Anda di halaman 1dari 24

<KOD KURSUS>

1. PENDAHULUAN

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Surah Al-Hijr,Ayat 9) Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan Allah SWT memberi jaminan bahawa Al-Quran akan tetap terpelihara daripada sebarang perubahan dan akan terus kekal hingga ke hari kiamat. Al-Quran adalah sebuah keajaiban yang luar biasa yang diberikan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Kemudian disebarkan kepada umat yang beriman untuk dijadikan pedoman yang abadi didalam kehidupan. Maka umat Islam sepatutnya sentiasa memelihara Al-Quran, kerana Al-Quran merupakan satu-satunya kitab yang sumbernya dari Allah SWT yang sarat dengan nilai-nilai ilmiah yang dapat dijadikan rujukan manusia dalam pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi. Oleh kerana itu menjadi tanggungjawab umat Islam untuk sentiasa memelihara Al-Quran. Al-Quran yang secara harfiah bererti bacaan yang sempurna merupakan nama pilihan Allah SWT yang sungguh tepat, kerana tiada satu bacaan pun sejak manusia mengenal baca tulis yang dapat menandinginya. Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan penyempurna kitab-kitab samawi sebelumnya dan berfungsi sebagai petunjuk bagi umat manusia serta perbezaan di antara yang haq dan yang batil danjuga merupakan kitab undang-undang hukum yang paling sempurna yang boleh menjawab segala persoalan umat manusia. Tiada satu pun bacaan seperti Al-Quran yang dipelajari bukan hanya dari segi penempatan kata demi kata tetapi juga kandungannya yang tersuratdan tersirat bahkan

memberi kesan yang mendalam oleh pembacanya. Dengan demikian Al-Quran telah terpelihara iaitu tidak ada satu surah, satu ayat atau satu huruf pun yang berubah sejak diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sampai sekarang. Meskipun semua kitab AlQuran terbakar ataupun hilang, ayat-ayat Al-Quran tidak akan ikut hilang kerana Al-Quran telah dihafal oleh ribuan umat muslim di seluruh dunia. 2.PERBEZAAN PEMELIHARAAN AL-QURAN OLEH ALLAH S.W.T. DENGAN KITAB MUQADDAS YANG LAIN. 1

<KOD KURSUS>

Manakala tiga kitab samawi yang lain masing-masing telah diubah penulisannya yang sebenar sehinggakan kitab itu telah diubah segala fakta yang menyebabkan ramai umat manusia terpesong akidahnya daripada ajaran Islam yang telah diperintah melalui kitab-kitab tersebut. Contohnya kitab yang dahulunya dikenali sebagai kitab Injil yang diturukan kepada Nabi Isa, tetapi sekarang kitab itu dikenali sebagai kitab Bible yang menjadi pegangan agama Kristian. Segala arahan mahupun perintah Allah yang ditulis pada kitab tersebut semua telah diubah sesuka hati oleh pihak yang tidak mempercayai bahawa Allah itu adalah tuhan sekalian alam. Apabila terjadinya seperti itu maka wujudlah sebuah lagi kitab yang telah diberi nama Al-Quran yang diturunkan oleh Allah meliputi pelbagai keseluruhan aspek kehidupan di dunia ini mengikut landasan ajaran agama Islam yang sebenar-benarnya sebagai seorang hamba. Justeru itu tidak diizinkan sama sekali orang-orang kafir untuk mengubah mukjizat yang ditinggalkan oleh khatimul anbiya kepada umat manusia di dunia ini, seperti firman Allah Surah Al-Maidah ayat 67 Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang kafir.

Semestinya kaedah penjagaan kitab al-Quran mempunyai perbezaan dengan kitabkitab muqaddas yang lain, ini kerana tiga buah kitab terdahulu yang diturunkan sebelumnya telah berjaya diubah oleh umat manusia yang tidak mempercayai ajaran yang dibawa oleh rasul-rasul mereka. Oleh itu terdapat beberapa kaedah yang menjadikan kitab Al-Quran ini sentiasa dijaga dan dengan keizinan Allah ianya terpelihara sehingga hari kiamat. Diantara perbezaan pemeliharaan kitab Al-Quran dengan kitab muqaddas yang lain diantaranya ialah Namun begitu, berlainan pula dengan ahli kitab yang tidak ada pun yang menghafal Kitab Taurat dan Kitab Injil . Dari segi penjagaan kedua-dua kitab tersebut, mereka hanya membaca tulisan yang telah dibukukan saja. Malah mereka selalu membacanya dengan mata kepala mereka. Namun mereka tidak hafal, oleh kerana itu kedua-duanya sahaja berlaku perubahan. Selain itu, Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab. Sesungguhnya Al-Quran telah diturunkan di dalam Bahasa Arab sejak azali lagi. Hikmah ianya digunakan dalam Bahasa 2

<KOD KURSUS>

Arab telah menunjukkan pemeliharaan terhadap kitab Al-Quran ini oleh Allah SWT itu sendiri. Ini dibuktikan daripada sejarah yang memperakui Bahasa Arab adalah bahasa yang tertua di dunia serta mempunyai kosa kata yang menyeluruh. Justeru itu ianya telah menjadi kepayahan kepada sesiapa yang tidak dapat memahami bahasa arab dengan baik dan secara tidak langsung pemeliharaan itu terjamin kerana umat islam tidak perlu keliru kerana alQuran hanya di turunkan dalam bahasa arab sahaja sepertimana dalam firman Allah : Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.

Kitab Al-Quran juga tidak lari daripada cubaan pengubahannya, tetapi Allah SWT lebih maha mengetahui setiap apa juga yang dilakukannya. Sehingga kini Alhamdulillah ianya masih lagi tetulis dalam Bahasa Arab dan terjemahannya sahaja ditulis dalam penulisan bahasa masing-masing untuk difahami, seperti contoh terjemahan pimpinan Al-Rahman. Dalil pemeliharaan al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab adalah Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul Yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang Yang beriman; dan sebaliknya orang-orang Yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit Yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita Yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya Yang menerangi). mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran AlQuran, tidak ubahnya seperti) orang-orang Yang diseru dari tempat Yang jauh (Tidakkah mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)". Berbanding dengan kitab-kitab yang lain, mereka telah mengubah kitab tersebut dengan bahasa masing-masing dan juga ianya tidak selaras. Ini merupakan perbezaan yang paling ketara diantara Al-Quran dan juga kitab-kitab muqaddas yang lain. ini menunjukkan tidak sepakat diantara mereka.

Selain itu, Al-Quran sentiasa dihafaz. Sesungguhnya menghafaz ayat Al-Quran bukanlah sesuatu perintah yang wajib bagi Allah, tetapi dengan izinnya telah wujud jutaan penghafaz Al-Quran di seluruh dunia. Dengan cara seperti inilah Al-Quran tetap terjaga 3

<KOD KURSUS>

kerana hafalannya tersimpan dalam diri sebahagian umat Islam, dan seandainya seluruh mushaf Al-Quran yang ada di bumi ini hilang atau dibakar ianya tidak akan hilang untuk generasi Al-Quran dimasa hadapan. Bukanlah semua manusia mampu menghafaz kitab AlQuran yang agung ini, tetapi dengan mukjizat yang ada pada kitab Al-Quran itu telah dipermudahkan oleh Allah bagi sesiapa yang ikhlas untuk memelihara kesuciannya.

