Anda di halaman 1dari 13

KOLEKSI CERITA RAKYAT

I. MENGIKUT KAUM KAUM MELAYU BATU BELAH BATU BERTANGKUP

Zaman dahulu di dusun Indragiri Hilir, tinggal seorang janda bernama Mak Minah di gubuknya yang reyot bersama satu orang anak perempuannya bernama Diang dan dua orang anak laki-lakinya bernama Utuh dan Ucin. Mak Minah rajin bekerja dan setiap hari menyiapkan kebutuhan ketiga anaknya. Mak Minah juga mencari kayu bakar untuk dijual ke pasar sebagai pemenuhan kebutuhan sehari-hari mereka.

Ketiga anaknya sangat nakal dan pemalas yang senang bermain-main saja, tak mau membantu emaknya. Sering mereka membantah nasihat emaknya sehingga Mak Minah sering bersedih. Mak Minah telah tua dan sakit-sakitan. Merka bermain kadang sampai larut malam. Mak Minah sering menangis dan meratapi dirinya. Yaaa Tuhan, tolonglah hamba. Sadarkanlah anak-anak hamba yang tidak pernah mau menghormati emaknya, Mak Minah berdoa diantara tangisnya.

Esok harinya, Mak Minah menyiapkan makanan yang banyak untuk anak-anaknya. Setelah itu, Mak Minah pergi ke tepi sungai dan mendekati sebuah batu yang bisa berbicara. Batu itu juga dapat membuka dan menutup seperti kerang. Orang-orang menyebutnya Batu Batangkup. Wahai Batu Batangkup, telanlah saya. Saya tak sanggup lagi hidup dengan ketiga anak saya yang tidak pernah menghormati orang tuanya, kata Mak Minah. Batu Batangkup kemudian menelan tubuh Mak Minah dan yang tersisa adalah seujung dari rambut Mak Minah yang panjang.

Menjelang sore, ketiga anaknya Cuma heran sebentar karena tidak menjumpai emaknya sejak pagi. Tetap karena makanan cukup banyak, mereka pun makan lalu bermainmain kembali. Mereka tidak peduli lagi. Setelah hari kedua dan makanan pun habis, mereka mulai kebingungan dan lapar. Sampai malam hari pun mereka tak bisa menemukan emaknya.

Keesokan harinya ketika mereka mencari di sekitar sungai, bertemulah mereka dengan Batu Batangkup dan melihat ujung rambut emaknya. Wahai Batu Batangkup, kami membutuhkan emak kami. Tolong keluarkan emak kami dari perutmu, ratap mereka. Tidak!!! Kalian hanya membutuhkan emak saat kalian lapar. Kalian tidak pernah menyayangi dan menghormati emak, jawab Batu Batangkup. Mereka terus meratap dan menangis. Kami berjanji akan membantu, menyayangi dan menghormati emak, janji mereka.

Akhirnya emak dikeluarkan dari perut Batu Batangkup. Maka mereka kemudian rajing membantu emak, menyayanngi serta patuh dan menghormati emak. Tetapi hal tersebut tidaklah lama. Mereka kembali ke tabiat asal mereka yang malas dan suka bermain-main serta tidak mau membantu, menyayangi dan menghormati emak.

Mak Minah pun sedih dan kembali ke Batu Batangkup. Mak Minah pun ditelan kembali oleh Batu Batangkup. Ketiga anak Mak Minah seperti biasa bermain dari pagi sampai sore. Menjelang sore mereka baru sadar bahwa emak tak nampak seharian. Besoknya mereka mendatangi Batu Batangkup. Mereka meratap menangis seperti kejadian sebelumnya. Tetapi kali ini Batu Batangkup marah. Kalian memang anak nakal. Penyesalan kalian kali ini tidak ada gunanya, kata Batu Batangkup sambil menelan mereka. Batu Batangkup pun masuk ke dalam tanah dan sampai sekarang tidak pernah muncul kembali.

KAUM CINA KONG ZHI MEMINTA TUNJUK AJAR BUDAK KECIL

Kong Zhi merupakan seorang sasterawan dan tokoh pemikir yang terkenal pada zaman dahulu. Pada suatu hari, Kong Zhi dan anak muridnya pergi ke suatu tempat dengan menaiki kereta kuda. Dalam perjalanan, mereka bertembung dengan seorang budak yang berumur enam tahun. Budak itu sedang bermain di tengah jalan. Anak muriod Kong Zhi yang melihat keadaan ini mengarahkan budak itu supaya ke tepi.

