Anda di halaman 1dari 1

PROGRAM PEMILIHAN ATLET PENDIDIKAN KHAS NEGERI

PERAK 2009

Program pemilihan peringkat negeri Perak ini telah diadakan di


Kompleks Rakan Muda, Kampar pada 21 & 22hb April 2009.
Alhamdulillah, seorang murid PPKI SKRP telah terpilih untuk menyertai
program pemilihan ini. Murid tersebut, Adik Mohamad Faizal Bin Abdul
Hamid telah menyertai acara Lompat Jauh Kategori Bermasalah
Pembelajaran Junior. Sebelum ini, semasa pemilihan di Peringkat
Daerah LMS, Adik Mohamad Faizal telah berjaya menduduki
kedudukan yang teratas. Walaupun tidak terpilih untuk ke peringkat
Kebangssan, tetapi pencapaian pertama hingga ke peringkat negeri ini
amat membanggakan sekolah. Tahniah kepada Adik Faizal!! Semoga
kejayaan kali ini akan menjadi penyuntik semangat untuk Adik Faizal
dan semua pelajar PPKI SKRP yang lain menjadi lebih gigih berusaha
demi kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan... InsyaAllah..

-Sedang mendengar taklimat bersama rakan-rakan dari Kontigen LMS-

Anda mungkin juga menyukai