Ianya berbeza dengan kitab-kitab samawi yang lain, kerana ianya tidak dihafaz oleh umat rasul-rasul yang menerima kitab dari Allah ketika itu. Kemungkinan ketika itu agama islam lebih mementingkan seseorang itu perlu mengenal dan memahami siapa tuhan mereka yang selayaknya untuk disembah. Selain daripada itu juga contohnya kandungan kitab Injil dikatakan empat kali ganda panjang daripada kitab Al-Quran, ini juga memungkinkan tidak ada umat Nabi Isa yang mampu menghafaznya. Kaedah Resam Uthmani adalah salah satu ilmu yang menyebabkan kitab alQuran sehingga ke hari ini terpelihara penulisannya. Resam Uthmani adalah berpunca daripada bimbingan dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w secara langsung dan mengikut sunnah baginda s.a.w. Setiap perkara yang dikhabarkan oleh baginda sudah tentu ia datang daripada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. tidak mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat perintah wahyu daripada Allah berpandukan hadis berikut sebagai sandaran Gunakan dakwat, tajamkan pena, sempurnakan penulisan huruf ba, pisahkan penulisan huruf sin, sempurnakan bulatan pada penulisan huruf mim, perindahkan kalimah Allah, panjangkan sebutan al-Rahmaan, dan lagukan bacaan al- Rahiim, letakkan pena kamu di atas telinga kirimu, maka sesungguhnya ia akan mengingatkan kamu Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan akan mendapat ganjaran kepada yang membacanya. Setiap pembacaan yang mendapat ganjaran ialah pembacaan yang menepati rukun. Ulama bersepakat rukun bacaan Al- Quran ada tiga dan salah satunya ialah menepati salah satu mushaf-mushaf Uthmani sama ada mushaf yang dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau mushaf Imam yang disimpan oleh Saidina Uthman sendiri. Pembacaan yang tidak menepati rukun dikira syaz atau bacaan yang ditolak. Ulama bersepakat tidak mengakui quraniyyat (kequranan) qiraat Syazzat dan lebih jelas qiraat syazzat dianggap sebagai tafsir atau penjelasan terhadap qiraat yang terkenal diakui kesahihannya. Antara keistimewaan sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi keutamaan ialah berkaitan tujuh huruf al-Quran dan ini menjadikannya bertepatan dengan wajah qiraat yang diajarkan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Terdapat banyak hadis berkaitan tujuh 4

<KOD KURSUS>

huruf dan pelbagai pendapat utama mengenai maksudnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tujuh cara bacaan yang merangkumi unsur-unsur berikut; kata nama sama ada iamufrad,muthanna ataujamak dan sama ada iamuzakkar atau muannas, perselisihan pada caraikrab (analisa nahu), perselisihan cara tasrif, perselisihan mendahulu atau mentakhir sesuatu huruf atau kalimah, perselisihan dari segiibdal, perselisihan dari segi menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah sama ada tebal atau nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya. Sekiranya resam Uthmani tidak digunakan dalam penulisan Al-Quran pasti mushaf yang dihasilkan tidak meliputi semua huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu terhad dan sesuai digunakan untuk membaca qiraat mutawattiroh tertentu sahaja dan tidak bagi qiraat-qiraat mutawattiroh yang lain.

Selain daripada itu juga ianya adalah Resam yang bertepatan dengan pembentangan bacaan al-Quran terakhir. Faktor ini juga penting kerana seperti dimaklumi secara pasti melalui sejarah Islam, Rasulullah s.a.w. melakukan semakan terakhir bacaan al-Quran dengan Malaikat Jibril dan Zaid bin Thabit, seorang sahabat yang sangat rapat dengannya turut berada bersamanya. Zaid bin Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpul alQuran oleh dua khulafa Ar Rashidin iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman menulis berdasarkan kepada pembentangan tersebut.

3. HURAIKAN KAEDAH PENJAGAAN DAN PEMELIHARAAN AL-QURAN PADA MASA KINI

Pemeliharaan Al-Quran telah dilakukan oleh para sahabat yang telah menghafaz di zaman Rasulullah SAW. Selain itu, pengumpulan berupa mushaf atau lembaran-lembaran pada masa Khalifah Abu Bakar dan penulisannya pada masa UsmanBin Affan memberi banyak manfaat pada masa sekarang ini iaitu terpeliharanya keaslian Al-Quran. Sekiranya ayat-ayat Al-Quran sehingga kini masih di atas pelepah tamar atau lain-lain, maka sudah tentu pelepah tamar tersebut lama kelamaan akan lapuk dan hancur serta bercerai berai. Demikian pula yang dihafal oleh para sahabat akan hilang seiring dengan wafatnya sahabat yang menghafal Al-Quran ketika di medan perang. Ada beberapa manfaat yang dapat diambil oleh umat manusia dengan terpeliranya Al-Quran iaitu Al-Quran menjadi satu-satunya kitab suci yang sama sekali keluarannya tidak pernah mengalami perubahan. Apa yang dibaca dari

<KOD KURSUS>

isi Al-Quran sekarang adalah sama dengan apa yang dibaca oleh para sahabat pada empat belas abad yang lalu. Selain itu, terpelihara keluaran Al-Quran menjadikannya sebagai sumber pertama ajaran Islam yang mengandungi nilai-nilai ajaran yang bersifat global, universal, dan

mendalam kerana itu perlu penjelasan yang lebih lanjut. Di sinilah pentingnya peranan tafsir Al-Quran yang menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai apa yang dimaksud dalam AlQuran. Al-Quran juga menjadi al-furqan yang bererti pembeza. Dengan membaca dan memahami Al-Quran, orang dapat membezakan dan memisahkan diantara yang hak dan yang batil. Selain itu Al-Quran juga menjadi Az-Zikra, iaitu peringatan yang mengingatkan manusia akan kedudukannya sebagai makhluk Allah yang memiliki tanggung jawab.

Oleh itu, dengan terpeliharanya keaslian keluaran Al-Quran menjadikannya sebagai sumber ilmu pengetahuan. Di dalamnya terdapat berbagai petunjuk yang tersurat dan tersirat yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Isyarat-isyarat ilmiah Al-Quran ternyata dapat dibuktikan kebenarannya oleh ilmuan pada zaman moden ini. Pemeliharaan Al-Quran tersebut di atas tidak mungkin dapat tercapai seandainya al-Quran tidak dijaga keaslian sejak dari turunnya sampai sekarang. Oleh kerana itu, telah menjadi tanggaung jawab setiap umat Islam untuk sentiasa menghafal, memahami dan mengkaji isi Al-Quran. Proses awal pemeliharaan Al-Quran telah dilakukan pada Masa Nabi Muhammad SAW lagi. Pemeliharaan Al-Quran pada masa Rasulullah SAW terbahagi kepada dua cara aatau kategori iaitu pemeliharaan Al-Quran didalam dada dan pemeliharaan Al-Quran dengan tulisan. Pemeliharaan Al-Quran didalam dada sering juga disebut hifzuhu atau menghafalnyaan yang dilakukan di dalam hati. Keadaan masyarakat arab pada ketika itu yang hidup pada masa turunnya Al-Quran adalah masyarakat yang tidak tahu membaca tulisan kerana itu satu-satunya mereka iaitu dengan hafalan. Mereka juga dikenal sebagai masyarakat yang sederhana dan bersahaja. Kesederhanaan ini yang membuat mereka

memiliki masa lapang yang cukup untuk digunakan untuk menambah ketajaman pemikiran dan hafalan. Masyarakat arab waktu itu sangat cenderung dan menghargai kesusasteraan serta mereka membuat ratusan ribu syair kemudian dihafalnya. Bahkan mereka juga melakukan perlumbaan dan pertandingan dalam bidang ini pada waktu-waktu tertentu. Tetapi ketika AlAl-Quran datang dengan lenggok bahasa yang sangat memukau dan isyarat ilmiah yang 6