Budak kecil itu menjawab, " Di sini ada sebuah kota, elok tuan cari jalan lain untuk lalu dari sini."

Anak murid Kong Zhi nampak ada sebuah kota batu yang telah dibina di atas tanah. Anak murid Kong Zhi berasa lucu dan berkata, " Budak nakal, cepat beri laluan! "

Budak kecil itu berkeras untuk tidak beralih. Dia berkata, "Boleh, dengan syarat tuan dapat menyatakan kebenaran. Adakah kota saya perlu elakkan kereta tuan, atau tuan yang perlu elakkan kota saya? Sejak dahulu lagi, keretalah yang berjalan mengelilingi kota, mana ada kota yang beri laluan kepada kereta!"

Kong Zhi yang tertarik dengan percakapan budak itu turun dari kereta kuda dan berkata, "Kata-kata kamu memang benar, tetapi kami kesempitan masa. Bolehkah kamu berikan kami laluan?"

Budak kecil itu pula berkata lagi," Saya dengar tuan seorang yang berpengetahuan luas. Kalau tuan dapat menjawab soalan saya, saya akan beri laluan kepada tuan."

Kong Zhi bersetuju dengan cadangan itu. Budak kecil itu menunjukkan ke arah langit dan bertanya,: Kita boleh nampak bintang di langit. Berapa banyakkah bintang di langit?"

Kong Zhi menjawab, " Tetapi bintang di langit terlalu banyak. Bagaimanakah boleh kita mengiranya?"

Budak kecil itu berkata lagi, " Bintang di langit banyak. Matahari pula satu sahaja. Pada waktu pagi, matahari menjadi besar, tetapi kecil semasa tengah hari. bolehkah tuan memberitahu saya, bilakah matahari paling dekat dan paling jauh dari kita?"

Kong Zhi terkejut mendengar soalan nudak kecil itu. Beliau berfikir sejenak. Kemudian beliau berkata, " Saya sangat menyesal. Walaupun saya berpengetahuan, tetapi masih tidak cukup. Silalah beri tunjuk ajar kepada saya."

Budak kecil itu melihat Kong Zhi begitu bersopan, lalu dia pun memberikan laluan kepada mereka.

Sejak peristiwa itu, Kong Zhi mengajar muridnya supaya mengaku jika tahu dan jangan berpura-pura tahu jika tidak tahu. Kita sepatutnya meminta tunjuk ajar daripada sesiapa sahaja yang berpengetahuan kerana ilmu tiada batasnya.

II. LAGENDA HARIMAU GUNUNG LEDANG Pada suatu masa, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau. Ketika harimau gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya.

Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan kerbau yang dijaga oleh seorang budak habis dibaham oleh mereka. Orang kaya tuan punya kerbau itu sangat marah. Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau yang telah dibaham itu, kata orang kaya itu dengan marah.

Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung, kini malang pula menimpa. Dia bermenung dibawah sepohon pokok. Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu nanti, kata seorang tua yang menjelma tiba-tiba.

Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia mengambil upah menjaga sekawan kerbau kepunyaan seorang kaya yang lain. Sampai ketikanya, seekor harimau yang besar datang. Budak itu dengan berani pergi kepada harimau itu. Kamu pencuri bedebah mesti diajar! kata budak itu dengan berani. Harimau yang besar itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya.

Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh

membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia memanggil semua orang kampung datang. Orang kampung sangat hairan melihat keberanian budak itu. Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak, Mulai malam ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orang kampung.

Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya. Apabila matahari memancar, getah itu pun cair. Harimau melarikan diri kerana ketakutan. Sejak itu tiada lagi harimau datang membaham binatang ternakan di kawasan itu. SI TANGGANG DERHAKA Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal.

Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja. Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya. Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.

Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri. Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.

Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok kata Si Talang. Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, kata Deruma dengan gembira.

Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya. Siapakah kedua-dua orang tua ini? tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya. Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan, jawab anak kapal itu. Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ? tanya isteri Si Tanggang.

Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali. Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal ! herdik Si Tanggang. Mukanya merah padam kerana malu dan marah. Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai kegemaranmu, nak kata Si Deruma.

Pergi! tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut.

Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi. Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya. Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana tel ah menderhaka. Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang. Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.

