Anda di halaman 1dari 15

LATIHAN SIMPULAN BAHASA (1)

ISI TEMPAT KOSONG DENGAN SIMPULAN BAHASA YANG BERIKUT.


Baik sangka Bahasa dalam Durian runtuh Anak angkat Bekas tangan Mencari jalan Angkat kaki Cabut nyawa Beri muka Alas perut

1. Pagi tadi Ah Meng ....................sebelum pergi Taiping. 2. ....................Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi. 3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak tidak berlesen ................... 4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................ 5. Orang tua selalu ..........................dengan semua orang. 6. Inilah manuskrip ..........................pengarang yang terkenal itu. 7. Ayahnya terlalu ...........................kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal. 8. Perompak itu hendak .......................mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat menembaknya. 9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu ...................... 10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat .....................

JAWAPAN LATIHAN SIMPULAN BAHASA 1

1. Pagi tadi Ah Meng alas perut. sebelum pergi Taiping. 2. .Anak angkat. Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi. 3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak berlesen angkat kaki. 4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan bahasa dalam. 5. Orang tua selalu beri muka.dengan semua orang. 6. Inilah manuskrip .bekas tangan.pengarang yang terkenal itu. 7. Ayahnya terlalu baik sangka kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal. 8. Perompak itu hendak cabut nyawa mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat menembaknya. 9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu mencari jalan. 10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat durian runtuh

LATIHAN SIMPULAN BAHASA 2


Gantikan perkataan-perkataan yang berhuruf tebal dalam ayat-ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang sesuai.

Makan angkat, Kera sumbang, Ikut jejak,

Lepas tangan, Kata putus, Ibu angkat,

Keras hati, Jatuh hati, Hati batu. Isi hati,

1. Laki-laki yang kaya itu tidak menaruh belas kasihan terhadap orang miskin. ( ) 2. Abdullah baru datang ke kampung itu. Dia mengambil dan memelihara seorang wanita sebagai ibu sendiri. ( ) 3. Abang Kim Seng hendak mengikut contoh ayahnya. ( 4. Kawan saya melahirkan perasaan yang terkandung dalam hati. ( 5. Sebab apakah ibu saudara kamu itu berasa tersinggug? ( 6. Dalam mesyuarat itu mereka mencapai keputusan yang terakhir.( ) ) ) )

7. Jangan perdulikan budak itu dia memang seseorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain. ( ) 8. Abang Ah Meng memang mempunyai kemahuan yang keras, ( akhirnya dia berjaya menjadi jurutera. 9. Dalam pertengkaran itu, kami tidak campur tangan.( ) )

10. Kawan saya yang berpangkat itu seseorang yang suka dipuji. (

JAWAPAN LATIHAN SIMPULAN BAHASA 2

1. Laki-laki yang kaya itu tidak menaruh belas kasihan terhadap orang miskin. ( lepas tangan ) 2. Abdullah baru datang ke kampung itu. Dia mengambil dan memelihara seorang wanita sebagai ibu sendiri. ( ibu angkat ) 3. Abang Kim Seng hendak mengikut contoh ayahnya. ( ikut jejak )

4. Kawan saya melahirkan perasaan yang terkandung dalam hati. ( isi hati ) 5. Sebab apakah ibu saudara kamu itu berasa tersinggung? ( jatuh hati 6. Dalam mesyuarat itu mereka mencapai keputusan yang terakhir. ( kata putus ) 7. Jangan perdulikan budak itu dia memang seseorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain. ( kera sumbang ) 8. Abang Ah Meng memang mempunyai kemahuan yang keras, ( keras hati ) akhirnya dia berjaya menjadi jurutera. 9. Dalam pertengkaran itu, kami tidak campur tangan.( lepas tangan ) 10. Kawan saya yang berpangkat itu seseorang yang suka dipuji. ( makan angkat ) )

LATIHAN PENJODOH BILANGAN (1) 1.Se_____________buluh tumbuh dengan subur di tepi sungai itu. A.kerat B.rumput C.ruas D.bilah 2.Dia memayungkan adiknya dengan se___________payung yang berwarna-warni. A.batang B.kaki C.utas D.uluas 3.Setelah makan tengah hari,dia pun makan se________nanas. A.potong B.tangkai C.ruas D.ulas 4.Dia membeli dua _____________filem kerana dia akan melawat Zoo Negara esok. A.naskhah B.butir C.tandan D.gulung

