Anda di halaman 1dari 13

..

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: Ke-1 : Pertama : 31Mac hingga 4 April 2013 : Minggu Pertama di SK Taman Ria

Pada hari pertama, saya bersama seorang lagi rakan seperjuangan melapor diri kepada Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Taman Ria, Sungai Petani Kedah. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Kedatangan kami disambut dengan baik sekali. Keramahan beliau menjadikan kami tidak gugup untuk berdiskusi tentang apa yang terlahir di fikiran. Bersama beliau, kami membincangkan beberapa perkara:

1) 2) 3) 4)

Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah Perkara atau aktiviti yang akan kami sepanjang wakti persekolahan Program atau aktivit yang perlu kami laksanakan di sekolah

Cara lapor diri dan kedatangan setiap hari di sekolah Sebelum kami diminta berjumpa dengan Penolong kanan Pendidikan Khas, kami di

minta mengikuti perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap hari Ahad. Saya berasa sangat gementar kerana semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Ria berkumpul di sana. Namun begitu, saya beranikan diri untuk memulakan perkenalan dengan guruguru wanita yang terdapat di sekolah tersebut. Kami dilayan dengan mesra dan diberikan semangat dan nasihat. Saya berasa sangat bersyukur kerana guru-guru di SK Taman Ria sangat membantu dan memberikan kerjasama yang baik kepada kami. Selepas itu, kami diperkenalkan kepada Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas yang mana akan bertanggungjawab ke atas pencapaian objektif praktikum kami di sekolah ini. Kami sempat memperkenalkan diri bersama-sama murid-murid pendidikan khas. Murid-murid kelihatan teruja melihat kedatangan kami ke kelas mereka. Terdapat 3 buah kelas di dalam satu bilik darjah iaitu 20 orang murid. Bersama beliau, kami mendapatkan beberapa maklumat. Antaranya:

1) 2) 3) 4) 5)

Aktiviti yang akan kami lakukan di sekolah Program yang perlu kami laksanakan semasa berpraktikum Mendapatkan maklumat tentang PPKI dan sekolah Berbincag tentang subjek yang bakal diajar Mendapat draf jadual

Di samping itu juga, beliau sendiri menjadi guru pembimbing kepada saya dan seorang lagi rakan praktikum. Kami juga mendapatkan maklumat dan bahan-bahan sukatan pelajaran Pendidikan Khas. Antaranya: 1) Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Matematik, Pengurusan Diri dan Bahasa Melayu 2) Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Matematik dan Bahasa Melayu 3) Mengumpul maklumat mengenai sekolah

Pada hari kedua kami berada di sekolah tersebut, kami berasa gentar untuk berhadapan dengan guru-guru yang mana mempunyai banyak pengalaman dalam menghadapi karenah seterusnya mendidik kanak-kanak istimewa ini. Bagaimanapun, semua guru kelihatan baik-baik belaka dan menerima kami dengan hati yang terbuka. Mereka juga memberikan kerjasama yang baik terhadap diri kami yang mana kurang pengalaman secara praktikal dalam menghadapi situasi sebenar. Mereka juga sudi berkongsi cerita, pengalaman, tingkah laku murid serta bagaimana mahu menarik perhatian murid. Pada hari ini juga, kami telah berjumpa dengan Guru Besar SK Taman Ria untuk mendengar taklimat dan berkenalan dengan beliau. Hal ini kerana beliau tiada di sekolah sepanjang tiga hari ini. Selain itu juga, saya berpeluang mengikuti aktiviti luar bilik darjah dalam subjek Kemahiran Manipulatif iaitu aktiviti memanipulasikan gelung rotan. Saya juga diberi peluang mengendalikan aktiviti yang dijalankan. Melalui aktiviti ini saya dapat merasakan hubungan yang baru terjalin di antara saya dengan muridmurid tersebut. Mereka sangat manja dan cepat mesra dengan kami.

