Anda di halaman 1dari 6

REFLEKSI (BENGKEL) Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah

mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guruguru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Objektif Bina Insan Guru pada semester ini adalah bagi memenuhi modul

PISMP dimana pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan Program Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah cemerlang. Disamping itu, program ini membantuk , memupuh dan juga melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan kemahiran profesiona yang tinggi. Tambahan lagi, dengan penganjuran program ini juga, mampu membantu kami sebagai guru pelatih bagi meningkatkan kemahiran intelek yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi selain berupaya memindahkan pengetahuan kemahiran yang

dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar dalam kalangan guru-guru pelatih. Program lawatan penanda aras yang diadakan juga mampu memberi pendedahan kepada kami secara lansung selain mampu menimba pengalaman. Justeru, satu organisasi telah ditubuhkan untuk menguruskan bengkel yang

diadakan . Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan bengkel ini. Kami ada merujuk kepada penyelaras BIG iaitu Encik Radzi b. Johari bagi melicinkan perjalanan majlis. Program ini diadakan pada hari Jumaat, 18 Januari 2013 di Dewan Seri Tanjung. Bengkel bermula pada pukul 8.00 pagi iaitu pendaftaran para pelatih guru. Seterusnya sesi ceramah diberikan oleh En.Yusri b. Mat Johor.
1

Antara tajuk yang dibincangkan adalah Akta 550 (1996), mandat, guru dan perundangan, pekeliling perkhidmatan, fungsi JPN dan sektor-sektor serta fungsi dan peranan PPD. Melalui program bengkel ini, saya mendapati banyak pengetahuan yang sangat berguna telah saya perolehi. Ceramah yang bertajuk Guru Dan Perundangan ini mempunyai pelbagai input dan mesej yang boleh diaplikasikan oleh seorang guru pelatih setelah menjadi guru nanti. Namun begitu, sepanjang mengikuti bengkel ini, saya dapat melihat bahawa terdapat beberapa kelemahan dan kekuatannya. Sepanjang mengikuti program bengkel ini, saya memperolehi pengetahuan yang sangat berguna mengenai undang-undang dalam menjadi seorang guru. Perkara ini sangatlah penting kepada semua guru kerana mematuhi undang-undang sangat penting bagi mengelakkan kesan-kesan negatif daripada berlaku. Saya mula menyedari tugas guru merupakan tugas yang memerlukan disiplin diri yang sangat tinggi. Di samping itu, menjadi seorang guru memerlukan kesabaran yang sangat tinggi di mana emosi dan mental perlu dijaga daripada melakukan sesuatu yang dilarang dalam perundangan yang ditetapkan. Antara yang saya mula pelajari ialah, seorang guru tidak boleh mempunyai body contact dengan muridnya di mana guru tidak boleh menyentuh muridnya walaupun hanya mencubit murid. Di sini dapat saya pelajari bahawa memukul murid merupakan satu kesalahan dan guru boleh didakwa sekiranya melakukan sedemikian. Selain itu, melalui ceramah ini, saya dan rakan-rakan juga dapat mengeratkan hubungan sesama sendiri di mana kami saling bekerjasama untuk menjayakan program ini. Cadangan yang pelbagai memerlukan kami semua saling bersepakat untuk mencapai kata putus bagi membuat sesuatu keputusan. Justeru itu, kami juga saling tolong menolong tanpa mengira tugas AJK yang diberikan. Dengan adanya kerjasama, kerja menjadi lebih mudah. Kerja juga dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Melalui bengkel ini juga, sikap positif pelajar dapat dibentuk. Penglibatan pelajar sangat memuaskan. Saya sendiri berasa sangat teruja untuk mengikuti ceramah ini. melalui ceramah ini, para pelajar dapat meningkatkan sikap professionalisme sebagai seorang guru di mana semua pelajar mematuhi peraturan berpakaian secara formal dengan kemas dan bersesuaian seperti yang telah ditetapkan.
2

Dalam aktiviti ini juga, kami dapat menerapkan nilai-nilai bertanggungjawab dan jujur dalam melakukan tugas yang telah diamanahkan kepada kami. Perkara sedemikian dapat dilihat melalui sikap semua peserta yang mengikut peraturan dan tugas yang telah ditetapkan dengan akur dan mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Nilai-nilai bertanggungjawab dan jujur ini sangatlah penting dalam diri seorang pendidik yang akan mendidik anak-anak bangsa kelak. Setiap individu yang menyertai program ini termasuklah saya bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas masing-masing walaupun setiap individu merasakan kepenatan bekerja. Walaupun secara zahirnya saya berasa sangat penat, namun pengalaman yang ditimba sangat berguna sebagai bekalan untuk menjadi seorang pendidik yang berilmu pengetahuan. Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan di sini bahawa program BIG ini banyak membina jati diri ke arah menghasilkan insan guru yang berkualiti dan positif. Pengalaman yang diperolehi sepanjang BIG berlangsung sememangnya membantu untuk meningkatkan keyakinan diri serta pengetahuan kepada pelajar.

