Masalah / Peristiwa Pada minggu ini adalah merupakan minggu ke enam saya menjalani latihan praktikum. Pada minggu ini adalah merupakan minggu Peperiksaan Penggal Pertama bagi sesi 2013 yang melibatkan semua murid tahun 6 sehingga murid tahun 1. : Ke-8 : Kelapan : 11 Mac hingga 15 Mac 2013 : Minggu Peperiksaan Ujian Bulan 3
Masalah saya pada minggu lepas adalah masih dalam kajian, ini adalah kerana pada minggu ini murid-murid terlibat dengan Peperiksaan Penggal Pertama dan P&P tidak dapat dilaksanakan. Selain itu, saya juga menghadapi permasalahan dalam mengawal disiplin murid sewaktu peperiksaan dijalankan. Analisis Daripada permasalahan yang saya hadapi ini, apa yang dapat disimpulkan adalah berpunca daripada murid yang tidak membawa kelengkapan peperiksaan dan kemudian murid-murid tersebut mengganggu rakan mereka dengan alasan untuk meminjam alat tulis daripada rakan mereka yang lain. Selain itu di antara faktor lain adalah berpunca daripada pelajar yang tidak mempunyai pengalaman dan pendedahan dalam menghadapi situasi peperiksaan. Oleh itu, murid-murid menjawab soalan peperiksaan seperti membuat latihan sewaktu P&P biasa. Selain itu, murid yang telah
selesai menjawab soalan peperiksaan lebih awal juga akan mengganggu rakan murid yang lain dan ini akan mengganggu kelancaran peperiksaan. Cadangan/ Tindakan Susulan Dalam mengawal disiplin murid sewaktu peperiksaan dijalankan saya mengambil keputusan dengan menyediakan alat kelengkapan tambahan bagi mengatasi masalah murid yang tidak membawa kelengkapan peperiksaan dengan meminjamkan kepada mereka sewaktu peperiksaan dijalankan. Manakala bagi murid yang siap menjawab soalan di awal waktu saya akan mengarahkan murid untuk menyemak semula jawapan mereka kemudian setelah selesai saya memberi kertas lukisan untuk dilukis dan diwarna murid bagi mengelakkan mereka mengganggu rakan murid yang lain Tempoh Masa Saya terus mengambil tindakan bagi menangani permasalahan ini. Setelah menyedari hal ini, saya perlu lebih bijak menangani segala masalah yang berlaku supaya peperiksaan berjalan lancar. Disemak Oleh Guru Pembimbing .. Tandatangan Nama : . Tarikh : Disahkan Oleh Pensyarah Penyelia .. Tandatangan Nama : . Tarikh :