Anda di halaman 1dari 25

PENDEKATAN KAEDAH KOPERATIF DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN MURID TAHUN 5 MEMBINA ULASAN NILAI MURNI

OLEH : PN NORLAILI BT MUHAMMAD SK JALAN HANG TUAH 2, JALAN HANG TUAH, 55200 KUALA LUMPUR

i.

Muka surat

ii Abstrak

Antara masalah yang sering wujud dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ialah murid tidak berminat untuk menulis karangan terutama dalam membuat rumusan . Dalam Kertas Bahasa Melayu Bahagian C ini murid-murid perlu menulis ulasan dalam satu perenggan dengan menjelmakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis isu dan masalah berkaitan dengan penulisan karangan fokus kepada membina ulasan (bahagian c) oleh pelajar sekolah rendah khususnya murid tahun 5 Damai yang terdiri daripada 18 orang murid yang lemah membuat ulasan dalam Bahagian ini. Dalam Bahagian( C) ini, murid-murid dikehendaki membuat ulasan tentang petikan yang diberi tidak melebihi 50 patah perkataan. Markah penuh yang diperuntukkan untuk bahagian ini adalah sebanyak 20 daripada 60 markah keseluruhan Kertas Bahasa Melayu Penulisan(012). Untuk menghasilkan ulasan, murid-murid dikehendaki menentukan nilai yang terdapat dalam setiap pernyataan yang diberi terlebih dahulu dan nilai tersebut kemudiannya perlu dihuraikan dengan mengambil contoh berdasarkan pernyataan atau cerita yang terdapat dalam petikan sahaja.

BAB 1

PENGENALAN

Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang turut ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu kurikulum lama yang disemak semula pada tahun 2002 dan dilaksanakan bermula pada tahun 2003. Kepentingan penulisan karangan tergambar dalam kurikulum Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran tersendiri (Roselan Baki, 2003). Dalam kurikulum baru ini, kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid kerana ia merupakan kemahiran yang paling kompleks. Menurut Noorazman Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Murid yang tidak menguasai kemahiran menulis yang baik sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan. Lantaran itu, murid perlu menguasai kemahiran menulis untuk menghuraikan data-data yang tepat, berupaya menyusun jawapan dalam bentuk yang mudah, teratur dan meyakinkan. Sehubungan dengan itu, kemahiran menulis adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan berdasarkan penguasaan kemahiran. Dr. Siti Hajar Abdul Aziz (2009) pula menyatakan bahawa kemahiran menulis ialah satu bentuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang penting dalam kehidupan manusia. Roselan Baki (2003) berpendapat, menghasilkan penulisan merupakan suatu proses yang kompleks. Oleh sebab itu, penulisan perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara sistematis. Menurut Suhaimi Yunus (2009) dalam projek master, ternyata kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana ia mesti dikuasai oleh murid-murid untuk menduduki peperiksaan bertulis.

1.1

PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

Menurut PPK (Pusat Perkembangan Kurikulum). Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah digubal semula pada tahun 2003, membaca adalah asas kepada pengurusan ilmu pengetahuan yang merupakan salah satu prinsip dalam pendekatan Islam Hadhari yang diketengahkan oleh kerajaan. Ia sejajar dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu menyediakan murid yang telah menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira sebelum murid-murid ini menjejakkan kaki ke peringkat sekolah menengah.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai program pemulihan kemahiran membaca dan menulis di peringkat sekolah rendah untuk memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Antara program yang telah dilaksanakan ialah :

Kelas Intervensi awal Membaca dan Menulis (KIA 2 M) Pemulihan membaca, menulis dan mengira (PROTIM) Meluaskan program pemulihan membaca (PROGRAM NILAM Sekolah menengah : Kelas peralihan sebelum ke Tingkatan 1

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis isu dan masalah dengan penulisan karangan fokus kepada membina ulasan oleh pelajar sekolah rendah. Kajian ini ingin mengenal pasti adakah kaedah sedia ada yang diguna pakai di sekolah berkesan dan jika kurang berkesan apakah kaedah pilihan yang boleh diperkenalkan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru berhadapan dengan pelbagai murid yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza. Setiap murid ini bukan sahaja berbeza daripada segi latar belakang malah berbeza daripada segi minat, kebolehan, kemahiran dan penguasaan bahasa. Malah daripada segi Psikologi pula tahap kematangan dan perkembangan setiap individu adalah berbeza. Justeru itu pemikiran kritis, analitis dan kreatif perlu ditanam dan disuburkan dalam kalangan murid secara sedar dan terancang oleh guru-guru

