Anda di halaman 1dari 9

NOTA PENERANGAN

NAMA KURSUS TAJUK MODUL TAJUK SUB MODUL

TEKNOLOGI ELEKTRONIK 207 - PEMASANGAN SISTEM AUDIO DAN VIDEO


P.A system

OBJEKTIF PRESTASI / Performance Objective (PO)

Menyedia pelbagai peralatan dan bahan P. A. System yang lengkap supaya kelihatan teratur dan kemas serta memudahakan kerja-kerja pemasangan.

NAMA

NO. K/P

TAJUK : CARA-CARA PEMASANGAN P.A. SYSTEM TUJUAN : HELAIAN PENERANGAN INI MENERANGKAN :a. Pengenalan b. Menerangkan cara-cara memasang peralatan mengikut fungsi dan kegunaan c. Menerangkan jenis-jenis kabel yang bersesuaian.

PENERANGAN : Helaian penerangan ini akan menerangkan kepada anda cara penyambungan P.A system supaya anda lebih memahami cara pemasangan peralatan P.A system dengan lebih baik dan meningkatkan pengetahuan anda dalam asas penyambungan.

Pengenalan

Cabaran paling besar semasa mengendalikan sesuatu majlis atau pementasan terutamanya muzik "live" adalah samaada seseorang pengendali bunyi atau "soundman" boleh memecahkan suasana majlis dan memberi satu prestasi bunyi yang baik. Bagaimanapun, ramai soundman akan mengambil jalan mudah tentang sistem PA dan pengetahuan menggunakannya dengan berkesan. Ini adalah satu kesilapan yang dahsyat. Sebabnya adalah, walau sehebat manapun suara Siti Nurhaliza mahupun Amy Search tak akan mampu membuat persembahan dengan baik sekiranya sistem bunyi tidak dapat berfungsi dengan baik, Begitu juga satu dentuman "kick drum" 24 inci tidak akan mampu menggegarkan suasana sekiranya bunyi yang dihasilkan oleh sistem PA tersebut adalah seperti bunyi tikaman batu ke atas dinding. Untuk mahir dalam pengendalian system bunyi bulanlah sesuatu yang mudah jika dibandingkan dengan bermain alat muzik. Lebih merumitkan lagi, kita perlu memahaminya dengan lebih terperinci termasuklah istilah-istilah teknikal. Helaian penerangan ini akan menerangkan secara mudah dan ringkas bagaimana untuk mengendalikan beberapa sistem PA yang berlainan. Dalam ruangan ini anda akan menemui gambarajah-gambarajah dan arahan-arahan tentang cara-cara untuk mengendalikan sistem siaraya daripada yang paling ringkas sehingga satu set siaraya yang besar seperti sistem "triamped". Juga dimuatkan beberapa istilah berguna dan beberapa tip untuk mengendalikan sistem PA dengan baik.

TEKNIK ASAS DALAM PEMASANGAN SISTEM SIARAYA

PEMASANGAN SISTEM BAHAGIAN 1

PA Systems terdiri daripada berbagai bentuk dan saiz , meliputi sistem-sistem yang sangat terperinci seperti yang digunakan di stadium besar sehingga ke sistem yang paling ringkas seperti sebuah system stereo yang biasa digunakan di dalam rumah. Senarai di bawah adalah beberapa contoh setting yang paling lazim dikendalikan. Contoh 1: The Bare Bones