5.Puan Lee baru membeli se___________anting-anting dari kedai emas itu. A.kuntum B.pasang C.berkas D.jambak 6.Se__________________kapak digunakannya untuk mengapak pokok itu. A.batang B.bidang C.bilah D.potong 7.Di pekan kecil itu terdapat tujuh _____________________kedai sahaja. A.jemput B.papan C.tingkat D.pintu 8.Polis itu menyandang se______________________senapang. A.batang B.kerat C.puntung D.laras 9.Sebatang tebu itu ada sepuluh___________________semuanya. A.rangkap B.ruas C.potong D.cebis 10.Ali memakai se_________________songkok yang baru dibelinya. A.biji

B.helai C.buah D.gulung

JAWAPAN LATIHAN PENJODOH BILANGAN 1 1. 2. A B

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10. C

JAWAPAN LATIHAN PENJODOH BILANGAN 2

1. 2.

C D

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10. A

LATIHAN PENJODOH BILANGAN 2

1. Ada se _________ itik sedang mencari makan di paya itu . A gerombolan B pasukan C kawan D kelompok

2. Se________ kasuk Tan telah dicuri oleh penagih dadah . A butir B buah C biji D pasang

3. Ayah membeli se________ pisau di pasar raya itu . A bilah B pucuk C ketul D laras

4. Ibu Mei Ling menyuruh anaknya menberikan se________ tikar kepada ayahnya yang duduk di A papan C golong halaman rumah .

B gelung

D gulung

5. Yap membeli se________ anting-anting . A pasang B biji C butir D ketul

6. Daripada se_______ benanglah , lama-lama menjadi se_______ kain . A urat , bidang B helai , gulung C lembar , helai D buku , keping

7. Emak Ali membeli se______ kain batik . A kodi B bungkus C keping D papan

8. Ayah Tai Kwang mempunyai beberapa _______ kereta . A biji B buah C longgok D pasang

9. Beberapa _______ buah jambu telah dimakan olah tupai . A butir B biji C ketul D gugus

10. Se______ pelajar nakal telah menconteng bilik darjah . A kumpulan B pasukan C gerombolan D pasangan

LATIHAN KATA HUBUNG

1. Sebelum tidur,dia minum segelas teh (tetapi,ketika,atau) secawan susu. 2. (Sebelum,Walaupun,Sejak) ke pejabat,dia membaca surat khabar. 3. Roslan akan naik darah (jika,atau,agar) kamu mengganggunya. 4. Dia membasuh tangan (serta,manakala,lalu) bersarapan. 5. Dia tidak sempat menjawab soalan itu (tetapi,sementara,kerana) masa sudah suntuk. 6. Kamu boleh ke situ dengan bas (manakala,atau,sambil) teksi. 7. Mereka membaca buku dengan senyap (melainkan,sebelum,serta) guru

mereka memasuki bilik darjah. 8. Kami membaca buku cerita (manakala,agar,sementara) menunggu bas tiba. 9. (Sungguhpun,Sambil,Tentang) badannya kurang sihat,dia masih pergi bekerja. 10. Bangunan itu akan siap dibina pada bulan ini (dan,atau,serta) bulan depan.

JAWAPAN LATIHAN KATA HUBUNG

1. Sebelum tidur,dia minum segelas teh (tetapi,ketika,atau) secawan susu. 2. (Sebelum,Walaupun,Sejak) ke pejabat,dia membaca surat khabar. 3. Roslan akan naik darah (jika,atau,agar) kamu mengganggunya. 4. Dia membasuh tangan (serta,manakala,lalu) bersarapan. 5. Dia tidak sempat menjawab soalan itu (tetapi,sementara,kerana) masa sudah suntuk. 6.Kamu boleh ke situ dengan bas (manakala,atau,sambil) teksi. 7. Mereka membaca buku dengan senyap (melainkan,sebelum,serta) guru mereka memasuki bilik darjah. 8. Kami membaca buku cerita (manakala,agar,sementara) menunggu bas tiba.

9. (Sungguhpun,Sambil,Tentang) badannya kurang sihat,dia masih pergi bekerja. 10. Bangunan itu akan siap dibina pada bulan ini (dan,atau,serta) bulan depan.

PEMOTONG KAYU YANG JUJUR Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak. Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi....... Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit. Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib... Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"... Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku... "Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini".... Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur. Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan. Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya. Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...

BELALANG
Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu

terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada ramarama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama. Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan. Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan, katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah. Saya akan membawa makanan, kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

Anda mungkin juga menyukai