Anda di halaman 1dari 22

Amali 5: Memahami Trenda Populasi Pengenalan Populasi adalah sekumpulan organisma daripada spesies yang sama, habitat yang

sama dan pada masa yang sama.Pertumbuhan populasi adalah perubahan pada saiz populasi (N) merentas masa.pertumbuhan populasi ini boleh di lihat berdasarkan factor kelahiran, kematian, imigrasi dan emigrasi.Kelahiran bagi sesuatu organisma dapat meningkatkan saiz populasi sesuatu spesies.Setiap spesies mempunyai kadar kelahiran maksimum masing-masing.Kadar kelahiran maksimum adalahkeadaan yang ideal iaitu keperluan asas yang mencukupi.Keadaan ini akan dapat membawa kepada pertumbuhan eksponen.Faktor kematian pula akan mengecilkan saiz populasi dan berlaku apabila keadaan tidak ideal.Faktor-faktor penyebab keadaan ini berlaku adalah kerana persaingan antara sesama spesies dan spesies lain serta jangkitan penyakit.Begitu juga dengan imigrasi penduduk yang menyebabkan pertambahan individu baru manakala penghijrahan keluar penduduk dapat mengurangkan penduduk.Pertumbuhan penduduk yang positif adalah apabila lebih ramai individu yang keluar daripada di tambah dan pertumbuhan sifar apabila dengan jumlah yang sama individu yang bertambah dan di keluarkan.Kajian bagi pertumbuhan populasi bagi organisma yang jangka hayatnya panjang dan pendek menunjukkan trend populasi boleh di lihat berdasarkan lengkungan graf pertumbuhan populasi iaitu graf masa (t) lawan saiz populasi (N).Bentuk lengkungan graf dikawal oleh 3 faktor iaitu : 1) Saiz populasi awal. 2) Faktor pertumbuhan populasi yang mengira kadar pertumbuhan 3) Keupayaan muatan yang menentukan factor persekitaran. Faktor yang mempengaruhi keupayaan muatan ialah bekalan makanan, jangkitan penyakit, persaingan dan pemangsa.

Objektif 1.Untuk menyiasat trend populasi haiwan.

Keputusan Tugasan 1

Tugasan 1: Apakah jenis pertumbuhan populasi yang ditunjukkan oleh populasi badak sumbu, dan mengapakah saiz populasi akhir berbeza? (What type of population growth does the Rhinoceros have, and why are the final population sizes different)

Jadual 1 memberi anggaran populasi untuk dua populasi badak sumbu yang hidup di persekitaran yang sama, untuk 5 selang masa (5 generasi). Selang Masa (t) = generasi Populasi Badak Sumbu A Populasi Badak Sumbu B

Saiz Populasi (N)

Faktor Pertumbuhan (R)

Saiz Populasi (N)

Faktor Pertumbuhan (R)

0 1 2 3 4 5

N0 = 30 58 123 236 484 955 1.9 2.1 1.9 2.0 1.9

N0 = 20 39 82 161 318 643 2.0 2.1 2.0 2.0 2.0

Jadual 1: Populasi Badak Sumbu A dan B

Langkah-langkah:

1.Pertumbuhan populasi diplot dengan menggunakan paksi yang sama.Masa, t sebagai pembolehubah dimanipulasikan pada paksi-X dan saiz populasi , N sebagai pembolehubah yang bergerak balas pada paksi Y. (Graf seperti di lampiran ) 2.Berdasarkan graf, perhatikan apakah jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh populasi badak? Jawapan : Eksponen 3.Faktor pertumbuhan (R) dikira untuk setiap populasi bagi setiap sela masa dan jadual di lengkapkan. Populasi A t1 = 58 /30 =1.9 t2= 123/58 ==2.1 t3=236 /123 =1.9 t4=484/236 =2.0 t5 = 955/484 ==1.9 Populasi B t1= 39/20=2.0 t2=82/39 =2.1 t3=161/82 =2.0 t4=318 /161=2.0 t5=643/318=2.0

4.Hitungkan min geometri bagi factor pertumbuhan untuk kedua-dua populasi. Populasi A R= = = 1.95 Populasi B R= =2.01

Berdasarkan pengiraan min geometri bagi factor pertumbuhan untuk kedua-dua populasi , populasi