Diatas merupakan contoh sistem PA yang paling ringkas. Sambungan diantara peralatan tersebut adalah sangat mudah dan ringkas. Perkara paling penting untuk diingati ketika menyambungkan sebarang saiz dan jenis PA adalah arah isyarat. Arah-arah isyarat tersebut ditandai dengan anak panah bewarna merah. Bermula dari isyarat bunyi dari mulut anda (atau arah dari mana datangnya isyarat bunyi yang asal), kemudian dari mikrofon pergi ke dalam system penguat (amplifier) , seterusnya melalui pembesar suara (speaker). Hasilnya isyarat bunyi tadi akan lebih kuat dan mudah untuk didengari oleh orang ramai. Secara ringkas apa yang harus diingati adalah setiap sambungan kearah input (ke Amp) merupakan peralatan yang datang dari arah isyarat bunyi ( spt mikrofon) sementara sambungan ke output ( drpd Amp ) seharusnya akan menuju ke speaker. Kita umpamakan system tersebut sebagai sebatang sungai dimana mikrofon adalah hulu sungai, pembesar suara (speaker) adalah hilir, dan penguat (amplifier) adalah sebuah takungan di antara hulu dan hilir. Memandangkan air (isyarat) mengalir dari hulu (Mikrofon), ia mesti masuk ke dalam takungan (pembesar suara) melalui satu ruang (input), dari takungan ia perlu keluar melalui satu ruang keluar (output) sehingga akhirnya, ia sampai ke hilir (speaker). Perumpamaan diatas adalah contoh yang mudah untuk kita memahami arah aliran system PA . Dibawah ini adalah urutan sambungan beberapa komponen untuk membina sebuah set PA. 1. Sambungkan kabel mikrofon dengan mikrofon .Tempat untuk membuat sambungan kabel ke mikrofon secara teknikalnya ia merupakan satu output. 2. Sambungkan hujung kabel yang satu lagi ke input penguat ( amp ) 3. Sambungkan kabel speaker ke output penguat . 4. Hujung kabel speaker yang satu lagi disambung ke input speaker. Isyarat dari mikrofon akan keluar ke speaker setelah melalui penguat.

Contoh-contah : Pemasangan P.A. system Kini anda telah berjaya membina satu set PA yang asas. Walau bagaimanapun set PA tersebut masih kurang praktikal jika digunakan untuk majlis sebenar ia masih kekurangan tiga komponen asas. Untuk tiga komponen asas tersebut kita ikuti contoh seterusnya. Contoh 2: The Essentials

Dengan peralatan tambahan seperti pengadun bunyi ( mixer ) dan satu equalizer (EQ), dan satu set speaker berjulat penuh ( full range speaker ), kita telah membentuk satu set PA yang lengkap. Sistem PA ini boleh digunakan untuk raptai dan beberapa majlis berkapasiti kecil . Isyarat bunyi yang dihasilkan adalah lebih stabil dan konsisten. Seperti di atas, anak panah menunjukkan, isyarat sekali lagi bermula dari mikrofon melalui laluan setiap komponen secara berturutan sehingga ia sampai ke speaker, dan menghasilkan satu bunyi yang lebih kuat dan dapat didengar dengan jelas. Setiap sambungan diantara komponen perlu diambil perhatian.Ini kerana, walau seberapa banyak komponen ( spt. Effects prosessor dan compressors ) di tambah, peralatan tersebut pada asasnya masih perlu bersambungan antara satu sama lain. EQ haruslah disambungkan ke output mixer dan input power amp, mikrofon perlu di atas input mixer dan speaker harus sentiasa selepas amplifier.

Setiap sambungan peralatan di atas adalah seperti urutan dibawah: 1. Pasangkan mikrofon kepada salah satu hujung kabel mikrofon. 2. Pasangkan hujung kabel yang satu lagi ke input mixer ( input datangnya dari mikrofon ) 3. Pasangkan high Z kabel ke "main out" mixer (sambungan ini akan menghantar isyarat

keluar dari mixer). 4. Hujung kabel yang satu lagi, pasangkan ke input equalizer (isyarat dari mixer akan ditala di EQ ). 5. Kabel (highZ cable) dari output EQ disambung pula ke input power amp ( isyarat bunyi akan diperbesarkan di peguat ) 6. Akhirnya, pasangkan dua kabel speaker output power amp dan kedua-dua hujung yang satu lagi ke input setiap speaker Perhatian: Jangan sesekali pemasang komponen lain selain dari speaker ke output power amp. Sambungan dari "speaker out" pada power amp membawa isyarat yang sangat besar dan boleh mengakibatkan kerosakan kepada komponen lain. Contoh 2a: The Powered Mixer

