Anda di halaman 1dari 2

point sahaja..SAINS UPSR TAHUN NI..manalah tau naik kang kan !! tahun 5 ni... 5.

4 Bahan Lut Sinar , Lut Cahaya dan Legap 20. Bahan lut sinar ialah bahan yang membenarkan hampir kesemua cahaya menembusinya. a) Objek yang diletakkan di belakang bahan lut sinar boleh dilihat dengan jelas. b) Contoh : kaca jernih dan plastik jernih c) Kegunaan : Akuarium, pintu kaca,dinding kaca,plastik hadiah,bikar,silinder, penyukat, cermin jam tangan dan jam dinding serta cermin bingkai gambar. 21. Bahan lut cahaya ialah bahan yang membenarkan sebahagian cahaya sahaja menembusinya. a) Objek yang diletakkan di belakang bahan lut cahaya tidak dapat dilihat dengan jelas dan kelihatan kabur. b) Contoh : kaca berfros sesetengah plastik, kertas surih dan kain nipis c) Kegunaan : cermin tingkap,kaca mentol, bekas makanan dan kaca mata hitam. 22. Bahan gelap ialah bahan yang tidak membenarkan sebarang cahaya menembusinnya. a) Objek yang diletakkan di belakang bahan gelap tidak dapat dilihat langsung. b) Contoh : Kayu , logam, getah, sesetengah kain dan sesetengah plastik c) Kegunaan : Bumbung , dinding, beg, topi, paying, kotak dan kertas pembalut. 5.5 Mengekalkan Bahan Supaya Tetap Panas atau Sejuk 23. Penebat haba boleh digunakan untuk menyimpan barang-barang supaya tetap panas atau sejuk. 24. Contoh penebat haba ialah polistirena, habuk kayu,kapas bulu,tuala,kain,sabut kelapa dan kertas tisu. 25. Bekas polistirena digunakan untuk menyimpan makanan panas. 26. Kotak polistirena digunakan untuk menyimpan ikan, minuman tin dan ais supaya sentiasa sejuk. 27. Habuk kayu, kapas bulu, tuala,kain,sabut kelapa dan kertas tisu boleh digunakan untuk membalut objek untuk mengekalkan kepanasan objek. 28. Bahan itu boleh juga digunakan untuk membalut barang beku supaya tetap sejuk. 29. Termos digunakan untuk menyimpan air panas atau sejuk. 5.6 Kegunaan Bahan Berdasarkan Sifat-sifatnya 30. Bahan yang berbeza mempunyai sifat-sifat yang berbeza. 31. Pengetahuan tentang sifat-sifat bahan membantu kita memilih bahan yang sesuai untuk membuat objek. 32. Logam : a) Keras dan kuat untuk membuat bingkai kaca mata dan cermin tingkap b) Konduktor haba untuk membuat kuali c) Konduktor elektrik untuk membuat pin pada palam elektrik 33. Kaca : a) Bahan lut sinar untuk membuat kaca mata dan tingkap b) Bahan lut cahaya untuk membuat tingkap 34. Plastik : a) Penebat haba untuk membuat pemegang kuali b) Penebat elektrik untuk membuat kotak palam elektrik 35. Kapas : Menyerap air untuk membuat tuala 36. Getah : Boleh diregang untuk membuat tayar 37. Kayu : Terapung di permukaan air untuk membuat sarapan 5.7 Guna Semula, Pengurangan dan Penggunaan Kitar Semula Bahan 38. Bahan semula jadi diperoleh daripada tumbuhan , haiwan dan batuan. 39. Contoh-contoh bahan semula jadi ialah kayu, kapas, getah, kulit, bulu binatang, sutera,logam dan tanah liat. 40. Bahan buatan manusia diperoleh daripada proses kimia. 41. Contoh-contoh bahan buatan manusia ialah plastik dan kain sintetik. 42. Bahan semula jadi dan buatan manusia adalah terhad. 43. Bahan ini mungkin akan kehabisan jika tiada usaha untuk memulihara bahan ini. 44. Bahan semula jadi dan buatan manusia boleh dipulihara dengan kaedah guna semula,pengurangan penggunaan dan kitar semula. 45. Guna semula bermaksud menggunakan semula bahan buangan untuk kegunaan lain. 46. Pengurangan penggunaan bermaksud mengurangkan penggunaan bahan untuk membuat objek. 47. Kitar semula bermaksud memproses semula bahan buangan untuk menghasilkan produk baharu. 48. Dengan mempraktikkan kaedah ini,bahan tidak akan kehabisan dan boleh tahan untuk tempoh yang lama. 5.8 Pengaratan 49. Karat ialah lapisan bewarna perang yang terbentuk di permukaan sesetengah objek. 50. Hanya objek yang diperbuat daripada besi akan karat. 51. Contoh-contoh objek yang boleh berkarat ialah paku besi, klip kertas,skru dan jarum. 52. Pengaratan hanya akan berlaku jika terdapat udara dan air. 53. Pengaratan boleh dicegah dengan menjauhkan objek besi daripada udara dan air.

54. Ini boleh dilakukan dengan cara : a) Mengecat b) Menyapu gris atau minyak c) Menyalut dengan plastik d) Menyalut atau menyadur dengan logam tahan karat 55. Faedah mencegah pengaratan . a) Objek kelihatan berkilat dan cantik seperti baharu. b) Objek tidak menjadi rapuh atau mudah patah dan tahan lama

Anda mungkin juga menyukai