Anda di halaman 1dari 1

SOALAN PMR 2009; Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi kesesakan jalan raya.

Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dalam era pemodenan dan kecanggihan teknologi ini, masalah kesesakan jalan raya menjadi topik perbincangan orang ramai. Masalah ini harus dibendung dengan segera untuk mengekalkan kemakmuran negara. Jabatan Pengangkutan Jalan Raya [JPJ] telah memainkan peranan yang sangat unggul untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kerajaan harus meningkatkan mutu pengangkutan awam supaya kepentingan pengguna terpelihara. Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya harus membaiki sistem lalu lintas dan menambah bilangan jalan raya. Hal ini merupakan langkah yang drastik untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas. Pihak media massa harus memainkan peranannya untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam dan mengamalkan amalan berkongsi kereta supaya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Tuntasnya, semua pihak tidak harus menunding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya semua pihak harus berganding bahu menggembleng seluruh tenaga untuk memerangi masalah tersebut supaya Malaysia kekal cemerlang, gemilang dan terbilang. [120 patah perkataan]