B mempunyai factor pertumbuhan yang paling tinggi berbanding populasi B

Soalan Kenapakah terdapat perbezaan dalam saiz populasi antara kedua-dua populasi ini pada selang masa ke lima? Adakah ini di sebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi awal, factor pertumbuhan atau persekitaran? Perbezaan dalam saiz populasi antara kedua-dua populasi pada selang masa 5 adalah di sebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi awal iaitu bagi populasi A, saiz populasi awalnya ialah 30 berbanding populasi B iaitu 20 sahaja.Populasi awal A adalah lebih tinggi daripada B.Oleh itu, factor kelahiran lebih tinggi dan akan menghasilkan ahli baru lebih banyak di populasi badak A

Tugasan 2

Apakah jenis pertumbuhan populasi yang ditunjukkan oleh koala, dan mengapakah saiz populasi akhir berbeza?

Jadual 2 mengandungi anggaran populasi untuk dua populasi koala dalam persekitaran yang sama mengikut 5 selang masa (5 generasi) Selang Masa (t) = generasi Populasi Koala A Populasi Koala B

Saiz populasi (N)

Faktor pertumbuhan (R)

Saiz populasi (N)

Faktor pertumbuhan (R)

0 1 2 3 4 5

N0 = 20 36 63 118 212 375 1.8 1.8 1.9 1.8 1.8

N0 = 20 31 47 66 103 150 1.6 1.5 1.4 1.6 1.5

Jadual 2: Populasi Koala A dan B Langkah-langkah 1.Pertumbuhan populasi diplot dengan menggunakan paksi yang sama.Masa, t sebagai pembolehubah dimanipulasikan pada paksi-X dan saiz populasi , N sebagai pembolehubah yang bergerak balas pada paksi Y. (Graf seperti di lampiran )

2.Apakah jenis pertumbuhan yang di tunjukkan oleh setiap populasi koala. Eksponen atau sigmoid? Jawapan : Graf berbentuk lengkungan eksponen 3.Kira factor pertumbuhan ( R ) untuk setiap populasi bagi setiap sela masa dan lengkapkan jadual 1. Populasi A T1 = 36/20 =1.8 t4=103/66=1.6 T2 = 63/36 =1.8 t5=150/103=1.5 T3 = 118 /63 =1.9 t4= 212/118=1.8 Populasi B t1= 31/20 =1.6

t5 = 375 /212 =1.8

t2=47/31 =1.5

t3=66/ 47 = 1.4

4.Kira min geometri bagi factor pertumbuhan kedua-dua populasi. Populasi A R=


= =1.8

Polpulasi B R= = =1,5

Soalan 1. Kenapakah terdapat perbezaan dalam saiz populasi untuk populasi koala A dan B

pada selang masa 5? Adakah ini disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi awal, faktor pertumbuhan atau persekitaran? Keadaan ini berlaku adalah di sebabkan oleh factor pertumbuhan.Apabila saiz populasi semakin meningkat, ia akan mempengaruhi factor pertumbuhan.populasi koala A dan koala B tinggal di persekitaran yang sama.Populasinya semakin meningkat dari semasa ke semasa.Tetapi di sebabkanpersaingan dari segi keperluan makanan, pasangan hidup dan tempat tinggal, populasi koala yang lebih hebat akan mendominasi persekitaran bagi memastikan pertumbuhannya.maka koala A telah bertambah berbanding koala B>

2. Dalam Jadual 2, jika data untuk populasi koala A didapati sama, tetapi dikutip pada

masa musim hujan, dan data untuk populasi koala B dikutip semasa musim kemarau, mengapakah kedua-dua populasi ini akan menunjukkan perubahan dalam faktor pertumbuhan (R)? (Peringatan faktor pertumbuhan R =Kelahiran Kematian). Perubahan alam sekitar seperti kemarau dan keadaan hujan boleh mempengaruhi populasi sesuatu spesies.Semua factor-faktor tersebut sangat berpengaruh terhadap kelahiran, kematian dan migrasi yang berlaku bagi memenuhi keperluan asas bagi sesuatu individu. Keadaan ini boleh menyebabkan keperluan asas spesies menjadi terhad dan menyebabkan persekitaran menjadi kurang ideal untuk pertumbuhan.Justeru itu keadaan ini akan menyebabkan peningkatan kadar emigrasi dan kematian spesies dan mengurangkan kadar kelahiran dan imigrasi spesies.

