Anda di halaman 1dari 11

KERTAS CADANGAN PROGRAM GERINDA KRISTAL TAHUN 2013

1.0 PENGENALAN Murid-murid sekolah rendah merupakan aset negara pada masa hadapan bagi meneruskan kesinambungan bangsa dalam memajukan negara menjelang Wawasan 2020. Walau bagaimanapun, wujudnya jurang pemisah dalam membangunkan generasi muda dalam keseimbangan potensi individu. Salah satunya adalah penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah pada masa kini. Program Gerinda Kristal diwujudkan untuk menggilap kebolehan murid-murid yang lemah dalam kemahiran bacaan dan kefahaman khususnya untuk murid-murid Tahun 6. Masalah membaca dalam kalangan murid sekolah ini bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pelajaran dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah ini. Membaca bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Terdapat beberapa definisi yang dapat mentakrifkan maksud kemahiran membaca. Menurut Zulkefli Hamid (1994) ketika seseorang itu membaca mereka sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan bacaannya. Hal ini menunjukkan bahawa membaca juga merupakan salah satu sumber komunikasi satu hala dalam proses mengintepretasi maklumat yang ingin disampaikan. Kamus Dewan Edisi Ketiga pula mendefinisikan membaca ialah suatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata. Menurut Juriah Long (1990) pembaca yang cekap hanya memberi perhatian pada perkataan-perkataan yang penting sahaja. Ia juga memberi tumpuan kepada kebolehan memproses bagi mendapatkan makna dengan menggunakan strategi anlisis dan sintesis dalam bacaan. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid itu tidak dikira pandai membaca. Perkara ini merupakan salah satu ciri atau kriteria murid yang lemah dalam bacaan. Setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Oleh itu tahap penguasaan mereka

KERTAS CADANGAN PROGRAM GERINDA KRISTAL TAHUN 2013

dalam kemahiran membaca turut mempengaruhi pencapaian akademik mereka di dalam kelas. Antara ciri-ciri murid yang mengalami kesulitan dalam membaca sesuatu bahan ialah mereka gagal memahami isi kandungan teks yang dibaca. Hal ini merupakan antara permasalahan yang menyebabkan murid gagal memahami kandungan maklumat yang dibaca. Ciri-ciri lain yang dapat dilihat pada murid yang lemah dalam bacaan ialah mereka tidak dapat memahami maksud ayat dengan baik. Kegagalan memahami kemahiran asas ini menjadikan murid tidak berkeupayaan menguasai kemahiran menyenaraikan idea-idea utama atau mengelaskan isi kandungan teks dengan baik. Sehubungan itu, ketidakupayaan murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan menjadikan murid cepat berasa penat semasa membaca dalam masa yang agak lama. Selain itu, faktor lain yang menyebabkan murid lemah dalam membaca juga dikaitkan dengan daya pengamatan yang lemah. Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara melalui pancaindera setelah berlakunya proses mental. Antara ciri murid yang lemah dalam pengamatan termasuklah tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan, kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru, lemah daya pemikiran atau ingatan, tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari, sukar untuk membuat kenyataan am dan sebagainya. Oleh itu, adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan seterusnya menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera. Berbagaibagai kaedah dan teknik mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Kaedah dan teknik mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca murid.

2.0 i.

MATLAMAT Membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran asas bacaan dan kefahaman;

ii. iii.

Memupuk semangat jati diri murid-murid dan Membentuk peribadi murid.

KERTAS CADANGAN PROGRAM GERINDA KRISTAL TAHUN 2013

3.0 i.

OBJEKTIF Mendedahkan murid kepada teknik asas untuk menguasai kemahiran bacaan dan kefahaman;

ii. iii. iv. v. vi.

Murid dapat menguasai kemahiran asas membaca mengikut aras tertentu; Membina keyakinan murid dalam penguasaan bahan bacaan; Meningkatkan daya pengamatan murid; Membantu murid menjana idea melalui bahan bacaan yang dibaca dan Meningkatkan tingkah laku positif dalam kalangan murid.