<KOD KURSUS>

mantap serta keseimbangan bahasa yang jelas dan juga mampu mengalahkan syair-syairnya, sehingga mereka mengalihkan perhatian kepada kitab yang mulia ini dengan sepenuh hati dan menghafal ayat-ayat kemudian secara perlahan-lahan mereka meninggalkan syair-syairnya kerana telah menemukan cahaya kehidupan dalam Al-Quran. Al-Quran diturunkan kepada Nabi yang ummi atau tidak tahu membaca, maka secara langsung untuk memelihara apa yang yang diwahyukan kepadanya haruslah di hafal. Usaha keras Nabi Muhammad SAW untuk menghafal Al-Quran terbukti setiap malam beliau

membaca Al-Quran dalam solat sebagai ibadah untuk merenungkan maknanya. Rasulullah sangat ingin segera menguasai Al-Quran yang diwahyukan kepadanya belum selesai

Malaikat Jibril membacakan ayatnya, beliau sudah menggerakkan lidahnya untuk menghafal apa yang sedang diturunkan, kerana takut apa yang turun itu terlewat sehingga Allah SWT menurunkan firman-Nya sebagaimana yang terdapat dalam Surah Al-Qiyamah dalam ayat yang ke 16-19 yang bermaksud Janganlah kamu menggerakkan lidahmu untuk membaca Al-Quran kerana hendak cepat-cepat menguasainya. Sesungguhnya atas tanggungan kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila kami telah selesai mebacakannya, maka ikutilah bacaannya itu. Kemudian atas tanggungna kamilah penjelasannya.

Ayat di atas memperkatakan janganlah engkau wahai Nabi Muhammad SAW menggerakkan lidahmu untuk membacanya sebelum Malaikat Jibril selesai membacakannya kepadamu, jangan sampai engkau tidak menghafalnya atau melupakan satu bahagian darinya. Allah SWT melarang tergesa-gesa agar tidak terjerumus ke dalam pelanggaran. Kata Jamahu (penghimpunannya) dari ayat diatas bermakna penghafalannya. Oleh sebab itu, orang-orang yang hafal Al-Quran disebut Jummaul Quran atau Huffadzul Quran. Makna selain dari Jamahu adalah penulisan seluruh Al-Quran. Nabi Muhammad SAW setelah menerima wahyu secara langsung terus

menyampaikan wahyu tersebut kepada para sahabatnya yang sesuai dengan hafalan Nabi, tidak kurang dan tidak lebih. Sehingga sahabat telah banyak kali yang menghafal Al-Quran. Manna Khlil Al-Qattan mengutip hadits dari kitab sahih Buhari bahawa ada tujuh hafiz di zaman Rasulullah iaitu Abdullah Bin Masud, Salim bin Maqal, Muadz bin Jabal, Ubai Bin Kaab, Zaid bin Tsabit, Abu Zaid bin Zakan, dan Abu Darda. Menyebut tentang tujuh orang para hafiz di atas bukan bererti pembatasan, kerana beberapa keterangan di dalam kitab-kitab 7

<KOD KURSUS>

sejarah menunjukkan bahawa para sahabat berlumba-lumba untuk menghafalkan Al-Quran dan mereka memerintahkan anak-anak dan isteri-isteri mereka untuk menghafalkannya juga. Mereka membacanya dalam solat sehingga alunan suaranya seperti suara lebah. Cara yang kedua untuk memelihara Al-Quran iailah dengan cara penulisan.Walaupun Nabi Muhammad SAW dan para sahabat menghafal ayat-ayat Al-Quran secara keseluruhan, namun untuk menjamin terpeliharanya wahyu Ilahi, Beliau tidak hanya mengandaikan dengan hanya hafalan sahaja , tetapi jugadengan cara mpenulisan atau tulisan. Sejarah mencatatkan bahawa setiap ayat yang diturunkan Nabi Muhammad SAW lalu memanggil sahabat-sahabat yang dikenali dan juga pandai menulis. Rasulullah mengangkat beberapa orang penulis (kuttab) wahyu seperti Ali, Muawiyah, Ubay bin Kaab dan Zaid bin Tsabit. Ayat-ayat Al-Quran tersebut dituli oleh mereka di pelepah-pelepah kurma, batu, kulit-kulit atau tulang-tulang binatang. Sebahagian sahabat ada juga yang menuliskan ayat-ayat tersebut secara pribadi. Namun kerana keterbatasan alat tulis dan tidak kemampuan pada ketika itu menyebabkan ianya satu batasan untuk melaku penulisan tersebut Selain itu, bukti yang menunjukkan bahawa Penulisan Al-Quran telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW dikemukkan oleh Ibrahim al-Abyari, tentang sekelumit para sejarah Umar Bin Khattab ketika mendapat informasi atau maklumat bahawa saudaranya masuk Islam, lalu ia sangat marah kepada adiknya setelah ditemuinya sedang membaca Al-Quran. Namun ketika Umar telah reda marahnya, ia melihat lembaran-lembaran di sudut rumahnya yang di dalamnya terdapat tulisan ayat-ayat Al-Quran. Kemudian Umar masuk Islam setelah mendapatkan kalimah-kalimah yang mengandungi mukjizat yang bukan perkataan manusia. Daripada beberapa pernyataan tersebut, maka jelaslah bahawa sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi telah berlakunya pengumpulan Al-Quran yang telah dilakukan dengan dua cara iaitu menghafalnya dalam hati dan menulisnya di atas pelbagai jenis bahan yang ada pada saat itu. Meskipun Al-Quran pada saat itu belum tertulis dalam lembaran yang berbentuk mushaf sebagaimana sekarang, tetapi ini cukup menjadi bukti bahawa sudah ada penulisan Al-Quran pada Zaman Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa pemeliharaan AlQuran di masa pembukuan pertama.

Pada zaman sahabat nabi iaitu Saidina Abu Bakar, terdapat satu tragedi berdarah di peperangan Yamamah yang menggugurkan 70 orang sahabat yang hafidz Al-Quran dicermati secara kritis oleh Saidina Umar bin Khattab, sehingga muncullah idea yang bijaksana dari 8

<KOD KURSUS>

beliau dengan mengusulkan kepada Saidina Abu Bakar agar segera mengumpulkan tulisantulisan Al-Quran yang pernah ditulis pada masa Rasulullah SAW. Abu Bakar keberatan dengan usul Saidina Umar, dengan alasan belum pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW tetapi akhirnya Saidina Umar berhasil meyakinkannya sehingga terbentuklah sebuah kumpulan yang dipimpin oleh Zaid bin Tsabit dalam rangka merealisasikan mandat dan tugas suci tersebut. Saidina Abu Bakar memilih Zaid mengingatkan tentang kedudukannya dalam qiraat, penulisan, pemahaman, dan kecerdasannya serta dia juga hadir pada saat Al-Quran dibacakan oleh Rasulullah terakhir kalinya. Zaid bin Tsabit melaksanakan tugas yang berat dan mulia tersebut dengan berhati-hati di bawah petunjuk Saidina Abu Bakar dan Umar. Sumber utama penulisan tersebut adalah ayat-ayat Al-Quran yang dihafal oleh para sahabat dan yang ditulis atau dicatat di hadapan Nabi. Di samping itu, untuk lebih mengetahui sekiranya catatan yang berisi ayat Al-Quran benar-benar berasal dari Nabi Muhammad SAW, maka harus membawa dua orang saksi yang adil. Dalam pembentangan waktu kerja kumpulan tersebut, Zaid mengalami kesulitan iaitu tidak menemukan naskah mengenai Ayat 128 dari Surat At-Taubah. Ayat tersebut dihafal oleh kebanyakkan sahabat termasuk Zaid sendiri, namun tidak ditemukan dalam bentuk tulisan. Kesulitan itu berakhir ketika naskah dari ayat tersebut ditemukan ditangan seorang yang bernama Abu Khuzaimah Al-Anshari. Hasil kerja yang berbentuk mushaf Al-Quran yang disimpan oleh Abu Bakar