Tugasan 3.

Apakah jenis pertumbuhan populasi yang ditunjukkan oleh zebra, dan bagaimanakah keupayaan muatan memberi kesan kepada saiz populasi akhir?

Jadual 3 menunjukkan anggaran saiz populasi untuk dua populasi zebra di dalam persekitaran yang berlainan mengikut sepuluh selang masa (generasi). Selang Masa (t) = generasi Populasi Zebra A Populasi Zebra B

Saiz populasi (N)

Faktor pertumbuhan (R)

Saiz populasi (N)

Faktor pertumbuhan (R)

0 1 2 3 4 5 6 7

N0 = 20 80 230 400 500 550 580 590 4.0 2.9 1.7 1.3 1.1 1.1 1.0

N0 = 20 50 100 220 360 460 520 550 2.5 2.0 2.2 1.6 1.3 1.1 1.1

8 9 10

595 600 600

1.0 1.0 1.0

570 580 600

1.0 1.0 1.0

Jadual 3: Populasi Zebra 1, A dan B

Langkah 1. 1.Pertumbuhan populasi diplot dengan menggunakan paksi yang sama.Masa, t sebagai pembolehubah dimanipulasikan pada paksi-X dan saiz populasi , N sebagai pembolehubah yang bergerak balas pada paksi Y. (Graf seperti di lampiran )

Langkah 2: Apakah jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh setiap populasi zebra: eksponen atau Sigmoid? Jawapan : Graf jenis sigmoid.

Ulang Langkah 3. 3.Kira faktor pertumbuhan ( R ) untuk setiap populasi bagi setiap sela masa dan lengkapkan jadual 3. Populasi A T1=80/20=4.0 t6=520/460=1.1 T2= 230/20=2.9 t6=580/550=1.1 Populasi B t1= 50/20=2.5

t7=590/580=1.0

t2=100/50=2.0

t7=550/520

T3= 400/230=1.7 t8=570/550=1.0 T4=500/400 = 1.3 t9=580/57=1.0 T5= 550/500=1.1 t10=600/580=1.0

t8=595/590=1.0

t3= 220/100=2.2

t9=600/595-1.0

t4 = 360/220=1.6

t10=600/600=1.0

t5 = 460/360=1.3

Langkah 4. Kira min geometri bagi factor pertumbuhan untuk kedua-dua populasi. Populasi A
R= =

=1.41

Populasi B R= R=

= 1.39

Soalan 1: Populasi manakah, A atau B, mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi?

Populasi yang menunjukkan factor pertumbuhan yang paling tinggi ialah populasi A

Soalan 2: Jika faktor pertumbuhan (R) adalah malar? Huraikan sebarang perubahan yang berlaku dalam R. Bagi populasi A, factor pertumbuhan , R semakin berkurangan pada selang masa 1 hingga selang masa 5 dan kemudian tetap antara selang masa ke 5 dan 6 iaitu 1.1.Seterusnya menurun ke 1.0 pada selang masa 7.Faktor pertumbuhan tetap dari selang masa 7 hingga 10 iaitu 1.0.Bagi populasi B, factor pertumbuhan , R semakin berkurangang pada selang masa 1 hingga selang masa 6 dan kemudian tetap antara selang masa ke 6 dan 7 iaitu 1.1.Seterusnya menurun ke 1.0 pada selang masa 8.faktor pertumbuhan tetap dari selang masa 8 hingga 10 iaitu 1.0. Soalan 3: Apakah keupayaan muatan untuk setiap populasi? Keupayaan muatan bagi populasi A dan B adalah sama iaitu 600. Tugasan 4 Bagaimanakah persaingan antara dua populasi zebra mempengaruhi keupayaan muatan?

