Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
DEFINISI
Sistem Limfaktik Rangkaian yang membawa sesuatu cecair jernih yang dipanggil limfa. Sist. Limfa ada di semua bahagian badan kecuali di Sist. Saraf Pusat (tulang belakang)
Sistem Imuniti
Perlindungan jangka panjang terhadap MO dan bendabenda asing yang memasuki tubuh badan.
Organ Sekunder
1.Salur/kapilari Limfaktik 2. Nodus limpa 3. Limfa
Kapilari limfa akan bersambung dengan salur yang lebih besar disebut salur limfa. Dinding kapilari limfa terdiri daripada satu lapisan sel. Dinding kapilari limfa mempunyai liang-liang seni yang menjadikan kapilari limfa telap kepada cecair intersis.
Kapilari limfa berbeza daripada kapilari darah kerana salah satu hujungnya adalah tertutup sementara hujung yang satu lagi dihubungkan kepada salur limfa. Sepanjang salur limfa terdapat nodus limfa pada jarak tertentu. Nodus limfa banyak terdapat di perut, leher, dada dan ketiak.
Nodus limfa berfungsi menghasilkan limfosit yang terlibat dalam penghasilan antibodi. Di sepanjang salur limfa terdapat injap untuk memastikan limfa mengalir dalam satu arah sahaja.
Apabila satu bahagian salur di antara dua injap dipenuhi dengan limfa ,dinding salur limfa akan mengecut dan menolak limfa ke hadapan menyebabkan injap terbuka dan limfa mengalir ke dalam bahagian salur limfa yang berikutnya. Injap kemudian tertutup untuk menghalang pengaliran limfa kebelakang. Limfa berasal dari plasma darah yang keluar dari sistem kardiovaskular ke dalam jaringan sekitarnya.
Cairan ini kemudian dikumpulkan oleh sistem limfa melalui proses difusi ke dalam kelenjar limfa dan dikembalikan ke dalam sistem sirkulasi.
Pengaliran limfa di sepanjang salur limfa yang dibantu oleh injap dalam salur limfa.
LIMFOSIT
Limfosit adalah sejenis sel darah putih yang terlibat dalam sistem imuniti pada vertebrata.
Limfosit dihasilkan nodus limfa yang terlibat dalam penghasilan antibodi. Dua kategori besar limfosit
limfosit berbutiran besar (large granular lymphocytes)
limfosit kecil.
Limfosit dihasilkan di sumsum tulang dan hati (pada fetus) dengan bentuk awal yang sama tetapi kemudian berbeza. Limfosit dapat menghasilkan antibodi pada kanak-kanak dan akan meningkat seiring dengan bertambahnya usia.
Tisu limpoid sebahagian daripada sistem keimunan badan. Fungsi:Melindungi badan daripada ancaman bakteria. Limfosit mengandungi banyak tisu limpoid. Tisu limpoid termasuk nodus limfa, limpa, tonsil dan adenoids (tisu yang mengembang pada bahagian belakang kerongkong) serta timus (kelenjar tanpa duktus pada dasar leher.)
Tisu ini merupakan nama yang digunakan kepada sekumpulan sel yang mempunyai fungsi yang spesifik. Sum- sum tulang juga merupakan salah sejenis tisu.
TIMUS
TULANG SUMSUM
SALUR LIMFAKTIK
Limpa adalah kelenjar tanpa saluran (ductless) Fungsi: menghancurkan sel darah merah tua. Salah satu pusat kegiatan pada sistem retikuloendotelium.
LIMFA
Organ seperti span, terletak di bahagian atas kiri ruang abdomen iaitu dipermukaan perut. Fungsi 1. Memerangkap dan menapis antigen 2. Memusnahkan sel darah merah yang telah tua. 3. Hasilkan sel darah merah yang baru. 4.Menakung darah pada waktu kritikal.
Lokasi limfa
NODUS LIMFA
Bintilan tisu yang berbentuk seperti biji kacang. Berdiameter 2 hingga 35 mm, berwarna kelabu-merah jambu (greyish-pink). Mengandungi leukocyte (sel darah putih) yang mempunyai fungsi pagositosis. Cecair limfa melalui nodus limfa sebelum kembali ke dalam sistem peredaran darah.
Nodus limfa tempat berlakunya pemusnahan agen jangkitan dan toksin. Nodus limfa biasanya terdapat banyak di bahagian dada, leher, pelvik, axilla (ketiak) dan pangkal paha.
SALURAN LIMFATIK
Salur-salur halus yang saling bersambungan dan membentuk struktur seperti jaring.
Terletak dibawah kulit dengan kapilari darah. dan selaras
TIMUS
Sepasang kelenjar yang terletak pada ventral trakea dan atas sedikit dari jantung. Tempat berlaku pembentukkan limfosit.
SUMSUM TULANG
SEL IMUNITI
Sumsum Tulang: Menghasilkan sel limfosit B.
LIMPOSIT B Dihasilkan di Sum-sum tulang iaitu sel batang pluripotensi (Pluripotent stem cells) Dimatangkan di sum-sum tulang. Menyerang antigen yang ada diantara cairan sel.
LIMPOSIT T Dihasilkan di sum-sum tulang dari sel batang pluripotensi (Pluripotent stem cells) Dimatangkan di Timus. Menyerang antigen di dalam sel. 3 jenis Limposit T: Helper T cells- mengatur sistem imun dan mengawal kualiti sistem imun. Killer T cells- menyerang sel tubuh yang terinfeksi oleh patogen. Surpressor T cells- menghentikan tindak balas imun jika jangkitan berjaya diatasi.
3 jenis Limposit B: Limposit B plasma- hasilkan antibodi. Limposit B pembelahmenghasilkan Limposit B dalam jumlah yang banyak dan cepat. Limposit B memori- menyimpan dan mengingat antigen yang pernah masuk ke dalam tubuh
2. Membran mukus
Peluh Sebum Asid perut
1. Kulit:
Tebal menghalang patogen masuk. PH kulit (3-5) berasid menghalang percambahan mikrob. Enzim lisozim dalam peluh dan sebum di permukaan peluh dapat membunuh mikrob. Lapisan kulit mati juga sentiasa disingkirkan. Sebum mengandungi (asid laktik) yang tinggi boleh menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat.
2. Perut
Asid Hidroklorik dalam perut dan jus gaster (berasid)
2. Mekanisme pembekuan darah: Antibodi dalam serum dapat membunuh bakteria yang memasuki luka. Bila luka mekanisma bertindak mengumpalkan darah pada tempat luka. Darah membeku dan mengeras lalu membentuk keruping (kudis). Bertindak sebagai penganti kepada kulit(benteng pertama) serta menghalang patogen masuk ke dalam badan.
3. Mata: Air mata mengandungi enzim lisozim (protein antimikroorganism) yang menguraikan dan membunuh sesetengah jenis patogen yang memasuki mata.
PAGOSIT
Sel-sel darah putih yang melindungi tubuh dengan menghapuskan bakteria dan sel-sel mati. Bertindak balas - pencerobohan oleh sebatian atau patogen asing. Pagosit tidak dapat mengenali bakteria tertentu jika bakteria tersebut disertai oleh kapsul.
Limfosit B menghasilkan antibodi melawan antigen yang terkandung di dalam kapsul bakteria. Antibodi tersebut melekat pada kapsul. Pagosit kemudian mengenali dan mencerna seluruh keseluruhan komplek, termasuk bakteria.