Bahasa Melayu supaya mereka dapat memahami konsep dan membuat hubung kait dengan konsep-konsep sebelumnya. Kertas Bahasa Melayu Penulisan mengalami perubahan bermula pada tahun 2005 di mana penulisan Bahagian C, iaitu membina ulasan mula diperkenalkan. Dalam kertas Bahasa Melayu Bahagian C ini murid-murid perlu menulis ulasan dalam satu perenggan dengan menjelmakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan. Lazimnya, murid-murid akan didedahkan dengan kemahiran merumus atau membuat ulasan karangan apabila memulakan pembelajaran di sekolah menengah. Saya menghadapi sedikit masalah di mana murid-murid tidak dapat mengaitkan nilai-nilai murni dengan ayat-ayat dalam petikan yang diberi. Kajian memfokuskan kepada keberkesanan kaedah koperatif dalam meningkatkan kemahiran murid tahun lima membina ulasan nilai murni. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai: "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada

masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988) Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Laporan Kabinet (Laporan Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guruguru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani. Antara kaedah pengukuran, kejayaan sesebuah sekolah ialah melalui hasil pencapaian dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Walaupun Jabatan Pelajaran mempunyai garis

panduan ukuran pencapaian sekolah, keputusan UPSR masih lagi merupakan elemen yang penting, malah ibu bapa mengukur kejayaan anak-anak berdasarkan keputusan UPSR tersebut. Bagi sekolah rendah kebangsaan, pencapaian terbaik dikatakan apabila seseorang murid mendapat 5A. Keputusan 5A ini merangkumi Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Bahasa Melayu menyumbangkan 2A

melalui Pemahaman dan Penulisan. Ini membuktikan pentingnya penguasaan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis isu dan masalah berkaitan dengan penulisan karangan fokus kepada membina ulasan (bahagian C) oleh pelajar sekolah rendah khususnya dengan mengambil satu tahun persekolahan iaitu Tahun 5. Kajian ini ingin mengenal pasti adakah kaedah sedia ada yang diguna pakai di sekolah berkesan dan jika kurang berkesan, apakah kaedah pilihan yang boleh diperkenalkan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru berhadapan dengan pelbagai murid yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza. Setiap murid ini bukan sahaja berbeza daripada segi latar belakang, malah berbeza daripada segi minat, kebolehan, kemahiran dan penguasaan berbahasa. Malah daripada segi psikologi pula, tahap kematangan dan perkembangan setiap individu adalah berbeza. Justeru pemikiran kritis, analitis dan kreatif perlu ditanamkan dan disuburkan dalam kalangan pelajar secara sedar dan terancang oleh guru-guru supaya mereka dapat memahami konsep dan membuat hubung kait dengan konsep-konsep sebelumnya. Melalui pemerhatian dan perbincangan dalam kalangan guru Bahasa Malaysia dan Guru Panitia, antara hasil yang dikesan adalah bahawa guru terpaksa memainkan peranan utama dalam menjelmakan nilai. Murid-murid tidak terlatih untuk meneroka maklumat sendiri melalui pelbagai bahan sumber. Guru lazimnya perlu mengawal nilai yang dijelmakan dan

mengaitkannya dengan teks. Guru bukan berperanan membantu menyaring dan menyusun maklumat yang telah diteroka oleh murid. Kaedah kawalan sebegini mendorong penggantungan sepenuhnya murid terhadap guru. Keadaan ini boleh menyebabkan murid kurang berminat dan tidak berkemahiran untuk membina ulasan nilai murni dalam penulisan Bahasa Melayu.

Antara masalah yang sering wujud dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ialah murid tidak berminat untuk menulis karangan terutama dalam membuat rumusan . Dalam Kertas Bahasa Melayu Bahagian C ini murid-murid perlu menulis ulasan dalam satu perenggan dengan menjelmakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis isu dan masalah berkaitan dengan penulisan karangan fokus kepada membina ulasan (bahagian c) oleh pelajar sekolah rendah khususnya murid tahun 5 Damai yang terdiri daripada 18 orang murid yang lemah membuat ulasan dalam Bahagian ini. Dalam Bahagian( C) ini, murid-murid dikehendaki membuat ulasan tentang petikan yang diberi tidak melebihi 50 patah perkataan. Markah penuh yang diperuntukkan untuk bahagian ini adalah sebanyak 20 daripada 60 markah keseluruhan Kertas Bahasa Melayu Penulisan(012). Untuk menghasilkan ulasan, murid-murid dikehendaki menentukan nilai yang terdapat dalam setiap pernyataan yang diberi terlebih dahulu dan nilai tersebut kemudiannya perlu dihuraikan dengan mengambil contoh berdasarkan pernyataan atau cerita yang terdapat dalam petikan sahaja.