Jadual 4 menunjukkan anggaran saiz populasi bagi dua populasi dalam lokasi (kawasan) yang sama untuk sepuluh selang masa (generasi). Selang Masa (t) = generasi Populasi Zebra A Populasi Zebra B

Saiz populasi (N)

Faktor pertumbuhan (R)

Saiz populasi (N)

Faktor pertumbuhan (R)

0 1 2

N0 = 20 90 220 4.5 2.4

N0 = 20 50 120 2.5 2.4

3 4 5 6 7 8 9 10

340 410 440 450 450 440 460 450

1.5 1.2 1.1 1.0 1.0 1.0 1.0 1.0

210 260 260 230 200 170 150 150

1.8 1.2 1.0 0.9 0.9 0.9 0.9 1.0

Jadual 4:Populasi zebra 2, A dan B

Langkah 1. 1.Pertumbuhan populasi diplot dengan menggunakan paksi yang sama.Masa, t sebagai pembolehubah dimanipulasikan pada paksi-X dan saiz populasi , N sebagai pembolehubah yang bergerak balas pada paksi Y. (Graf seperti di lampiran )

Langkah 2: Apakah jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh setiap populasi zebra: eksponen atau sigmoid? Jawapan : Graf lengkungan sigmoid Langkah 3. Populasi A T1=90/20=4.5 t6=450/440=1.0 Populasi B t1=50/20=2.5 t6=230/260=0.9

T2=220/90=2.4 T3=340/220=1.5 T4=410/340=1.2 T5=440/410=1.1

t7=450/450=1.0 t8=440/450=1.0 t9=460/440=1.0 t10=450/460=1.0

t2= 120/50-2.4 t3=210/120=1.8 t4= 260/210=1.2 t5=260/260=1.0

t7=200/230=0.9 t8=170/200=0.9 t9=150/170-0.9 t10=150/150=1.0

Langkah 4. Kira min goemetri bagi factor pertumbuhan untuk kedua dua populasi

Populasi A
= =

=1.4

Populasi B = =

= 1.2

Soalan. 1. Populasi manakah A atau B yang menunjukkan factor pertumbuhan yang paling tinggi? Populasi yang menunjukkan factor pertumbuhan yang paling tinggi ialah populasi A.

2. Adakah factor pertumbuhan (R ) malar? Huraikan sebarang perubahan yang berlaku dalam R? Faktor pertumbuhan ( R ) tidak tetap .bagi populasi A, factor pertumbuhan R semakin berkurangan pada selang masa 1 hingga 6 dan kemudian tetap antara selang masa ke 6 hingga 10 iaitu 1.0.bagi populasi B factor pertumbuhan ( R ) semakin berkurangan pada selang masa 1 hingga selang masa 6 dan kemudian tetap antara selang masa ke 6 dan 9 iaitu 0.9. seterusnya menurun ke 1.0 pada selang masa 10.

3. Adakah keupayaan muatan bagi populasi A berubah?Nyatakan mengapa. Keupayaan muatan bagi populasi A berubah kerana berlaku perubahan saiz populasi.Semakin tinggi saiz populasi, semakin besar keupayaan muatan populasi tersebut.

4. Kedua-dua populasi kuda belang mempunyai populasi awal yang sama.mengapakah satu populasi tidak bersaing dengan yang lain?Kenalpasti tiga factor yang mengawal pertumbuhan populasi. Tiga factor yang mengawal pertumbuhan populasi ialah kepelbagaian genetic, persaingan dan kemampuan untuk beradaptasi dengan persekitaran.Selain daripada itu factor pertumbuhan iaitu kadar kelahiran populasi A dan B.Kadar kelahiran populasi A adalah lebih tinggi daripada populasi B.Manakala kadar kematian populasi B adalah lebih tinggi daripada populasi A.Selain daripada itu factor alam sekitar iaitu setiap haiwan bersaing untuk mendapatkan sumber air dan makanan.populasi B kurang berdaya saing daripada populasi A.maka kadar pertumbuhan populasi B adalah lebih rendah daripada populasi A.

5. Jika data di dalam jadual 3 menunjukkan dua populasi yang hidup berasingan dan di dalam jadual 4 menunjukkan dua populasi yang hidup bersama, apakah kesan persaingan bagi R untuk kedua dua populasi kuda belang

Dalam jadual 3, kesan persaingan R untuk populasi kuda belang adalah rendah kerana perbezaan persekitaran kedua-dia populasi.Dalam jadual 4 pula, kesan persaingan bagi R untuk kedua-dua populasi kuda belang adalah tinggi kerana setiap individu bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan keperluan asas yang serupa di kawasan yang sama dimana sumbernya akan menjadi semakin terhad. Oleh yang demikian, bagi jadual 4, pertumbuan populasi A menunjukkan pertumbuhan lebih tinggi daripada populasi B kerana daya saing yang lebih tinggi.

