Anda di halaman 1dari 2

Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ditangan Allah s.w.t.

Ya, mungkin kaurang dah lali sampai bernanah telinga tu dengar ayat di atas, tapi aku peduli apa. Ini cerita aku, bukan cerita kaurang. Biak pi lah. Aku bersyukur kerana lahir dalam keluarga yang penuh dengan kasih-sayang dan aku bersyukur kerana aku tidak pernah kehausan kasih sayang daripada mak dan ayah tercinta. Walaupun kehidupan aku tak semewah Taylor Swift, aku pula tak secantik Elfira Loy dan tak sepandai Nik Nur Madhihah yang dapat banyak 'A' dalam SPM tu aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada. Lagipun semua tu pinjaman daripada yang Maha Esa. Apa yang aku miliki sekarag ni dah lebih daripada cukup. Keluarga aku taklah kaya tapi tak juga miskin sampai macam papa kedana. Boleh dikatakan keluarga aku ni sederhana lah. Tapi keluarga aku kaya, kaya dengan budi bahasa. Aku anak tunggal, tak ada kakak,abang dan adik tapi aku ramai kakak dan abang saudara atau sepupu yang layan aku macam adik kandung sendiri. Bahkan anak jiran aku dah macam adik kandung aku sendiri, siap manja-manja lebih dengan mak dan ayah aku. Disebabkan aku anak tunggal, boleh dikatakan semua yang aku nak aku dapat. Tapi, tak semualah, ada batasnya. Macam aku cakap tadi aku tak sepandai Nik Nur Madhihah, tapi kat dalam kelas tu selalulah dapat tempat pertama. Namun , aku taklah setanding Nik Nur Madhihah, sebab aku ambil sembilan subjek je, tu pun Biologi aku selalu bawah 'C'. Kalau bab kawan, aku memang kaya dengan kawan. Nak kata aku ni peramah, memang taklah. Tapi aku bila dah berkawan memang dunia ni aku yang punyalah. Lagi-lagi kalau kawan aku tu sekufu atau sekepala dengan aku. See, Allah s.w.t tu Maha Adil dan Bijaksana. Percayalah bahawa Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk hambanya dan apabila kita dikurniakan nikmat jangan lupa untuk bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya.

Anda mungkin juga menyukai