Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI:

KEKUATAN: Murid seronok menjalankan aktiviti permainan "Pijak Bayang Rakan". Murid dapat menjalankan semua aktiviti ketangkasan yang dikelolakan oleh guru. Murid memberikan sepenuh kerjasama di dalam menjayakan aktiviti pengajaran pada hari ini. Ini jelas dilihat kerana murid mematuhi segala arahan yang diperkatakan oleh guru. KELEMAHAN: Semasa aktiviti permainan "Pijak Bayang Rakan", ada diantara murid yang telah dipijak bayang masih lagi tetap kekal di dalam permainan. Kawalan kelas longgar semasa aktiviti permainan dijalankan. Murid masih belum jelas kepentingan aktiviti memanaskan badan. LANGKAH MENGATASI: Guru perlu lebih jelas memberikan arahan sebelum memulakan aktiviti permainan agar murid faham dan kelancaran aktiviti dapat dijalankan. Guru perlu menjelaskan kepentingan memanaskan badan dari masa ke semasa. Murid yang didapati tidak mendengar arahan akan diberikan hukuman ringan bagi memberi amaran agar tidak mengulangi aktiviti yang sama di masa hadapan.