Perbincangan. Pertumbuhan populasi boleh di lihat berdasarkan factor kelahiran, kematian, imigrasi dan emigrasi.Melalui kelahiran sesuatu organisma dapat meningkatkan saiz populasi dan membawa kepada pertumbuhan eksponen.Faktor kematian pula kan mengecilkan saiz populasi dan keadaan menjadi tidak ideal dan membawa kepada pertumbuhan sigmoid. Bagi tugasan yang pertama iaitu kajian mengenai trend populasi badak sumbu yang mengalami pertumbuhan eksponen.Terdapat perbezaan saiz populasi antara kedua-dua populasi pada sela masa ke 5 adalah di sebabkan perbezaan dalam saiz populasi awal bagi populasi A.Apabila populasi awal A lebih tinggi dari B maka factor kelahiran yang tinggi akan menghasilkan ahli baru yang lebih banyak. Tugasan ke dua pula menunjukkan trend populasi dua populasi koala A dan koala B yang membawa kepada pertumbuhan eksponen.Terdapat perbezaan dari segi saiz penduduk bagi kedua-dua populasi koala adalah di sebabkan oleh factor pertumbuhan.Saiz populasi mempengaruhi factor pertumbuhan.Kedua dua koala ini tinggal di persekitaran yang sama dan persaingan telah berlaku untuk mendapatkan keperluan makanan, tempat tinggal dan pasangan hidup.Oleh itu populasi koala yang hebat sahaja akan mendominasi persekitaran.selain daripada itu perubahan alam sekitar juga dapat

mempengaruhi populasi sesuatu spesies;Keadaan ini akan menyebabkan keperluan asas menjadi terhad dan menjurus kepada persekitaran yang kurang ideal.Oleh yang demikian kadar emigrasi dan kematian akan meningkat. Bagi populasi kuda belang pula, pertumbuhan yang di tunjukkan adalah lengkungan sigmoid.Keadaan ini berlaku adalah di sebabkan oleh factor pertumbuhan R yang tidak tetap. Tugasan ke empat pula, pertumbuhan yang di tunjukkan adalah jenis lengkungan sigmoid.daripada pemerhatian di dapati kadar kelahiran populasi A adalah lebih tinggi daripada populasi B manakala kadar kematian populasi B adalah lebih tinggi daripada populasi A.Selain daripada itu factor alam sekitar iaitu haiwan bersaing untuk mendapatkan air dan makanan.Populasi B kurang bersaing daripada populasi A.

Soalan 1.Apakah perbezaan di antara pertumbuhan eksponen dan sigmoid? Pertumbuhan eksponen ialah apabila kadar pertumbhan penduduk berkadar kepada jumlah yan sedia ada.Untuk ini, haiwan memerlukan keadaan yang paling ideal iaitu bekalan sumber kehidupan tanpa had dan berkembang dengan pesat.Kadar pertumbuhan jenis eksponen bermula dengan perlahan dan kemudian menjadi cepat dengan peningkatan penduduk.Populasi dengan pertumbuhan eksponen mempunyai kadar kelahiran yang berterusan dalam satu tempoh masa dan tidak terhalang dengan factor kekurangan makanan dan jangkitan penyakit.Pertumbuhan in tidak mempunyai had. Pertumbuhan sigmoid pula adalah kadar pertumbuhan yang berkadar dengan jumlah yang sedia ada tetapi turut di pengaruhi sumber yang terhad dan persaingan.Pertumbuhan jenis sigmoid bermula dengan pertumbuhan yang tinggi kemudian berkurang kerana terdapat persaingan sesama sendiri pada ruangan yang terhad.Apabila penduduk mencapai keadaan yang seimbang, kadar pertumbuhan adalah sifar.Jika gangguan tidak berlaku, maka nilai penduduk akan kekal malar.

2.Bagaimanakah sesuatu populasi menambah atau mengurangkan individu? Penambahan populasi boleh berlaku melaui peningkatan bagi kadar kelahiran dan imigrasi masuk ke dalam habitat, manakala kehilangan individu bagi populasi tersebut ialah peningkatan bagi kadar kematian dan emigrasi keluar daripada habitat.