1.2

SOALAN KAJIAN

1) Apakah yang kamu faham dengan konsep koperatif? 2) Adakah kaedah koperatif dapat membantu meningkat kemahiran penulisan nilai murni bagi murid tahun5 ? 3) Apa yang anda faham tentang nilai murni? 4) Boleh anda mengaitkan nilai murni berdasarkan petikan cerita? 5) Bagaimana kamu boleh menjelmakan semula nilai murni dalam bentuk penulisan? 6)

1.3

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan sejauh mana kaedah Koperatif dapat membantu murid meningkatkan penulisan murid-murid tahun 5 dalam menjelmakan nilai murni berdasarkan petikan yang diberi. Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah koperatif dalam meningkatkan kemahiran murid tahun empat membina ulasan nilai murni .Selain itu juga ingin menanam sifat koperatif di kalangan murid itu sendiri agar sentiasa bekerja sama. Murid akan lebih faham tentang nilai-nilai murni serta boleh mengaitkan semula ke dalam bentuk penulisan berdasarkan teks petikan yang dibaca. Membantu murid meningkatkan lagi markah di dalam penulisan Bahasa Melayu kertas 2 Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

1.4

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian yang khusus tentang pendekatan kaedah untuk meningkatkan penguasaan murid tahun 5 dalam menulis nilai murni . Oleh yang demikian, kajian ini mempunyai kepentingankepentingan yang tersendiri, iaitu: Pertama, hasil kajian ini dapat dijadikan model dan contoh dalam pengajaran penulisan nilai murni Bahasa Melayu. Hasil kajian ini juga akan dapat membantu guru-guru bahasa untuk merancang dan mengajarkan Bahasa Melayu dengan lebih baik dan berkesan. Hal ini ada kaitannya dengan pendapat Corder (1973) yang menyatakan bahawa guru bahasa yang baik ialah ,guru yang dapat menggunakan hukum-hukum dan prinsip-prinsip pengajaran semasa melaksanakannya di bilik darjah. Di samping itu, guru boleh dianggap sebagai penyampai ilmu yang unggul kerana dengan menggunakan teori secara informal, murid masih dapat belajar dan berfikir dengan berkesan (Corder, 1973). Dengan itu, hasil penyelidikan ini dapat dijadikan pegangan oleh guru bahasa di samping dapat merangka pelbagai strategi, kaedah, pendekatan, dan teknik pengajaran penulisan yang lain pula.

Kedua, kajian ini dapat membantu penyelidik-penyelidik yang berminat untuk menjalankan kajian tentang pengajaran dan pembelajaran aspek-aspek lain dalam bidang penulisan Bahasa Melayu khususnya berkaitan dengan penulisan nilai murni.

Ketiga, kajian ini dapat membantu pihak Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Sekolah-sekolah (BSS) untuk meningkatkan dan memajukan model pengajaran ayat Bahasa Melayu berasaskan kaedah Koperatif. Hal ini akan menghasilkan panduan yang

berfaedah dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) Bahasa Melayu.

Keempat, kajian ini juga akan dapat dijadikan bahan rujukan kepada penyelidikpenyelidik yang lain pada masa hadapan.

Sebagai kesimpulannya, dapatlah dinyatakan bahawa kajian ini amat penting dalam konteks pengajaran ayat Bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini akan dapat dijadikan panduan dan matlamat kepada guru-guru yang mengajarkan Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah amnya dan murid tahun 5 khususnya. Selain itu kepentingan kajian ini amat penting. Kajian ini berasaskan bilik darjah. Selain daripada dinyatakan di atas kepentingan kajian juga adalah untuk pihak pentadbir (sekolah). Mengurangkan kadar peratus kegagalan murid dalam kertas dalam kertas penulisan serta Kenaikan graf pencapaian dalam UPSR yang sebenar dalam kertas penulisan.

1.5

BATASAN KAJIAN

Kajian ini akan menggunakan sekumpulan 18 orang murid Tahun 5 dalam sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah 2, Kuala Lumpur. Kumpulan pelajar ini adalah

kumpulan campuran dengan pelbagai jantina, bangsa dan latar belakang yang berbeza-beza. Ia mengandungi 16 orang murid Melayu, seorang murid India dan seorang Bumiputera

Sabah/Sarawak, iaitu 8 orang murid lelaki dan 10 orang perempuan.

Berdasarkan kumpulan sasaran ini, kajian ini mempunyai batasan seperti berikut ; Lokasi Kajian ini hanya tertumpu di sekolah pengkaji yang terletak di daerah Cheras, Kuala Lumpur dan tidak ada persamaan dengan tempat atau sekolah rendah yang lain. Kajian ini menggunakan bilangan murid yang sedikit dan hanya terbatas kepada 18 orang murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah 2, Kuala Lumpur sahaja. Hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada mana-mana murid dan sekolah lain kerana ia hanya merupakan kajian tindakan pengkaji sahaja.

Responden

Responden pengkaji terdiri dari murid-murid tahun 5 di sekolah pengkaji.

