Anda di halaman 1dari 2

Ministry of Education

Pengalaman belajar yang menarik menanti anda di KidZania Kuala Lumpur!


Bersedia untuk Dunia yang Lebih Baik!
Selamat datang ke KidZania Kuala Lumpur sebuah kota dimana kanak-kanak berpeluang menjalani kehidupan berdikari dan memahami dunia golongan dewasa, dengan menjalani kehidupan sebagai orang dewasa. Dengan seorang guru diberi masuk percuma untuk mengiringi 10 orang murid, KidZania Kuala Lumpur adalah destinasi yang ideal untuk lawatan sekolah bagi membolehkan kanak-kanak sekolah memahami dunia sebenar di sekitar mereka.

Belajar Sambil Bermain


Berperanan sebagai pusat pembelajaran menghiburkan yang selamat dan interaktif, KidZania Kuala Lumpur menawarkan pengalaman hebat dengan membolehkan kanak-kanak bermain dengan berbagai-bagai peranan di dalam sebuah replika bandar sebenar. Di KidZania Kuala Lumpur permainan arked dan taman tema tidak disediakan. Sebaliknya, pelbagai aktiviti lakon peranan yang meriangkan disediakan dan direka khusus untuk merangsang tumbesaran zikal dan intelektual kanak-kanak. Ini turut menyumbang ke arah perkembangan kemahiran dan perwatakan mereka. Malah, kandungan bagi tiap-tiap aktiviti di setiap premis berkait rapat dengan subjek yang dipelajari di sekolah. Menerusi lakon peranan, kanak-kanak lebih memahami keadaan dunia sebenar. Peranan profesional mewakili kepentingan setiap individu dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Ia turut menyemai nilai-nilai persamaan hak dan saling menghormati di kalangan kanak-kanak ini. Menerusinya, kanak-kanak belajar untuk saling berinteraksi dengan persekitaran mereka sambil membentuk identiti mereka sendiri. Kepelbagaian pengalaman belajar di KidZania Kuala Lumpur menyumbang sebagai pengaruh yang positif bagi setiap kanak-kanak dalam menjalani kehidupan di sekolah, di rumah dan ketika mereka bersama-sama rakan mereka. Profesion yang boleh dijayakan oleh kanak-kanak di sini terbahagi kepada beberapa kategori: Media, Seni dan Kebudayaan, Peruncitan, Perkhidmatan Awam dan Persendirian, Sukan, Makanan dan Minuman, Pembinaan dan banyak lagi. Banyak lagi aktiviti sekolah yang boleh dimanfaatkan daripada kunjungan ke KidZania Kuala Lumpur, termasuklah menyelesaikan kerja rumah, projek penyelidikan, mempamerkan hasil kerja dan banyak lagi. KidZania Kuala Lumpur menawarkan berbagai-bagai aktiviti untuk memastikan si kecil anda bukan sekadar terhibur di sepanjang kunjungan, malah juga menyedarkan mereka mengenai fungsi dan peranan aspek-aspek di dalam dunia golongan dewasa. Ini menjadikan KidZania Kuala Lumpur sebuah kota pembelajaran unik yang membantu menggalakkan pemikiran secara kreatif dan merangsang keyakinan diri.

Ministry of Education

Pelbagai aspek perkembangan insan direalisasikan menerusi permainan di KidZania Kuala Lumpur
Perkembangan psikomotor
Koordinasi motor Pengendalian objek Kawalan sentuhan Kebolehan meniru aksi

Perkembangan kognitif
Perhatian Memori Analisis dan sintesis Imaginasi Kreativiti Pemikiran saintik Komunikasi Hubungan logik

Perkembangan emosi
Perkembangan subjektiviti (dunia dalaman) Sublimasi keresahan dan hiperaktif Pengendalian ekspresi simbolik Penyelesaian konik Pembentukan identiti, jantina, bangsa dan jenis profesion dan sebagainya

Perkembangan sosial
Pengetahuan mengenai dunia orang dewasa Persediaan menghadapi kehidupan bekerja Pembentukan moral Pembentukan sosial Pemahaman antara kaum

Rangkaian Profesion
A. Organisasi & Profesion Institut Memandu Pemohon Lesen Memandu Pemandu Klinik Gigi Doktor Gigi Pusat Pekerjaan Pemohon Kerja Balai Bomba Ahli Bomba Syarikat Elektrik dan Air Juruteknik Elektrik dan Air Balai Polis Detektif Anggota Polis Hospital Paramedik Pakar Bedah Pakar Mata Perkhidmatan Kurier Penghantar Kurier Peti Keselamatan Pengawal Keselamatan Bank Pelanggan Pusat Informasi Pemandu Pelancong Klinik Haiwan Doktor Haiwan Mahkamah Hakim Defendan Plaintif B. Media Studio TV Hos Krew Stesen Radio Hos Juruteknik Balai Berita Wartawan Jurugambar Penghantar Akhbar C. Industri Kilang Susu Pengeluar Susu Loji Pembotolan Pakar Minuman Bersoda Kilang Coklat Pengeluar Coklat Kilang Komputer Riba Pengeluar Komputer Riba Kilang Gula-gula Pengeluar Gula-gula D. Industri Permotoran Wakil Pengedar Kereta Pereka Kereta Stesen Servis Mekanik Pemandu Jalanan Pemandu Stesen Minyak Pembantu Stesen Minyak E. Kebudayaan Studio Gambar Jurugambar Profesional Editor Foto Sekolah Melukis Pelukis Pelukis Mural Universiti Penuntut Universiti Akademi Lakonan Pelakon Makmal lem Penerbit Filem Bengkel Seni & Kraf Penuntut Kraftangan Menara Jam Askar Menari Butik Fesyen Model Penggambaran Model Pertunjukan Fesyen Makmal Sains Saintis Pusat Hiasan Dalaman Juruhias Dalaman Studio Silap Mata Ahli Silap Mata F. Kesihatan Memanjat Bangunan Pendaki Gimnasium Atlet G. Perumahan Tapak Pembinaan Pekerja Binaan Mencuci Tingkap Pencuci Tingkap Mengecat Rumah Tukang Cat H. Peruncitan Kedai Barang Kemas Pembuat Barang Kemas Salun Kecantikan Pelanggan Jururias Kuku Pendandan Rambut Jurusolek Pasaraya Pelanggan Juruwang Pembantu Kedai Kedai Gunting Rambut Pelanggan Kedai Telefon Bimbit Penjual Telefon Bimbit I. Pengangkutan Pesawat Juruterbang Krew Kabin Pengangkutan Awam Penumpang J. Hiburan Bilik Permainan Pelanggan Ruang Rehat Muzik DJ Penyanyi Penari K. Makanan & Minuman Sekolah Kulinari Tukang Masak Pelatih Kedai Piza Tukang Masak Kedai Burger Tukang Masak Bakeri Chef Pastri Kedai Kopi Pelayan Kilang Biskut Pengeluar Biskut Kilang Mi Pengeluar Mi Kilang Aiskrim Pengeluar Aiskrim

Get ready for a better world!

KidZania Kuala Lumpur Rakan Riang Sdn Bhd (854286-D), Curve NX, 18 Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. No. tel: (603) 7839 9688 Faks: (603) 7839 9488 Emel: schools@kidzania.com.my Laman web: www.kidzania.com

Penaan: Semua maklumat yang terkandung di sini adalah tepat pada masa percetakan dan mungkin dipinda pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. V1.1

Anda mungkin juga menyukai