Anda di halaman 1dari 27

DISEDIAKAN OLEH: ROHANI ABD AZIZ KPLI TM AMBILAN JUN 2001 MPTI JOHOR BAHRU

WINDOWS
Merupakan satu OS lanjutan atau penggantian kepada DOS
Kebanyakan komputer era terkini menggunakan OS WINDOWS kerana kebanyakan pengguna komputer dunia lebih berminat menggunakannya

Windows 3.1

Windows 3.11

Windows 95

Windows 98 Windows ME

Walaupun teknologi OS sistem ini berubah agak pantas tetapi selalunya ianya tidak jauh berbeza antara satu dan lain kerana segala tambahan atau perubahan yang di buat sebenarnya untuk memudahkan lagi para penggunanya.

Berbeza dengan OS DOS yang mengutamakan arahan bertaip, OS WINDOWS lebih banyak memaparkan arahan berbentuk grafik untuk kemudahan pengguna. Segala arahan OS WINDOWS lebih tertumpu kepada keperluan menggunakan tetikus (mouse), iaitu lebih banyak arahan Klik untuk setiap perisian yang datang bersamanya. Paparan antara muka untuk OS WINDOWS juga menjadikan pengguna mudah melayari komputer walaupun pada peringkat awal penggunaanya.

Pengoperasian dari OS window adalah lebih memudahkan dan senang dilayari dan ianya sudah menjadi trend terkini Kebanyakan program yang di sediakan lebih berbentuk graphic (logo-logo) tertentu bagi memudahkan dikenali dan dikendalikan walaupun pada waktu pertama kali ianya di gunakan. Pengguna hanya perlu klik kepada program atau logo yang di kehendaki yang berkitan dengan arahan-arahan tertentu.

Perisian DOS 6.22 adalah yang terakhir sebelum muncul Windows 95 dan disusuli pula oleh Window 98 dan Windows 2000 menjelang alaf baru

WINDOWS 95
- Dilancarkan pada tahun 1995 oleh Microsoft
- Menyediakan persekitaran grafik, rangkaian dan persembahan yang terkini - Antaramuka grafik yang sebenar - mudah untuk digunakan dan lebih efisien - Boleh menginstal modem, pemacu cakera padat dan perkakasan di mana sistem akan mengkonfigurasikannya secara automatik.

Sistem Pengoperasian Windows 95 boleh melarikan program berasaskan MS-DOS dan program Windows semasa di dalam persekitaran yang lebih stabil dan pantas. Ia juga membenarkan program 32-bit yang menjadikan komputer lebih pantas dan efisien
Juga menawarkan multimedia terkini, ciri-ciri yang lebih berkuasa dan rangkaian berintegrasi. Untuk organisasi, ia menyediakan kemudahan untuk mengurangkan kos pengkomputeran di samping meningkatkan keefisienan pengguna dan sistem sokongannya Hasil - Menolong untuk menambahkan kawalan ke atas desktop dan meningkatkan produktiviti pengguna akhir.

CIRI-CIRI WINDOWS 95
Antaramuka yang ditingkatkan yang menjadikan kerja lebih ringkas dan lebih memuaskan hati setiap peringkat pengguna Rekabentuk antaramuka pengguna adalah 32-bit yang membolehkan kita melakukan kerja dengan lebih efisien OS Windows yang paling senang Registry menggabungkan kuasa pelbagai konfigurasi fail kepada 2 fail yang membenarkan konfigurasi sistem di tempatkan dengan mudah Memory Windows 95 telah diperbaiki berbanding Windows 3.11

Penjelajahan sistem yang lebih cepat dengan komponen yang lebih berkuasa.
Contoh : Butang Start dan taskbar adalah point pertama untuk menggunakan program dan dokumen kerana ia sentiasa wujud apabila aplikasi dibuka.

Nama fail boleh digunakan sehingga 255 huruf yang


memudahkan pencarian dokumen Plug & Play menyenangkan kita daripada membuat setup peranti perkakasan Penggunaan tetikus untuk melaksanakan sesuatu program Contoh - klik kanan tetikus dan konteks menu akan terpapar untuk membantu memanipulasikan objek secara terus.

Kelebihan Windows 95
Windows 95 meningkatkan produktiviti rekabentuk 32-bit yang menyediakan persembahan yang lebih baik dan boleh dipercayai di dalam persekitaran seperti rangkaian, percetakan, komunikasi dan multimedia. Mengurangkan beban sokongan - bantuan antaramuka.

Menambahkan kawalan ke atas desktop. Keselamatan yang berpusat, kawalan dan Registry yang menyimpan persekitaran pengguna.
Profil pengguna berdasarkan keutamaan dan setting untuk individu Polisi sistem mengawal apa yang pengguna boleh dan tidak boleh buat pada desktop atau rangkaian.

Menggunakan teknologi objek, yang membolehkan kita mencipta dan mengedit dokumen dengan mudah dan membenarkan kita bekerja dengan pelbagai program
Rangkaian built-in - Windows 95 adalah rangkaian tersedia yang menyediakan capaian mudah 32-bit ke rangkaian dan lebih cepat Boleh disambungkan ke server yang melarikan Novell Netware atau Windows NT Server, Internet atau komputer lain yang menggunakan OS yang sama atau sambungan remote menggunakan line telefon.