Sampel Keseluruhan Sampel adalah seramai 18 orang sahaja daripada responden. Murid yang

dijadikan sampel kajian bukanlah perwakilan sebenar secara keseluruhan murid.

Selain itu Kajian ini hanya tertumpu kepada membina ulasan karangan Bahasa Malaysia sahaja.

Kajian ini hanya dilaksanakan dalam masa 12 jam (3 jam seminggu) selama sebulan sahaja.

BAB 2

Tinjauan Literatur

2.1 Pendahuluan Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu.

Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM 2003), bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh yang demikian, guru seharusnya memahami keperluan konsep pemulihan di dalam bilik darjah bagi mengatasi permasalahan menguasai kemahiran menulis dalam kalingan murid sekolah rendah. Pelbagai usaha telah dan akan

dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Jabatan Pelajaran Negeri dengan Pejabat Pelajaran Daerah bagi merangka program kecemerlangan murid. Program pemulihan merupakan satu pendekatan bagi mengatasi murid-murid yang mengalami kelemahan

kemahiran yang tertentu. Perhatian guru yang serius dalam memenuhi tuntutan murid ini dapat membantu mengembangkan potensi dan meningkatkan keyakinan murid tersebut untuk bersaing dengan rakan mereka yang cerdas.

Dalam usaha mempertingkat kemahiran bahasa murid-murid ini, guru mempunyai peranan yang besar. Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa merupakan asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan di dalam bilik darjah. digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai. kemahiran pembelajaran

2.2 Tinjauan Literatur Literatur adalah kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik terdahulu yang mempunyai kaitan dengan tajuk permasalahan yang dikaji. Terdapat beberapa orang yang telah membuat penyelidikan berhubung dengan kaedah dan penyelidik tempatan

pendekatan dalam mengajar

kemahiran menulis di peringkat sekolah rendah dan menengah. Masalah penguasaan bahasa Melayu sama ada secara keseluruhan atau aspek-aspek tertentu dalam bahasa Melayu memang telah lama mendapat perhatian oleh pihak-pihak tertentu.

Menurut Slavin (1982), mengatakan bahawa kaedah koperatif yang terdapat dalam pendidikan adalah kaedah yang melibatkan kerjasama daripada pelbagai murid yang menjalankan tugasan dalam kumpulan kecil bagi mencapai satu matlamat yang sama. Dapat dilihat di sini bahawa penyatuan pelbagai idea yang lahir daripada murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dapat membantu mencapai matlamat dengan lebih pantas dan berkesan. Pengajaran dan pembelajaran koperatif sebenarnya boleh didapati dalam pelbagai model. Antara model pembelajaran koperatif termasuklah Bulatan Pembelajaran (COL, Circle of Learning), Kaedah Susun Suai (Jigsaw), Penyiasatan Kumpulan (Group Investigation), Kumpulan Pelajar Divisyen Pencapaian (STAD, Student Teams Achievement Division), Kumpulan Permainan Kejohanan (TGT, Teams Games Tournament), dan TAI (Team Assisted Individualization). Menurut Jacobs, Power, & Loh( 2002) seperti berikut. Terdapat lima ciri-ciri / unsur dalam pembelajaran koperatif (Johnson & Johnson 2004) adalah seperti berikut: Kumpulan kecil = 3 4 orang sahaja Tumpukan kepada tugas yang perlu disempurnakan Memerlukan interaksi dan kerjasama kumpulan

Memberi tanggungjawab kepada individu untuk belajar Menyokong pembahagian tugas Felder, R.M., & Brent (2002 ), Journal of Cooperation and Collaboration in College Teaching menyatakan Kaedah koperatif dapat memperkenalkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dengan pendekatan asas iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru merancang aktiviti pelajaran mengikut 3 kaedah utama termasuk : i) murid bekerjasama dalam kumpulan kecil melalui pembelajaran koperatif dengan memastikan setiap ahli kumpulan mencapai matlamat yang telah ditetapkan ii) murid bersaing di antara satu sama lain melalui pembelajaran persaingan untuk mendapatkan kedudukan murid mengikut kebolehan masing-masing

Menurut Christina Lau Chui Jin

(2012 ) menyatakan kaedah koperatif yang telah

dilaksanakan dalam tinjauannya ke atas mata pelajaran sains tahun 4 di Sarawak Kuching telah membuktikan bahawa kaedah koperatif dapat meningkatkan pencapaian peserta kajian di

samping dapat lebih menarik minat dan penyertaan peserta kajian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains. Mereka lebih seronok dan boleh berkomunikasi serta boleh mengemukakan idea-idea yang baru sesama rakan dalam kumpulan. Boleh menjana idea sera boleh mencapai keputusan yang lebih baik sera aktif berbanding sebelum ini yang mana pelajarnya lebih pasif dan hanya bergantung pada guru sahaja.

