dijelaskan 5.5. Lain-lain maklumat (jika ada) : ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

6.

Ulasan dan pengesahan Ketua Cawangan Penguatkuasaan Pelesenan ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

Tandatangan : ______________________________ Nama : ( Jawatan : Tarikh : )

Lampiran V (PTCD CJ BIL.2) PENYATA BULANAN PELESENAN CUKAI JUALAN STESEN : BULAN :
Kod Jabatan 402 403 405 406 407 408 409 410 411 412 413 Tembakau Minyak wangi, bedak & alat solek Minuman keras Minuman keras malt Minuman ringan Kenderaan bermotor penumpang Kenderaan bermotor Dagangan Kenderaan bermotor bas Mesin & alat ganti Confectionary Barang-barang buatan getah selain dari kasut 414 415 416 417 418 419 420 Kasut dan seumpamanya Barang-barang plastik Kain Pakaian Barang-barang elektrik Perabut & barang-barang buatan kayu Barang-barang buatan logam selain daripada mesen 421 422 423 424 425 426 430 432 433 Sabun dan bahan pencuci Kertas & barang-barang buatan kertas Cat, Bernis dan seumpamanya Bateri lampu suluh & radio Bateri-bateri yang lain Barang-barang simen Pelbagai (selain industri di atas) Cerut Rokok JUMLAH Jenis Industri Bil. Pengilang berlesen awal bulan Bil. lesen dilulus Bil. Lesen dibatal Bil pengilang berlesen akhir bulan

LAMPIRAN VI (PTCD CJ BIL.2) CARTA ALIRAN PERMOHONAN LESEN CUKAI JUALAN


Terima Permohonan JKED Ni.1 dan dokumen sokongan

Semak Permohonan
Tidak

Kembalikan kepada pemohon

Lengkap

Daftar permohonan, rekod dalam buku daftar dan buka fail induk

Sediakan ulasan dan pengesyoran dan minitkan fail pada pegawai meluluskan lesen

Tidak

Untuk kajian semula

Lulus Sediakan lesen

Agihkan salinan lesen

Serah fail induk ke Unit Kawalan Penguatkuasaan Pelesenan

Rekod butir-butir pelesenan ke dalam Buku Daftar Induk Pelesenan

Minitkan fail ke Unit Kawalan Pungutan untuk membuka fail C.J.No.3 dan Kad Lejar

Kembalikan fail kepada Unit Kawalan Penguatkuasaan Pelesenan Simpan fail

SILA LIHAT PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN BIL. 3 - PENGECUALIAN DARIPADA PELESENAN CUKAI JUALAN DAN AKTIVITI PENGILANGAN KHUSUS.

Anda mungkin juga menyukai