Anda di halaman 1dari 2

Mengapa Bahasa Melayu tidak dapat menandingi Bahasa Jepun?

Jepun adalah negara yang sangat terkenal dengan kemajuan dari segi teknologi, ekonomi dan dari pelbagai aspek. Satu fakta yang tidak dapat disangkal lagi malah Amerika Syarikat juga akur dengan kehebatan teknologi mereka. Sebagai contoh teknologi pembuatan kereta Jepun seperti kereta berjenama Mitsubishi, Nissan, Honda, Toyota, Suzuki dan sebagainya digunakan secara meluas di seluruh pelusuk bumi ini. Dari itu,tahulah kita bahawa Jepun ialah Negara yang sangat hebat dan uniknya mereka dapat maju dan terus membangun hanya dengan menggunakan bahasa mereka sendiri iaitu bahasa Jepun. Sering kita dengar di sekeliling kita, masyarakat dunia berpendapat bahawa kita tidak dapat maju jika kita tidak menguasai Bahasa Inggeris disebabkan bahasa Inggeris adalah bahasa perantaraan dunia. Walaubagaimanapun, semestinya terlintas di fikiran kita, bagaimana Jepun dapat berjaya menakluk tingkat yang teratas berbanding dengan Negara-negara lain di dunia ini hanya dengan menggunakan bahasa mereka sendiri? Dari soalan itu, timbul pula persoalan mengapa Malaysia tidak menggunakan Bahasa Melayu secara meluas untuk maju? Mengapa kita perlu mengagungkan bahasa Inggeris? Lihatlah sejarah,kita pernah berada di atas dengan bahasa kita sendiri suatu masa dahulu tetapi mengapa tidak sekarang. Jawapannya terletak kepada pemimpin kita sendiri. Pemimpin adalah tonggak bagi sesebuah Negara dan menjadi idola dan ikutan rakyat. Jika pemimpin sendiri tidak memartabatkan bahasa Melayu bagaimana pula dengan rakyat? Sudah terang lagi bersuluh, pemimpin kita sendiri menggunakan bahasa Inggeris di perjumpaan-perjumpaan antarabangsa. Adakah dengan bahasa Melayu kita tidak dapat maju, sedangkan bahasa Melayu kita pernah menjadi bahasa terhebat di dunia sehinggakan pedagang-pedagang pada waktu itu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dan bahasa Melayu ketika itu digelar Lingua Franca.

Faktor yang kedua ialah faktor pengguna Bahasa Melayu itu sendiri. Kita sedia maklum bahawa rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan banyak lagi. Kita juga sedia maklum bahawa bangsa-bangsa lain juga mempunyai bahasa ibunda mereka sendiri. Jika dilihat, mereka tidak begitu fasih dalam menggunakan bahasa Melayu malah mereka lebih tertarik menggunakan bahasa Inggeris selain dari bahasa Ibunda mereka. Jadi di mana letaknya bahasa Melayu pada mereka? Bukan ingin menyalahkan mereka tetapi setidaknya, kuasai bahasa kebangsaan kita sebelum menguasai bahasa penjajah. Kita semua berpijak di bumi Malaysia yang mana komunikasi kita sepatutnya berpaksikan Bahasa Melayu dan bukannya bahasa Inggeris yang dating bersama penjajah. Justeru, bagui memartabatkan Bahasa Melayu kita, kita semua yang berpijak di tanah air ini perlulah menjadikan bahasa kebangsaan ini sebagai pasak utama dalam segala urusan kehidupan seharian kita.