Tor Geok Hwa Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia (2003) telah menjalankan kajian ke atas sekumpulan pelajar. Kajian ini bertitik-tolak daripada masalah pembelajaran sejarah sekumpulan pelajar (10 orang) dalam satu kelas. Kajian tindakan (KT) kolaboratif antara penyelidik universiti (pensyarah pendidikan) dan penyelidik guru ini merupakan satu langkah ke arah perkongsian bestari antara kedua-dua pihak dalam hal professional development dan penambahbaikan P&P sejarah. Kajian ini bertitik-tolak daripada masalah pembelajaran sejarah sekumpulan pelajar (10 orang) dalam satu kelas. Perbincangan awal antara kedua-dua pihak telah mencapai konsensus tentang andaian bahawa punca masalah pembelajaran sejarah untuk pelajar-pelajar ini ialah mereka pasif dalam proses pembelajaran dan

tidak mengalami proses penaakulan dan deep learning. Sehubungan itu, hasil daripada inkuiri secara deliberate oleh penyelidik ke atas literature teori pembelajaran umum dan teori pembelajaran sejarah, program intervensi dalam bentuk pembelajaran koperatif model STAD telah dikenal pasti dan dijalankan ke atas subjek kajian ini dalam setting P&P dalam bilik darjah (untuk mengelakkan Hawthorne effect). Program intervensi dijalankan dalam 3 lingkaran kerana usaha penambahbaikan dibuat berasaskan maklum balas daripada pelajar semasa pelaksanaan intervensi. Kesan intervensi dilihat dari segi perbandingan skor pre-test dan post-test, pemerhatian terhadap gerak balas pelajar semasa P&P, serta perubahan sikap terhadap subjek sejarah (pra dan pasca-intervensi). Skor pre-test dan post-test telah dianalisis untuk melihat peningkatan skor mentah di samping ujian-t berpasangan yang dijalankan untuk melihat signifikan perubahan skor yang tercatat. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif sememangnya berkesan untuk mengatasi masalah pembelajaran sejarah dari segi mengingat fakta yang berpunca daripada kepasifan dan pembelajaran/penaakulan yang tidak mendalam di kalangan subjek kajian Dari segi penglibatan semasa P&P, pemerhatian oleh penyelidik guru menunjukkan bahawa interaksi dan gerak balas subjek kajian dengan bahan pengajaran.

Meriam Ismail (1997) telah mengkaji kesan strategi Team-Games-Tournament, salah satu strategi dalam pembelajaran koperatif ke atas sikap pelajar terhadap matematik di sebuah sekolah di negeri Sarawak. Kajian quasi-experimental ini mengukur sikap pelajar terhadap matematik sebelum dan selepas pendedahan terhadap pembelajaran koperatif.

Walaupun tiada perbezaan yang signifikan bagi sikap diperoleh tetapi kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian matematik dan kehadiran pelajar ke kelas. Pengkaji menganggap kedua-dua ini boleh dijadikan penunjuk tentang sikap pelajar terhadap penggunaan strategi Team-Games-Tournament dalam pengajaran matematik.

BAB 3

Metodologi Penyelidikan

3.1 PENGENALAN

Kajian ini untuk mengetahui sejauh mana kaedah koperatif dapat membantu kemahiran penulisan murid tahun 4 dalam menulis nilai murni. Selain daripada itu ia juga bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan murid dalam aspek penulisan iaitu kebolehan murid mengenal pasti nilai murni melalui gambarajah yang diberikan.

3.2

REKA BENTUK KAJIAN Dapatan kajian ini adalah berdasarkana kepada gelung kitaran (Kemmis dan Mctaggart,

1988). Ia mengandungi langkah iaitu fasa Merancang (Plan), Tindakan (Action), Memerhati (Observe) dan Refleksi (Reflect)

Gelung Kedua Langkah 5 Merancang


Semula

Langkah 1 Merancang

Gelung Pertama

Langkah 2 tindakan

Langkah 4 Merefleksi Langkah 3 Memerhati Tindakan

Rajah 1: Gelung Kitaran Kajian Tindakan

1 Langkah Pertama Setelah menjalankan soal selidik, pengkaji telah menjalankan temu bual secara indidvidu dan didapati mereka sememangnya mempunyai masalah untuk menjelmakan dan membuat ulasan nilai murni. Oleh itu, Ujian Pra telah dijalankan ke atas murid-murid ini untuk mendapatkan data awal. Pengkaji telah menyediakan borang pemarkahan bagi menilai setiap responden yang dipilih. Instrumen Ujian Pra yang diambil adalah menggunakan latihan yang berasaskan kertas penulisan bahagian C. Setiap responden dikehendaki menjawab soalan yang diberi. Markah akan diberi sekiranya mereka dapat menjelmakan dan membuat ulasan nilai murni dengan tepat.

