Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BIDARA, MASJID TANAH, MELAKA

1.0 PENDAHULUAN Permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang kita sejak turun-temurun. Terdapat pelbagai permainan tradisional seperti galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Namun begitu, permainan tradisional ini semakin dilupakan. Oleh itu, sebagai warga pendidik adalah menjadi tanggungjawab untuk mengekalkan warisan nenek moyang kita yang semakin ditelan zaman. Sehubungan itu, satu Karnival Permainan Tradisional akan diadakan sebagai usaha untuk mengekalkan warisan nenek moyang kita.

2.0 RASIONAL Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, Karnival Permainan Tradisional ini amat bersesuai sebagai satu medium untuk mecapai hasrat falsafah ini. Hal ini disebabkan, Karnival Permainan Tradisional ini menerapkan pengalaman langsung yang lebih berkesan mengenai sahsiah bersepadu, interaksi sosial dan keprihatinan terhadap unsur-unsur peninggalan tradisional disamping menjana minda yang lebih efektif serta melahirkan insan yang sihat dan cergas. Matlamat utama Karnival Permainan Tradisional ini adalah untuk mengetengahkan potensi murid-murid dalam bidang sukan. Menerusi aktiviti sukan, murid-murid akan dapat menunjukkan kemahiran dan kemampuan fizikal mereka dengan sepenuhnya

3.0 OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 Memperkenalkan permainan tradisional kepada murid-murid. Mengisi masa lapang murid-murid. Memberi kesedaran kepada murid-murid yang terlibat tentang pentingnya sukan untuk kesihatan tubuh badan 3.4 Memberi kefahaman tentang jenis-jenis aktiviti permainan tradisional yang 3.5 3.6 3.7 dijalankan.

Membina semangat kerjasama antara ahli kumpulan yang bertanding. Membina hubungan kemesraan antara murid-murid. Membentuk personaliti kanak-kanak yang mantap seperti mempunyai daya saing untuk menang, tidak mudah putus asa, bekerjasama, menghormati rakan-rakan sebaya, bersungguh-sungguh dan sebagainya.

4.0 BUTIRAN PROGRAM 4.1 Tarikh 4.2 Masa : : 12 Oktober 2010 8.00 pagi hingga 2.00 petang Sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka. 4.4 Aktiviti : Padang sekolah Dewan Besar sekolah

4.3 Tempat :

1)Galah Panjang 2)Konda-Kondi 3)Batu Seremban 4)Congkak 5)Teng-teng 6) Jala Itik

5.0 SASARAN PESERTA 5.1 Peserta yang terlibat terdiri adalah pelajar tahun 4 dan 5 (8 kelas). 4 buah kelas pelajar tahun 4 dan 4 buah kelas pelajar tahun 5. 5.2 Bilangan semua peserta adalah 180 orang. (senarai nama peserta boleh dirujuk di lampiran) 5.2 Berikut adalah pembahagian pelajar untuk permainan tradisional; PERMAINAN GALAH PANJANG PESERTA Wakil 6 orang setiap kelas. Jumlah semua pemain: 48 orang Wakil 5 orang setiap kelas. Jumlah semua pemain:40 orang Wakil 1 orang setiap kelas. Jumlah semua pemain:8 orang Wakil 2 orang setiap kelas. Jumlah semua pemain:16 orang Wakil 1 orang setiap kelas. Jumlah semua pemain:8 orang Wakil 4 orang setiap kelas. Jumlah semua pemain:32 orang

KONDA-KONDI

BATU SEREMBAN

CONGKAK

TENG-TENG

JALA ITIK

6.0 SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA 6.1 Ahli Jawatankuasa Induk

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi

: Puan Rabiah binti Budin (Guru besar) : Puan Nor Aini Osman ( GPK Kokurikulum) : 1) En.Kassim bin Md. Oleh (GPK 1) 2) Puan Syarifah binti Mahad (GPK HEM)

6.2 Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari : Khairul Bariah bt. Kassim : Nurul Hidayah bt. Dani : NorJamilah bt Ab Rahman : Nuramalina bt Che Halim

6.3 Ahli Jawatankuasa Kerja Alatan : Hanim Norlaila bt Mamat Radiah bt Ramli Norazirah bt Ajali Nur Hashima Mahizza bt Hamdan Teknikal : Wan Farhana Wan Azami Syahida Amira bt Azmi Syarafina bt Mohd Salim Hazirah bt Mohd Abdul Wahid Makanan & Sambutan : Rahayu bt Rasli Ina Rosyaida bt Yahya

Nurul Amirah bt Abd Razak Hadiah & Cenderahati : Nur Alyaa Afiqah bt Che Hanafi Siti Mardhiatunnor bt Zainuddin Nurul Aida bt Hussin

7.0 PERASMIAN Program Karnival Permainan Tradisional akan dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara iaitu Puan Rabiah binti Budin. Ia akan berlangsung di Dewan Besar sekolah. Guru Besar akan memberi sedikit ucapan alu-aluan sebelum merasmikan Karnival Permainan Tradisional. Upacara ini akan berlangsung selama kirakira 30 minit sahaja untuk sebelum karnival dimulakan.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Berikut merupakan sumber kewangan bagi melaksanakan Karnival Permainan Tradisional:

Yuran pelajar Sumbangan guru

: RM 3.00 seorang ( RM 540 ) : RM 100

Sumbangan PIBG : RM 460 Jumlah keseluruhan sumber kewangan untuk Karnival Permainan Tradisional adalah RM1100. Namun begitu, jumlah kewangan yang mungkin digunakan dalam karnival ini tidak mencecah jumlah sumber kewangan yang diperolehi. Anggaran perbelanjaan untuk setiap Ahli Jawatankuasa Kerja adalah: BIL. PERKARA 1 2 3 4 PERALATAN MAKANAN DAN SAMBUTAN (Buku Program) TEKNIKAL HADIAH CENDERAMATA DAN 200 orang x RM 3.00 KIRAAN JUMLAH RM 400.00 RM 600.00 RM 300.00 RM 200.00 RM 1500 .00

JUMLAH KESELURUHAN

9.0 ATURCARA MAJLIS 8.00 : Perasmian oleh Guru Besar 8.30 : Karnival Permainan Tradisional

1. Galah Panjang 2. Konda-kondi 3. Batu Seremban 4. Congkak 5. Teng-teng 6. Jala itik 12.30 : Penyampaian Hadiah 1.00 : Jamuan 2.00 : Bersurai

KESIMPULAN Dengan adanya Karnival Permainan Tradisional yang diadakan pada setiap tahun ini,kebolehan dan potensi murid-murid dalam bidang sukan akan dapat ditonjolkan. Murid-murid yang menyertainya akan mengeluarkan segala kemahiran dan bakat dalam permainan tradisional yang terpendam untuk diketengahkan sama ada di peringkat sekolah ataupun peringkat yang lebih tinggi. Ibubapa juga akan dapat lebih memahami minat dan kebolehan anak melalui aktiviti ini. Diharapkan dengan karnival ini akan dapat memupuk nilai suka bersukan dan mengenali sukan-sukan tradisi masyarakat dalam diri murid-murid terutama kepada murid-murid yang tidak begitu mengenali permainan tradisi ini. Insyaallah. Melalui karnival ini juga, guru-guru diharap agar dapat menggalakkan para pelajar yang menyertainya berminat untuk bersukan selain mengisi masa lapang dan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.Di samping itu juga, Karnival Permainan Tradisional ini juga memainkan peranann dan menjadi wadah untuk merapatkan lagi hubungan di antara murid-murid dan guru-guru.

Anda mungkin juga menyukai