Pada hari keempat iaitu 03 April 2013, kami telah mendapat jadual waktu pengajaran. Namun begitu, guru pembimbing meminta kami memulakan proses pengajaran dan pembelajaran pada minggu hadapan. Selain itu juga, kami juga telah mengikuti aktiviti terapi Bowling di C Mart, Amanjaya Mall. Pada waktu-waktu terluang, saya melengkapakan fail praktikum yang mana memasukkan bahan-bahan yang telah diperolehi mengikut susunan yang betul. Pensyarah pembimbing kami telah datang pada hari ini. Kedatangan beliau ke sekolah sebagai lawatan sosial adalah untuk mendapatkan maklumat serta mengetahui perkembangan terkini kami semua sepanjang berada di sekolah tersebut. Beliau turut mengadakan perbincangan dengan guru pembimbing mengenai subjek, peruntukan masa dan projek yang bakal kami laksanakan untuk memenuhi keperluan dalam praktikum ini di samping hal-hal yang lain. Akhir sekali, pada hari kelima, saya mengemaskinikan fail buat kesekian kalinya. Kami juga diminta untuk mengganti kelas bagi mana-mana guru yang tidak hadir. Peluang ini kami gunakan sebaiknya sekali lagi untuk mencuba cadangan ataupun cara-cara yang dirasakan sesuai untuk menghadapi situasi mereka. Selama seminggi berada di sekolah, kami secara beransur-ansur dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sekolah ini. Tambahan pula, guru pembimbing sentiasa membuat pemerhatian dan memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada kami agar dapat menjadikan diri kami lebih baik dari sehari ke sehari.

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian

: Ke-2 : Kedua :

07 April 3013 hingga 11 April 2013 Tajuk Jurnal :

Masalah Kawalan Murid semasa P&P

1.

Masalah / Peristiwa

Di sepanjang minggu ini, saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Bijak bagi subjek Matematik dan kelas Elit bagi subjek bahasa Melayu. Setiap murid mempunyai tingkah laku masing-masing. Namun begitu, sebenarnya mereka tidaklah mempunyai masalah yang kritikal dalam kawalan tingkah laku kerana mereka sudah dilatih untuk mendengar arahan dengan baik serta menghormati guru. Walaupun demikian, terdapat sesetengah murid yang agak sukar untuk mereka mematuhi arahan saya semasa melakukan aktiviti secara berkumpulan. Hal ini kerana mereka hanyalah ingin menarik perhatian saya untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka dan selalu bertanyakan tentang apa yang mereka sedang lakukan. 2. Analisis

Masalah ini mungkin timbul kerana sikap saya yang tidak tegas pasa minggu pertama berkenalan dengan mereka. Hal ini kerana, pada minggu pertama berkenalan dengan mereka, saya banyak menunjukkan sikap mesra berbanding ketegasan yang perlu ada pada seorang guru. Ini menjadikan mereka terlalu manja dan suka menarik perhatian dengan memanggil saya dengan kerap.

3.

Cadangan Tindakan Susulan

a.

Saya perlu lebih tegas semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dalam mengatasi masalah tingkah laku murid

b.

Saya perlu menyediakan aktiviti hands on yang melibatkan murid agar mereka kurang masa untuk leka dan bermain

c.

Saya perlu menyediakan token agar murid lebih bersemangat untuk menunjukkan tingkah laku yang positif dan takut untuk kehilangan token jika ganjaran ditarik balik

d.

Saya patut mengulangkaji buku-buku yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti untuk menjalankan proses pengajaran yang lebih menarik dan bermakna kepada murid.

e.

Penggunaan token yang perlu dijaga sendiri oleh murid agar dapat memupuk sikap amanah dan percaya diri dalam diri murid.

4.

Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu yang akan datang. Saya perlu menguruskan tingkah laku murid dengan lebih baik agar mereka dapat menjalani proses pembelajaran yang lebih berkesan dan memberi makna kepada mereka. Jika tiada langsung tumpuan yang dapat diberikan oleh mereka, maka pengajaran saya pada hari tersebut tiada maknanya kepada mereka seterusnya menjadikan mereka tidak berminat dengan subjek ini.