2 Langkah Kedua Pengkaji telah melaksanakan kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran pengkaji . Murid-murid dikehendaki berada dalam kumpulan dan berbincang untuk mendapatkan nilai yang tepat dan membina ulasan yang berkaitan dengan teks yang diberi. Justeru itu pengkaji telah menjalankan kaedah ini sejam sehari (60 minit) selama dua minggu .

3 Langkah Ketiga Pengkaji telah menjalankan Ujian Pasca dengan menggunakan soalan berbentuk UPSR . Ia adalah untuk memerhati serta melihat peningkatan setiap responden dalam membina ulasan nilai murni. Borang markah akan digunakan untuk mencatat peningkatan bagi setiap ujian dijalankan.

4 Langkah Keempat Seterusnya, pengkaji telah menganalisis data pemerolehan melalui Ujian Pra dan Ujian Pasca yang telah direkodkan. Oleh itu, setelah maklumat dianalisis pengkaji akan melihat adakah kaedah koperatif yang dijalankan berjaya meningkatkan kemahiran murid tahun lima dalam membina ulasan. Antara langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang telah pengkaji jalankan: 1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu 4 orang satu kumpulan 2. Setiap kumpulan diberikan senarai nilai murni untuk dibuat rujukan dan panduan. 3. Murid diberikan petikan dan di dalam kumpulan mereka berbincang untuk mencari nilai murni yang tepat. 4. Guru meminta murid melantik seorang ketua kumpulan dan menulis ulasan nilai murni di atas kertas sebak yang disediakan. 5. Murid menggariskan ayat yang mengandungi nilai murni

6. Murid menampalkan hasil ulasan kumpulan pada papan hitam dan ketua membuat ulasan tersebut. 7. Guru dan murid membuat rumusan hasil pembentangan kerja tersebut dengan membina ulasan nilai murni dan mengaitkannya dengan teks yang diberi. Ujian Pasca akan dijalankan selepas tiga minggu aktiviti dilaksanakan.

3.4

INSTRUMEN KAJIAN

3.4.1 Instrumen Untuk melaksanakan kajian ini, pengkaji telah menggunakan ujian pra dan ujian pasca bagi menilai keberkesanan tindakan ke atas 18 orang murid tersebut. Ujian pra dilaksanakan untuk meninjau tahap keupayaan murid menjawab soalan berkaitan dengan bahan rangsangan tunggal untuk soalan bahagian A kertas Penulisan Bahasa Melayu Tahun Enam. Sebelum menjalankan ujian ini, pengkaji akan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Setiap hari pengkaji akan mengajar selama satu jam untuk mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya Penulisan Bahasa Melayu.

Ujian pasca pula dijalankan untuk menilai keberkesanan kaedah koperatif dalam meningkatkan pemahaman murid dengan menulis nilai murni dengan mudah dan tanpa banyak kesalahan bahasa. Pengkaji melibatkan semua murid yang dipilih iaitu 18 orang. Ujian ini

dijalankan selama 30 minit.Sepanjang pengajaran dan pembelajaran, pengkaji akan membuat pemerhatian secara berstruktur terhadap murid-murid yang terlibat. Catatan jurnal dibuat

sepanjang pemerhatian tersebut. Tujuan pemerhatian dibuat adalah untuk melihat perkembangan murid-murid yang terlibat dan untuk melihat keberkesanan kaedah koperatif yang digunakan sepanjang proses pengajaran.

Seterusnya pengkaji akan menjalankan soal selidik sebagai data bukti kukuh untuk menilai keberkesanan kaedah koperatif yang diguna pakai sepanjang proses pengajaran dan untuk menilai ketelusan murid terhadap pengajaran guru kepada mereka. Di samping itu juga, untuk membantu guru membaiki setiap kelemahan kaedah yang digunakan. Selain daripada

itu juga dapatan yang diperoleh digunakan untuk menentukan sejauh manakah kaedah yang diuji berjaya meningkatkan minat murid terhadap pelajaran Bahasa Melayu.

3.4.2 Prosedur pengumpulan data Pengumpulan data adalah penting dalam sesuatu kajian tindakan yang dilaksanakan . Pelbagai data dapat dikumpul melalui kaedah-kaedah yang tertentu bersesuaian dengan kajian yang dijalankan. Dalam pelaksanaan kajian ini, pengumpulan data telah dibuat berdasarkan soal selidik , temu bual dan ujian pra/ ujian pasca. Sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data. Berikut merupakan kaedah-kaedah

pengumpulan data yang telah digunakan: i. ii. iii. iv. v. Soal selidik temubual Pemerhatian tidak berstruktur Ujian Pra dan Ujian Pasca Pemerhatian

