Anda di halaman 1dari 33

BAB 4:

PENGENALA
N
PENGURUSA
N
OBJEKTIF P&P

SUPAYA PELAJAR DAPAT…..

• Memahami definisi organisasi dan pengurusan.


• Memahami fungsi dan proses pengurusan.
• Memahami peringkat pengurusan.
• Memahami peranan pengurusan.
• Mengaplikasi kemahiran pengurusan.
DEFINISI ORGANISASI

Gabungan dua atau lebih orang yang


bekerja secara sistematik dan berstruktur
untuk mencapai matlamat organisasi.
FUNGSI PENGURUSAN

MERANCANG

MENG-
MENGAWAL P
ORGANISASI

MEMIMPIN
DEFINISI PENGURUSAN

Pengurusan ialah pencapaian


matlamat organisasi secara
efektif dan efisien melalui
proses merancang,
mengorganisasi, memimpin dan
mengawal sumber-sumber
organisasi.
(Richard L. Daft, 2006 m.s 8)
MERANCANG

Proses di mana pengurus menentukan


matlamat yang ingin dicapai dan
menentukan tindakan yang paling sesuai
untuk diambil di semua peringkat
organisasi untuk mencapai matlamat
organisasi.
MENGORGANISAS
I
Proses di mana pengurus menyusun
dan mengagihkan sumber-sumber
organisasi untuk melaksanakan tugas
yang telah ditetapkan agar dapat
mencapai matlamat organisasi.
MEMIMPIN/MENGARAH

Proses di mana pengurus cuba


mempengaruhi gelagat pekerja agar
mereka dapat melaksanakan tugas yang
diberikan dengan efektif dan efisien
untuk mencapai matlamat organisasi.
MENGAWAL

Proses di mana pengurus memantau


prestasi semasa dan mengambil tindakan
pembaikan untuk memastikan hasil akhir
kerja tercapai seperti yang dijangkakan.
PERINGKAT
PENGURUSAN

atasan

pertengahan

bawahan
PENGURUSAN
ATASAN
• Bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu
organisasi secara menyeluruh.
• Tumpuan kepada perancangan jangka panjang.
• Menetap dan menggariskan visi, misi, dasar,
polisi dan matlamat organisasi serta membimbing
organisasi agar interaksinya dengan persekitaran
adalah baik.
• Lazimnya dipanggil Ketua Pegawai Eksekutif
(CEO), President, Vice President.
PENGURUSAN
PERTENGAHAN
• Pengurusan pertengahan adalah
bertanggungjawab kepada melaksanakan segala
keputusan yang dibuat oleh pengurusan atasan.
• Peringkat pengurusan ini merangka keputusan
jangka sederhana berpandukan objektif
pengurusan atasan.
• Menyelia serta menyelaras aktiviti pengurus
bawahan dan kadangkala bertanggungjawab ke
atas pekerja organisasi.
• Membuat laporan kepada pengurus atasan.
• Cth; Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia,
Pengurus Jabatan.
PENGURUSAN BAWAHAN

• Bertanggungjawab ke atas pekerja organisasi


yang bukan terdiri daripada pihak pengurusan.
• Tumpuan kepada perancangan jangka pendek.
• Memberi penekanan terhadap tugas penyeliaan
kerja operasi, perlaksanaan tugas harian pekerja
agar matlamat organisasi tercapai.

• Cth; Penyelia Tapak, Ketua Kerani, Penyelia


Jualan.
PERANAN PENGURUSAN
• PERANAN ialah satu set
gelagat yang berkaitan dan
bersesuaian dengan jawatan
yang disandang.
• Berdasarkan Henry Mintzberg Penjalin
terdapat 10 peranan pengurus hubungan
yang boleh dikelaskan kepada
3 bahagian:

Pembuat Pemberi
keputusan maklumat
PENGURUS SEBAGAI PENJALIN
HUBUNGAN PERORANGAN

Pemimpin
(LEADER)

Tunggak Penghubung
(FIGUREHEAD) (LIAISON)
Peranan pengurus sebagai
tunggak (figurehead)

• Menjalankan beberapa tugas yang berbentuk


simbolik atau upacara.

• Cth: menghadiri majlis, menyampaikan sijil dan


anugerah dan menandatangani dokumen rasmi.
Peranan pengurus sebagai
pemimpin (leader)

• Mengarah, mengkoordinasi dan memotivasikan


pekerja melaksanakan kerja.

• Memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan


mematuhi apa yang telah dirancang.
Peranan pengurus sebagai
pegawai perhubungan (liaison)

• Mengekalkan hubungan jaringan (networking)


sama ada di dalam atau di luar organisasi.