Power Mixer (seperti rajah 2a) adalah sangat mudah digunakan kerana ia menggabungkan pengadun bunyi ( mixing board ), penguat (Amp ), penala bunyi ( EQ ), dan sesetengahnya terdapat pemproses kesan khas ( effects) di dalam satu sistem. ( build-in system ). PA seperti ini sangat sesuai untuk pementasan kecil kerana ia mudahalih, cepat dan senang untuk dipasang. Kos untuk satu set power mixer selalunya lebih murah jika dibandingkan dengan membeli peralatan yang berasingan. Walau bagaimanapun kuasa bunyi yang dihasilkan tidaklah sepower set PA yang berasingan amp. Lagipun kawalan pada EQ, effect dan mixer adalah agak terhad, jadi anda tentu tidak berpuas hati jika ia digunakan dalam majlis yang besar.

Stereo to Mono Anda boleh nampak, dalam sesetengah (atau semua) komponen-komponen system PA, mempunyai lebih daripada satu saluran (channel) yang biasanya dilabel seperti satu dari tiga cara berikut; A dan B, 1 dan 2, atau left (kiri) dan right (kanan). Kedua-dua channel mempunyai input dan output. Ini bermakna sistem tersebut adalah stereo kerana ia mengandungi dua laluan untuk dua isyarat bunyi yang berasingan. Contoh-contoh sistem yang dipaparkan sebelum ini, adalah beberapa system mono (tunggal) tetapi prinsipnya adalah serupa untuk stereo. PA stereo boleh dijadikan sebagai PA mono sekiranya anda hanya menggunakan satu saluran dalam setiap komponen. Misalnya, anda hanya menggunakan saluran (chanel) "B" dalam EQ , anda akan hanya menggunakan input dan output untuk saluran "B", dan membiarkan input dan output untuk saluran A tanpa sambungan. Ini bermakna butang pada saluran A tidak akan memberi apa-apa kesan pada system PA anda kerana tiafda sambungan dibuat pada chanel A tersebut.. Sound Board (mixer) adalah sedikit berbeza berkaitan dengan output. Terdapat banyak isyarat yang datang dari mikrofon di atas pentas masuk ke input-input yang banyak dalam sesebuah mixer tetapi satu set stereo mempunyai dua saluran output utama yang berasingan. Anda hanya perlu pilih salah satu saluran sekiranya ingin menggunakan sistem mono dan sesuaikan dengan tombol-tombol yang ada pada mixer. Namun perbuatan tersebut tidaklah praktikal kerana dengan menggunakan satu saluran sahaja bermakna anda menggunakan hanya separuh daripada kekuatan system tersebut. Contohnya anda hanya menggunakan 250watt daripada amp berkuasa 500watt . Masalah ini boleh diatasi dengan kaedah bridging, akan tetapi persediaannya agak rumit serta agak mengelirukan. Ianya memerlukan pembahagian dan perkiraan yang tepat dan sekiranya menjadi, system anda akan cukup power tetapi sekiranya anda tersilap maka ia mampu merosakkan peralatan anda.

PEMASANGAN SISTEM BAHAGIAN 2 Sekarang kita telah meliputi asas-asas pemasangan siaraya, dan anda bebas untuk membuat sebarang tambahan peralatan dalam pengendalian system PA . Sistem di bawah adalah untuk tempat yang sederhana besar serta tidak memerlukan ruang yang banyak . Contoh 3: Small Practical PA