Pengurus Peranti adalah ciri baru yang ditambah ke dalam Windows 95 yang membenarkan pengguna untuk mengurus, memapar dan menukarkan sumber komputer mereka. Melalui pengurus peranti ini, pengguna boleh mengenalpasti

3 jenis masalah:

Tanda Seruan (Exlamation Mark)

Apabila peranti mengeluarkan tanda ini, bermakna menunjukkan peranti tersebut berkonflik dengan peranti lain

Tanda Merah (Red X)

Menunjukkan peranti tersebut telah dibuang atau Windows tidak dapat mengesan peranti tersebut Windows tidak boleh mengesan pemacu untuk peranti dan tidak boleh menentukan jenis peranti yg diinstalkan

Peranti lain (Other Device)

Untuk Organisasi:
- Windows 95 menyediakan full screen and full motion video tanpa mempunyai perkakasan yang tertentu sebagai pembantu - Aplikasi 32-bit terbaru dapat digunakan dengan mengambil kelebihan keupayaan windows 95 yang multithreading dan multitasking

-keserasian dalam built in


- Boleh bekerja dengan semua perisian semasa Contoh : Program 16-bit pemacu untuk windows dan MSDOS adalah serasi dengannya

Contoh Desktop Windows 95

Windows 98
- Dilancarkan secara rasmi pada 25 Jun 1998
- OS yang dikeluarkan selepas windows 95 - Berasaskan GUI

- telah diperbaiki untuk meningkatkan persembahan


- Windows yang telah diperbaharuikan untuk membolehkan komputer bekerja lebih baik - capaian yang lebih mudah ke internet dengan menyediakan persembahan sistem diagnostik dan selenggaraan yang lebih mudah

- Membolehkan penggunaan komputer yang lebih mudah dengan ciri-ciri yang baru dan terkini: a) Integrasi Web (ciri-ciri web) b) Sokongan paparan yang pelbagai c) Pengurusan kuasa - masa mula lebih pantas

d) USB (Universal Serial Bus) - menjadikan komputer lebih mudah digunakan dengan keupayaan plug and play yang terkini
e) Kemudahan untuk capaian - lebih mudah untuk pengguna yang baru yang tidak berkeupayaan untuk menggunakan komputer

f) Sistem dimainkan lebih baik dengan sokongan grafik terkini, bunyi dan teknologi multimedia

g) Keupayaan untuk kemudahan untuk menambah atau membuang peranti-peranti dengan sokongan USB
h) Membolehkan kita menonton televisyen di komputer

i) FAT32 - Menolong untuk memberikan ruang yang lebih dalam cakera keras
j) Pertolongan (help) - mengandungi sistem help baru yang membuatkan ia lebih mudah digunakan. - boleh mendapat jawapan dengan lebih cepat

KELEBIHAN WINDOWS 98
a) Keselamatan mengandungi keselamatan tambahan untuk fail-fail penting di dalam komputer pengguna seperti membuat back-up untuk registry pengguna secara automatik b) Mempertingkatkan sokongan untuk perantiperanti baru seperti AGP, Direct X, DVD, USB, MMX c) FAT32 mempunyai keupayaan untuk menukarkan pemacu ke FAT32 tanpa kehilangan sebarang maklumat. d) Antaramuka lebih mudah

e) Mengandungi Plus! mengandungi fitur yang hanya dijumpai dalam Microsoft Plus! secara percuma. f) Desktop yang aktif mengandungi desktop aktif yang membenarkan pengguna membuat desktop sendiri yang kelihatan seperti Internet. g) Mengandungi perisian version terkini seperti Internet Explorer, Outlook Express, NetMeeting dll. h) Sokongan tambahan untuk teknologi terkini seperti MMX, USB, Pentium III dll. i) Juga menandungi pengurus peranti sama seperti Window 95.

DESKTOP WINDOWS 98

Start Menu di Taskbar

Perbandingan Antara Windows 95 & Windows 98


Persamaan:
Kelebihan 1) Sangat mudah dikendalikan 2) Bagi kedua dua sistem pengoperasian ini pengguna cuma perlu ON komputer dan menunggu sehingga kesemua sistem BOOT lengkap dan pengguna akan terus berada dalam Desktop komputer 3) Pengguna cuma perlu menggunakan tetikus dan klik kepada program pilihan sama ada yang sudah tertera pada Desktop atau pun program yang di lengkapi pada butang START UP di bawah kiri desktop

Keburukan 1) Pengguna perlu menekan butang START UP, mengunakan mouse dan memilih SHUT DOWN untuk mematikan komputer pengguna. Setelah arahan terakhir diberi pengguna barulah boleh menutup suis utama komputer.

2) Jika pengguna menutup komputer tanpa Shut Down, lama kelamaan komputer akan Hang atau rosak kerana ada di antara fail-fail OS akan terpadam atau rosak. Kesannya terpaksalah Setup semula komputer bagi memastikan semuanya akan berjalan lancar seperti asal.

Perbezaan
Windows 98 Windows 95 1) Mengandungi sokongan 1) Mengandungi USB generasi ke2 sokongan generasi daripada Microsoft pertama USB 2) Antaramuka berasaskan daripada Microsoft web di mana pengguna 2) Antaramuka tidak cuma perlu klik sekali berasaskan web - klik sahaja untuk mencapai tetikus 2 kali sebarang dokumen

3) OSR1 muncul dengan FAT16 manakala OSR2 muncul dengan FAT32

3) Muncul dengan FAT32 Cara baru untuk simpan dan mengorganisasi fail pada cakera keras.
-Ia berfungsi dengan meminta ruang untuk simpanan maklumat di mana fail akan ditempatkan di dalam cakera keras. - hasilnya: Menjimatkan ruang cakera keras