4.0

TEMPOH MASA DAN TEMPAT : 7 Julai 2013 hingga 25 Julai 2013 (3 minggu) : Isnin dan Sabtu : Kelas 5 Elite

Tempoh Masa Hari Tempat

5.0

JANGKA MASA PELAKSANAAN

Program ini akan dilaksanakan pada waktu sesi kelas tambahan pada waktu petang selama satu jam pada setiap hari Isnin pada pukul 1.15 petang hingga 2.15 petang. Pada hari Sabtu pula, program ini dijalankan pada pukul 8.00 pagi hingga 9.30 pagi atau 10.00 pagi hingga 11.30 pagi.

6.0

KUMPULAN SASARAN

Seramai sembilan orang murid Tahun 6 Smart yang terpilih menyertai program ini. (Rujuk Lampiran A)

KERTAS CADANGAN PROGRAM GERINDA KRISTAL TAHUN 2013

7.0

AHLI JAWATANKUASA Penaung Puan Hajah Mahani binti Mustafa (Guru Besar SK. Kepala Batas) Naib Penaung Puan Normi binti Mustafa (Penolong Kanan Pentadbiran) Encik Jasri bin Jaafar (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Encik Yusop bin A. Samad (Penolong Kanan Kokurikulum) Penyelaras Puan Nazariah binti Ahmad (Pengerusi Panitia Bahasa Malaysia) Puan Noraziroh binti Azmi (Setiausaha Panitia Bahasa Malaysia) Pengerusi Cik Siti Nor Adibas binti Ab. Rahman (Guru Pelatih IPG Kampus Darulaman) Setiausaha Cik Nurfarhanah binti Ahmad Tarmizi (Guru Pelatih IPG Kampus Darulaman) AJK Puan Zanariah binti Mad Zapar Puan Hayati binti Ismail Puan Zainab binti Ahmad Puan Norhayati binti Mohd Noor Puan Anita binti Abd. Ghani Puan Norhanadia binti Abd. Wahab Puan Zarina binti Abd. Razak Puan Sabarina binti Shariff Puan Nooraini binti Yaacob Puan Noor Asmah binti Hussain Puan Ruslani binti Zakaria Tuan Haji Ahmad bin Ibrahim

KERTAS CADANGAN PROGRAM GERINDA KRISTAL TAHUN 2013

Puan Hanim binti Hassan Encik Dhiauddin bin Othman Puan Zaiti Akhtar binti Ahmad Puan Rozaini binti Abu Aziz

8.0

SISTEM EKONOMI TOKEN

Penggunaan token ialah merupakan satu sistem pengukuhan secara simbolik. Murid diberi token apabila menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Program ini dipanggil sebagai sistem ekonomi kerana berasaskan sistem kewangan, iaitu token yang diterima mempunyai nilai ekonomi dan boleh ditukar dengan benda atau aktiviti yang dikenalpasti sebagai pengukuhan kepada murid. Token merupakan suatu simbol bagi token seperti berbentuk bintang, point, ataupun boleh juga dalam bentuk setem dimana ianya boleh ditukar dengan peneguhan lain yang disukai oleh murid. Cara ini dapat memotivasikan murid untuk menunjukkan tingkahlaku yang positif. Kajian menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah. Burrhus F. Skinner telah membuat suatu teori berkaitan dengan prinsip-prinsip utama pelaziman operan atau tindak balas terhadap sesuatu perlakuan. Dalam teori ini, makhluk hidup mempunyai pilihan untuk berindak balas atau tidak, berasaskan kepada ganjaran yang disediakan. Ianya bermaksud, ianya ransangan dari persekitaran. Peneguhan pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif bermaksud upah/ ganjaran/ hadiah atau apa sahaja bentuk pengukuhan yang diberikan atas apa sahaja yang dilakukannya dan akan mengulangi perbuatan tersebut. Peneguhan negatif pula ialah sesuatu ganjaran yang akan ditarik semula sekiranya pelajar menunjukkan tingkahlaku negatif berdasarkan Jadual Penarikan Token. Contoh perlakuan yang akan ditarik tokennya ialah seperti bergaduh di dalam kelas, masuk ke kelas lewat dan sebagainya.