3.Apakah ciri-ciri sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar intrinsic yang tinggi ? Kadar intrinsik yang tinggi adalah apabila kadar pertumbuhan pemduduk semakin berkembang di bawah keadaan yang ideal dan tanpa had.Kriterianya ialah proses pembiakan pada umur yang muda, bilangan anak yang di lahirkan bagi setiap kelahiran adalah tinggi dan generasi mudanya dapat memastikan kelangsungan hidup dengan baik di dalam habitat.Ciri-ciri yang lain ialah antibody yang kuat maka tidak mudah dijangkiti oleh penyakit.

4.Apakah factor-faktor persekitaran yang bertindak untuk: (a) menambahkan pertumbuhan populasi Kawasan yang mempunyai ekosistem yang stabil antara ekosistem air dan darat dapat meningkatkan kadar imigrasi dan dapat meningkatkan populasi penduduk.Selaian daripada itu, kadar kelahiran akan meningkat apabila persekitaran ideal kerana penduduk akan berasa selamat untk pembiakan berlaku.

( b ) Penurunan pertumbuhan populasi Gangguan ekosistem seperti bancana alam seperti tanah runtuh, banjir, angin taufan dan gempa bumi adalah salah satu factor penurunan pertumbuhan populasi.Selain daripada itu, pencemaran terhadap air, udara dan tanah yang akan menyebabkan kekurangan tumbuhan hijau sebagai pembekal makanan utama.Penurunan terhadap tahap kesuburan tanah di sebabkan oleh aktiviti manusia juga menjadi factor utama.Oleh itu kadar emigrasi akan meningkat begitu juga dengan kadar kematian.

5.Apakah yang akan berlaku jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan. Kadar kematian akan meningkat sehinggalah saiz populasi kembali stabil.Kadar kelahiran juga akan menurun sehingga kuantiti penduduk kembali stabil.

6.Keupayaan muatan (K) boleh berubah dari satu tahun ke tahun yang lain (rujuk Miller 2001 Rajah 7.5). Pada sesuatu tahun, K adalah tinggi dan pada sesuatu tahun K adalah rendah akibat dari perubahan persekitaran yang tidak dijangkakan. Eksploitasi komersial terhadap populasi seperti penangkapan ikan atau pemburuan rusa bergantung kepada nisbah penangkapan populasi yang diketahui. Sebagai contoh, nelayan komersial diberi lesen untuk menangkap sejumlah ikan (kuota yang ditentukan) dalam setahun. Kuota ini ditentukan dengan membahagikan jumlah biojisim (biomass) atau berat populasi yang sedia ada untuk penangkapan, dengan bilangan nelayan (atau lesen). Dengan itu, mengapakah satu perubahan rawak dalam K dari tahun ke tahun menjadi masalah kepada pengurusan populasi liar yang dieksploitasi secara komersial? Ini adalah kerana pemberian lessen untuk aktiviti pengeksploitasian haiwan ini adalah berdasarkan saiz populasi, semakin besar keupayaan muatan, semakin tinggi saiz populasinya.Maka jika kapasiti muatan adalah rendah, pertumbuhan populasi turut menurun.Jadi pendapatan untuk perdagangan penduduk akan berkurangan kerana pertumbuhan saiz populasi yang mengecil.

6. Kementerian anda telah menjual 10 lesen bagi pemburuan rusa setiap tahun, dan pemburuan komersial rusa adalah berasaskan 20% populasi pada keupayaan muatan (iaitu setiap kuota ialah 2% populasi). Dengan menggunakan kefahaman anda tentang keupayaan muatan dan pertumbuhan populasi, apakah yang anda akan lakukan jika terdapat musim yang baik dan populasi rusa bagi musim akan datang diramalkan akan melebihi keupayaan muatan sebanyak 20%. Jika keadaan ini berlaku, maka kapasiti keupayaan muatannya juga turut meningkat.Namun begitu , rusa adalah haiwan yang semakin berkurang bilangannya dan boleh di kategorikan sebagai haiwan yang terancam.Oleh yang demikian lessen untuk pemburuan rusa masih perlu dikawal pengeluarannya, walaupun kapasiti keupayaan muatannya akan meningkat.Tindakan untuk mengawal keadaan persekitaran yang ideal untuk pertumbuhan juga hendaklah diambil supaya kadar pertumbuhan penduduk semakin meningkat.