Soal selidik Pengumpulan data soal selidik (rujuk Lampiran A). Soal selidik ini akan diberi selepas pengkaji menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif .Soal selidik ini bersifat terbuka di mana murid-murid saya berhak memilih jawapan yang mereka rasakan sesuai dengan apa yang mereka tempuhi . Soal selidik ini juga dapat menilai sejauh mana keberkesanan kaedah koperatif yang pengkaji gunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Jawapan yang diberikan oleh murid-murid akan pengkaji gunakan untuk menyokong dapatan daripada hasil Ujian Pra dan Ujian Pasca yang dijalankan. Selepas menjalankan ujian pasca, saya telah mengedarkan borang soal selidik pada peringkat kepada

semua responden. Tujuan soal selidik ini dijalankan ialah untuk mendapatkan maklumat daripada responden berkenaan tahap kefahaman mereka terhadap cara-cara penulisan nilai murni dengan menggunakan kaedah koperatif dan dengan menngunakan bahan rangsangan. Tambahan pula, untuk mengukuhkan lagi bukti bahawa kaedah yang digunakan ini berjaya

dan dapat digunakan untuk proses pengajaran guru. Borang soal selidik ini adalah untuk mencari permasalahan murid terhadap mata pelajaran ataupun sebarang kelemahan dari sudut penyampaian guru. Dapatan dari soal selidik ini dianalisis oleh guru seterusnya menentukan kaedah yang sesuai untuk tujuan soal selidik melalui mengatasi masalah yang dihadapi murid seterusnya. Selain itu,

ini juga untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian saya yang diperoleh yang

ujian pasca. Hal ini, sekaligus membuktikan bahawa kaedah koperatif

digunakan dapat meningkatkan pemahaman murid dalam menulis nilai murni dan di harap dapat mencapai aras baik atau cemerlang.

Temu bual Kaedah temu bual telah dipilih untuk dijalankan ke atas responden yang terlibat. Kaedah ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti masalah responden dengan lebih mendalam lagi. Di samping itu ia digunakan untuk menjawab soalan yang disediakan. Oleh itu , soalan temu bual telah dirangka sebanyak 3 soalan bagi menilai masalah responden. Soalan temubual juga menjadi instrumen pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Soalan temubual ini adalah bersifat terbuka di mana murid-murid yang dipilih akan menyatakan pendapat mereka sendiri tentang membina ulasan nilai murni dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Jawapan dan pendapat yang diberikan oleh murid-murid ini pengkaji akan gunakan untuk menyokong dapatan daripada hasil Ujian Pra dan Ujian Pasca yang akan saya jalankan.Sebelum pengkaji menjalankan kaedah ini , pengkaji telah menunjukkan terlebih dahulu kepada penyelia bagi mendapatkan kepastian berhubung dengan soalan tersebut. Ia adalah untuk melihat kesesuaian soalan itu ke atas tahap umur responden yang telah dipilih. Temu bual ini berbentuk separa struktur di mana saya menyoal murid secara langsung. Responden akan menjawab soalan ini secara terkawal. Kemudian, responden akan memberi respon mengikut bentuk soalan yang disoal. Instrumen yang digunakan bagi kaedah ini adalah rakaman audio. Setiap perbualan pengkaji bersama setiap responden akan direkod untuk menghasilkan skrip temu bual.

Ujian Pra/Pasca Ujian pra dijalankan kepada responden unutk mengesan sejauhmana kemahiran mereka untuk membina ulasan nilai murni . Berdasarkan soalan yang diberi, murid menjawab dan markah diberi mengikut skema jawapan yang ditetapkan bagi menilai setiap responden yang terlibat. Selepas pengkaji menyemak kertas ujian responden, kertas ujian tidak akan dipulangkan dan tidak menjalankan perbincangan. Data yang dikumpul akan dianalisis secara deskriptif Selepas menjalankan kaedah koperatif selama tiga minggu, pengkaji telah

melaksanakan ujian pasca pada minggu keempat bagi menilai tahap kemahiran murid membina ulasan nilai murni. Markah-markah yang diperolehi akan dicatatkan dan dikumpulkan. Perbandingan dbuat antara markah dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca untuk menentukan sama ada terdapat peningkatan markah (dalam bilangan murid dan dalam bilangan peratus) selepas menggunakan kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ujian Pra Ujian pra dijalankan terhadap 18 orang responden sebagai satu penilaian awal terhadap tahap keupayaan responden dalam membina ayat berdasarkan bahan rangsangan yang diberi serta melaksanakan dengan menggunakan kaedah koperatif . Pemilihan responden adalah

berdasarkan pemerhatian awal pengkaji selepas mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran tajuk ini berdasarkan kaedah tradisional. Hampir tiga perempat murid gagal

untuk menulis nilai murni dalam bentuk penulisan. Sebilangan besar masih jelas lemah dalam menjelmakan semula nilai murni berdasrkan petikan cerita yang dibaca.