Merujuk Contoh 3 diatas , pemasangan system PA telah ditambah dengan effect prosessor dan monitor . Moniter adalah satu set speaker yang diletakkan diatas pentas agar kita dapat mendengar dengan jelas ketika membuat persembahan di atas pentas. Satu set monitor terdiri daripada EG dan AMP berasingan dan sambungannya adalah sama seperti set utama yang lain cuma input sambungan adalah daripada channel moniter out yang ada pada sound board utama. Pada asasnya apa yang telah berlaku adalah, isyarat dari mikrofon telah dipisahkan secara elektronik kepada dua isyarat berasingan. Satu daripada isyarat tersebut dihantar ke monitor melalui monitor out sementara isyarat utama dihantar ke main out. Ini memudahkan kita untuk mengendalikan bunyi dari monitor secara berasingan daripada speaker utama. Note: Jika anda menggunakan satu stereo EQ, anda boleh mengendalikan salah satu channel untuk saluran utama (contohnya channel "A") dan monitors melalui channel lain (channel "B"). Cuma perlu pastikan channel yang mana untuk saluran utama dan untuk moniter.. Dengan itu anda tahu yang sliders dan tombol-tombol yang sesuai untuk setiap saluran. Kaedah ini digunakan sekiranya anda hanya mempunyai satu EQ dan ia mampu menyeimbangkan speaker utama dan moniter dalam satu masa. Prinsip yang sama ini boleh digunakan untuk mana-mana komponen stereo dalam system PA seperti amplifier, compressor, crossovers, dan sebagainya.....

EFFECT ( kesan khas ) mampu mengubah dan memberi kesan bunyi pada system PA seperti delay(gema), reverb, atau korus. Effect prosesor adalah lebih baik jika disambung dari line khas seperti effects loop. Melalui effects loop segala isyarat dari soundboard dihantar ke effects prosessor dan isyarat tersebut akan diproses (kesan bunyi) sebelum dihantar balik ke soundboard. Effects boleh diselaraskan secara berasingan pada setiap channel yang ada pada soundboard. Dibawah adalah penerangan sambungan system PA melibatkan effect prosessor seperti rajah 3 diatas : Mains ( System Utama ) 1. Buat pemasangan seperti yang telah ditunjukkan pada CONTOH 2. Monitors 2. Buat sambungan pada monitor out yang daripada mixer mixer kemudian ke input EQ monitor. 3. Seterusnya sambungan daripada output" EQ monitor kepada input power Amp moniter. 4. Ahkirnya daripada output power amp moniter kepada speaker monitor. Effects loop 8. Buat sambungan (selalunya menggunakan kabel high impedance (high Z ) daripada "effects send" atau "effects out" yang ada pada soundboard kepada input unit effect. 9. Seterusnya daripada output unit effect kepada effect return atau effect in yang ada pada soundboard ( mixer ) 10. Dengan ini isyarat bunyi dengan kesan-kesan khas seperti yang dikehendaki akan kembali ke mixer dan diadun semula bersama isyarat utama yang akan keluar ke speaker. Multiple effects ( effect berganda ) Jika ingin mengendalikan beberapa effect pada masa yang sama anda boleh sama ada menggunakan satu unit effect berganda yang mampu menjalankan banyak kesan serentak dalam satu unit, atau boleh meletakkan beberapa unit effect yang berbeza dalam satu laluan effect. Sambungan diantara beberapa unit effect tersebut adalah secara selari seperti dalam CONTOH 3a dibawah :

CONTOH 3a:

Dalam kes ini aliran isyarat adalah datang dari effects send dan mengalir ke arah return. Harus diingat bahawa inputs adalah sentiasa di aliran hulu, "input-input" selalunya datang dari effects send jack dan "outputs" akan sentiasa pergi ke arah effects return jack. Kesimpulannya, arah aliran isyarat adalah seperti berikut: Effects send ( daripada mixer ) ke input (pada unit delay) dari output (daripada unit delay) ke input (pada unit reverb) kemudian output (daripada unit reverb) ke effects return ( pada mixer ) Sesetengah soundboards dilengkapi dengan lebih daripada satu saluran effects. Harus diingati bahawa jika anda digunakan effects send daripada saluran "SATU", anda hendaklah mengguna effects return untuk saluran "SATU". Jika soundboard (mixer) anda mempunyai lebih daripada satu saluran effects, anda boleh membuat sambungan yang berasingan diantara unit effects yang berbeza. Ini memberi lebih kawalan yang berasingan apabila menyesuaikan bunyi untuk input-input mixer (seperti mikrofon, dan sebagainya...).