III. CERITA BINATANG SUMPAHAN ULAT TANAH

Hampir seminggu Tuan Peladang duduk termenung. Musim kemarau memusnahkan tanaman diladangnya. Tanah menjadi kering-kontang. Tuan Peladang melihat air simpanannya di dalam tempayan cuma tinggal separuh sahaja lagi. Dia khuatir jika keadaan kemarau terus berlarutan, ini akan mengakibatkan dia mati kehausan.

Seekor lembu kepunyaan Tuan Peladang berada di kandang. Sang Lembu gembira kerana tidak perlu bekerja di ladang sejak musim kemarau melanda. Namun demikian, kegembiraan lembu itu tidak lama kerana musim kemarau itu menyebabkan rumput-rumput segar yang menjadi makanannya kering dan mati. Kini sukar bagi Sang Lembu itu mendapatkan rumput yang segar.

Pada suatu hari Sang Lembu mengambil keputusan untuk meninggalkan Tuan Peladang. Seboleh-bolehnya Sang Lembu ingin membuat sesuatu untuk mengubat kesedihan Tuan Peladang. Pada suatu malam, Sang Lembu telah keluar meninggalkan kandangnya. Sang Lembu berjalan untuk mencari sumber air. Setelah jauh berjalan, Sang Lembu terjumpa dengan sebuah perigi. Sang Lembu berfikir, tentulah perigi itu mempunyai air tetapi sungguh

malang nasibnya kerana tiada air di dalam perigi tersebut. Sang Lembu berasa sedih dan duduk di tepi perigi buta itu sambil mengenangkan nasib yang bakal manimpa dirinya.

Sewaktu Sang Lembu duduk ditepi perigi itu, dia terdengar satu suara memanggilnya. Siapa? Sang Lembu bertanya kehairanan. Aku, ulat tanah di dalam perigi buta ini. Buat apa kamu di dalam perigi ini? soal Sang Lembu lagi. Ini rumahku Sang Lembu. Sudah lama aku di sini sejak perigi ini kering airnya. Tapi bagaimana kamu boleh hidup tanpa air di sini? cetus Sang Lembu itu. Aku akan memberitahu kamu kenapa aku boleh hidup di sini tetapi kamu mestilah berjanji denganku terlebih dahulu. Cakaplah saja dan aku akan berpegang pada janji-janji kamu itu. Aku tahu kamu dan Tuan Peladang menghadapi masalah kekurangan air. Aku boleh tolong mengatasi masalah tersebut. Sang Lembu tertawa. Dia tidak percaya dengan ulat tanah. Dengarlah dulu kata-kata aku ini. Janganlah mentertawakan aku pula, marah ulat tanah. Aku minta maaf Sang Ulat. Cakaplah aku bersedia mendengarnya. Sebenarnya tanah di dalam perigi ini tetap lembap. Kalau digali pasti akan mengeluarkan air. Air perigi ini akan penuh semula. Justeru itu aku boleh berikan perigi ini kepada kamu dan Tuan Peladang. Tetapi sebagai ganjaran kamu hendaklah menyuruh Tuan Peladang menanam tanam-tanaman seperti sayur-sayuran di sekitar perigi ini. Aku dan kawan-kawanku akan berpindah dari perigi ini tetapi tidak jauh dari kawasan ini juga. Terima kasih atas pertolongan kamu itu Sang Ulat. Tapi kenapa tuan aku mesti menanam tanaman di kawasan perigi ini?

Itu sebagai ganjaran kepadaku. Kamu hendaklah merahsiakan perkara ini dan tidak memberitahu sesiapa pun tentang perigi ini. Berjanjilah kamu akan menyuruh Tuan Peladang menanam sayur-sayuran di sini. Baiklah. Terima kasih di atas pertolongan kamu itu wahai Sang Ulat. Ah! Perkara biasa saja. Bukankah kita hidup perlu saling tolong-menolong.

Sang Lembu pulang dengan hati yang girang. Didapatinya Tuan Peladang masih duduk termenung. Sang Lembu terus menceritakan tentang penemuan perigi itu kepada Tuan Peladang. Mendengarkan cerita Sang Lembu, tanpa berlengah-lengah lagi Tuan Peladang membawa cangkul dan tangga ke perigi yang dikatakan oleh Sang Lembu.

