Anda di halaman 1dari 3

Lambang Malaysia

Bendera

Rencana utama: Jalur Gemilang

Jalur Gemilang Warna kuning dengan bulan sabit dan bintang melambangkan Islam adalah agama rasmi Malaysia. Bintang bersudut empat belas melambangkan tiga belas negeri di Malaysia dan ibu negeri.

14 jalur melambangkan negeri-negeri Malaysia dan ibu negeri, Kuala Lumpur. Warna biru melambangkan perpaduan. Warna putih melambangkan kesucian. Warna merah melambangkan keberanian.

Jata
Rencana utama: Lambang negara Malaysia dan Jata Malaysia

Jata Malaysia Bulan sabit serta bintang yang berada dalam warna kuning melambangkan agama Islam. Bintang bersudut empat belas melambangkan tiga belas buah negeri termasuk ibu negeri di Malaysia.

Harimau yang berada di dua sebelah melambangkan kewibawaan Malaysia. Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia.

Pokok Pinang, Pokok Melaka, Burung Kenyalang(enggang), dan jata Sabah melambangkan negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Lagu
Rencana utama: Lagu Negaraku Muzik lagu Negaraku Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak. Lagu rasmi negeri Perak berasal daripada Pulau Mah di Kepulauan Seychelles, dan dibawa pulang oleh Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman. Lagu ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudian-nya telah dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan. Lagu ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh. Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Keputusan hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu. Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi. Rentak lagu Negaraku telah ditukar lebih rancak oleh Dr. Mahathir. Lagu Negaraku baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003 selepas Dr. Mahathir melaungkan "Merdeka" tujuh kali. Lirik Negaraku baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan pergerakannya akan berlaju.

Rukun Negara
Rencana utama: Rukun Negara Bahawasanya Negara Kita Malaysia Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin

satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

Bunga
Rencana utama: Pokok Bunga Raya Bunga Raya merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm. Hibiscus rosa-sinensis adalah bunga kebangsaan Malaysia, dikenali sebagai Bunga Raya. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958 Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Bunga yang dicadangkan adalah Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan, pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Hibiscus Cina (Hibiscus rosa-sinensis L.; Keluarga Malvaceae) adalah pokok renek asal di barat Asia, juga dikenali sebagai mawar China dan bunga Kasut. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau. Pelbagai cultivars, varieties, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut disebahagian India.

Anda mungkin juga menyukai