Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AJK PENGANGKUTAN (29/03/2011- 01/04/2011)

28 - 03 2011 (ISNIN) 1. Pada hari bertarikh di atas, saya telah dilantik sebagai AJK pengakutan. 2. Tindakan saya seterusnya, telah mengisi borang untuk memohon 2 buah bas IPG iaitu sebuah bas panjang dan sebuah bas pendek. 3. Tujuan Pengangkutan ini disediakan adalah untuk menghantar para peserta BIG ke Kem yang terletak di Lapangan Biologi Batu 7, Pantai Nelayan, Port Dickson. 4. Pihak HEP telah meluluskan pengangkutan untuk kegunaan Program BIG selama 4 hari 3 malam.

29 03 2011 (SELASA) 1. Pada pukul 9.30pagi kedua-dua buah bas mula bertolak dari IPG Kampus Raja Melewar setelah dimuatkan dengan segala barang-barang untuk kegunaan Program BIG. 2. Tepat pukul 11.15pagi bas kami telah sampai di Kem Lapangan Biologi Batu 7, Pantai Nelayan, Port Dickson. 3. Bas panjang dihantar balik ke IPRM dan bas pendek dijadikan sebagai pengangkutan utama bagi kegunaan peserta BIG.

30 03 2011 (RABU) 1. Bas telah digunakan untuk membawa peserta BIG dari Lapangan Biologi Batu 7, Pantai Nelayan, Port Dickson ke perairan laut yang terletak lebih kurang 2km dari kem. Bas yang sama juga digunakan untuk mengangkut jaket-jaket keselamatan untuk kegunaan aktiviti kayak.

31 03 2011 (KHAMIS) 1. Bas digunakan untuk membawa peserta BIG ke Sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka, Hutan Lipur Tanjung Tuan untuk tujuan JUNGLE TREKKING

01 04 2011 (JUMAAT) 1. Kedua-dua bas sampai di Lapangan Biologi Batu 7, Pantai Nelayan, Port Dickson. Pada pukul 11.30pagi dan peserta BIG mula menaikkan semua barang ke dalam bas untuk pulang ke IPG. 2. Tepat pukul 12.30 tengah hari bas mula bertolak dari kem ke IPG Kampus Raja Melewar.

Disediakan Oleh,

Ananthan A/L T.Nadarajan (AJK PENGANGKUTAN)