Kesimpulan

Bentuk lengkungan graf dikawal oleh 3 faktor iaitu: 1) Saiz populasi awal 2) Faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengira kadar pertumbuhan. 3) Keupayaan muatan (K) yang menentukan factor persekitaran.

RUJUKAN
Biodiversiti-dan-peranannya terhadap keseimbangan Alam sekitar.Diakses pada 27 Mac 2013, .. daripada www.ikim.gov.my/.../7585-biodiversiti-dan-peranannya terhadap keseimbangan Alam sekitar

Biology Graphs:Carrying capacity di akses pada 27 mac 2013 Daripada www.algebralab.org/practice/practice.aspx?file...CarryingCapacity...

Carrying capacity-Sceince definition diakses pada 27 mac 2013 Daripada www.biology-online.org Dictionary

Refleksi Alhamdulillah dengan limpah kurniaNYa, saya memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan sebaiknya.Pada semester ini, SCE 3107 Biodiversiti dan Ekosistem telah menjadi salah satu subjek major.Biodiversiti dan Ekosistem adalah satu kajian tentang kepelbagaian bentuk hidupan di muka bumi ini.Kepelbagaian hidupan ini pula boleh di kelaskan kepada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut ciri-ciri sepunya.Tajuk ini juga memberi pendedahan tentang kajian pertumbuhan haiwan di sesuatu kawasan di samping mengenalpasti proses pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem. Tajuk amali yang termasuk dalam kerja kursus ini ialah amali 2 yang bertajuk Taksonomi dan menjejaki kepelbagaian biologi, amali 4 yang bertajuk mengukur dan membanding kepelbagaian spesies dan amali 5 yang bertajuk memahami trenda populasi. Setelah membaca maklumat-maklumat tugasan yang telah di berikan di samping penerangan daripada Pensyarah, saya telah memulakan tugasan ini dengan menyusun maklumat-maklumat yang di berikan di dalam soalan kepada sub topic agar memudahkan saya untuk mencari maklumat-maklumat yang di perlukan dan bersesuaian dengan arahan tugasan.Saya menyusun proses pengendalian kerja kursus ini kepada tiga peringkat iaitu peringkat pemerolehan ilmu, kedua peringkat penguasaan ilmu dan yang ketiga peringkat pemindahan ilmu. Peringkat pemerolehan ilmu di mulakan dengan mencari dan mengumpul maklumatmaklumat dan sumber rujukan di laman sesawang yang berkaitan.Disamping itu perbincangan dengan rakan-rakan sekelas juga banyak membantu dalam proses saya memperolehi maklumat-maklumat yang berkaitan.Daripada maklumat-maklumat yang telah di kenalpasti dan di kumpulkan , saya telah meneruskan tugasan dengan memindahkan maklumat-maklumat tersebut ke dalam bentuk peta minda yang serba ringkas dan padat .Dalam peringkat ini saya perlu banyak menguasai kemahiran dalam teknologi maklumat ketika menyususun maklumatmaklumat ke dalam bentuk yang lebih sistematik, menarik dan mudah di fahami.Di samping itu juga kemahiran berfikir secara saintifik dan analitik amat di perlukan bagi memindahkan sumber maklumat yang padat ke dalam bentuk yang ringkas dan mudah.Saya juga memerlukan masa yang agak lama juga untuk menyiapkan peta minda bagi tiga tajuk tersebut .Dengan berkat usaha dan ketekunan , saya berjaya menyiapkan peta-peta minda tersebut.Alhamdulillah peta peta minda ini sebenarnya amat sesuai sebagai sumber rujukan ketika menghadapi peperiksaan kelak. Peringkat yang seterusnya ialah penguasaan ilmu.Untuk tugasan ini, saya di kehendaki mengendalikan tiga eksperimen di dalam.Aktiviti banyak di lakukan secara berkumpulan kerana pengendalian eksperimen memerlukan kemahiran pengenalpastian dan pencirian spesies yang agak rumit kerana bilangan spesies yang banyak di samping memerlukan perbincangan kumpulan bagii mengenalpasti dan menamakan spesies.Alhamdulillah kerjasama yang baik dan komitmen yang tinggi daripada ahli-ahli kumpulan telah memudahkan pengendalian eksperimen yang di jalankan dan keputusan eksperimen dapat di perolehi dengan cepat dan tepat.Dalam peringkat ini, banyak kemahiran-kemahiran saintifik yang di aplikasikan di samping