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian

: Ke-3 : Ketiga :

14 April 3013 hingga 18 April 2013 Tajuk Jurnal Peruntukan masa semasa PdP :

MASALAH Setelah 3 minggu saya mengajar dan duduk begaul dengan murid-murid berkeperluan khas ini , ia telah menyedarkan saya betapa sukarnya untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dalam masa yang telah ditetapkan oleh saya. Contohnya pada langkah yang pertama, masa yang diperuntukkan adalah 15 minit tetapi yang menjadi masalahnya ialah setelah saya dapat menyelesaikan semua aktiviti pada langkah satu, terdapat sedikit lagi masa yang ada. Hal ini menunjukkan pengajaran saya terlalu cepat mengejar masa dan tidak memikirkan mengenai objektif pengajaran yang ingin disampaikan dan terlalu menjurus kepada tajuk yang hendak disampaikan. Apabila saya ingin membuat Rancangan Pengajaran Harian, saya sentiasa memastikan aktiviti dan agenda yang akan dilaksanakan pada setiap langkah adalah mencukupi dari segi masa dan ia juga amat bersesuaian dengan masa yang telah diperuntukkan. Tetapi, disebabkan oleh situasi kelas dan tingkah laku murid yang telah mengganggu proses pembelajaran daripada berlaku dan telah memaksa saya untuk memberhentikan kelas buat sementara waktu dan ini sekaligus ia memakan masa untuk pengajaran yang seterusnya.

ANALISIS MASALAH Masalah yang dihadapi ini adalah sesuatu yang serius kerana perkara ini berhubungkait dengan ilmu dan kreativiti seorang guru. Oleh itu sebagai guru saya perlu meneroka masalah dan seterusnya cuba untuk menyelesaikan.

PUNCA MASALAH INI WUJUD ADALAH KERANA: 1. Guru terpengaruh dengan sikap murid yang ingin mengetahui aktiviti yang akan dijalankan seterusnya kerana terdapat beberapa aktiviti yang digemari oleh

murid contohnya tayangan video kartun melalui komputer riba dan juga sebarang aktiviti permainan. 2. Terdapat juga murid yang akan mulai resah dan mulai bangun dari tempat duduk apabila guru mengajar murid lain. 3. Murid cepat berasa bosan dengan pengajaran yang disampaikan kerana sudah mengetahuinya sebelum ni melalui pengetahuan sedia adanya. Kanak-kanak akan mulai tidak sukakan pelajaran yang disampaikan oleh guru kerana tidak ada benda baru yang berlaku di dalam hidup mereka. 4. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan juga tidak menarik perhatian murid dan sudah lapuk ketinggalan zaman kerana terdapat tajuk yang telah diulang berkali-kali dan aktiviti yang dijalankan adalah sama dan membosankan kepada murid. 5. Guru terlalu cepat menerangkan sesuatu perkara di dalam isi pengajaran yang hendak disampaikan kerana kurang mendapat respon daripada murid.

CADANGAN Berdasarkan pemerhatian dan pandangan guru pembimbing, saya telah membuat beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah ini agar tidak berlarutan. Antara cadangan tersebut ialah: 1. Guru perlu mengawal tingkah laku murid sebelum memulakan sesuatu pengajaran pada setiap hari di samping dapat mewujudkan kemesraan murid dan guru. 2. Guru perlu lebih kreatif dan menjanakan idea untuk mempelbagaikan aktiviti di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Murid perlu duduk dalam keadaan yang selesa dan betul dengan keadaan badan menghadap guru.

4. Guru perlu memberi ganjaran kepada murid yang dapat menghabiskan aktiviti dengan baik di dalam kelas. 5. Guru perlu membuat ramalan terlebih dahulu sebelum murid bertindak untuk tidak melibatkan diri dalam setiap aktiviti. 6. Guru perlu pandai mengambil hati murid dengan menyelitkan unsur-unsur jenaka di dalam kelas supaya murid merasakan diri mereka dihargai oleh guru itu.