Tuan Peladang turun ke dalam perigi menerusi tangga yang dibawanya dan terus mencangkul tanah di dalam perigi tersebut. Tidak berapa lama kemudian, mata air mulai muncul di permukaan tanah.

Hati Tuan Peladang bertambah riang. Air mulai memenuhi perigi itu. Tuan Peladang menepuk-nepuk belakang Sang Lembu yang berjasa terhadapnya. Walaupun begitu Sang Lembu tidak memberitahu siapakah yang mengesyorkan agar Tuan Peladang menanam sayur-sayuran di kawasan perigi itu. Tuan Peladang pula tidak banyak soal dan bersetuju dengan pendapat Sang Lembu untuk menanam tanam-tanaman di kawasan itu. Ini akan memudahkan lagi baginya mendapat bekalan air.

Beberapa bulan kemudian, sayur-sayuran tersebut tumbuh dengan suburnya. Tuan Peladang berasa sangat gembira. Di samping itu, Tuan Peladang juga menperolehi pendapatan daripada hasil menjual air. Semakin bertambah lumayan pendapatan Tuan Peladang.

Pada suatu hari, Tuan Peladang datang ke kawasan perigi untuk memetik sayursayurannya tetapi alangkah terkejutnya Tuan Peladang apabila mendapati sayur-sayurannya terkorek di sana-sini. Tuan Peladang menuduh Sang Lembu memakan dan merosakkan tanaman yang ditanamnya. Sang Lembu tidak mengaku bersalah. Tuan Peladang semakin marah dan memukul belakang Sang Lembu sekuat-kuat hatinya. Sang Lembu menjerit

kesakitan dan terpaksalah dia berterus-terang. Mendengarkan cerita Sang Lembu, Tuan Peladang rasa tertipu.

Tuan Peladang tidak mempercayai bahawa ulat tanah boleh membantu memberikan air. Tuan Peladang mencari ulat tanah di merata-rata tempat. Beberapa kawasan tanah digali oleh Tuan Peladang. Akhirnya Tuan Peladang berjumpa dengan sekelompok ulat tanah. Tanpa membuang masa lagi, Tuan Peladang mengambil racun lalu disemburkannya ke arah ulat-ulat tersebut. Banyaklah ulat tanah yang menjadi korban.

Seekor ulat tanah sempat melarikan diri. Ulat tanah itu tahu Tuan Peladang tidak berhati perut dan mengenang budi. Ulat tanah bersumpah untuk membalas dendam. Ulat tanah tidak mahu melihat Tuan Peladang dan Sang Lembu di kawasannya lagi. Sememangnya Sang Ulat Tanah menyimpan kemarahan yang amat sangat.

Tiba-tiba air perigi menjadi kering kembali. Habis kesemua tanaman Tuan Peladang terkulai layu. Tuan Peladang tersentak melihat perubahan yang mendadak itu. Dia berasa sangat menyesal kerana membunuh ulat-ulat tanah. Sang Lembu pun turut bersedih mengenangkan bencana yang bakal diterimanya nanti. Dari satu arah Sang Lembu terdengar suara Sang Ulat Tanah berkata sesuatu. Tidak semua orang itu boleh dijadikan kawan. Lebih baik hidup bersendirian dari berdampingan dengan orang yang tak tahu mengenang budi.

Kini Sang Lembu mengerti tentang kesilapannya. Dialah yang patut disalahkan kerana memberitahu Tuan Peladang tentang ulat tanah yang tinggal di kawasan itu.

MENGAPA BANGAU KURUS?

Pada suatu hari, Raja Sulaiman memanggil semua burung datang mengadap. Semua jenis burung hadir. Beta ingin sampaikan berita gembira. Hari ini genaplah seratus purnama beta memerintah. Oleh itu beta ingin beri hadiah istimewa. Kamu boelh minta apa sahaja. Beta akan tunaikan permintaan kamu, titah Raja Sulaiman. Semua burung berasa gembira. Ada yang bersoraksorak. Ada yang melompat-lompat. Bolehkan patik mendapat bulu yang cantik tuanku? Patik ingin jadi burung paling cantik di dunia, kata merak. Tentu boleh. Beta akan tunaikan permintaan kamu itu, titah Raja Sulaiman sambil tersenyum. Kamu pula hendak apa? Tanya Raja Sulaiman kepada kelicap. Kalau boleh, patik ingin paruh yang panjang, kata kelicap. Kenapa minta paruh yang panjang? Tanya Raja Sulaiman. Patik suka minum madu, tuanku. Kalau paruh patik panjang, senanglah hisap madu bunga, jawab kelicap, jawab kelicap. Baiklah, beta akan tunaikan permintaan kamu itu, itik. Beta akan beri kamu kaki yang lebar, jawab Raja Sulaiman. Patik ingin sarang yang cantik, tuanku, kata tempua. Kalau begitu, beta akan beri kamu kepandaian membuat sarang, titah baginda. Tuanku, tubuh patik ini kecil. Kalau boleh patik mahu kepala patik berwarna putih. Dari jauh lagi sudah dapat dilihat, pinta pipit.

