Anda di halaman 1dari 1

Adab Bergaul Dengan Keluarga Siapakah ahli keluarga - Keluarga bermaksud sanak saudara, kaum kerabat, dan saudara

mara terdekat termasuk ibu bapa,datuk, nenek, adik beradik, bapa saudara dan emak saudara. - Islam mewajibkan mukmin menjaga adab bergaul dengan keluarga untuk menjamin keharmonian dan kesejahteraan keluarga. Menjaga hubungan baik dengan keluarga - Dalil : Al-Quran : maksudnya : ... Katakanlah (wahai Muhammad) : aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)... Hadis : maksudnya : Daripada Salman bin Amir Radiallahu anhu, daripada Nabi SAW bersabda : Bersedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala sedekah sahaja, tetapi bersedekah kepada kaum keluarga mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala hubungan silaturrahim. Kebaikan menjaga adab bergaul dengan keluarga 1. Jiwa tenang dan tenteram. 2. Terjalin hubungan kasih sayang. 3. Mudah menerima bantuan keluarga. 4. Dihormati masyarakat. 5. Memperoleh kejayaan. 6. Dikasihi dan dirahmati Allah. Adab bergaul dengan keluarga 1. Ziarah menziarahi. 2. Memberi salam. 3. Beradab ketika bercakap. 4. Mengasihi yang lebih muda dan menghormati yang lebih tua. 5. Nasihat menasihati ke arah kebaikan. 6. Bekerjasama dalam perkara kebaikan. Amalan yang menyalahi adab bergaul dengan keluarga 1. Berbicara tanpa menggunakan pertimbangan akal yang waras. 2. Menyokong atau meredhai perbuatan maksiat yang berlaku dalam keluarga. 3. Membiarkan anggota keluarga hidup dalam kesusahan dan kemelaratan. 4. Tidak menghormati golongan yang lebih tua dan tidak menyayangi golongan yang lebih muda. 5. Tidak bekerjasama dalam usaha yang boleh memberi kebaikan dan faedah kepada keluarga. 6. Tidak melaksanakan tanggungjawab nasihat menasihati. 7. Berperasaan hasad dan dengki dengan sesuatu kelebihan yang ada pada keluarga. 8. Memutuskan hubungan kekeluargaan dengan tidak bertegur sapa dan sebagainya. Akibat tidak menjaga adab berkeluarga Akibat kepada diri Jiwa tidak tenang dan tenteram Hidup dalam kesusahan Tersisih daripada keluarga Hidup tidak berkat Tiada tumpuan kepada pelajaran Akibat kepada keluarga Nama keluarga tercemar Keluarga terdedah kepada perkara mungkar dan maksiat Hilang semangat kerjasama Keluarga porak poranda