TINDAKAN SUSULAN
Sebagai seorang guru, tindakan susulan daripada masalah ini adalah dengan cara mewujudkan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap murid. Ini kerana apabila soalan dan aktiviti itu tidak pernah dilakukan oleh kanak-kanak ini maka mereka akan berasa ingin mencuba benda baru di dalam kehidupan mereka.Oleh itu, pengajaran akan menjadi aktif secara automatik dan menggalakkan percambahan idea daripada murid itu sendiri. Guru perlu sentiasa menepati masa sepertimana yang telah dirancangkan di dalam rancangan pengajaran harian kerana masa yang berbaki akan membolehkan murid hilang arah tujuan dan guru pasti akan mengalami masalah untuk mengawal tingkah laku murid sebegini. Oleh yang demikian, pemberian ganjaran dan peneguhan positif adalah cara yang terbaik untuk menarik perhatian murid supaya lebih bermotivasi untuk

mengikuti setiap aktiviti yang akan dijalankan dan tidak sabar dan beria-ia untuk mendapatkan ganjaran sepertimana yang dijanjikan oleh guru. Ganjaran yang

sesuai adalah dalam bentuk pemarkahan yang telah ditetapkan. Seseorang guru itu juga hendaklah mendekati murid secara lebih mendalam supaya dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid dan jangan menyalahkan mereka tanpa sebab.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, guru perlu mempunyai motivasi dan keyakinan diri yang tinggi untuk mendidik kanak-kanak pendidikan khas bermasalah pembelajaran ini. Guru bukan hanya mendidik dari segi akademik iaitu untuk mencapai prestasi

kecemerlangan yang tinggi tetapi secara menyeluruh sehingga membolehkan murid itu dapat berdikari dengan baik tanpa bantuan orang lain. Semoga setiap pengajaran yang disampaikan akan tercapai objektifnya yang tersendiri walaupun memakan masa untuk mencapai tahap yang diingini. Semoga murid pendidikan khas ini dapat menguruskan diri dengan baik bila berada di luar sekolah. Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

JURNAL MINGGU 4 ( 21 April 2013 25 April 2013)


MASALAH

Sepanjang lapan minggu menjadi guru praktikum pendidikan khas di sekolah Kebangsaan Taman Ria, terdapat satu masalah yang menarik perhatian saya pada setiap hari. Masalah itu adalah penumpuan murid di dalam kelas terutama selepas waktu rehat. Setiap hari, selepas waktu rehat murid akan berkelakuan agresif bermain dan malas untuk belajar. Semasa belajar di dalam kelas, kebanyakan murid menjadi hiperaktif dan tidak mahu mendengar pengajaran guru. Murid malas menjawab apabila guru bertanya dan mengambil permainan lain untuk bermain. Murid lebih gemar berborak mengenai diri sendiri di dalam kelas, hiperaktif dan bermain dengan rakan mereka yang lain. Sebagai seorang guru, sememangnya perkara ini tidak wajar berlaku di sekolah dan perlu dibendung sejak awal.

ANALISIS MASALAH

Menerusi analisis yang dilakukan, diperhatikan bahawa cuaca panas juga memberi pengaruh yang besar kepada tingkah laku murid. Selepas rehat, kebanyakan murid sudah rimas dengan keadaan badan mereka yang berpeluh dan melekit. Dan ini menyukarkan pembelajaran yang selesa murid. Selain itu, bilik darjah yang kecil dan murid yang ramai menyebabkan murid kurang selesa untuk belajar. Malah, bilik darjah yang terlalu dekat diantara bilik menyebabkan murid kelas lain gemar masuk dan mengganggu rakan mereka yang sedang belajar. Bukan sahaja mengganggu, mereka juga suka ingin melihat apa yang mereka pelajari dan ingin melihat alat bantu mengajar yang guru bawa kepada murid yang ingin diajar.

Selain dari persekitaran dan cuaca, waktu rehat di kantin juga menjadi faktor penyebab berlakunya masalah ini di dalam kelas. Terdapat murid makan dengan tidak tertib menyebabkan pakaian dan badan mereka melekit dan tidak selesa untuk meneruskan pengajaran di dalam kelas. Pengambilan makanan juga boleh

menyebabkan mereka lebih hyperaktif apabila kembali masuk ke dalam kelas. Ini mungkin disebabkan pengambilan makanan ringan yang banyak gula menyebabkan mereka lebih hyperaktif semasa di dalam kelas dan tidak dapat duduk diam di atas kerusi sendiri. Ataupun murid menjadi mengantuk dan malas selepas makan kerana proses penghadaman sedang berlaku. Hal ini menyebabkan murid tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran mereka di dalam kelas.

