Anda di halaman 1dari 3

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMUSNAHAN HUTAN PAYA BAKAU

PENGENALAN

Hutan paya bakau akan mengalami kemusnahan yang kritikal jika langkah-langkah memeliharanya tidak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Pada masa kini hutan paya bakau ini dilindungi oleh pelbagai akta yang pelbagai namun ianya kurang memberikan perlindungan secara menyeluruh terhadap hutan paya bakau. Hutan paya bakau ini boleh dijaga melalui dua pendekatan iaitu proses pemeliharaan dan juga proses pemuliharaan.

PEMELIHARAAN

Pemeliharaan bermaksud kaedah yang digunapakai untuk mengekalkan sesuatu yang telah sedia ada agar kekal seperti sediakala. Melalui kaedah pemuliharaan terdapat beberapa rangka perundangan yang telah digubal dan diwartakan oleh pihak kerajaan diantaranya ialah Kod Tanah Negara 1965 (Akta 56), Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313), Enakmen Air 1920 (Akta 418), Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76), Akta Taman Negara 1980, Akta Perikanan 1985 dan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Namun begitu menurut Mastaller (1996) peraturan tersebut perlu dilihat semula dan garis panduan untuk penggunaan yang lestari keatas sumber-sumber paya bakau harus

dimasukan. Ini kerana kebanyakan akta tersebut seperti Akta Perhutanan Negara 1984 tidak membezakan hutan paya bakau dengan hutan-hutan lain secara spesifik. Langkah pemeliharaan hutan paya bakau ini juga turut dimuatkan dalam Pelan Strategik 1997-2002 yang mana ianya menetapkan bahawa pihak berkuasa negeri seharusnya tidak meminggirkan hutan paya bakau daripada rancangan-rancangan pengurusan hutan. Selain itu kawasan hutan paya bakau perlu diwartakan sebagai hutan simpan kekal di dalam Akta Perhutanan dan boleh juga dijadikan sebagai kawasan pelancongan ataupun rekriasi seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak di daerah Manjung. Manakala menurut DCruz dan Sebastian (1993) Negeri Sabah telah merizabkan hampir 2/3 dari kawasan hutan bakau sebagai kawasan hutan lindungan dan telah merangka langkah-langkah pengurusan dan pemeliharaan hutan tersebut. Langkah pemeliharaan hutan paya bakau ini juga dapat dilaksanakan melalui kaedah pemantauan dan rondaan secara kerap oleh pihak berkuasa untuk memastikan bahawa kawasan paya bakau ini tidak diceroboh sewenang-wenangnya oleh pembalak haram. Ini kerana menurut Azhar Abu Samah (1997) kegiatan menebang pokok bakau semakin menjadi-jadi di seluruh Negara terutamanya di Selangor dan sepanjang Sungai Merchang di Marang. Jika terdapat rondaan dibuat secara kerap maka aktiviti penebangan ini dapat dipantau dan dicegah dengan lebih berkesan.

PEMULIHARAAN Proses pemuliharaan merupakan satu kaedah memulihkan kembali hutan paya bakau yang telah diterokai ataupun telah dihapuskan. Melalui kaedah ini terdapat beberapa cara pemuliharaan diantaranya ialah kaedah mengumpul anak benih. Melalui kaedah ini anak benih pokok bakau akan dikutip dari habitat asal dan dikumpulkan sebelum dipindahkan ke lokasi lain. Selain itu anak benih pokok bakau juga ditanam di tapak semaian sebelum ditanam semula di lokasi yang lain. Hutan bakau yang telah dirosakkan atau telah diteroka akan dipulihkan melalui kaedah penanaman semula. Kaedah ini telahpun dilaksanakan di Matang, Perak dan di Sungai Merbok, Kedah. Jesteru itu hutan yang telah diteroka dapat dipulihkan dan ini akan dapat membantu mengekalkan ekosistem di kawasan tersebut. Maka jelaslah bahawa proses pemuliharaan memainkan peranan yang penting dalam memastikan keseimbangan ekologi di kawasan muara sungai.

Anda mungkin juga menyukai