Anda di halaman 1dari 3

Nama

: Marlon Henry

Opsyen : Pismp Bm Sem 7

Pengenalan I. Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikutjangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan

menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. II. Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain. III. Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.

Jenis Pemerhatian Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai, iaitu:I. Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan

tanggapan(judgement) II. III. Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

Strategi Pelaksanaan Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah I. II. dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran III. dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian

IV. V.

tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan

Fungsi Penilaian melalui pemerhatian : I. digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran II. dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran III. dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek

Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti I. II. III. menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan meningkatkan motivasi pelajar mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar

Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.

Pemerhatian yang terancang membantu guru : I. Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/menolak minat tersebut II. III. Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar

IV. V. VI.

Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran , rakan sebaya dan terhadap diri sendiri

Contoh Senarai semak pemerhatian dalam kajian saya iaitu kaedah SET dalam pengejaan perkataan Bahasa Melayu . Arahan: Tandakan ( \ ) "Ya" dan ( ) Tidak sekiranya tingkah laku ditunjukkan oleh individu yang dinilai . Bil 1. Item Murid dapat mengeja perkataan Bahasa Melayu dengan betul. 2. Penggunaan Alat dapat membantu murid mengeja dengan senang. 3. 4. 5. Murid dapat menyebut suku kata perkataan dengan tepat Murid dapat menulis mengikut sebutan yang didengarinya. Murid dapat mendengar sebutan dengan jelas dan tepat. Ya Tidak