Ini mungkin juga dari masalah guru itu sendiri, guru yang juga turut rasa penat selepas waktu kelas dan rasa tidak selesa dengan cuaca yang panas. Hal ini menyebabkan guru sudah tiada semangat untuk mengajar dan melayan murid yang pelbagai tingkah laku.

CADANGAN

Masalah penumpuan kerap berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran. Menurut masalah yang dianalisis, terdapat beberapa cadangan yang dapat digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Antaranya termasuklah; Melakukan pengajaran dan pembelajaran di luar kelas Guru sentiasa bersemangat untuk mengajar walau apa juga situasi sekalipun Memberi peneguhan token tingkah laku bagi murid yang bertingkah laku baik bagi sepanjang hari persekolahan. Menerapkan kebersihan diri murid Elak memberi ganjaran yang dapat meningkatkan hiperaktif murid Memperbanyakkan aktiviti di dalam kelas berbanding aktiviti kuliah Memberi peneguhan negatif dengan memberitahu tidak akan beri pulang sekiranya bising.

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari guru yang lebih berpengalaman di sekolah tersebut. Saya akan cuba melaksanakan cadangan yang saya senaraikan sedikit demi sedikit mengikut tahap tingkah laku yang murid tunjukkan. Saya akan memastikan semasa pengajaran saya, murid kelas lain tidak dapat masuk ke dalam kelas sehingga akhir waktu pengajaran saya. Kemungkinan saya akan mengunci pintu ataupun bawa anak murid saya ke luar kelas jauh dari kelas lain. Ini juga boleh memberi ruang keselesaan kepada murid dari gangguan rakan mereka dan memberi murid menghirup udara segar dan suasana berbeza di luar kelas. Tambahan pula, saya akan mempelbagaikan pengajaran saya dan menggunakan strategi yang menjadi kesukaan murid serta tidak membosankan. Sehubungan itu, setiap pengajaran saya perlu banyak melibatkan pergerakan murid secara aktif setiap kali proses pengajaran pembelajaran berlangsung supaya murid dapat apa yang dipelajari mereka setiap hari.

Peneguhan negatif akan saya gunakan sekiranya murid-murid tidak dapat dikawal dengan menggunakan tindakan lain. Peneguhan negatif termasuklah memberi amaran kena pulang lambat dari rakan lain, lambat rehat, ataupun menolak token yang telah dikumpul mereka sebelum ini. Peneguhan ini perlu dilakukan serta merta agar murid tahu guru tegas dalam membuat suatu perkara yang mereka tidak suka. Dengan ini murid akan sedar bahawa tingkah laku mereka itu adalah salah dan tidak melakukannya lagi.

Dari segi kebersihan diri murid, saya akan menegur dari semasa ke semasa dan sentiasa mengingatkan mereka supaya makan dengan cermat dan tidak gelojoh. Saya akan sentiasa memastikan murid membasuh tangan sebelum dan selepas makan, makan dengantidak menyepahkan kawasan sekeliling pinggan, tidak mengesat tangan pada baju semasa sedang makan, dan tidak menumpahkan makanan yang sedang dimakan. Amalan kebersihan bukan sahaja dari segi makanan malah semasa di

dalam bilik darjah. Murid dinasihatkan agar menggunakan pensil warna dan benda lain dengan baik dan tidak mengotorkan pakaian dan anggota badan mereka.

KESIMPULAN Secara keseluruhan, sekiranya guru pandai menyesuaikan keadaan murid dengan suasana pengajaran, murid akan dapat belajar dengan baik dan teratur sehingga akhir waktu pengajaran. Sehubungan dengan itu, guru perlu mengambil tindakan dari semasa ke semasa agar guru tahu di mana kelemahan dan kekuatan suatu pengajaran mereka setiap hari.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :