Anda di halaman 1dari 3

Latihan Jeda

Latihan ini bermula di Jerman serta diperkenalkan oleh Dr Woldemar Gershler & Hans Riendell pada tahun 1930. Atlet yang mula menggunakan kaedah latihan Fartlek ialah Lauri Pihkala dari Finland dan George W. Oton dari University Penn State. Manakala atlet yang menggunakan kaedah latihan ini dan berjaya ialah Emil Zatopik iaitu pemenang pingat emas acara 5000m,10000m pada Sukan Olimpik tahun 1952 di Helsinki, Finland. Konsep Latihan Jeda Latihan Jeda melibatkan aktiviti tertentu diselang seli dengan waktu pulih atau waktu rehat. Latihan ini merupakan satu kaedah latihan bersaintifik, iaitu mengandungi aktiviti larian ulangan pada jarak yang ditetapkan serta diselang seli dengan waktu pulih dalam bentuk berjalan atau jogging. Latihan Jeda juga merupakan latihan yang dikawal oleh kadar denyutan nadi serta latihan yang khusus bagi kardiovaskular. Kadar nadi boleh digunakan untuk mengukur intensiti latihan jeda. Formula pengiraan intensiti latihan jeda ialah seperti yang berikut: Intensiti tinggi => kadar nadi = 75% dari kadar denyutan max untuk mendapat faedah yang max Intensiti rendah => denyutan jantung harus menurun sehingga 60% dari kadar denyutan maximum. Kebaikan melakukan latihan ini ialah membolehkan tugasan yang mempunyai intensiti tinggi dilakukan tanpa berasa letih, dapat meningkatkan kekuatan, kelajuan, daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular . Latihan Fartlek sebaik-baiknya dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Sistem Latihan Jeda Terdapat 2 jenis sistem tenaga yang digunakan dalam latihan jeda iaitu Sistem ATPPC dan asid laktik serta Sistem asid latik dan oksigen. Contoh latihan jeda ialah seperti berikut: Masa larian = 10 minit Masa rehat = 5 minit Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1 : masa larian = 3 minit masa rehat = 3 minit Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1 : 1 Ulangan dicadangkan antara 2 hingga 3 ulangan bagi jarak yang lebih jauh dan 3 hingga 4 ulangan bagi jarak kurang 800 meter bagi satu larian Jumlah set dicadangkan = jumlah ulangan rehat antara set ditentukan oleh kadar denyutan nadi iaitu apabila kadar turun kepada 120 denyut seminit, kemudian set kedua dimulakan. Preskripsi latihan jeda perlu mengambil kira perkara berikut : Ulangan aktiviti Set Nisbah kerja : rehat Aktiviti jeda rehat

Contoh preskripsi latihan Cara menulis preskirpsi latihan jeda 3 x 1500 meter x 2 set @ 8 minit (1 : ), bermaksud 3 ulangan larian berjarak 1500 meter setiap larian, dibuat dalam 2 set, dengan jeda kerja selama 8 minit bagi setiap larian dan jeda rehat selama 4 minit. Jadual menunjukkan masa rehat latihan jeda Masa Kerja 1.1 hingga 60 saat 2.1 minit hingga 2 minit 40 saat 3.2 minit 41 saat hingga 4 minit 4.4 minit 1 saat hingga 5 minit Masa Rehat 1: 3 1: 2 1: 1 1:

Anda mungkin juga menyukai