sehingga akhir hayatnya. Setelah itu, ianya berpindah ketangan Umar bin Khattab. Sepeninggal Umar , mushaf di ambil oleh hafsah binti Umar. Dari sejarah di atas diketahui bahawa Abu Bakar yang memerintahkan pengumpulan pertama yang menghimpunkan AlQuran. Umar bin Khattabmerupakan pencetus idea yang sangat bernas, serta Zaid bin Tsabit adalah sumber utama yang melakukan kerja penulisan Al-Quran secara utuh dan sekaligus menghimpunnya dalam bentuk mushaf. Pemeliharaan Al-Quran dimasa Abu Bakar dinamakan pengumpulan yang kedua. Pada masa pemerintahan Saidina Usman, Wilayah Negara Islam telah meluas sehingga ke Tripoli Barat, Armenia dan Azarbaijan. Pada waktu itu Islam sudah masuk ke Wilayah Afrika, Syiriah dan Persia. Para hafidz pun tersebar, sehingga menimbulkan persoalan baru, iaitu silang pendapat mengenai qiraat Al-Quran. Ketika terjadi perang

Armenia dan Azarbaijan diantara orang yang telah mengikut serta menyerbu kedua kota tersebut adalah Khuzaifah Bin Al-Yaman. Ia menemukan banyak perbezaan didalam cara9

<KOD KURSUS>

cara membaca Al-Quran, bahkan sebahagian qiraat itu bercampur dengan kesalahan. Masingmasing mempertahankan bacaannya serta menetang setiap bacaaan yang tidak berasal dari gurunya. Melihat kedaan yang memprihatin ini, Khuzaifah segera melaporkan kepada Saidina Usman tentang sesuatu yang telah dilihatnya. Saidina Usman segara mengundang para sahabat bermusyawarah mencari jalan keluar dari masalah tersebut. Akhirnya, tercapa suatu kesepakatan agar Mushaf Abu Bakar disalin kembali menjadi beberapa mushaf untuk dijadikan rujukan apabila terjadi perselisihan tentang cara membaca Al-Quran. Untuk melaksanakan tugas tersebut, Saidina Usman memperkenalkan satu kumpulanyang terdiri dari empat orang sahabat, iaitu Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Haris bin Hisyam. Hasil kerja tersebut mewujudkan empat mushaf Al-Quran yang sama. Tiga

diantaranya dikirimkan ke Syam, Kufah dan Basrah manakala satu mushaf lagi ditinggalkan di Madinah untuk pegangan khalifah yang kemudian dikenalkan dengan Al-Mushaf Al-Imam supaya persoalan berlainan pendapat mengenai bacaan dapat diselesaikan dengan pantas maka Saidina Usman memerintahkan semua mushaf yang berbeza untuk dibakar. Dengan usaha tersebut, Saidina Usman telah berjaya menghasilkannya untuk menghindarkan timbulnya fitnah dan mengikis sumber perselisihan serta menjaga Al-Quran dari perubahan dan penyimpangan sepanjang zaman. Mushaf yang ditulis dimasa Saidina Usman inilah yang telah menjadi rujukan sampai sekarang.

Sejarah Al-Quran demikian jelas sejak turunnya sehingga sekarang dan dibaca oleh kaum muslimin sejak dahulu sehingga sekarang. Namun sehingga kini, Al-Quran sangat terbukti keasliannya. Al-Quran membuktikan ianya sebagai firman Allah. Dengan demikian apa yang dibaca sebagai Al-Quran pada hari ini tidak berbeza sedikit pun dengan apa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW pada empat belas abad yang lalu. Terpeliharanya keaslian keluaran atau penerbitan Al-Quran tersebut tidak lain kerana andil dari Rasulullah SAW dan para sahabatnya serta segenap umat Islam yang lain. Meskipun Al-Quran telah dibukukan pada masa Usman bin Affan dan semua umat Islam menyakini bahawa di dalamnya tidak ada perubahan sedikit pun sejak diturunkan kepada Rasulullah SAW. Pada 14 abad yang lalu, namun masih ada yang meragukan keaslian Al-Quran. Di antara mereka ada yang mencuba melakukan iaitu perubahan terhadap isi Al-Quran dengan mengubah sebahagian teksnya, serta melakukan 10

<KOD KURSUS>

iaitu dengan mengubah satu huruf yang mirip seperti diubah menjadi sehingga berubah erti serta maknanya. Usaha-usaha segelintir kaum tersebut ini tidak pernah

mengalami keberhasilan kerana terdapat ramai umat Islam yang menghafal Al-Quran, sehingga tidak berlaku perubahan sedikit pun penerbitan Al-Quran. Kerana usaha tersebut tidak berhasil, maka mereka mencuba cara lain dengan melakukan iaitu melakukan penafsiran yang tidak bersesuaian dengan makna yang sebenarnya. Apa tah lagi terdapat banyak kisah israiliyyat yang merasuki penafsiran al-Quran. Kisah dan dongeng yang disusupkan dalam tafsir dan hadits yang pada asalnya diriwayatankan kembali kepada sumbernya iaitu Yahudi, Nashrani dan yang lainnya. Cerita-cerita yang sengaja diseludupkan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir dan hadits tersebut sama sekali tidak dijumpai dasarnya dalam sumber-sumber lama. Mufassir atau para pentafsir dituntut untuk memperhatikan setiap pengertian dan keserasian makna yang ditunjuk oleh penerbit Al-Quran. Di samping itu mufassir harus memelihara dan memperhatikan semua kebenaran makna yang terkandung dalam keluaran ayat, serta makna lain yang mengarah kepadanya, iaitu makna atau maksud yang tidak terjangkau oleh penyebutan keluaran ayat, tetapi kebenarnnya.

Menurut para ulama, seseorang yang hendak mentafsir ayat Al-Quran, mereka hendaklah terlebih dahulu mencari tafsir ayat tersebut di dalam Al-Quran itu sendiri, kerana kerap kali terdapat ayat-ayat itu bersifat global di sesetengah tempat, sedangkan penjelasannya terdapat di tempat lain (ayat lain) dan kadang kala ayat itu bersifat ringkas di suatu tempat, dan penjelasannya ditemukan di tempat lain (ayat lain). Lantaran,, yang lebih mengetahui makna Al-Quran secara tepat hanyalah Allah. Jika tidak sudah tentu ada ayat yang dapat dijadikan tafsir bagi ayat itu, hendaklah terlebih dahulu memeriksa hadis-hadis Nabi. Kerana sunnah merupakan penjelasan makna ayat Al-Quran. Jika tidak menemukan di dalam sunnah itu hendaklah merujuk kepada perkataan sahabat, sesungguhnya mereka lebih tahu mengenai hal itu lantaran mereka mendengarnya sendiri dari mulut Rasulullah dan menyaksikan sebabsebab turunnya ayat tersebut dan suasana yang meliputi ketika turunnya, mereka juga memiliki pemahaman bahasa Arab yang benar, ilmu yang benar dan amalan-amalan soleh. Dalam hal tersebut di atas, maka pemeliharaan Al-Quran tidaklah berhenti sampai di situ, melainkan umat Islam di masa sekarang haruslah sentiasa memelihara dan menjaga kesohehan Al-Quran dengan cara berusaha menghafal, mempelajari dan mengkaji Al-Quran. Bukan setakat itu sahaja, hendaklah memahami makna yang sebenarnya secara tersureat dan juga tersirat berdasarkan kaedah tafsir, sehingga setiap perubahan isi Al-Quran sekiranya 11

<KOD KURSUS>

terdapat perubahan untuk pentafsiran yang tidak sesuai dengan makna yang sebenarnya dapat diketahui. Dengan mengetahui secara mendalam tentang pengumpulan Al-Quran, kita

jugadapat memeliharanya dengan cara menghafal dan memahami maknanya, maka kita akan menjadikannya pedoman hidup yang diyakini kebenarannya kerana sebuah kitab suci harus dipertanggung jawabkan kesohehannya sehingga boleh dianggap sebagai kitab suci. Untuk membuktikan kesohehan sebuah kitab suci, salah satu caranya adalah dengan mengetahui sejarah turun ataupun cara pengumpulannya serta mengetahui usaha-usaha para sahabat setelah Rasululllah SAW wafat, dalam memelihara dan melestarikan Al-Quran.