• Cth: Pengurus berinteraksi dengan pekerja,


pelanggan, pembekal dsb.
PENGURUS SEBAGAI PEMBUAT
KEPUTUSAN
Usahawan

Pengagih
Menangani gangguan
sumber

Perunding
Peranan pengurus sebagai
usahawan (entrepreneur)

• Berperanan sebagai pemula


(initiator), pereka dan penggalak
kepada perubahan dan inovasi.
• Cth, CEO sentiasa memperolehi idea-
idea baru dan kreatif untuk
mempertingkatkan prestasi syarikat.
Peranan pengurus sebagai
menangani gangguan (disturbance
handler)

• Membuat keputusan atau bertindak serta


merta terhadap masalah-masalah supaya
persekitaran organisasi yang berkonflik itu
kembali kepada kekuatan yang stabil dan
harmoni .

• Cth: Tindakan menyelesaikan masalah-


masalah seperti mogok, rungutan pekerja,
ketidakpuasan hati dsb.
Peranan sebagai pengagih
sumber (resource allocator)

• Menetapkan bagaimana sumber


organisasi yang terhad diagih dan
digunakan oleh semua ahli organisasi
untuk mencapai matlamat organisasi.
• Cth: Pengurus mengagihkan sumber-
sumber dana, masa, peralatan dan
sumber manusia.
Peranan pengurus sebagai
perunding (negotiator)
• Mewakili organisasi dalam perundingan yang
melibatkan bidang kuasa.
• Cth: CEO berunding dengan wakil kesatuan
pekerja; Pengurus jualan berunding dengan
Jabatan Pengeluaran untuk mendapatkan
tawaran istimewa bagi pelanggan utamanya.
PENGURUS SEBAGAI PEMBERI
MAKLUMAT (INFORMATIONAL
ROLE)

Pemantau
(monitor)

Jurucakap Penyebar
(spokesperson)
(disseminator)
Peranan pengurus sebagai
pemantau (monitor)

• Sentiasa memberi perhatian kepada


persekitaran dalaman dan luaran untuk
mengetahui apa yang sedang berlaku.
• Cth: Pengurus sentiasa memantau keadaan
sekeliling seperti perubahan dasar kerajaan,
peluang pelaburan baru dan masalah isu
yang mempengaruhi organisasinya.
Peranan pengurus sebagai
penyebar maklumat
(disseminator)
• Menyebar maklumat penting yang diperolehi
sama ada dari dalam atau luar organisasi
kepada ahli organisasi.
• Cth: Pengurus mendapat tahu tentang
pelanggan yang muflis, memaklumkan
kepada pengurus jualan menghentikan
bekalan.
Peranan pengurus sebagai
jurucakap (spokesperson)

• Mewakili unit/jabatan untuk memberi


maklumat yang jelas kepada pihak
pengurusan atasan dalam organisasi atau
berkomunikasi dengan individu/kesatuan
pekerja di luar organisasi.
• Cth: Pengurus menyampaikan maklumat
kepada ahli organisasi dan orang luar melalui
ucapan, laporan dan memo.
KEMAHIRAN PENGURUS

teknikal kemanusiaan
PENGURUS

konseptual
KEMAHIRAN KONSEPTUAL
• Kemampuan untuk melihat organisasi secara
keseluruhan dan mengintegrasikan hubungan
antara bahagian-bahagian dalam organisasi.

• Melibatkan proses perancangan dan pengurusan


strategik untuk mencapai matlamat organisasi.

• Melibatkan pembuatan keputusan yang kompleks


yang melibatkan kesan jangka panjang.
KEMAHIRAN KEMANUSIAAN
• Memimpin, memotivasi, mengurus konflik dan
mempengaruhi orang dengan memahami perasaan,
tingkah laku dan sikap orang lain.

• Kebolehan berkomunikasi dengan pelbagai golongan


manusia atau masyarakat seperti bertemu dengan pelbagai
jenis pelanggan, bermesyuarat dengan pegawai atasan,
berbincang dan berhubung dengan pekerja.

• Cth: Pengurus sumber manusia perlu berusaha menangani


masalah prestasi pekerja, membekalkan maklumbalas
kepada pekerja, memotivasi pekerja dan mengawal aktiviti-
aktiviti yang membabitkan pengurusan prestasi pekerja.
KEMAHIRAN TEKNIKAL
• Kebolehan untuk mengaplikasikan kaedah, prosedur dan
teknik dalam bidang tertentu.

• Mempunyai kaitan yang rapat dengan aktiviti harian


organisasi.

• Penguasaan kemahiran teknikal membantu pengurusan


atasan untuk merangka polisi, dasar dan objektif
organisasi.

• Dapat membantu pengurus peringkat bawahan untuk


memberi nasihat, penjelasan dan tunjuk ajar tentang
aspek teknikal secara terperinci kepada pekerja.
PERKAITAN ANTARA JENIS KEMAHIRAN
DGN TAHAP PENGURUSAN
Tingkat
Pengurusan

Pengurus Kemahiran Kemahiran Kemahiran


Atasan Konseptual Kemanusiaa Teknikal
n

Pengurus
Pertengaha
n

Pengurus
Bawahan
tamat