Anda di halaman 1dari 5

Ujian Imlak Menurut John W. Oller, Jr (1979) melalui bukunya yang bertajuk LanguageTest at School ( Longman Group Ltd.

td.), Imlak merupakan satu ujian kemahiran mendengar. Bagi beliau juga, ujian imlak bukanlah sekadar menguji keupayaan murid- murid atau pelajar untuk mengeja malah lebih daripada itu. Imlak menguji konstruk kemahiran mendengar dalam sesuatu bahasa dan kefahaman mengenainya dalam bahasa yang didengar. Ini bermaksud, seseorang itu tidak mungkin faham bunyi bahasa yang diperdengarkan dalam imlak sekiranya dia tidak faham struktur linguistik bahasa tersebut, sama ada dari segi fonologi ( sistem bunyi ), tatabahasa, perbendaharaan kata dan semantik ( sistem maknanya ). Contohnya: Seseorang Melayu yang tidak mengetahui bahasa Russia dari segi sistem bunyi, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sistem makna bahasa itu tidak mungkin boleh memahami bahasa yang didengarnya dan menulis semula apa- apa yang diperdengarkan dalam ujian imlak bahasa tersebut. Besar kemungkinannya, seseorang murid Melayu yang mendengar imlak dalam bahasa Russia tidak dapat membezakan yang mana bunyi awal dan yang mana bunyi akhir sesuatu perkataan Russia tersebut. Di atas rasional inilah, Oller (1979) menganggap bahawa ujian imlak sebagai satu ujian yang sah bagi mengukur kemahiran seseorang itu mendengar dalam sesuatu bahasa yang diperdengarkan. Imlak dapat menguji kefahaman pendengaran dalam sesuatu bahasa dengan tepat dan bukan ejaan semata- mata. Kemahiran mendengar menjadi semakin penting kerana pendengar dikehendaki menulis semula apa- apa yang didengarnya dalam ujian imlak. Ujian imlak yang dimaksudkan oleh Oller ialah menulis semula sesuatu keratan ( petikan paragraf ) yang diperdengarkan, dan bukan satu senarai ejaan yang terdiri daripada 10 atau 20 perkataan yang biasa terdapat dalam sesuatu ujian ejaan.

Berbanding dengan teknik lain, ujian imlak lebih praktis kerana lebih mudah dari segi menyediakan bahan ujian, mentadbirnya dan memeriksanya. Dari aspek persediaan guru pula, guru hanya memilih keratan yang hendak diperdengarkan kepada pelajar sahaja. Ia tidak memerlukan peralatan seperti mesin taip, stensil, mesin pendua, dakwat cetakan, radio atau kaset. Dari segi mentadbirkan ujian, guru tidak perlu mengedarkan kertas soalan dalam bentuk aneka pilihan, seperti mana yang diperlukan apabila menggunakan teknik lain. Guru hanya membacakan bahan yang sesuai yang telah dipetik daripada buku atau majalah. Dari segi tindak balas murid pula, mereka dikehendaki mendengar dengan teliti , memahami apa yang didengar dan menulis semula apa yang didengar. Teknik ini dianggap sesuai bagi peringkat rendah dan menengah. Arahan bagi Ujian Imlak Adalah penting bagi murid- murid diberikan arahan yang jelas tentang ujian ini pada peringkat awal, sebaik sahaja ujian tersebut hendak dijalankan. Arahan seperti yang berikut boleh diberikan secara lisan:Contoh arahan guru. Saya ingin menguji kemahiran kamu mendengar dan memahami keratan cerita yang akan saya bacakan. Oleh kerana ujian ini dalam bentuk imlak, kamu dikehendaki menulis semula keratan yang akan saya bacakan secara nyaring. Kamu akan mendengar saya membacakan cerita ini tiga kali. Pada kali yang pertama, saya akan membacakannya mengikut kadar kelajuan orang bercakap. Kamu hanya mendengar dan cuba fahamkan sebanyak yang boleh. Pada kali yang kedua, saya akan membacanya dengan hentian sementara dan mengikut kadar kelajuan yang sesuai bagi kamu mendengarnya. Kamu tuliskan semula setiap perkataan yang kamu dengar. Berhubung dengan bacaan seperti