Apabila memikirkan tentang kaedah penjagaan Al-Quran pada masa kini amatlah membimbangkan sekali kerana terdapat anasir-anasir jahat yang ingin memusnahkan keaslian Al-Quran sejak zaman dahulu kala lagi. Apabila perubahan zaman berlaku, teknologi juga sentiasa mengalami perubahan globalisasi yang begitu pantas dalam kehidupan hidup manusia seharian.Ini disebabkan lahirnya sistem teknologi cangih yang membolehkan fakta sebenar berkaitan Al-Quran diubah suai tanpa ada kebenaran pihak-pihak tertentu, terutamnya internet yang membolehkan seseorang itu mendapatkan maklumat berkaitan makna atau maksud Al-Quran dengan begitu mudah sekali. Sebagai contoh, dengan hanya dengan menggunakan hujung jari sahaja sudah terpapar makna Al-Quran yang dicari di skrin komputer anda. Tetapi alangkah hebatnya tidak ada sepotong ayat mengalami perubahan mahupun penambahan tatkala dunia mengalami perubahan teknologi globalisasi yang begitu canggih masa kini. Keselamatan maklumat yang terdapat di internet bila-bila masa boleh diubah faktanya tanpa mampu diperiksa oleh pihak-pihak yang telah dipertanggungjawabkan. Oleh itu, terdapat pelbagai kaedah telah disepakati oleh pembesar atau ketua agama bagi sesebuah negara untuk memelihara kesucian kitab Al-Quran di zaman yang serba moden Walau bagaimanapun teknologi yang canggih juga dapat membantu kita mempercepatkan, memudahkan dan juga menggalakkan seseorang itu untuk berdamping dengan kitab AlQuran setiap masa. Contohnya Al-Quran digital, mp3 alunan bacaan al-quran, DVD/VCD dan perisian komputer, ini kerana ianya mudah disimpan dan dibawa, berbeza dengan naskhah Al-Quran yang ditulis di atas kertas dan dijilidkan kerana fizikalnya mudah terkoyak dan sensitif apabila terlalu lama digunakan. Untuk memastikan kecanggihan teknologi itu benar terpelihara, terdapat badan-badan yang bertanggungjawab sentiasa bersedia meneliti

12

<KOD KURSUS>

sesuatu bahan itu adalah tulen dan seterusnya mendapat lesen untuk dikeluarkan kepada orang ramai. Penguatkuasa undang-undung juga diwujudkan bertujuan untuk mengawal pencetakkan Al-Quran. Untuk tidak mengelirukan umat Islam terhadap penulisan kitab AlQuran ini, kerajaan arab Saudi telah menubuhkan Mujammik Al-Madinah AlMunawwarah yang berfungsi untuk mengurus pencetakan mashaf Al-Quran. Penubuhan ini adalah perlu memandangkan setelah percetakan Al-Quran tersebar luas dalam bentuk perniagaan dan bukan perniagaan, didapati para penerbit dan pencetak kurang memberikan perhatian dalam usaha memelihara, mengawal, meneliti, mentashih dan mengulang semak Al-Quran. Sehubungan dengan itu penubuhan Mujammik ini adalah bertepatan bagi memastikan Al-Quran dicetak dengan sempurna dan terpelihara. Ini merupakan satu langkah yang sangat bijak dan juda ini merupakan cara yang paling tepat untuk memeliharan keluran dan penerbitan Al-Quran. Pelaksanaan ini telah dipertanggungjawabkan kepada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Al-Quran Universiti Islam Madinah. Sesungguhnya mengikut fakta yang telah diberikan, semakan telah dikhatamkan lebih dari dua ratus kali ketika dibuat semakan sebelum dicetak dan telah dibaca dengan lambat nas-nas Al-Quran, ayat-ayat, kalimah-kalimah, bahkan huruf demi huruf, harakat demi harakat disamping penelitian terhadap istilah dan simbol yang didapati dalam Al-Quran. Begitulah telitinya sebelum ianya akan diterima pakai oleh Negaranegara Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai pegangan utama kepimpinan mereka.

Selain itu, Malaysia telah menubuhkan banyak sekolah-sekolah dan institusi yang menawarkan program yang menggunakan Al-Quran sabagai sumber yang utama. Bukan sahaja Malaysia, malah setiap negara yang mempunyai masyarakat yang majoritinya muslim dan juga musimahS seperti Indonesia, Mesir dan sebagainya banyak menubuhkan dan membina sekolah-sekolah dan insitusi-institusi seperti madrasah dan sekolah tahfiz yang banyak melahirkan hafiz dan juga hafizah iaitu mereka yang menghafaz Al-Quran. Ini merupakan juga salah satu cara bagaimana masyarakat zaman sekarang memelihara Al-Quran itu sendiri walaupun terdapat pelbagai teknologi yang memudahkan untuk masyarakat membaca Al-Quran. Bacaan Al-Quran juga telah diajar dengan menggunakan pelbagai cara sebagai contoh telah diajar taranum bagi menyedapkan lagi bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Ini juga merupakan salah satu cara untuk memelihara Al-Quran.

13

<KOD KURSUS>

PERBEZAAN PEMELIHARAAN AL-QURAN OLEH ALLAH S.W.T. DENGAN KITAB MUQADDAS YANG LAIN

1.Pemeliharaan Al-Quran melalui kaedah hafazan.

Fbhsfhst (PD MSA SKRG) Ada sebuah janji di dalam Al-Quran bahwa Allah s.w.t. akan memelihara Islam saat menghadapi bahaya dan percobaan seperti diungkapkan dalam ayat:

Sesungguhnya Kami-lah yang telah menurunkan peringatan ini dan sesungguhnya Kami-lah pemeliharanya. (S.15 Al-Hijr:10).

Sesuai dengan janji tersebut maka Allah yang Maha Perkasa akan menjaga Firman-Nya dengan empat cara. Pertama, melalui daya ingat mereka yang telah menghafal keseluruhan Al-Quran sehingga keutuhan teks dan urutannya tetap terjaga.

