Anda di halaman 1dari 2

Hukum Melabur dalam ASB?

Di Selangor hukum pelaburan di ASB, ASN dan seumpamanya adalah seperti berikut: Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:1. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Jafi daripada Ibnu Masud Maksudnya : Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . 2. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang. 3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen. Pelaburan ASB, ASN dan seumpamanya di syarikat konvensional adalah seperti berikut: a. Malayan Banking Berhad 28.49% b. Fraser & Neave Holdings Berhad 0.95% c. PNB Structured Investment Fund 0.87% d. British American Tobacco (Malaysia Berhad) 0.78% Sehingga kini, semua dana amanah di bawah PNB tidak diklasifikasikan mematuhi syariah.

PERBEZAAN ANTARA ASB, ASN ASB ASN Untuk semua rakyat Malaysia Tak boleh buat loan Hanya untuk bumiputera. Boleh buat loan. Boleh dicagarkan untuk OD facility Maksimum RM200,000 modal pokok untuk setiap akaun dewasa (+18 tahun) dan RM10,000 (12-17 tahun) untuk akaun remaja Kadar dividen dan bonus tertinggi berbanding amanah saham yang lain dari PNB.

Tak boleh dicagarkan untuk dapatkan OD facility Tiada jumlah pelaburan maksimum untuk setiap akaun selagi peruntukan tabung masih ada. Berumur 18 tahun ke atas sahaja. No komen berkenaan kadar pulangan pelaburan