pengetahuan sedia ada detiap ahli kumpulan.Peringkat ini dapat melatih kemahiran saya dalam menjalani eksperimen dan membentuk sifat bercirikan pelajar sains.Melalui aktiviti ini saya dapat mengetahui bagaimana ahli-ahli taksonomi menjalankan tugasan mereka dalam mengendalikan kepelbagaian biodiversity di muka bumi ini.Jelas terbukti di sini ahli taksonomi memerlukan sifat ketekunan, sistematik, bersemangat tinggi , peka dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tentang biodiversity dan ekosistem. Peringkat ketiga ialah pemindahan maklumat.Daripada maklumat-maklumat yang saya perolehi daripada hasil eksperimen yang di jalankan, saya perlu menyiapkan laporan-laporan amali.daripada maklumat tersebut saya telah melengkapkan jadual, membina jadual pengkelasan, menghasilkan graf dan menjawab soalan-soalan yang di berikan di dalam amali tersebut Pelbagai ilmu pengetahuan yang telah dapat saya perolehi mengenai kepelbagaian biodiversity dan ekosistem di sekeling kita.Biodiversiti dan ekosistem hendaklah kita pelihara agar spesies yang wujud tidak pupus.Ini adalah kerana setiap spesies yang wujud memberi sumbangan diantara satu sama lain.Diantara kepentingan biodiversity ialah dalam nilai perubatan, tempat riadah, nilai intrinsic, proses penulinan air, sumber makanan,bahan bakar dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian pelbagai cara yang telah di ambil oleh pihak kerajaan untuk memelihara biodiversity agar tidak terancam dan pupus .Diantaranya ialah dengan menjalankan pemuliharaan in situ dan pemuliharaan ex situ. Pemuliharaan in situ berlaku di habitat semulajadi spesies.Contohnya ialah Hutan Rizab, Hutan Simpan, Taman Negara, Kawasan perlindungan hidupan liar dan lain-lain lagi.Apabila Hutan Simpan atau Taman Negara telah di wartakan maka polisi hendaklah di bina bagi menghadkan aktiviti manusia ke atas kawasan yang dilindungi.Kelebihan pemuliharaan in situ ialah spesies akan mendapat sumber yang sesuai dan akan dapat meneruskan adaptasi terhadap persekitaran mereka.Selain daripada itu spesies mendapat ruang yang lebih besar , populasi pembiakan yang lebih besar di samping dapat menjimatkan .Justeru itu juga melalui pemulihan in situ evolusi akan terus berlaku serta kawasan tersebut dapat di jadikan tempat rekreasi, kawasan tadahan air dan sumber penyelidikan. Pemuliharaan ex situ pula merupakan pemuliharaan terhadap organisma di luar habitat semulajadi mereka.Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan iaitu memelihara germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa kan datang dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini.Pemuliharaan ex situ bagi hidupan liar fauna di jalankan di zoo, aquarium dan program pembiakbakaan kurungan manakala pemuliharaan flora di jalankan di taman botani, arboreta dan bank benih.

Alhamdulillah , akhirnya saya telah dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik walaupun mengambil masa yang agak lama.Pelbagai ilmu dan nilai-nilai moral yang saya perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, diantaranya ialah kita mesti mempunyai semakin yakin diri dan berfikiran positif dalam setiap tugasan yang kita lakukan.seandainya kita berusaha dengan sebaiknya pasti akan mencapai hasil yang kita hajati. Pengurusan masa adalah amat penting bagi menjamin tuntutan tugasan belajar dan tugasan bertugas di sekolah dapat berjalan seiring tanpa ketinggalan mana mana bidang. Jutaan terima kasih juga kepada pensyarah Pn Norisah Bt Mohamed Nor diatas tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang di berikan sepanjang perlaksanaan tugasan ini.Adalah menjadi harapan saya agar tugasan ini menepati dengan kehendak soalan dan dapat di jadikan panduan pada masa kan datang.