Ujian Pasca Ujian pasca dijalankan selepas saya menjalankan pengajaran dan menggunakan kaedah i-Think Peta Buih. Melalui aktiviti menggunakan bahan rangsangan yang diberi, serta nilai pengajaran dan pembelajaran ialah nilai perbincangan pembelajaran dengan kumpulan

pendidikan yang diamalkan di dalam

pembelajaran kritis yang menggalakan murid-murid

memberi pendapat atau idea di dalam perbincangan kumpulan.. Ujian pasca ini bertujuan untuk menilai sejauh manakah kefahaman murid tentang membina ayat majmuk berdasarkan

bahan rangsangan yang diberi dengan menggunakan kaedah i-Think Peta Buih sebagai cara

mudah untuk membina ayat majmuk. Selain daripada itu untuk melihat pencapaian antara ujian pra dan ujian pasca

perbandingan

Pemerhatian Tidak Berstruktur

Pemerhatian tidak berstruktur menggunakan catatan nota lapangan yang akan dianalisis dengan mempersembahkan dalam bentuk naratif. Berdasarkan pemerhatian selama empat kali sepanjang pengajaran dan pembelajaran dan penyemakan buku latihan atau kerja rumah yang diberi oleh guru, saya dapati 50% murid tidak dapat memberi jawapan yang tepat dan kurang berkeyakinan setiap kali memberi jawapan secara lisan ataupun bertulis. Murid tidak dapat menghubungkaitkan nilai murni yang sesuai dengan watak serta struktur ayat yang tidak

tersusun di sebabkan kurangnya pengetahuan bagaimana ingin menjelmakan nilai murni dalam bentuk penulisan. Murid diminta menjawab soalan yang diberikan.

-Analisis data Dalam analisis data ini, saya telah menganalisis dapatan ujian pasca menggunakan pendekatan kuantitatif secara peratus. Ini adalah untuk melihat pencapaian yang dicapai oleh setiap responden yang terlibat. Seperti Ujian Pra, soalan Ujian Pasca juga meminta murid membina ulasan nilai murni. Ujian ini sangat penting bagi mengukur keberkesanan kaedah koperatif dalam meningkatkan kemahiran murid tahun lima membina ulasan nilai murni. Oleh itu, ujian yang dijalankan adalah untuk melihat responden melakukan ujian ini dengan jayanya. Kemudian markah akan didarabkan dengan peratus untuk mendapatkan keputusan yang lebih telus. Rumus peratus: Peratus (%) =
Jumlah markah responden

x 100

Jumlah mata keseluruhan

= Peratus pencapaian responden (%)

SENARAI RUJUKAN Abd.Rahim Abd Rashid (2004). Nilai-nilai murni dalam pendidikan: menghadapi perubahan dan cabaran alaf baharu, Kuala Lumpur Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan & Ainon .Mohd (2005). Guru sebagai pendorong dalam bilik darjah. Bentong: PTS Professionals Publishing Sdn. Bhd.

Boon Poon Ying (2006). Case as a Training methodology : its use and innovation, Jurnal IPBA, Jld 3(3) hlmn 1-9, Institut Perguruan Bahasabahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur

Dewan Bahasa Pustaka (2006). Bahasa Melayu setengah abad lalu dan setengah abad mendatang: Upaya pemerkasaannya. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada 6-8 November 2006

Haliza Hamzah (2008). Siri pendidikan guru:Perkembangan kanak-kanak untuk program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Edisi Ke-2). Kuala Lumpur Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran, Sofiah Hamid (1993). Perkaedahan pengajaran bahasa malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti

Johnson,

D.W,

R.T. (1990). The collaborative class ; Guide to learning. South Yarra, Australia : Eleanor Curtain

cooperative Publishing.

Johnson, D.W, & Johnson R.T. (1987). Learning together and alone. New Jersey: Prentice Hall.

Kagan, Spencer ( 1994). Cooperative Learning. San Clemente, CA. Marohaini Yusoff (1999). Pengajaran menulis karangan di sekolah : Isu dan cabaran dalam kertas kerja bengkel pedagogi. Kuala Lumpur: Institut Bahasa Melayu Modul Pengajian Sosial Pendidikan Rendah PSS 3113 (Penyelidikan Tindakan 1) cetakan Jun 2011, Institut Perguruan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Nor Shabarina Isa (2010, Oktober 27). Senarai nilai murni. Diperoleh Julai 12,2011, daripada Scribd://www.scribd.com/norshabarina Isa Wan Mohd.Zahid (1988). Kertas kerja kajian sistem Pendidikan Kebangsaan (MTT 2353)url : http://sarjana.tripod.com/nilai3.html

Anda mungkin juga menyukai