koma bernoktah ( ; ) dan noktah ( . ) akan saya beritahu apabila ada. Pada kali yang ketiga, saya akan membaca secara keseluruhan keratan cerita ini semula menurut kadar kelajuan orang bercakap. Sambil itu kamu semaklah apa yang telah kamu tulis. Contoh Keratan Ujian Imlak. Saya dan adik saya yang kecil/ berjalan menyusur pantai Pulau Pangkor/ yang permai itu./ Di tengah laut, / kelihatan beberapa buah perahu nelayan/ menuju ke tepi pantai./ Seharian mereka berada di tengah laut/ mencari rezeki./ Hanya pada waktu senja/ baharu mereka balik./ Jauh ke tengah lagi/ kelihatan kepulan asap/ dari sebuah kapal/ yang nampaknya menuju ke utara./ Jika kami membawa teropong/ sudah tentu kami boleh nampak/ kapal itu dengan jelas./ Cara Menyampaikan Ujian Cara membacakan keratan Imlak Bacakan keseluruhan keratan satu kali kepada murid sebelum Ujian Imlak itu dijalankan. Selepas imlak dijalankan, bacakan teks itu keseluruhannya sekali lagi untuk semakan murid. Jadi guru membacakan teks itu tiga kali, iaitu sebelum pengujian, sewaktu pengujian dan selepas pengujian. Kadar kelajuan bacaan hendaklah sesuai dengan kesempatan murid mendengar, memahami dan menulis, dan keratan dibacakan dengan gaya yang natural ( biasa ). Bacaan hendaklah mengikut tanda bacaan, jeda dan intonasi yang betul. Sebaik- baiknya, jeda atau tempat hentian sementara hendaklah pada unit bacaan yang mengikut unit pemikiran. Ini adalah untuk menyenangkan murid mendengar mendengar dan memahami unit itu dan menulisnya semula dalam masa yang agak selesa dan mencukupi.

Sebutan bunyi perkataan hendaklah jelas mengikut sebutan bahasa yang standard. Ujian imlak harus dijalankan dalam suasana yang senyap, tanpa gangguan atau kebisingan. Cara Memberi Markah Markah penuh bagi sesuatu Ujian Imlak adalah mengikut jumlah bilangan perkataan yang terdapat dalam keratan imlak yang dibacakan. Misalnya, 200 markah penuh bagi keratan yang mengandungi 200 patah perkataan atau 100 markah penuh bagi keratan yang mengandungi 100 patah perkataan, dan seumpamanya. Pengagihan markah adalah seperti yang berikut: a) 1 markah bagi setiap perkataan yang betul tepat dengan bacaan daripada teks asalnya. b) 1 markah bagi setiap perkataan yang tersilap ejaannya, tetapi mempunyai kaitan fonologi dengan perkataan asalnya; dan tidak membawa maksud ayat/ keseluruhan teks asalnya. Misalnya jika bilik dituliskan sebagai bilek, atau tidur dituliskan sebagai tidor dan seumpamanya. Biasanya, yang dimaafkan ialah kelainan fonem yang tidak mengubah maksud dalam Bahasa Melayu. Atau markah bagi kesilapan seperti di atas. ( sistem pemarkahan ini hanya digunakan jika guru perlu menggunakan sistem pemarkahan yang lebih ketat untuk membezakan golongan (a) dan (b). c) 0 markah bagi setiap perkataan yang salah ejaannya dan tidak ada kaitan fonologi dengan perkataan asalnya dan tidak membawa sebarang maksud atau membawa maksud yang berlainan daripada konteks ayat/ keseluruhan teks asalnya.

Bukan Oller sahaja yang telah mengutarakan Ujian Imlak sebagai satu alat yang sah dan boleh dipercayai bagi menguji kemahiran mendengar. Heaton ( 1979:185 ) juga telah mengakui kebolehan ujian tersebut bagi menguji kefahaman mendengar dan subkemahiran yang berkaitan dengannya apabila beliau berkata: