Anda di halaman 1dari 2

PUASA MENJULANG TAQWA, TERAKHIR PENENTU KEJAYAAN

MALAM-MALAM

Ibnu Muhammad
Allah SWT telah menegaskan dalam al Quran bahawa tujuan puasa ialah untuk mencapai ketaqwaan. Taqwa adalah piala kemenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hambanya yang menjalani ibadat puasa sebulan di Bulan Ramadhan.


Wahai orang-orang beriman telah diwajibkan berpuasa ke atas kamu, sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa (Al Baqarah:183). Perkataan la ala membawa maksud mudah-mudahan. Ini beerti orang yang berpuasa belum tentu memperolehi piala tersebut, melainkan kita berhati-hati dalam menjalani ibadah puasa, melakukan ibadah-ibadah sunat sebagai nilai tambah dan tidak melakukan sesuatu yang merosakannya. Menjalani ibadah Puasa Ramadhan dapat dibuat analogi seperti satu perlawanan bola sepak. Piala yang hendak direbut ialah Piala Taqwa. Kita mewakili pasukan orang-orang beriman melawan Pasukan Nafsu. Pasukan lawan ialah musuh tradisi kita. Pasukan lawan bukan mahu merebut piala yang disediakan. Mereka hanya mahu memastikan piala tidak jatuh ke tangan orang-orang beriman. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk menang dalam perlawanan dan memastikan piala bukan milik kita. Untuk menang perlawanan, pasukan orang-orang beriman mesti bermain berhati-hati dan bersungguh sebaik sahaja bermula perlawanan. Sepuluh malam pertama dibaratkan separuh masa pertama yang penuh Rahmah dan kita ada banyak kelebihan. Dalam separuh masa pertama kita masih kuat, bertenaga dan mesti banyak gunakan strategi menyerang. Jurulatih telah mengarahkan agar kita mesti mendahului sebanyak mungkin jaringan gol. Penuhilah masjid, banyakkan membaca al Quran, bersedekah, sabar dan jangan bagi peluang nafsu mengoda kita. Strategi dalam separuh masa kedua atau 10 malam kedua ialah mengekalkan serangan dan menambahkan jaringan. Separuh masa kedua biasanya pusingan penentu. Masa ini bukan untuk mengintai strategi pihak lawan, berkhayal mencari strategi atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah tahu peranan masing-masing dan sekarang masa bertindak untuk menyerang. Andai kata masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Andai kata kita sudah mendahuli 1-0, syukur kepada Allah SWT. Namun kita belum selamat. Pasukan nafsu tidak akan

berhenti menyerang. Jangan kita lemah semangat. Kita adalah pasukan tuan rumah, kita bermain di tempat sendiri, padang milik kita dan kita boleh mengawalnya. Jangan biarkan Pasukan Nafsu mendahului kita. Semua posisi dikawal rapi, jangan biarkan pasukan nafsu meloloskan masuk. Kemenangan semakin menghampiri kita. Sekarang kita sudah memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. Ianya ditamsilkan seperti masa tambahan dalam perlawan bola sepak, iaitu suatu tempoh yang sangat penting. Tempoh pendek ini akan menentukan yang kita boleh menang atau kalah. Pekikan dan sorakan mereka semakin menggerunkan. Bagitu juga 10 malam terakhir Ramadhan adalah tempoh yang sangat genting. Biasanya diwaktu ini kita hilang fokus, kita sebok untuk persiapan raya, beli pakaian, buat kueh, balik kampong, dan macammacam lagi. Mercun dan meriam buluh semakin mengganas mendentum. Gaya mereka semakin mengancam. Tenaga kita pun sudah kian habis. Pasukan Nafsu semakin ganas menyerang dan mereka boleh meyumbat sebanyak mungkin gol dan mungkin menewaskan kita. Pastikan kita bertahan, menyerang sehingga ke wisel terakhir dan terus mencapai kemenangan. Marilah sama-sama kita pastikan Ramadhan 1434 Hijrah tahun ini memenangkan kita dengan jaringan 30 berbalas 0 dan Piala Taqwa menjadi milik kita. Kita mesti dapatkan piala berprestej ini. Kerana tahun depan belum tentu kita boleh bertanding lagi. Jurulatih dan Pengurus Pasukan terhebat sekali pun tidak dapat menjanjikan yang kita boleh bertanding lagi tahun hadapan. Tahun depan belum tentu kita melepasi saringan-saringan yang semakin hebat. Oleh yang demikian tahun ini mesti lakukan sebaik mungkin dan memenangi piala tersebut iaitu Piala Taqwa. Mudah-mudahan setiap kita berjaya mengharungi Ramadhan dengan jayanya. Setiap dari kita tentu mahu memiliki taqwa, kerana Allah SWT telah menjanjikan bahawa orang yang paling rapat dengan Nya ialah orang yang paling bertaqwa sebagaimana maksud FirmanNya, Sesungguhnya orang yang mulia dikalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu (Al Hujurat:13).

Anda mungkin juga menyukai