Perkara itu mudah sahaja. Akan beta tunaikan, titah Raja Sulaiman lagi.

Semua burung telah meminta hajat mereka. Kini Cuma tinggal giliran bangau yang sombong. Pintalah segera wahai bangau. Beta pasti tunaikan, titah Raja Sulaiman. Baiklah tuanku. Patik mahu minta makan tujuh hari sekali, kata bangau. Apa? Boleh kamu ulang? soal Raja Sulaiman. Baginda terkejut. Patik mahu minta makan tujuh hari sekali, kata bangau lagi.

Semua burung yang ada terkejut. Mereka hairan dengan permintaan itu. Raja Sulaiman juga berasa ganjil. Baginda suruh bangau ulangi lagi permintaannya. Bangau tetap berkata seperti itu juga. Akhirnya Raja Sulaiman puas hati. Baginda akan tunaikan permintaan bangau itu.

Esoknya, bangau pergi ke tepi tasik. Ia ingin mencari ikan. Namun, seekor pun dia tidak dapat. Pada hari ketujuh barulah dia dapat seekor.

Kenapa aku susah hendak dapat makanan? Bukankah aku minta banyak makanan daripada baginda? Bisik bangau dalam hati. Tiba-tiba bangau teringat kembali kata-katanya dahulu. Ia meminta makan tujuh hari sekali. Bukan minta makan tujuh kali sehari. Aku dah tersalah cakap. Patutlah semua burung hairan. Tak seekor pun tolong betulkan cakap aku. Mungkin kerana aku sombong. Aku menyesal, kata bangau sendirian.

Mulai hari itu bangau sukar dapat ikan. Badannya semakin kurus. Ia rasa sedih. Kadang-kadang ia berdiri lama dalam air. Ia termenung memikirkan nasibnya. Itulah sebabnya badan bangau kurus.

LIMA PENGAJARAN YANG TERDAPAT DALAM CERITA SANG KANCIL MENJADI HAKIM Dalam cerita Sang Kancil Menjadi Hakim, lima pengajaran telah dikenal pasti iaitu: 1. Kita seharusnya sentiasa bercakap jujur kepada sesiapa kerana perbuatan menipu akan merugikan diri kita sendiri. Seperti watak Sang Musang, ia selalu menggunakan helah tipunya untuk menipu kawan-kawannya dan akhirnya diri sendiri juga yang terkena padahnya 2. Jangan terlalu percaya dengan kata-kata orang kerana kita tidak tahu sama ada katakata orang itu boleh dipercayai atau tidak. Kita kena menyelidiki terlebih dahulu sebelum mempercayai sesuatu. Tindakan seperti Sang Monyet yang mudah mempercayai kata-kata Sang Musang telah merugikan dirinya sendiri. 3. Dalam menyelesaikan sesuatu perkara, kita hendaklah sentiasa bijak. Berfikiran teliti, tidak gopoh dan tenang amatlah penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan dalam cerita ini, Sang Kancil bijak dalam menyelesaikan pertikaian di antara Sang Monyet dengan Sang Musang. 4. Kita seharusnya sentiasa mengamalkan sikap berterima kasih dan menghargai apa yang orang lakukan perkara baik terhadap kita. Seperti Sang Kancil yang mengucapkan terima kasih kepada Sang Gajah kerana telah membantu dia mendapat idea dalam menyelesaikan masalah Sang Monyet dengan Sang Musang. 5. Kita hendaklah jangan memandang rendah terhadap orang lain dan sentiasa berpegang pada janji kita. Seperti Sang Musang, dia memandang rendah terhadap kecerdikan Sang Kancil dan dia juga telah berpegang pada janjinya untuk memberikan kesemua buah-buah yang dipetiknya.

Anda mungkin juga menyukai