KERTAS CADANGAN PROGRAM GERINDA KRISTAL TAHUN 2013

Strategi pelaksanaan sistem ekonomi token dalam Program Gerinda Kristal ini adalah seperti berikut: Pemberian Token Jumlah token yang diberikan i. Datang awal ke kelas. ii. Mematuhi arahan guru. iii. Membuat kerja yang diberikan dengan baik. iv. Memberikan jawapan yang betul. 2 2 2 2 i. Datang lewat ke kelas. ii. Melanggar arahan guru. iii. Tidak membuat kerja yang diberikan dengan baik. iv. Bising di dalam kelas. v. Mengganggu rakan/ nakal 2 2 2 1 1 Penarikan Token Jumlah token yang ditarik

Pada setiap minggu, murid akan diberi peluang untuk menebus atau menukar token mereka dengan hadiah yang disediakan mengikut bilangan token yang dikumpul. Item Pemadam dan Pensel 2B Pensel Mekanikal Buku Nota Fail Kotak Pensel Bilangan token yang dikumpul 10 20 30 40 50

KERTAS CADANGAN PROGRAM GERINDA KRISTAL TAHUN 2013

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Item Pemadam Pensel 2B Pensel Mekanikal Buku nota Fail Kotak Pensel Harga x Bil. Item RM 0.60 x 9 RM 0.60 x 9 RM 2.00 x 9 RM 2.50 x 9 RM 3.00 x 9 RM 3.50 x 9 Jumlah RM 04.50 RM 04.50 RM 18.00 RM 22.50 RM 27.00 RM 31.50 Jumlah RM108.00

*Kos fotostat lembaran kerja adalah sumbangan dari guru pelatih.

10.0

PENUTUP

Akhir sekali, diharapkan segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Disediakan oleh, ...................................................................... (NURFARHANAH BINTI AHMAD TARMIZI) Setiausaha, Program Gerinda Kristal, SK. Kepala Batas.

KERTAS CADANGAN PROGRAM GERINDA KRISTAL TAHUN 2013


11.0 LAMPIRAN KELULUSAN

BAHAGIAN A : PENYELARAS 1

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul. Butiran kewangan yang diberikan adalah betul Telah disemak dengan teliti Disokong / Tidak Disokong

ULASAN: .................................. Tarikh : .................................................. Tandatangan & Cop BAHAGIAN A : PENYELARAS 2

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul. Butiran kewangan yang diberikan adalah betul Telah disemak dengan teliti Disokong / Tidak Disokong
ULASAN: .................................. Tarikh : .................................................. Tandatangan & Cop

KERTAS CADANGAN PROGRAM GERINDA KRISTAL TAHUN 2013


BAHAGIAN B : PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul. Butiran kewangan yang diberikan adalah betul Telah disemak dengan teliti Disokong / Tidak Disokong
ULASAN: .................................. Tarikh : .................................................. Tandatangan & Cop BAHAGIAN B : PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul. Butiran kewangan yang diberikan adalah betul Telah disemak dengan teliti Disokong / Tidak Disokong
ULASAN: .................................. Tarikh : .................................................. Tandatangan & Cop

KERTAS CADANGAN PROGRAM GERINDA KRISTAL TAHUN 2013


BAHAGIAN B : PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

10

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul. Butiran kewangan yang diberikan adalah betul Telah disemak dengan teliti Disokong / Tidak Disokong
ULASAN: .................................. Tarikh : .................................................. Tandatangan & Cop BAHAGIAN C : GURU BESAR

Diluluskan / Tidak Diluluskan


ULASAN: .................................. Tarikh : .................................................. Tandatangan & Cop

KERTAS CADANGAN PROGRAM GERINDA KRISTAL TAHUN 2013

11

SENARAI NAMA MURID GERINDA KRISTAL

1. MUHAMAD ASYRAF BIN SHAHNON 2. AFIQ SHAHMIN BIN AMER 3. MUHAMAD YUSRI YAZID BIN HAIRONIZAM 4. MOHD KAHIROL AMRI BIN IZHAM 5. MOHD SHAHRUL ASHRAF BIN SHAHRIN NIZAM 6. NURUL AIN BINTI NOOR HISHAM 7. NURLOKMAN HAKIM BIN SHUIB 8. MUHAMMAD TAUFIK BIN MOHAMMAD 9. MUAMMAR IQBAL BIN MOHD ZON

Anda mungkin juga menyukai