Pada setiap zaman terdapat ratusan ribu orang yang menghafalkan Al-Quran di luar kepala dimana jika ada yang menanyakan satu kata saja, mereka ini dapat mentilawatkan kalimatnya. Melalui cara ini Al-Quran dipelihara terhadap penyimpangan verbal sepanjang masa. Kedua, melalui ulama-ulama akbar di setiap zaman yang memperoleh pemahaman Al14

<KOD KURSUS>

Quran, dimana mereka ini menafsirkan Al-Quran dengan bantuan Hadits, sehingga dengan cara tersebut Firman Tuhan terpelihara dari penyimpangan penafsiran dan arti. Ketiga, melalui para cendekiawan yang mengungkapkan ajaran Al-Quran berdasarkan logika dan dengan demikian memeliharanya terhadap serangan dari para filosof yang berpandangan cupat. Keempat, melalui mereka yang mendapat karunia keruhanian dimana mereka di setiap zaman menjaga Firman Suci Tuhan terhadap serangan-serangan dari mereka yang menyangkal mukjizat dan wawasan keruhanian. (Ayyamus Sulh, Qadian, Ziaul Islam Press, 1899; sekarang dicetak dalam Ruhani Khazain, vol. 14, hal. 288, London, 1984). * * *

Jangan sampai umat Islam berpandangan bahwa turunnya wahyu dimulai dengan kedatangan Nabi Adam a.s. dan telah berakhir dengan selesainya penugasan Hadzrat Rasulullah s.a.w. sehingga setelah beliau lalu dianggap wahyu Ilahi tidak ada lagi. Janganlah kita mempunyai keyakinan seperti bangsa Hindu yang berpendapat bahwa Firman Tuhan hanya terbatas kepada apa yang sudah disampaikan-Nya saja. Sejalan dengan aqidah Islam, yang namanya firman, pengetahuan dan kebijakan-Nya, sebagaimana juga Wujud-Nya, adalah bersifat tidak terbatas. Allah yang Maha Agung berfirman: Katakanlah: Sekiranya setiap lautan menjadi tinta untuk menuliskan kalimat-kalimat Tuhan-ku, niscayalah lautan itu akan habis sebelum kalimat-kalimat Tuhan-ku habis, sekalipun Kami datangkan sebanyak itu lagi sebagai bantuan tambahan. (S.18 AlKahf:110). Kami memahami telah berhentinya wahyu Ilahi turun ke bumi dalam pengertian bahwa karena yang telah diturunkan berupa Al-Quran sudah sangat lengkap guna memperbaiki kondisi umat manusia maka tidak akan ada lagi kaidah baru. Pada saat diturunkannya AlQuran tersebut, segala hal yang berkaitan dengan akhlak, aqidah dan perilaku manusia sudah rusak sama sekali dimana segala bentuk penyimpangan dan kejahatan telah mencapai puncaknya. Karena itulah ajaran yang dibawa Al-Quran bersifat sangat komprehensif. Dalam pengertian inilah dikatakan bahwa kaidah yang dikemukakan Al-Quran bersifat sempurna dan terakhir atau final, sedangkan kaidah yang dibawa oleh Kitab-kitab suci terdahulu itu tidak lengkap karena tingkat kejahatan manusia di masanya belum mencapai klimaks sebagaimana saat diturunkannya Al-Quran. Perbedaan di antara Al-Quran dengan Kitab-kitab yang diwahyukan lainnya adalah meskipun Kitab-kitab itu dipelihara dengan segala cara, tetapi karena ajaran yang dibawanya tidak sempurna maka masih diperlukan diwahyukannya Al-Quran sebagai ajaran yang paling sempurna. Hanya saja tidak akan ada lagi Kitab lain yang akan diwahyukan setelah 15

<KOD KURSUS>

Al-Quran karena tidak ada sesuatu yang bisa melampaui apa yang namanya kesempurnaan. Bilamana diandaikan bahwa prinsip-prinsip hakiki dari Al-Quran bisa disesatkan seperti halnya Veda dan Injil dimana manusia menciptakan sekutu bagi Tuhan-nya serta ajaran Ketauhidan Ilahi diselewengkan dan disesatkan sehingga berjuta-juta umat Islam lalu mengikuti syirik dan menjadi penyembah makhluk, maka dalam keadaan seperti itu bisa jadi perlu diwahyukan syariat baru dan diutus seorang Rasul baru. Namun perandaian seperti ini jelas tidak masuk akal. Penyesatan ajaran Al-Quran tidak mungkin terjadi kerana Allah yang Maha pemeliharanya. Agung (S.15 telah berfirman: Al-Hijr:10). Sesungguhnya Kami-lah yang telah menurunkan peringatan ini dan sesungguhnya Kami-lah

Kebenaran daripada nubuatan ini telah dibuktikan sepanjang sejarah selama 1300 tahun terakhir. Sejauh ini tidak ada ajaran pagan atau penyembahan berhala bisa berhasil menyusup ke dalam Al-Quran sebagaimana yang terjadi pada Kitab-kitab suci lainnya. Pikiran waras pun tidak bisa membayangkan bahwa hal seperti itu dapat terjadi. Berjuta-juta umat Islam telah menghafalkan Al-Quran di luar kepala dan terdapat ribuan buku tafsir yang akan menjaga arti dan pengertiannya. Ayat-ayatnya ditilawatkan dalam shalat lima kali sehari dan Kitab ini dibaca orang setiap hari. Kitab ini dicetak di semua negeri-negeri di dunia dalam jumlah jutaan buku dimana ajarannya karena diketahui oleh setiap orang sehingga kita pun menyadari secara pasti bahwa adanya perubahan atau penyimpangan dalam ayat-ayat AlQuran merupakan suatu hal yang sama sekali tidak mungkin terjadi. (Barahin Ahmadiyah, sekarang dicetak dalam Ruhani Khazain, vol. 1, hal. 100-102, London, 1984).

4. INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

Penubuhan Darul Quran bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian Al-Quran di Malaysia. Hasrat ini telah dinyatakan sewaktu perasmian Masjid Negara di mana idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Al-

16

<KOD KURSUS>

Quran yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar, AlMarhum Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara tersebut. Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Dengan penubuhan tersebut, maka bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz Al-Quran di Dewan Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac 1966 dengan bilangan pelajar pada masa itu seramai 8 orang sebagai perintis yang dipilih dan dihantar oleh negeri-negeri di Malaysia. Dari tahun 1966 hingga tahun 1978 pengajian ini diletakkan dibawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, pada tahun 1972 dan ianya diberi nama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat. Awal tahun 1979, Maahad Tahfiz diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983. Sehinggalah pada tahun 1984 Maahad Tahfiz telah lahir sebagai sebuah Cawangan di Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri dengan organisasinya yang tersendiri. Peranan JAKIM yang dikenali masa itu sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam dalam menyebarkan ilmu qiraat telah bermula sejak dari awal penubuhannya, sukatan pelajarannya selain hafazan Al- Quran sebanyak 30 Juzuk ialah Maddah Qiraat yang merangkumi Asas Qiraat Ilmi secara umumnya dan Qiraat Amali (praktikal). Maddah ini diajar sekali seminggu dengan masa yang diperuntukkan 1 jam sahaja merangkumi Qiraat Saba (7). Pada tahun 1983, Sijil Tahfiz Al-Quran diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Diploma, mata pelajaran telah bertambah dengan Maddah Qiraat ditambah masa pengajiannya kepada 2 jam seminggu dan ditambah lagi dengan subjek yang berkaitan dengan hafazan Al-Quran dan Qiraat seperti Hifzul Mutun, Fawasil, Rasm, dan lain-lain. Bermula tahun 1983 juga, BAHEIS terus meningkat peranannya sebagai pelopor kepada perkembangan Qiraat di Malaysia, dengan pengambilan pelajar tahfiz diambil setiap tahun di mana sebelum itu pengambilan pelajar diambil setiap 3 tahun sekali.

