Anda di halaman 1dari 3

Kebanyakan ibubapa pada hari ini menganggap subjek kemahiran hidup sebagai salah satu subjek yang tidak

berapa penting kerana ianya tidak termasuk dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah,tetapi ternyata sekali pandangan setiap penjaga itu terdapat pro dan kontrasnya. Pengkaji memilih untuk memfokuskan aktiviti amali pemasangan projek dalam kajian ini atas beberapa sebab tertentu. Menurut Sternberg (2004), minda manusia mempunyai tiga potensi utama iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan. Tambah beliau lagi, ketiga-tiganya mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum. Namun begitu dalam konteks pendidikan di negara kita, kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa banyak sekali tumpuan diberikan untuk memupuk kepintaran sedangkan aspek pemupukan kreativiti masih belum lagi diberikan perhatian yang sewajarnya (Toh 2003, Yong 1989). Sekiranya perkara ini berlarutan, tentulah matlamat untuk melahirkan modal insan yang inovatif dan seimbang sukar untuk dicapai.

Kepentingan kreativiti dalam membangunkan masyarakat dan negara telah lama disedari (Storm & Storm, 2002). Para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli psikologi menyatakan bahawa kreativiti dan aspek kemaihran sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup penduduk di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi di mana perubahan, cabaran, dan persaingan sedang dan akan terus berlaku. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun dan berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, keperluan kepada kreativiti dan aspek kemahiran sangat ditekankan. Perkembangan ekonomi yang berlaku akibat daripada perubahan dasar kerajaan yang kini lebih mementingkan sektor industri dan tenaga kerja mahir akan mengubah taraf dan corak kehidupan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Bagi pengkaji, sekiranya sesuatu tajuk penting

itu tidak berjaya dikuasai

pemahamannya secara menyeluruh jika dibandingkan dengan slot lain, slot kreativiti dan rekacipta tidak akan dimasukkan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Bidang pendidikan masa kini menunjukkan semakin ramai pelajar cemerlang dicatatkan setiap kali keputusan peperiksaan utama di umumkan. Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang menunjukkan bakat yang menyerlah dalam aspek kreativiti dan rekacipta, mereka boleh menggalakkan anak-anak mereka mengambil jurusan yang sesuai dengan mereka. Antara contoh bidang pekerjaan yang boleh diceburi adalah juruteknik, jurutera serta bidang kerjaya yang menjurus kepada bidang kemahiran dan kejuruteraan.

Kementerian Pendidikan Malaysia pada masa kini berusaha menggalakkan murid-murid agar lebih berminat dengan mata pelajaran kemahiran dengan penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Minat ini akan pengkaji pupuk bermula di alam sekolah rendah lagi. Melalui aktiviti amali pemasangan projek, banyak impak positif yang akan dikuasai oleh murid-murid sekolah rendah. Ia akan menambah penguasaan dari segi kemahiran motor halus seperti memegang tukul, menyapu kemasan, memegang berus cat dan banyak lagi. Dari segi kognitif, murid-murid akan dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam membanding atau membeza hasil kerja yang bermutu, membuat jangkaan yang bakal berlaku sekiranya paku yang digunakan mempunyai saiz kurang sesuai serta kesan sekiranya menyembur cat tanpa menggunakan apron akan mengotorkan pakaian dan meja kerja masing-masing. Melalui aktiviti amali pemasangan projek juga, murid-murid berpeluang untuk bersosial sesama rakan dan memupuk nilai murni bekerjasama, baik hati dan sabar sewaktu berkongsi bahan atau alat membuat kerja amali. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran aktiviti amali berlangsung, terlalu banyak nilai murni dan kesepaduan tunjang dapat diintegrasikan.

Semasa slot kreativiti dan rekacipta (amali projek), pengkaji hanya memberi arahan ringkas dan tidak menunjukkan cara yang tepat dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Pengkaji juga hanya menunjukkan projek kompleks yang telah disiapkan terlebih dahulu. Impaknya, pengkaji berhadapan dengan sikap negatif dan sikap suka mengadu murid-murid yang asyik mengulang bahawa mereka tidak pandai menggunakan alatan tangan dan mereka tidak tahu untuk menyiapkannya.

Murid-murid menghadapi masalah untuk memegang, menggunakan alatan tangan. Murid-murid berasakan pemasangan projek adalah aktiviti yang sukar kerana mereka tidak biasa menghasilkannya. Dari analisa masalah ini, pengkaji

berpendapat guru perlu menggunakan kaedah demonstrasi model hidup bagi mengatasi masalah semasa mengajar kolaj untuk meningkatkan minat, pemahaman serta penguasaan murid-murid. Demonstrasi ialah satu cara untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Antara kelebihan demonstrasi adalah memberi peluang kepada murid untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan, membuat murid menguasai konsep dan prinsip dengan mudah serta meningkatkan ingatan murid terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu aktiviti. Melalui demonstrasi juga, keyakinan murid-murid untuk menjalankan sesuatu aktiviti akan meningkat. Seterusnya, melalui teknik

demonstrasi, murid-murid akan dapat mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah. Kesimpulannya, kajian yang akan dilaksanakan ini adalah berkaitan menyelesaikan masalah dalam bidang kreativiti dan rekacipta (amali pemasangan projek) dengan menggunakan demonstrasi model hidup. Perancangan kajian tindakan ini

difokuskan bagi mengatasi masalah murid-murid semasa menjalankan aktiviti amali pemasangan projek rekacipta.