REFLEKSI (LAWATAN PENANDA ARAS) Kami bertolak ke SK Seri Manjung bagi mengadakan lawatan penanda aras pada 31 Januari 2013 . Sekolah Kebangsaan Seri Manjung merupakan sebuah

sekolah cemerlang. Untuk makluman, sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai sekolah Cemerlang pada tahun 2009. Pogram Bina Insan Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung di negeri Perak. Program lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami kepada alam persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Apabila sampai di SK Seri Manjung, kami telah disambut dengan penuh mesra oleh warga SK Seri Manjung. Sesi pertama yang dijalankan sejurus tiba ialah bergambar bersama-sama pihak pihak pentadbir sekolah. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Komputer yang begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar,Pn. Hjh. Nurainiah bt. Hj. Nuruddin. Beliau telah menerangkan serba sedikit tentang sejarah sekolah, kemudahan yang ada di SK Seri Manjung, dan pencapaian SK Seri Manjung dalam bidang akademik mahupun sukan. Memandangkan Pn. Guru Besar baru 2 bulan berpindah masuk ke SK Seri Manjung jadi pengetahuan beliau agak terhad. Bagi menceritakan dengan lebih lanjut mengenai SK Seri Manjung guru penolong kanan pentadbiran iaitu Pn. Hjh. Normah bt. Mahamad telah sudi meberikan sepatah dua kata. Disamping itu, pihak sekolah juga turut menyediakan tayangan video mengenai pencapaian yang diperolah oleh SK Seri Manjung. SK Seri Manjung mendapat pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan .Ini dapat menunjukkan betapa guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah. Enrolmen murid bagi SK Seri Manjung adalah hampir 1800 orang murid. Terdapat 9 kelas yang disediakan bagi setiap 1 aliran. Ini menyebabkan sesi persekolahan terpaksa diadakan kepada 2 sesi iaitu pada sesi pagi bagi murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6) manakala bagi sesi petang untuk murid tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3).
4

Bilangan murid yang ramai meletakan SK Seri Manjung merupakan sekolah gred A. Bilangan guru yang bertugas di SK Seri Manjung ialah 120 orang, 110 merupakan guru wanita selebihnya ialah guru lelaki. Berdasarkan enrolmen murid, SK Seri Manjung merupakan antara sekolah terbesar dalam negeri Perak. Pencapaian keputusan UPSR bagi tahun 2012 meningkat iaitu sebanyak 85%. Bilangan murid yang akan menduduki UPSR pada tahun ini juga sebanyak 312 orang. SK Seri Manjung mencapai kecemerlangan bukan sahaja dari aspek akademik pelajar namun turut cemerlang dalam kemenjadian murid. Banyak kejayaan yang dicapai oleh SK Seri Manjung misalnya di Peringkat Negeri Perak dalam pertandingan lalu lintas Shell dan mewakili negeri Perak di peringkat kebangsaan dan memduduki tempat ke-4. Disamping itu, SK Seri Manjung juga turut menduduki tempat ke-3 bagi pertandingan OpenOffice di peringkat Kebangsaan. Di SKSM, peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian Pelajaran Malaysia sebanyak RM 50, 000 bagi Anugerah Sekolah Cemerlang pada tahun 2009. dua bahagian untuk pembangunan akademik dan kepada pembangunan sukan . Selesai taklimat, kami telah dihidangkan dengan sedikit jamuan. Kemudian, pihak sekolah telah membawa rombongan kami melawat kawasan sekolah ini. Antara aktiviti yang dijalankan di SK Seri Manjung ialah tinjauan di sekitar kawasan sekolah. Kami telah melihat bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, bilik guru, blok prasekolah, bilik darjah, pejabat, setor sukan, padang dan bilik yang menyimpan pelbagai anugerah yang berjaya diraih oleh SK Seri Manjung . Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana
5

cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang. Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.