17

<KOD KURSUS>

Perkembangan Ilmu Qiraat diMalaysia menggapai kecemerlangan apabila pada tahun 1999 Program Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat menukar sistem pengajiannya daripada sistem penggal kepada sistem semester bagi mengikuti arus perkembangan pengajian yang diamalkan di peringkat nasional dan antarabangsa. Penyemakan semula kurikulum dilakukan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum Qiraat dipertingkatkan dengan penyusunan baru Maddah Qiraat Ilmi dan Amali ditambah menjadi 4 jam seminggu, begitu juga bagi Maddah Pengajian Tahfiz AlQuran yang berkaitan ditambah mengikut pengajian yang ditawarkan di Maahad Qiraat Syoubra. Antara maddah yang ditambah dalam Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat ialah Maddah Tarikh Qurra, Tarikh Mashaf dan Dhobt Quran dengan maddah sedia ada dikekalkan. Ilmu Qiraat semakin berkembang apabila pada tahun 1983 Sijil Tahfiz diiktiraf menjadi Diploma dan pengambilan pelajar diambil setiap tahun bermula tahun yang tersebut (1983).Perkembangan Ilmu Qiraat semakin meningkat dan mula tersebar di negeri-negeri apabila banyak kerajaan negeri menubuhkan Maahad Tahfiz Al-Quran dan menggunapakai kurikulum daripada JAKIM bermula tahun 1986 dengan M.T.Q.N Negeri Johor menjadi negeri pertama mengikutinya. Perkembangan Tahfiz Al-Quran dan Ilmu Qiraat menjadi semakin menarik apabila Darul Quran mula mengambil pelajar perempuan bermula pada tahun 1990. Pada tahun 1996 kesemua negeri di Malaysia kecuali Sarawak menyertai program bersama Darul Quran di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dengan itu, Ilmu Qiraat dapat dikembangkan secara lebih khusus oleh negeri-negeri di Malaysia. Perkembangan Ilmu Qiraat ini semakin tahun semakin meningkat apabila Darul Quran sentiasa meningkatkan pengambilan pelajar dari 20 orang pada tahun 1980-an kepada 40 orang lebih awal tahun 1990-an sehinggalah Kompleks tetap Darul Quran di Kuala kubu Bharu, Selangor siap digunakan di awal tahun 1999, bilangan pengambilan pelajar ditambah ke angka seratus lebih. Apabila siap Fasa kedua pada tahun 2003, pelajar-pelajar diambil secara purata 200 hingga 230 orang setahun sehingga ke hari ini. Kerajaan telah membelanjakan lebih 50 juta ringgit bagi menyiapkan Kompleks Darul Quran. Tiada sebarang yuran pengajian dan yuran lain dikenakan. Setiap pelajar diberi elaun bulanan sebanyak RM 365.00 merangkumi elaun makan dan sara hidup.

18

<KOD KURSUS>

Pada masa ini terdapat 5 Syukbah lagi yang dijalankan di Darul Quran iaitu Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Dakwah, Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Hadis, Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Syariah, Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Muamalat dan Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Qiraat. Kesemua Syukbah ini dimestikan mempelajari Asas Ilmu Qiraat secara teori pada semester dan secara praktikal pada semester 2. Bagi pemegang Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Qiraat Darul Quran JAKIM, mereka berpeluang melanjutkan pengajian Ilmu Qiraat secara khusus ke Maahad Qiraat AlAzhar di Syubra Kaherah bagi pelajar lelaki, dan di Maahad Qiraat Al-Azhar di Mansurah bagi pelajar perempuan. Selepas tamat tempoh pengajian selama 3 tahun, mereka akan memperolehi Ilmu Qiraat 10 Thoriq Kubra (Ibnu Al-Jazari) di mana sijil mereka diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sebagai Ijazah Sarjana Muda dengan pengkhususan dalam Al-Qiraat. Sebahagian mereka bekerja dengan kerajaan sebagai guru, pensyarah, imam di mana mereka dapat menyebarkan Ilmu Qiraat baik secara langsung ataupun tidak langsung kepada masyarakat di Malaysia. Di samping itu Syukbah Qiraat dan 4 Syukbah lagi boleh melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Izajah Sarjana Muda di Fakulti Pengajian Islam di Universiti Tempatan seperti UKM, USIM, UM dan UIAM. Di samping Program Diploma, Program Sijil Jangka Pendek juga diperkenalkan oleh Darul Quran. Kursus jangka pendek yang ditawarkan di Darul Quran antaranya ialah Sijil Asas Qiraat dan Sijil Tinggi Tarannum. Sijil Asas Qiraat ditawarkan kepada pelajar Sekolah Menengah Sains Tahfiz yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan telah menghafal sekurang-kurangnya 20 juzu Al-Quran. Kursus ini dijalankan selama satu bulan didalam bulan Mac setiap tahun. Ilmu Qiraat tujuh secara praktikal diajar 2 jam sehari di samping Qiraat Ilmi 2 jam seminggu. Maddahmaddah yang berkaitan dengan Ilmu Qiraat seperti Rasm Al-Quran, Fawasil dan lain-lain juga diajar. Pelajar-pelajar ini dapat memahami asas ilmu Qiraat dengan baik setelah menamatkan program ini. Program Sijil Tinggi Taranum Al-Quran (STTQ) ditawarkan kepada orang awam yang memahami dan menguasai Ilmu Taranum (lagu) Al-Quran sekurang-kurangnya secara sederhana. Program ini dijalankan selama 2 bulan antara Mac dan Mei setiap tahun. Sukatan pelajaran ditumpukan penekanan kepada Ilmu Tarannum sebanyak 22 jam seminggu. Disamping itu subjek Ilmu Qiraat juga diajar secara ringkas selama 2 jam seminggu dengan 19

<KOD KURSUS>

penumpuan diberi kepada Qiraat Nafi merangkumi kedua-dua orang riwayat Qalun dan Warsh. Dalam memperkukuh dan menjamin keutuhan Institusi Tahfiz di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM telah mengambil satu langkah bijak dan tepat dengan menubuhkan Dewan Huffaz Kebangsaan (DHK). DHK telah dilancarkan perasmiannya oleh Y.B Senator Dato Seri Jamil Khir Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 27 Jun 2010 di Dewan Muktamar Pusat Islam JAWI.. DHK ini akan dianggotai oleh kebanyakan para huffaz yang mahir dalam bidang-bidang yang berkaitan Pendidikan Tahfiz khasnya, terdiri dari Pengarah Darul Quran, mantan mudir-mudir Darul Quran, Pensyarah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Mudir- Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri yang bekerjasama dengan Darul Quran, mudir- mudir Maahad Tahfiz swasta serta pegawaipegawai tinggi kerajaan yang berkaitan, di pengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato Ketua Pengarah JAKIM. Penubuhan DHK berfungsi menjaga dan meninggikan keutuhan Institusi Tahfiz di negara ini, Antara fungsi besarnya ialah membantu kerajaan dan JAKIM dalam membangun dan memajukan Darul Quran dan Institusi Tahfiz di Malaysia dan menyelaras pengurusan tahfiz al-Quran di Malaysia dari segi kurikulum, tenaga pengajar, pengiktirafan sijil, pengumpulan data hufaz, melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di dalam dan di luar negara dan kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan bagi sesebuah Institusi Tahfiz al-Quran. Selain itu, ianya juga berfungsi untuk menjadi medium perbincangan dan penggubalan dasar pendidikan al-Quran dan sebagai pusat rujukan semua ilmu yang berkaitan dengan al-Quran dan juga ia berperanan sebagai satu lujnah yang

bertanggungjawab dalam memberi pengiktirafan kepada produk al-Quran (Program berkaitan Al-Quran) sebelum ia dilaksana atau dipasarkan atau disiarkan oleh sesebuah institusi atau agensi. Selain itu, ia juga berperanan mengukuhkan hubungan antara kerajaan dan Institusi Tahfiz program pembangunan pendidikan al-Quran dan juga merancang, melaksanakan kajian dan penyelidikan bagi pembangunan al-Quran serta menerbitkan hasil kajian dan penyelidikan. Bagi meningkatkan Institusi Tahfiz yang menawarkan program Qiraat khasnya JAKIM dalam perancangan masa hadapannya akan menaikkan taraf Darul Quran kepada Kolej Universiti Darul Quran. Usaha-usaha kearah itu sedang giat dijalankan. Jika tidak

20

<KOD KURSUS>

menghadapi banyak halangan Program ijazah Sarjana Muda Tahfiz termasuk Qiraat dijangka akan dapat dijalankan pada tahun 2013 insyaAllah. Objektif penubuhan Institusi Tahfiz ini ialah mensepadukan ilmu (duniawi dan ukhrawi) untuk melahirkan golongan professional yang hafiz, mahir lagi berketerampilan selaras dengan keperluan ummah dan negara. Selain itu juga ia juga menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan cendikiawan yang berkemampuan mengembalikan tradisi zaman kegemilangan keilmuan Islam. Visi dan Misi Insitusi Tahfiz ini ialah bagi Visi melahirkan generasi Al-Quran yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan Negara dan Ummah. Manakala bagi misi pula ialah mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Qiraat. Setiap penubuhan juga memounyai falsafah. Begitu juga dengan institu ini. Falsafah pendidikannya ialah ilmu pengetahuan disebarkan dalam semangat tauhid ke arah membentuk generasi Al-Quran yang bertaqwa menjurus kepada pengakuan bahawa Allah itu Esa, Pencipta dan Tuhan bagi sekalian alam. Terdapat Pencapaian yang amat membanggakan dan amat memberansangkan sepanjang penubuhan Darul Quran Jakim . Diantaranya ialah pada 16 April 1983 kelayakan sijil Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam setaraf dengan Diploma Institut Teknologi MARA (sekarang UiTM) bagi membolehkan pemegang sijil tersebut menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Awam. Selain itu, Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM juga diiktiraf oleh universiti-universiti tempatan dan luar negara untuk mengikuti pengajian di universiti berkenaan. Antara institusi tersebut ialah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Negeri Sultan Syariff Kasim Riau, Indonesia dan Universiti AlAzhar,Mesir. Darul Quran juga telah mengadakan kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk merealisasikan program Persijilan Tahfiz al-Quran. Program ini ditawarkan kepada pelajar lulusan SPM yang mendapat keputusan cemerlang untuk ditempatkan di Darul Quran. Pelajar-pelajar ini akan melalui tempoh pengajian selama 18 bulan di Darul Quran. 21

<KOD KURSUS>

Selepas tamat pengajian mereka akan terus ditempatkan di Pusat Asasi UIAM dalam bidang profesional seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan, senibina, ekonomi dan sains pengurusan. Cadangan program berkembar ini tercetus apabila Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Sidek Baba selaku Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk Perancangan Masa depan Program Akademik Darul Quran di dalam Muzakarah Masa depan Darul Quran pada 21-22 Februari 2000. Beliau telah turut mencadangkan agar Darul Quran memainkan peranan bukan sahaja melahirkan Hafiz dan Hafizah yang berketrampilan dalam bidang agama, malah layak menjadi ahli sains dan professional yang berwibawa. Hasilnya, Darul Quran telah mengambil 7 orang pelajar yang telah mendaftarkan diri sebagai perantis program persijilan. Seain itu, Darul Quran turut memperkenalkan Program Persijilan Tinggi Tarannum al-Quran yang dirangka khusus untuk melahirkan generasi al-Quran yang dapat mengembalikan tradisi kegemilangan ilmuwan Islam dalam usaha memartabatkan agama bangsa dan negara di mata dunia. Selain daripada itu, program ini akan menjana qari dan qariah yang berkemampuan tinggi dan sekaligus mampu memikul cabaran yang diamanahkan oleh negara. Cadangan pelaksanaan program ini adalah idea Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Y.B Dato Dr. Abdullah Bin Md Zin yang mahukan umat Islam di Malaysia benarbenar mendalami seni bacaan al-Quran. Beliau berharap agar Malaysia tidak akan kepupusan generasi yang mahir dalam bidang al-Quran amnya dan bidang Tarannum khasnya. Program ini dikhususkan kepada semua masyarakat Islam terutama kepada mereka yang mempunyai pengalaman mewakili daerah dan negeri dalam ujian tilawah al-Quran. Program yang bakal diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ini akan meliputi kaedah pengajian secara kuliah,tutorial, latihan praktikal dan perbincangan. Darul Quran juga terus mengorak langkah untuk memperkasakan bidang tahfiz alQuran dengan melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian. Program yang diadakan dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini adalah hasil daripada perbincangan di Mesyuarat Lembaga Darul Quran yang diadakan pada 15 Julai 2006. Bagi peringkat permulaan, program ini akan ditawarkan kepada 50 orang pelajar Darul Quran dan pelajar Maahad Tahfiz Quran Negeri(MTQN). Jangka masa pengajian bagi program ini adalah 3 tahun dan dijangka dapat dimulakan pada November tahun ini.

22

<KOD KURSUS>

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti dewan kuliah, makmal komputer, makmal Al-Quran, makmal bahsa, perpustakaan, surau, asrama lelaki dan perempuan, dewan makan, auditorium dan lain-lain. Untuk tujuan riadah, terdapat juga kemudahan yang disediakan iaitu padang permainan untuk sepak takraw, bola tampar, badminton, bola tampar, bola jaring, bola keranjang dan trek jogging. Secara kesimpulannya, Insitusi ini amat membanggakan kerana ianya terletak di Malaysia dan ianya setaraf dengan Insitusi-Institusi yang berada di dalam dan juga luar Negara. Jadi, kita seharusnya memberikan sokongan dan sepenuh galakan kepada Institusi ini kerana ianya memperjuangkan ilmu Allah SWT. Ilmu yang dipelajari disini bukan sahaja boleh digukana di dunia malah sangat berguna di akhirat. Terdapat pelbagai pengajian yang ditawarkan disini dan ini dapat membantu memperkembangkan lagi ilmu Al-Quran.

4. KESIMPULAN Sejarah pemeliharaan Al-Qur'an ini di ambil dari suatu Tafsir Al-Qur'an di Indonesia yang berisi beberapa bab pembuka, diantaranya tentang sejarah penurunan Al-Qur'an, pemeliharaan, tafsir dan sebagainya. Sejarah pemeliharaan Al-Qur'an ini merupakan setitik dari sejarah Islam yang mungkin masih banyak dari Kita tidak mengetahuinya atau hanya tahu sejarah pembukuan di zaman Khalifah Utsman bin Affan saja. Dan mudah-mudahan dapat mendongkrak keimanan Kita dan merasa bangga pada pemimpin-pemimpin Islam pada zaman dahulu yang bukan hanya memikirkan bagaimana Islam dapat disiarkan ke seluruh dunia, tapi juga memelihara keutuhan firman Allah dengan tetap memelihara keimanan mereka kepada Allah dan tetap menjunjung tinggi apa yang diajarkan oleh Rasulullah. Pada masa Rasulullah Saw., setiap ayat yang turun langsung beliau ajarkan kepada para shahabatnya. Selain menyuruh mereka untuk menghafal, Rasulullah Saw. juga memerintahkannya untuk mencatat guna memperkuat hafalan mereka. Di antara para penulis Al-Quran terkemuka, baik dan indah tulisannya yang ditunjuk Rasul adalah Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali, Muawiyah, Ubai bin Kaab, Zaid bin Tsabit dan Muadz bin Jabal. Namun karena keterbatasan alat-alat tulis, maka ayat-ayat al-Quran pada masa itu mereka tulis pada lembaran kulit, daun-daunan, kulit kurma, permukaan batu, pelepah kurma, tulang-belulang unta atau kambing yang telah dikeringkan dan sebagainya. Selanjutnya seiiring dengan perkembangan, secara berangsur-angsur dari generasi ke generasi upaya perbaikan bentuk penulisan al-Quran terus dilakukan. Sebagai peletak batu pertama tentang dasar tanda-tanda baca berupa syakl dan titik

23

<KOD KURSUS>

dalam penulisan Al-Quran adalah Abul Aswad ad-Duali.

24